Proposal Projek [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0



PENDAHULUAN



Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdPc) menurut pandangan Yahya Buntat dan Lailinanita Ahamad (2012) merupakan suatu pembaharuan kreatif dari segi kaedah yang digunakan oleh guru untuk memastikan objektif pengajaran tercapai. Penemuan bagi sebarang inovasi dalam pendidikan turut berperanan untuk menangani masalah dalam sistem pendidikan. Malah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sendiri telah menyarankan kepada semua warga sekolah supaya meningkatkan inovasi PdPc di sekolah selari dengan perkembangan teknologi kini. Bagi memenuhi keperluan ini, guru pelatih telah melaksanakan satu projek inovasi berkaitan PdPc untuk membantu murid pendidikan khas terutamanya dalam membatangkan suku kata KV+KVK. 2.0



MODEL TRIALOGIKAL



Model yang digunakan diaplikasikan dalam projek Kit Bestari adalah bersandarkan kepada model trialogikal. Berikut merupakan model trialogikal yang melibatkan lima komponen iaitu 1



aspek keperluan, proses sumbang saran, proses inovasi, strategi dan ujilari: PROPOSAL INTERNSHIP: KIT BESTARI 1. Konsep model trialogikal mementingkan aspek keperluan bagi menghasilkan produk yang boleh memberikan manfaat untuk semua. Antara kepentingan melaksanakan inovasi pelbagai sumber dan digital adalah untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran murid di dalam kelas. Melalui pembinaan Kit Bestari, guru-guru khususnya bagi subjek Bahasa Melayu akan dapat membantu murid khas untuk membatangkan huruf KV+KVK dengan mudah. Secara tidak langsung, penggunaan kit tersebut dapat meningkatkan motivasi murid-murid khas untuk belajar di dalam kelas. 2. Seterusnya, proses sumbang saran pula dilakukan bagi menyusun atur pelaksanaan proses inovasi. Dalam proses ini, model trialogikal mementingkan proses sumbang saran iaitu perbincangan bersama rakan kerja dan juga rujukan guru pakar lain bagi menetapkan skop batasan supaya memenuhi objektif pelaksanaan inovasi. Dalam konteks penghasilan projek Kit Bestari, skop batasan menghadkan kepada murid Pendidikan Khas masalah pembelajaran yang bermasalah dalam membatangkan suku kata KV+KVK.



3. Selain



itu,



proses



inovasi



dalam



pengajaran



juga



melibatkan



peringkat



perkembangan proses dalam menjana sebarang idea yang relatif. Pengkaji telah menjana idea berkaitan inovasi ini melalui rujukan buku, carian internet, dan sumbersumber lain sebelum membina bahan inovasi tersebut. Segala maklumat yang diperoleh perlu disesuaikan dengan keupayaan murid-murid khas di sini agar selari dengan objektif yang hendak dicapai. 4. Strategi yang dipilih dalam penyediaan dan pembangunan projek inovasi adalah melibatkan kit pembelajaran untuk murid iaitu Kit Bestari. Projek Kit Bestari dibangunkan dalam satu inovasi yang terdiri daripada video pengajaran, roda impian dan juga kuiz interaktif. Berinovasikan bahan asal iaitu kad suku kata KV+KVK, kini murid tidak lagi perlu belajar dalam keadaan bosan kerana kit ini mampu menarik minat murid untuk belajar. Hal ini kerana murid hanya perlu menonton terlebih dahulu video pengajaran 2



berkaitan ejaan suku kata KV+KVK. Setelah itu, aktiviti pengajaran diteruskan PROPOSAL INTERNSHIP: BESTARI dengan roda impian bagi mengukuhkan pengetahuan murid tentangKITsuku kata KV+KVK. Akhir sekali, murid-murid akan diminta untuk bermain kuiz interaktif bagi menilai kefahaman mereka tentang pembelajaran pada hari tersebut. Jelaslah bahawa idea pembinaan Kit Bestari wujud berdasarkan gabungan idea yang berunsurkan bahan maujud serta pengaplikasian teknologi maklumat. 5. Akhir sekali, uji lari dilaksanakan untuk menilai keberkesanan dan peluang penambahbaikan projek inovasi yang dibangunkan. Oleh itu, instrumen senarai semak digunakan dalam proses uji lari bagi mendapatkan maklum balas daripada murid-murid.



3.0



TUJUAN PEMBINAAN PROJEK INOVASI



Projek ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi beberapa aspek tujuan yang dianggap relevan untuk dicapai. Antara tujuan pembinaan Kit Bestari adalah seperti berikut: 1. Membantu guru Bahasa Melayu Pendidikan Khas untuk mengajar dengan mudah dan berkesan tentang suku kata KV+KVK. 2. Memudahkan urusan proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) guru-guru di dalam kelas kerana kit yang disediakan memenuhi keperluan pengajaran guru selama satu jam pengajaran. 3. Inovasi Kit Bestari juga bertujuan untuk memartabatkan pembelajaran abad 21 di dalam kelas melalui penggunaan video serta penilaian kuiz yang dilaksanakan secara interaktif. 4. Selain itu, guru dapat menggunakan pendekatan interaktif seiring dengan keperluan pendidikan pada masa kini.



3



PROPOSAL INTERNSHIP: KIT BESTARI



5. Kit ini turut berupaya dalam membantu murid membatangkan suku kata KV+KVK dengan lebih baik 6. Malahan pembelajaran aktif melalui Kit Bestari berpotensi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna di dalam kelas. 4.0



ELEMEN INOVASI i.



KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran bagi projek kali ini adalah melibatkan murid-murid Sinaran 1 dari Program Pendidikan Khas Integrasi SK Malim. Jumlah keseluruhan murid dalam kelas tersebut ialah seramai lima orang. Tambahan pula murid-murid di dalam kelas ini masih tidak dapat menguasai kemahiran membatangkan suku kata KV+KVK dengan baik. Malah melalui beberapa siri pemerhatian awal, murid-murid dilihat sukar untuk membatangkan suku kata terbuka berbanding suku kata tertutup apabila diminta untuk membaca. Hal ini telah berjaya menarik



perhatian guru pelatih untuk melakukan inovasi bagi mengatasi masalah tersebut. Di samping itu, murid-murid ini telah menunjukkan sahsiah yang amat baik dari segi kehadiran ke sekolah. Hal ini menunjukkan bahawa mereka suka untuk hadir dan belajar di sekolah. Keadaan ini memudahkan pelaksanaan inovasi yang perlu dilaksanakan dalam tempoh yang terhad iaitu selama sebulan sahaja. Dari aspek kesihatan pula, murid-murid yang dipilih tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang kronik. Mereka dipilih berdasarkan kepada keputusan tinjauan awal subjek yang berada pada tahap rendah. Oleh itu, inovasi yang dijalankan ini dapat membantu murid dalam membatangkan suku kata KV+KVK dengan lebih mudah dan baik. ii.



JUSTIFIKASI PEMILIHAN KIT BESTARI a. Video pengajaran digunakan bagi memudahkan guru memberi penerangan secara terus berkaitan KV+KVK.



4



b. Pembinaan roda impian mengutamakan pendekatan huruf pa, pi,KIT pu, pe, pe, PROPOSAL INTERNSHIP: BESTARI po. Ini kerana murid sukar membezakan bunyi huruf b dan p apabila membaca. Selain itu, mereka juga sukar membaca sebarang suku kata yang bermula dengan huruf P. Tambahan pula suku kata yang bermula dengan huruf P sangatlah jarang digunakan dalam kalangan murid-murid berbanding dengan huruf B. c. Penggunaan kuiz interaktif secara maya adalah untuk merangsang para guru memanfaatkan teknologi secara maksimum di dalam kelas. Bukan itu sahaja, murid-murid juga berpeluang untuk belajar secara aktif tanpa perlu berpusatkan kepada pengajaran guru sahaja.



iv.



MANUAL PENGGUNAAN KIT BESTARI 1. Buka perisian persembahan elektronik Kit Bestari. 2. Klik pada tab “Mari Mengajar” untuk sesi pengajaran. 3. Setelah murid faham apa yang diterangkan, murid ditunjukkan dengan roda impian. a. Seorang murid diminta untuk membaca suku kata awalan yang terdapat pada muka depan roda impian tersebut. b. Kemudian, murid perlu memusingkan roda tersebut. c. Apabila roda tersebut berhenti, lihat kad suku kata yang ditunjukkan oleh penanda roda impian tersebut. d. Murid diminta untuk membunyikan suku kata tersebut secara kuat. e. Setelah itu, kad yang terdapat di belakang roda tersebut perlu ditarik oleh murid untuk membatangkan suku kata KVK yang seterusnya. f.



Akhir sekali, murid perlu menggabungkan suku kata KV (di hadapan roda) dan KVK (di belakang roda) untuk membentuk satu perkataan yang bermakna.



5



g. Langkah di atas diulang dengan murid seterusnya. PROPOSAL INTERNSHIP: KIT BESTARI 4. Kemudian, bagi tujuan pengujian, klik tab “Kuiz Penjelajahan Angkasa Lepas”. a. Guru akan membacakan arahan yang tertera pada layar skrin komputer kepada murid-murid. b. Murid dikehendaki menyelesaikan semua ‘task’ yang terdapat dalam aplikasi tersebut. c. Mereka perlu menjawab dengan betul sekiranya mahu bergerak ke soalan yang berikutnya. d. Pada masa yang sama, murid dikehendaki untuk menyelesaikan misi mencari kapal angkasa yang hilang. Ini adalah untuk memastikan murid belajar sambil bermain secara interaktif di alam maya. e. Ulangi langkah 3 dan 4 untuk setiap soalan yang ingin ditanya kepada murid.



5.0



ELEMEN KEUSAHAWANAN



Produk Kit Bestari ini menggunakan sepenuhnya bahan kitar semula seperti kotak, kertas dan penutup botol. Namun begitu, projek ini dilihat mampu dipasarkan dengan nilai komersial yang berpatutan mengikut kadar keperluan semasa. Ini kerana pembinaan produk ini tidak mengambil kira kos yang terlalu tinggi berbanding produk-produk yang lain di pasaran. Ini kerana proses pengkomersialan dilakukan adalah untuk menerbitkan nilai pasaran terhadap projek yang dibina. Produk yang hendak dikomersialkan mestilah mempunyai potensi yang tinggi dalam pasaran untuk menarik minat sasaran supaya membelinya. Dalam konteks ini, Kit Bestari dilihat memenuhi aspek pasaran untuk membantu kanakkanak membatangkan suku kata KV+KVK. Tambahan pula segala spesifikasi dan objektif pelaksanaan Kit Bestari memenuhi kehendak pengguna dalam menyelesaikan masalah muridmurid terutamanya dalam aspek bacaan. Pengurusan grafik dan bahan maunjud yang baik dan sempurna sangat membantu untuk menarik minat pembeli supaya memilih Kit Bestari sebagai kit pengajaran utama di dalam kelas mereka.



Jelaslah bahawa inovasi projek ini boleh



dikomersialkan kerana nilai komersialnya agak tinggi dibandingkan dengan produk lain. 6



6.0



PENUTUP



PROPOSAL INTERNSHIP: KIT BESTARI



Kesimpulannya, pembinaan produk inovasi digital ini berjaya memberi manfaat dan kemudahan kepada guru dan murid dalam membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama bagi subjek Bahasa Melayu. Perkara ini amat menepati konsep inovasi seperti yang dinyatakan Zakaria Omar (2014) bahawa inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. Pembinaan Kit Bestari turut menepati atribut inovasi yang dinyatakan Yusup Hashim (1994) bahawa inovasi yang mudah diterima harus mempunyai ciri-ciri seperti (i) ia hendaklah mempunyai kelebihan relatif, (ii) serasi dengan penerima, (iii) tidak menimbulkan kerumitan, (iv) mudah untuk percubaan dan (v) mudah untuk pemerhatian. Jelaslah bahawa inovasi dalam pengajaran telah menjadi trend dalam dunia pendidikan kini selari dengan perkembangan dunia teknologi semasa.