Perubahan Sistem Pendidikan Di Negeri [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Perubahan sistem pendidikan di negeri-negeri melayu pada abad ke-19 hingga ke-20 Pendahuluan §  Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebagsaan ditanah melayu semasa penjajahan british.  Dasar british yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah membawa kepada pengenalan sistem pendidikan vernakular. §  Lima aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan british, iaitu sekolah agama islam, sekolah vernakular melayu, cina, tamil, dan aliran inggeris. Isi-isi penting 1.       Sekolah agama islam §  Sebelum penjajahan british, kanak-kanak melayu mendapat pendidikan di surau, masjid, dan sekolah  pondok. Kurikulumnya ialah membaca dan memahami al-quran, mempelajari bahasa arab, hukum-hukum agama serta kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selepas penjajahan british, sistem pendidikan pondok atau madrasah menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih teratur §  Ciri-ciri pendidikan madrasah adalah Berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan, Dilaksanakan secara kelas mengikut tahap, Tahap pengajian ialah tahap permulaan, pertengahan, dan pengkhususan dan Mudir atau guru besar bertanggungjawab mengawasi perjalanan sistem madrasah 2.       Sekolah vernakular melayu §  Semasa pentadbiran british, sekolah melayu didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan. Anak-anak melayu diajar menulis, membaca, dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan pekebunan. Sekolah melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam §  Pendidikan vernakular melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya kepada  asas-asas seperti membaca, menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Perkembangan sekolah melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab perguruan 3.       Sekolah vernakular cina §  Pendidikan cina di tanah melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik confucius. Sekolahsekolah cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks confucius atau klasik cina tanpa memahami maknanya, penggunaan sempoa adalah penting §  Sekolah cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan pelajaran dan buku dibawa dari negara cina 4.       Sekolah vernakular tamil §  Pendidikan tamil secara formal di tanah melayu dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat india. Perkembangan sekolah vernakular tamildi pengaruhi oleh perkembangan ekonomi di tanah melayu, orang india berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa dan getah. Sekolah-sokolah tamil didirikan dikawasan ladang  di seberang perai, pulau pinang dan johor §  Bahasa pengantar digunakan ialah bahasa tamil dan kadangkala bahasa telegu, malayalam, punjabi atau hindi 5.       Sekolah aliran inggeris §  Sekolah inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di tanah melayu. Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh mubaligh kristian dan badan-badan awam §  Sekolah inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan mengajar kemahiran pertukangan seperti pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian. Penutup §  Kesan daripada perubahan sistem pendidikan, wujud perbezaan politik, ekonomi dan sosial sehingga perpaduan kaum terhalang. Setiap kaum terpisah mengikut kebudayaan masing-masing. Tiada wujud satu bahasa kebangsaan yang boleh menyatukan semua kaum Soalan 59:Jelaskan perubahan sistem pendidikan di Sabah pada abad ke-19 hingga abad ke-20 Pendahuluan: §  Sebelum tahun 1963, perkembangan system pendidkan di Sabah tidak begitu maju jika dibandingkan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. Hal ini deisebabkan oleh dasar pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang tidak memberi keutamaan kepada perkembengan pendidikan di negeri itu. Isi-isi penting:



Sekolah Mubaligh Kristian §  Percubaan awal dilakukan oleh Gabenor W.H Treacher dengan mendirikan sekolah agama, tetapi gagal kerana tidak mendapat sokongan daripada penduduk yang beragama Islam. Mereka mencurigai tujuan W.H Treacher. Sekolah pertama yang telah didirikan di negeri Sabah pada awal abad ke-19 terletak di daerah Sandakan, yang telah ditubuhkan oleh mubaligh Roman Katolik dan dinamakan sebagai  Institut Bryon. §  Namun apabila sebuah Jabatan Pelajaran dibentuk , nazir-nazir telah ditempatkan di kawasan-kawasan pantai timur dan barat Sabah bagi mengawasi perkembangan sekolah persendirian oleh golongan mubaligh Kristian dan masyarakat Cina. Sekolah Melayu §  Sekolah Melayu Kota Kinabalu telah didirikan pada tahun 1915 bertujuan untuk melatih anak-anak Ketua Anak Negeri. Penekanannya lebih kepada pembelajaran Bahasa Inggeris dan al-Quran. Sekolah Melayu yang pertama ditubuhkan di Kota Belud pada tahun 1921. Pada tahun 1930, hanya terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi menampung 400 orang murid. §  Sekolah Melayu di Sabah sama dengan sekolah Melayu di Tanah Melayu yang memberi penekanan kepada latihan jasmani, berkebun, Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar,mata pelajaran Ilmu Hisab dan Kesihatan. Sekolah Melayu hanya pada peringkat rendah sahaja. Sekolah Inggeris §  Sekolah Inggeris lebih tinggi mutunya jika dibandingkan dengan sekolah lain. Pada tahun 1933, murid dari sekolah Inggeris boleh menduduki peperiksaan Junior dan  Senior Cambridge serta berpeluang menjadi kakitangan kerajaan kolonial. §  Semua sekolah berkembang secara berasingan dan tidak dibiayai oleh SBUB. SBUB hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah sahaja. Ini disebabkan SBUB menghadapi masalah kewangan dan menganggap bidang pendidikan tidak mendatangkan keuntungan. Maktab Perguruan dan Laporan Woodhead 1953 §  Bagi menampung keperluan tenaga pengajar untuk sistem pendidikan di negeri Sabah, Maktab Perguruan Kent, Tuaran telah ditubuhkan pada tahun 1952. Maktab ini telah melatih lebih ramai guru sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah sekitar Sabah. §  Laporan Woodhead pula merupakan satu laporan bagi mencadangkan beberapa perkara khusus mengenai sistem pendidikan di Sabah temasuklah Peruntukan Kewangan; Langkah meningkatkan mutu pendidikan sekolah rendah, menengah, vokasional dan dewasa; dan Sistem pendidikan baharu diwujudkan di Sabahdan kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan sistem persekolahan. Penutup §  Dasar Pentadbiran British di negeri Sabah sememangnya membawa perubahan dalam sistem pendidikan masyarakat pribumi. Akhirnya, pada tahun 1956 Lembaga Pelajaran ditubuhkan, dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan dengan tujuan mengangkat martabat pendidikan di negeri Sabah agar menjadi satu sistem yang lebih sistematik dan teratur. Perubahan sistem pendidikan di Sarawak pada abad ke 19 hingga abad ke 20 Pendahuluan §  Masyarakat tempatan dan bumiputera mempunyai sisitem pendidikan sendiri sebelum kedatangan british iaitu berbentuk formal dan tidak formal.Sebelum kedatangan British, masyarakat tempatan sudah mempunyai kesedaran tentang pentingnya pendidikan untuk anak-anak mereka walaupun berorentasikan pengajian agama islam. Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.  Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam. §  Sistem pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik dan tidak terbuka kepada setiap orang.Pendidikan inggeris hanya dikhaskan pada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka menceburi diri ke dalam perkhidmatan awam selepas tamat pengajian. Isi-isi Penting 1.       Dasar pendidikan Brooke tidak banyak mengubah masyarakat tempatan Sarawak. Brooke enggan mengubah gaya hidup masyarakat tempatan khasnya orang iban melalui sistem pendidikan barat.   Namun, Brooke tidak menghalang para mubaligh menjalankan usaha menyebarkan pendidikan. 2.       Atas desakan untuk memenuhi kekurangna yang besar dalam bilangan guru, R.O Winstedt selaku penolong pengarah pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sekolah-sekolah vernakular Melayu.Beliau telah mencadangkan penubuhan sebuah maktab bagi melatih guru-guru melayu di Tanjung Malim, Perak. Dengan ini, lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) pada tahun 1992. 3.       Sungguhpun penubuhan MPSI dikatakan satu peristiwa yang bersejarah dalam pendidikan melayu, namun bidang pelajarannya masih sempit.Kerajaan British masih tetap degna dasar ingin mengekalkan status quo orang melayu. Dasar yang dipegang oleh pentadbir British adalah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan nelayan melayu yang tahu menulis dan membaca.Menurut Tan Din Eing “...perhatian yang lebih berat diberikan supaya tiada orang Melayu keluardari Kampung-kampungya untuk mendapat pekerjaan.” 4.       Pendidikan vernakular melayu adalah rendah mutunya.Tumpuan diberi hanya kepada asas-asas seperti membaca,menulis,dan mempelajari asas kira-kira.Antara tahun 1914-1940,tidak terdapat sekolah menengah



aliran melayu di Tanah Melayu.Perkembangan sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab perguruan sahaja. 5.       Selepas tahun 1950-an perkembangan pendidikan di Sarawak semakin bertambah baik terutama setelah laporan woodhead 1955 memperakuhkan beberapa cadangan untuk memperbaiki sistem persekolahan di Sabah dan Sarawak. 6.       Hasil laporan itu, sistem persekolahan di Sabah dan Sarawak diperkemaskan dengan penubuhan lembaga pelajaran pada tahun 1956.  Lembaga ini dianggotai oleh orang awam bagi mewakili kaum masing-masing dengan setiausaha majlis tempatan dilantik menjadi pengerusi dan pengarah pelajaran sebagai ahli Penutup §  Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.  Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam. §  Sistem pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik tidak terbuka kepada setiap orang pendidikan inggeris.  Pendidikan inggeris hanya dikhaskan pada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka menceburi diri ke dalam perkhidmatan awam selepas tamat pengajian. Bincangkan usaha British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka pada tahun 1946-1957 dan Dasar pendidikan negara selepas merdeka selepas 1957. Pendahuluan : §  Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu semasa penjajahan British. Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah membawa kepada pengenalan sistem pendidikan vernakular. §  Lima aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British, iaitu sekolah agama islam, sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan aliran inggeris. Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan British telah berusaha untuk memperbaiki sistem pendidikan di negara ini. Isi-isi penting : Usaha Pendidikan British sebelum merdeka 1.         Rancangan Cheeseman §  Bertujuan menyusun semula dasar pendidikan di bawah Malayan Union.  Syor yang dicadangkan ialah pendidikan percuma di peringkat rendah, pengajaran bahasa inggeris di semua sekolah rendah dan penubuhan dua jenis sekolah. §  Tidak dapat dilaksanakan disebabkan Jabatan Pelajaran terlalu sibuk dengan kerja membaiki sekolah-sekolah yang rosak akibat peperangan.  Pada tahun 1949, satu Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran telah ditugaskan untuk mengkaji semula dasar pendidikan di bawah kerajaan Persekutuan. Namun cadangan ditolak oleh Majlis Perundangan Persekutuan. 2.         Laporan Barnes §  Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk mengkaji semula masalah pendidikan di sekolah vernakular melayu. Mencadangkan rombakan semula semua sistem persekolahan termasuk sekolah melayu. §  Syor yang dicadangkan ialah sekolah rendah vernakular yang berbeza-beza mengikut kaum hendaklah dimansuhkan dan digantikan dengan satu sistem persekolahan yang dinamakan sekolah kebangsaan., pendidikan percuma untuk semua sekolah kebangsaan., sekolah rendah diberi sokongan kewangan dan bahasa melayu menjadi bahasa penghantar pada peringkat sekolah rendah dan bahasa inggeris akan menjadi bahasa penghantar di sekolah menengah. 3.         Laporan Fenn-Wu §  Ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan vernakular cina dan diketuai oleh dua orang pakar pendidikan cina iaitu Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh Yao. §  Syor yang dicadangkan ialah bahasa Melayu, Cina, dan Tamil dikekalkan sebagai bahasa penghantar, pelajar-pelajar dari semua kaum digalakkan mempelajari semua bahasa, sekolah cina dikekalkan tetapi sukatan pelajarannya hendaklah berorentasikan kepada keadaan dan sejarah tempatan dan kerajaan patut menambahkan bantuan kewangan untuk pentadbiran sekolah cina. 4.         Ordinan Pelajaran 1952 §  Oleh sebab perbezaan pandangan antara Laporan Barnes dengan laporan Fenn-Wu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengkaji cadangan-cadangan mereka. Laporan jawatankuasa khas telah ditubuhkan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952. §  Cadangannya ialah dua sistem persekolahan yang menggunakan bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar sekiranya terdapat permintaan, pendidikan



vokasional diperluaskan di peringkat sekolah menengah dan bahasa melayu dan bahasa inggeris diajar di peringkat sekolah rendah selama enam tahun. Tidak dapat dijalankan kerana mendapat tentangan daripada masyarakat cina dan india, kekurangan kewangaan dan ancaman komunis ketika itu. 5.         Penyata Razak 1956 §  1955, kerajaan persekutuan telah melantik Tun Abdul Razak untuk mempengerusikan sebuah jawatankuasa pelajaran. Ditugaskan mengkaji semula sistem pendidikan di tanah melayu. Tugas jawatankuasa Razak ialah membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang kaum, menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar, manjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain, mengkaji Ordinan Pelajaran 1956 dan membuat pindaan jika perlu. §  Cadangan diluluskan dikenali Penyata Razak. Cadangan penyata Razak ialah penubuhan sekolah umum (rendah) yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa  penghantar dan sekolah jenis umum (rendah) yang menggunakan bahasa inggeris, cina, dan tamil sebagai bahasa penghantar. Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan sekolah menengah inggeris menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar. Bahasa melayu dan bahasa inggeris wajib diajar di semua sekolah. §  Dua elemen yang dapat memupuk semangat perpaduan negara, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata Razak dijadikan Ordinan Pelajaran 1957. Dasar Pendidikan selepas merdeka 1)        Akta Pelajaran 1961 §  Semua syor dalam Laporan Rahman Talib digubal dan diterima sebagai Akta Pelajaran 1961. System pendidikan aneka jurusan ditubuhkan pada 1965 bg sekolah menengah rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. 2)        Jawatankuasa cabinet mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 §  1974, kerajaan persekutuan telah menubuhkan jawatankuasa cabinet yang telah dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana MEnteri ketika itu, Dr.Mahathir Mohammad. §  Laporan ini bertujuan untuk mengkaji semula Dasar Pelajaran Kebangsaan supaya selaras dengan keperluan semasa Negara dengan mempertimbangkan pelbagai aspek spt keperluan tenaga kerja, pembangunan Negara dan identity kebangsaan. 3)        Akta Pendidikan 1996 §  Diperkenalkan oleh YDPA setelah diluluskan Parlimen pd 15 Julai 1996. Diwartakan 1 Ogos 1996 dan dikuatkuasakan 31 disembe 1997. Konsep system pendidikan kebangsaan dimantapkan dgn melipti semua peringkat persekolahan dari pra sekolah hingga peringkat pengajian tinggi serta meliputi semua jenis sekolah. Memperlihatkan secara jelas halatuju dan wawasan pendidikan Negara Malaysia. ini berdasarkan hasrat pemimpin Negara yang ingin menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan  daripada pelbagai aspek §  Dengan adanya akta ini, sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti utk mencapai aspirasi Negara seperti  yang termaktub dalam Wawasan 2020 dan semangat 1Malaysia. Penutup : §  Usaha British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka telah membawa banyak perubahan kepada sistem pendidikan di negara kita. Faktor-faktor yang mempengaruhi dasar pendidikan Negara sebelum merdeka. §  Dasar pendidikan Negara sebelum merdeka adalah bercorak vernacular iaitu pengasingan pelajar mengikut kaum. Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan 5 jenis sistem persekolahan yg ternyata berbeza antara satu sama lain. Jenis2 sekolah tersebut ialah sekolah Inggeris, sek Melayu sek Agama, sek Cina dan Sek Tamil. Pengenalan kepada isiten persekolahan yg berbeza antara kaum mempunyai kaitan dengan dasar pecah dan perintah yg diamalkan oleh pemerintah Inggeris di Tanah Melayu. : 1.       Pengkhususan Kaum Dalam Satu Sekolah. §  Tiap-tiap sekolah adalah khusus utk satu-satu kaum yg tertentu shj. Ini menyebabkan anak2 Melayu, Cina dan India sukar utk bergaul antara satu sama lain. Kesempatan utuk bergaul bg ketiga-tiga kaum ini hanya terdapat di sekolah inggeris yg terletak di bandar sahaja. Pendidikan tradisional org Melayu, pendidikan agama dan alQuoran dilakukan di surau, rumah Tok Guru atau pondok. Ini tidak memungkinkan bangsa lain utk turut serta.



§  Sementara pendidikan org Cina pada peringkat awal diasaskan oleh individu perseorangan atau kelompok berteraskan kpd kaum. Gurunya tidak terlatih dan mengajar secara sambilan berdasrka buku2 teks klasik dari China. Org India tidak dihiraukan pendidikannya hanya pd 1816 bhgn sek Tamil, Penang Free Scholl ditubuhkan. Pd 1923 Akta Buruh diperkenalkan iaitu mewajibkan setiap estet mengadakan sek Tamil dan pengurusannya diserah kpd pihak lading. 2.       Tiada Bahasa Penghantar Tunggal §  Tidak ada dasar mengenai bahsa penghantarnyg tungal. Sek Inggeris menggunakan BI dan Sek Melayu menggunakan BM dan sek Cina menggunakan bhs Cina dan sek Tamil menggunakan bhs Tamil. Oleh yg demikian kominikasi menjadi sukar disebabkab tiada medium yg sesuai utk menyatukan mereka. 3.       Perbezaan Kawasan tempat tinggal. §  Kebanyakkan sek Melayu didirikan di desa2 sesuai dgn dasar British yg mahu mengekalkan org Melayu di kg2. Sek Cina pula di kawasan perlombongan misalnya di Perak sek Cina terdapat di Kinta Larut. Di Selangor byk terdapat di Klang dan Kanching. Di Negeri Sembilan terdapat di Lukut. §  Sementara di sekolah Tamil di tubuh di kawasan ladang yg dibiayai oleh pengurus ladang. 4.       Tiada Keseragaman Kurikulum §  Kurikulum bagi sekolah-sekolah tersebut tidak sama. Sek2 ini masing2 mempunyai kurikulumnya sendiri.  Sek Inggeris menggunakan sukatan yg digunakan sekolah2 di Britain. Guru2 yg mengajar di sekolah ini di bawa dr sana. Begitu juga dengan  buku2 teks. §  Sek Melayu pula hanya terhad kepada peringkat rendah shj iaitu meliputi kemahiran membaca dan menulis dan mengira. Selain itu pelajar juga diajar sedikit ilmu Geografi perkebunan dan pertukangan. Sek Cina dan Tamil menggunakan kurikulum yg sama dengan yg diajar di Cina dan India. Guru2 didatangkan dr neg mrk.Menggunakan bhs ibunda sbg bhs pengantar. Lepasan sek Cina masih mempuyai kedudukan yg baik krn mrk diserapkan kedlm sektor ekonomi yg dipunyai pengusaha Cina di tanah Melayu. Sementara lulusan India hanya berpeluang meneruskan kerjaya diestet atau sekiranya mampu membayar yuran yg tinggi boleh meneruskan pemgajian sek Inggeris di bandar. Kesimpulan. §  Dasar pendidikan yg diperkenalkan oleh Inggeris sebelum merdeka telah menyebabkan perbezaan ras yg begitu ketara di Tanah Melayu pd masa itu. Bagi Inggeris sistem pesekolahan begini sengaja dilakukan bagi mengasingkan pelbagai kaum sebagai strategi utk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi mrk di Tanah Melayu. Dengan cara ini kaum2 di Tanah Melayu khususnya org Melayu tidak mempunyai asas dan kekuatan bagi menetang Inggeris. Sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas merdeka dari tahun 1961-1996 §  Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat  terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam §  Dianggap terbaik dan terbuka kepada semua orang. British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut kawasan penempatan kaum masing-masing. Sistem Pendidikan 1.       Pendidikan Melayu §  Penang Free School dibuka 1815 dan beberapa sekolah lagi dibuka oleh persatuan Mubaligh Kristian. 1856, dua buah sekoalh dibuka di Singapura iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam. Pada mulanya sambutan ibu bapa terhadap sekolah melayu tidak begitu menggalakkan, tetapi setelah pengajian al-Quran disediakan, ibu bapa mula membenarkan anak mereka bersekolah di sekoalh itu. §  Apabila orang Melayu menyedari kepentingan pendidikan, lebih banyak sekolah melayu didirikan. Pendidikan melayu zaman penjajah tidak bertujuan menyediakan kanak-kanak melayu supaya dapat perbaiki tartaf hidup yang sedia ada atau membolehkan mereka menyertai sector ekonomi moden. Maktab Latihan Perguruan §  Usaha member latihan kepada guru sekolah melayu dibuat pd 1878 melalui sebuah pusat latihan di Telok Belanga.. namun usaha ini tidak berjaya kerana gaji guru terlalu rendah menyebabkan tidak ramai orang berminat utk kekal menjadi guru.. walaupun maktab ini tidak melashirkan ramai guru pelatih tetapi penubuhannya memulakan satu tradisi latihan kebangsaan perguruan di Tanah Melayu.        Pengajian Tinggi §  Penubuhan Maktab Perubatan King Edward VII pd 1905 menandakan bermulanya pengajian tinggi di Tanah Melayu. 1949, maktad tersebut digabung dengan Raffles College utk menjadi UM di Singapura.



§  Bagi bidang teknikal, Sekolah Teknik dibuka di KL utk melatih pembantu teknik dalam Jabatan Ukur, Jabatan Kereta Api dan Jabatan Kerja Raya. Kemudian, Maktab Pertanian didirikan di Serdang Selangor dan setelah dinaik taraf kini dikenali sbg UPM. 2.       Pendidikan Cina §  Penubuhan sekolah cina menandakan keinginan orang cina utk bermastautin secara tetap. Sekolah-sekolah cina lebih tertumpu di kawasan Bandar sekitar kawasan perlombongan dan pelabuhan spt Singapura, Melaka dan Perak. §  Pada 1920, terdapat 494 buah sekolah cina di Tanah Melayu. Peringkat Pengajian Kurikulum dan Perkembangan. §  Orang cina memastikan sekoalh yang ditubuhkan di TM sama coraknya dgn yg terdapat di China. Sekolah cina menjadi pusat penyebaran ideology yg bercanggah antara pihak Koumintang dan Komunis. §  1902, peraturan mewajibkan semua sekolah cina didaftarkan. Ini bertujuan mengawal perkembangan sekolah cina di TM.  Jabatan Penolong pengarah cina juga ditubuhkan utk mengawasi sekolah cina. 3.       Pendidikan Tamil §  Pada tahun 1923, British memperkenalkan peraturan yg mewajibkan majikan mendirikan sebuah sekolah di setiap ladang getah yg mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yg berumur 10-12 tahun. §  Seelepas 1920-an semakin banyak sekolah tamil didirikan di TM. 1932,  British mula memberi bantuan kewangan kpd sekolah tamil.                  Peringkat pengajian dan Kurikulum §  Bahan bacaan dan sukatan pelajaran dibawa masuk dari India dan tidak ada matapelajaran BM mahupun BI. Ketiadaan kemahiran bahasa menyebabkan kesukaran utk  melanjutkan pelajaran ke aliran sekolah lain. §  Pihak majikan menyediakan menyediakan kemudahan pendidikan hanya bagi mematuhi arahan kerajaan dan selepas itu sekolah tamil di lading hanya bertujuan utk membasmi buta huruf dalam kalangan anak-anak buruh. 4.       Pendidikan Inggeris §  Dibiayai melalui pungutan yuran dan derma drpd badan persendirian dan orang ramai. Tertumpu di Bandarbandar seperti di Perak dimana sekolah aliran Inggeris dibuka di kawasan perlombongan utama seperti Taiping dan Ipoh. §  1930-an anak-anak melayu mula dibenarkan bersekolah di sekolah Inggeris dan mereka perlu belajar selama 2 tahun sebelum memasuki tahun 4 di sekolah Inggeris.                 Peringkat  Pengajian §  Kurikulum dibentuk dgn memberi tumpuan kepada pelajaran akademik. Dalam sesetengah matapelajaran, muridmurid hanya didedahkan sejarah keagungan British spt peperangan dan sejarah Eropah. Mereka tidak mempelajari perkara berkaitan masyarakat tempatan. 5.       Sekolah Agama Madrasah §  Kaum Muda berusaha menubuhkan sekolah agama bagi menyaingi sekolah aliran melayu dan inggeris. Madras ad pertama ditubuhkan ialah madrasah al-Iqbal di Singapura tetapi kurang mendapat sambutan. Keseragaman dari segi sukatan dan sistem pendbiran juga tidak ada. Kekurangan ini menyebabkan sekolah madrasah tidak menepati kehendak moden. Penutup §  Terdapat pelbagai pembaharuan yang dilakukan oleh pihak British terhadap pendidikan di TM terutamanya di sekolah-sekolah Melayu,, Inggeris, Cina dan Tamil.