REFLEKSI-praktikal 1 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

REFLEKSI-PRAKTIKAL 1 Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat juga saya menyiapkan tugasan eksperimen yang telah diberikan ini.Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana banyak memberi tunjuk ajar dan juga kepada rakan-rakan kelas yang sudi membantu saya dalam menyiapkan laporan amali 1 ini. Sebagai persediaan, sebelum amali dijalankan, saya telah mengulangkaji sedikit sebanyak mengenai tindak balas haba peneutralan, cara menulis persamaan kimia dengan betul dan juga bagaimana untuk mengira haba tindak balas peneutralan. Selain itu juga, saya memastikan bahawa saya benar-benar memahami prosedur amali supaya saya tidak tersalah langkah sewaktu ingin menjalankan amali tersebut. Bagi saya, kekuatan yang ada pada eksperimen kali ini ialah saya mempunyai pengetahuan asas tentang amali yang akan dijalankan. Sekurang-kurangnya saya tahu jenis asid dan alkali yang digunakan, bagaimana persamaan kimia yang terlibat. Tambahan lagi, eksperimen ini juga telah dilakukan sewaktu peringkat sekolah menengah tetapi dengan cara yang berlainan. Kelemahan saya yang saya dapati ialah saya mempunyai masalah untuk menulis persamaan kimia yang terlibat iaitu persamaan ion. Setelah disemak semula oleh pensyarah barulah saya memahami bagaimana untuk menulis persamaan ion yang terlibat. Saya juga mempunyai masalah apabila mengira haba peneutralan yang melibatkan asid dwibes kerana ia akan menghasilkan 2 mol air. Oleh itu, saya cuba mengira dahulu haba peneutralan dan selepas itu saya merujuk kepada pensyarah untuk menyemak jalan pengiraannya. Melalui eksperimen yang dijalankan sedikit sebanyak membantu saya untuk mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi sewaktu pengajaran nanti terutamanya sewaktu mengajar tajuk asid dan alkali (Tahun 5). Ini juga satu persediaan kepada saya seandainya terdapat soalan daripada murid mengenai asid-asid kuat dan juga alkali kuat. Bagi saya, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap amali ini ialah masih lagi menggunakan tindak balas peneutralan tetapi menggunakan bahan lain seperti asid lemah



dan alkali kuat, asid lemah dan alkali lemah, juga asid kuat dan alkali lemah supaya perbezaan setiap tindak balas lebih difahami dan juga dapat dilihat.