Ringkasan Eksekutif [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0



Ringkasan Eksekutif Saya bercadang untuk memulakan sebuah perniagaan yang bernama Kedai Runcit



Chim. Perniagaan ini menjalankan perniagaan runcit yang menjual barangan yang lebih murah kepada penghuni yang tinggal di sekitar taman tersebut. Perniagaan ini ini diusaha secara milikan tunggal iaitu saya diusaha oleh diri sendiri. Kedai Runcit Chim terletak di Taman Cenderawasih, Johor Bahru yang mana kedudukannya di kawasan taman. Tujuan utama saya menyediakan rancangan perniagaan ini adalah untuk mendapat pinjaman bank kerana modal yang saya memiliki terhad. Dengan adanya pinjaman ini dan juga sumbangan modal daripda ahli keluarga dan juga pemilik, saya dapat berjaya memulakan perniagaan Kedai Runcit Chim pada masa yang telah ditetapkan dengan memasukkan stok yang mencukupi, membeli rak-rak untuk meletakkan barangan yang hendak dijual dan juga membelikan peti sejuk supaya barangan mudah rosak dapat disimpan dengan elok. Rancangan perniagaan ini ditujukan kepada Bank Simpnan Nasional untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM100,0000 yang dipohon dibawah skim. Perniagaan ini terdiri daripada seorang pengurus besar, seorang pembantu pengurus, 3 orang pekerja bahagian pengurusan stok dan juga 2 orang juruwang dan juga 2 orang penghantar barang bagi memastikan peniagaan ini dapat membangun serta berjalan dengan lancar. Kedai Runcit Chim menjual pelbagai jenis barangan makanan basah dan makanan kering, keperluan harian dan juga bahan basah seperti ikan, ayam dan juga pelbagai sayursayuran dan penghuni di sekitar Taman Cenderawasih tidak perlu lagi pergi ke pasar untuk membeli sayur-sayuran dan daging. Perniagaan ini juga membekalkan perkhidmatan lepas beli iaitu penghantaran barangan ke rumah selepas membayar. Barangan pernigaan ini sesuai untuk dibeli oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan bangsa. Kedai Runcit Chim janji akan memberikan harga yang paling berpatutan kepada semua pelanggan bagi menjamin tahap persaingan yang masih berada dalam keadaan terkawal serta memberi kepuasan yang maksima kepada pelanggan.



1



2.0



Pengenalan



Kedai Runcit Chim merupakan sebuah peniagaan milikan tunggal. Kedai runcit ini terletak di tepi jalan Taman Cenderawasih yang mudah didapat cari oleh setiap penduduk di sekitar Taman Cenderawasih. Projek dan lokasi ini dipilih kerana : a. Faktor persaingan yang kecil dimana bilangan pekedai adalah kecil dan banyak tertumpu kepada pekan dan pusat Bandar sahaja. b. Lokasi dan prasarana yang strategik, unik dan berpotensi untuk pembangunan masyarakat setempat di masa hadapan. c. Kehadiran peduduk yang tinggi ketika program atau kegiatan di masjid kerana kedai runcit ini terletak berhadapan dengan masjid. d. Tempat letak kereta yang banyak. e. Terletak di tepi jalan utama. f. 3.0



Kepadatan punduduk yang tinggi iaitu seramai 3000 orang. Tujuan



Tujuan untuk memulakan perniagaan runcit : 1) Memecahkan pukal Menjual dalam kuantiti yang kecil kepada penduduk di sekitar Taman Cenderawasih. 2) Menyediakan kemudahan kredit Memberi kelonggaran kepada pelanggan tetap untuk membayar kemudian. 3) Memudahkan penduduk-penduduk Penduduk di sekitar boleh mendapatkan barangan keperluan sehari dan juga makan kering ataupun basah dengan masa yang singkat dan perjalanan yang dekat. 4) Menjual pelbagai jenis barang Memudahkan penlanggan untuk membuat pilihan. 5) Mendapatkan keuntungan Pemiik dapat mendapat keuntungan yang banyak serta juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar.



2



4.0



Latar Belakang Perniagaan



Nama Perniagaan



Kedai Runcit Chim



Alamat perniagaan



42, Taman Cenderawasih, 80350, Larkin,Johor Bahru



Nombor telefon



09-2673313



Bentuk perniagaan



Milikan tunggal



Aktiviti utama perniagaan



Membekalkan barang keperluan harian, barangan makan kering atau basah secara runcit kepada punduduk di sekitar



Tarikh perniagaan didaftarkan



20/3/2018



Nombor pendaftaran perniagaan



03684521 – T



Nama bank perniagaan



Bank Simpanan Nasional



Nombor akaun bank



06019020011705



3



5.0



Latar Belakang Pemilik



Nama penuh



Chim Min Yew



Nombor kad pengenalan



890604-02-7235



Tarikh lahir



4/6/2018



Umur



29



Jantina



Lelaki



Status perkahwinan



Bujang



Alamat tetap



No.4B, Jalan Cenderawasih, Kapung Melayu, 80350, Johor Bahru



Nombor telefon



0174704264



Latar belakang akademik



Akedemik Business In Finance



Pengalaman bekerja



Akauntan di syarikat E&L Sdn.Bhd.



Kemahiran



Membuat laporan kewangan dan juga perisian perakaunnan yang canggih.



Pengalaman



i)Pengawai pemasaran ( The store )



2005-



2011 ii)Pengurusan jualan ( Guardian Pharmacy) 2011-2014



6.0



Latar Belakang Projek 4



Jenis perniagaan yang diceburi ialah industry peruncitan. Jenis perniagaan ini mendapat mendapat sambutan yang hangat dan juga dapat berkembang pesat di Malaysia. Barangan yang dijual dijual di Kedai Runcit Chim adalah berasakan barangan keperluan harian dan juga bahan makanan kering dan juga basah. Perindustri peruncitan ini diceburi kerana ia lebih senang dikendali berbanding dengan perindustri yang lain. Tenaga pekerja yang diperlukan juga lebih kurang. Barangan yang dijual akan sentiasa ada stoknya, oleh sebab itu penduduk di sekitar Kedai Runcit Chim tidak perlu takut stok barangan kedai tidak mencukupi. Perniagaan Kedai Runcit Chim amat mementingkan kualiti dan harga barangannya. Perniagaan ini tiadak akan menjual barangan yang telah rosak ataupun telah tamat tempohnya kepada pelanggan. Diskaun dan perkhidmatan penghantaran juga akan sentiasa diberikan kepada pelanggan tetap. Dengan kemahiran dan pengalaman yang ada pada bidang ini, pemilik akan lebih mudah untuk mengendalikan perniagaan ini dengan lebih mudah dan lancar sekali. Antara kemahiran yang dimiliki adalah dapat memdapatkan stok barangan yang lebih murah kerana ia pernah menolong pak ciknya mengendalikan kedai runcit dan telah berkenalan dengan syarikat pemborong yang banyak. Lebih-lebih lagi, barangan yang dijual oleh perniagaan Kedai Runcit Chim semuanya lebih murah berbanding dengan kedai lain, kualitinya juga adalah yang terbaik. Perniagaan ini juga memberikan kemudahan kredit kepada pelanggan tetap yang tinggal di sekitar Taman Cenderawasih. Ini akan dapat mengurangkan beban pelanggan. Selain itu, perniagaan ini juga memberikan perkhidmatan selepas jualan iaitu perkhidmatan pengahantaran ke rumah. Ini dapat memudahkan suri rumah tangga kerana mereka tidak perlu mengangkat barangan yang berat balik ke rumah.



7.0



Rancangan Organisasi 5



Pengurus (Chim Min Yew)



Pembantu Pengurus (Shaniel Wong)



Pekerja Bahagian Stok (3 orang)



Pekerja Bahagian Juruwang (2 orang)



Pekerja Bahagian Penghantaran Stok (2 orang)



Pengurus -Chim Min Yew i) Memastikan perniagaan dapat dijalankan setiap hari. ii) Memastikan perniagaan mendapat keuntungan dan bukan kerugian. iii) Memberikan gaji yang munasabah kepada pekerja supaya pekerja bekerja bersungguhsungguh. iv) Memastikan bekalan stok tidak terputus supaya pelanggan sentiasa mendapatkan barangan yang dihendaki. v) Berkenalan dengan semua jurujual supaya mudah mendapat stok. vi) Membuat bayaran kepada jurujual ataupun pembayaran dari pelanggan yang menggunakan cek.



7.1



Kaki Tangan Utama 6



i) Nama



Shaniel Wong



Jawatan pekerja



Pembantu pengurus



Bilangan pekerja



1 orang



Gaji bulanan



RM1800.00



Tanggungjawab



i) Membantu pengurusan operasi syarikat. Menyediakan kewangan, stok dan tempahan. ii) Membuat keputusan semasa pengurus tiada supaya tidak membazirkan masa. iii) Memerhatikan prestasi pekerja setiap hari. iv) Merekod urus niaga dan rekod ke dalam sistem.



ii) Nama



i) Adam ii) Ah Wong iii) Siew



Jawatan kerja



Stock assistant



Bilangan pekerja



3 orang



Gaji bulanan (seorang)



RM1200.00



Tanggungjawab



i) Menyusun stok. ii) Masukkan stok yang baru ke bilik stor. iii) Sentiasa memastikan stok disusun



dengan kemas.



iv) Melayan dan berkhidmat kepada pelanggan. v) Menyusun dan menjaga kebersihan premis.



7



Nama



i) Jing Siang ii) Siti



Jawatan Kerja



Juruwang



Bilangan pekerja



2 orang



Gaji bulanan (seorang)



RM1100.00



Tanggungjawab



i) Menerima wang yang dibayar oleh pelanggan. ii) Mencari balik duit baki kepada pelanggan iii) Membungkuskan barang yang dibeli ke dalam plastic supaya senang dibawa.



iii) iv) Nama



i) Ah Kau ii) Mutu



Jawatan Kerja



Penghantaran stok



Bilangan pekerja



2 orang



Gaji bulanan (seorang)



RM1100.00



Tanggungjawab



i) Menghantar barang ke rumah pelanggan ii) Membantu menurunkan stok semasa stok sampai. iii) Memastikan kuantiti stok yang sampai adalah betul.



Contohnya beras, gas, dan banyak barang yang debeli oleh pelanggan akan dihantar oleh pekerja bahagian penghangtaran stok. Ini mampu mengurangkan beban pelanggan yang perlu membawa barang-barang yang berat balik ke rumah. Dengan ini pelanggan akan berasa puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Kedai Runcit Chim.



8



8.0



Rancangan Pemasaran 8.1



Analisis pemasaran



Trend Pasaran Industri peruncitan di Malaysia pada amnya berkembang dengan pesat disebabkan oleh pernambahan penduduk. Selian itu, penduduk jua tidak mahu pergi ke kedai yang jauh untuk membeli barangan keperluan harian. Keadaan ini juga didorong oleh permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan pekerja kerana mereka menjimatkan masa yang banyak disebabkan tidak perlu pergi ke jauh-jauh untuk mendapatkan bahan makanan kering dan basah.



Saiz Pasaran Populasi pelanggan sasaran didalam kawasan pasaran adalah seperti berikut : Kawasan Taman Cenderawasih Batu Satu Kampung Melayu Kampung Kenaga Kampung Siam JUMLAH



Rumah



(^)



Bilangan (*)



1000 unit 800 unit 500 unit 450 unit 400 unit



Pelanggan Sasaran 3000 orang 2700 orang 1800 orang 1500 orang 1000 orang 10,000 orang



Anggaran



perbelanjaan RM15000 RM12000 RM9000 RM7000 RM5000 RM48,000



Nota: (^) Dianggarkan setiap unit rumah terdapat 3 orang ahli keluarga. (*) Dianggarkan setiap satu pelanggan akan berbelanja sebanyak RM 5



Sasaran Pasaran



9



Terdapat beberapa kumpulan sasaran yang dijangka menjadi penyumbang utama kepada peningkatan jualan perniagaan Kedai Runcit Chim. Antara yang disasarkan adalah i) Budak- budak yang tamat kelas tuisyen. ii) Penduduk yang tinggal di sekitar Taman Cenderawasih, Batu Satu, Kampung Melayu, Kampung Kenaga dan juga kampong siam. iii) Umat islam yang pergi bersolat pada hari jumaat. Lokasi kedai berada di kawasan komersial Taman Cenderawasih yang berhampiran dengan pusat-pusat perniagaan seperti klinik, bengkel kereta, bank, pusat tuisyen dan sebagainya akan memberi peluang yang besar untuk mendapat perhatian pelanggan. Pelanggan-pelanggan yang disasarkan adalah semua semua peringkat umur dan jantina serta kanak-kanak.



Persaingan 10



Pada ketika ini, terdapat dua buah kedai yang menjalankan perniagaan yang hampir sama. Dua buah kedai tersebut adalah Pasar Mini Mesra yang beralamat di jalan 3/5, Taman Batu Satu, kira-kira 8 kilometer dari lokasi Kedai Runcit Chim. Kedai runcit maju pula beralamat di No.9, Jalan Kampung Melayu, beroperasi kira-kira 12 kilometer dari lokasi Kedai Runcit Chim. Bil 1



Nama syarikat Pasar Mini Mesra



Kekuatan i) kedai berhawa dingin



Kelemahan i) Tiada



ii) Berhampiran dengan penghantaran KSL mall yang menjadi pusat



tumpuan



perkhidmatan barang



ke



rumah.



orang ii) Harga barang mahal.



ramai hujung minggu. iii) Memiliki pelanggan 2



Kedai Runcit Maju



tetap. i) Telah beroperasi lebih i) Kurang tempat meletakkan daripada 5 tahun.



kereta di luar kedai.



ii)Mempunyai pelanggan ii) Kedai sempit disebabkan tetap dan setia.



stok yang terlalu banyak.



iii) Mempunyai hubungan yang



baik



dengan



pembekal.



8.2



Ramalan Jualan



Saiz Pasaran Saiz pasaran dianggarkan lebih kurang 5000 orang termasuk pelanggan sampingan dan bukan bermastautin. Pelanggan di sekitar kawasan ini terdiri daripada pekerja awam, swasta, pekerja industri, peniaga dan penuntut. Kawasan perindustrian Ungku Mohsin telah memberi banyak kesan kepada pertambahan bilangan penduduk di Taman Cenderawasih kerana kos rumah sewa yang murah dan berdekatan dengan kawasan berkenaan. Penghijrahan golongan anak muda dan daripada kawasan luar bagi mencari pekerjaan ataupun menuntut ilmu di IPGKTI juga telah menambahkan bilangan penduduk Taman Cenderawasih.



Syer Pasaran



11



Bedasarkan kepada analisa ke atas keupayaan pesaing, perniagaan Kedai Runcit Chim mensasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 10% daripada syer pasaran pesaing dan 5% daripada syer pasaran pelanggan baru pada peringkat awal operasi perniagaan. Majoriti syer pasaran ini adalah terdiri daripada masyarakat islam. Oleh itu, pihak kedai telah merangka beberapa strategi pemasaran yang insentif abgi membantu masyarakat islam dalam meningkatkan ekonomi dan memajukan diri dalam bidang perniagaan.



Berdasarkan kepada saiz dan syer pasaran yang disasarkan, perniagaan Kedai Runcit Chim menganggarkan jualan untuk bulan pertama operasi adalah sebanyak RM108,600 berdasarkan perangkaan dimana pada bulan tersebut kami dapat menarik secara purata : Ramalan Jualan Individu/Suriruma



Bil.sehar



Belanja



Jumlah



h 1)



i



(RM)



Pelanggan



tetap



Jumlah (RM)



50 orang



50



seminggu 30



75,000



28 orang



40



30



33,600



(5%



mastautin) 2)Pelanggan



sampingan Jumlah Ramalan Jualan



Perniaga kecil



108,600



Bil.seminggu Belanja



1) Kedai kopi 15 kedai 2) Kedai makan 10 kedai 3) Restoran 6 kedai Jumlah Perbelanjaan Sebulan



(RM) 400 600 950



Jumlah seminggu 4 4 4



Jumlah (RM) 24,000 24,000 22,800 70,800



Melaui promosi yang mantap dan strategi pemasaran yang komprehensif, kami menjangkakan jualan akan mula meningkat pada bulan seterusnya setalah perniagaan kami berjaya mengukuhkan kepercayaan keatas pelanggan.



8.3



Strategi Pemasaran 12



Produk a) walaupun barang yang dijual oleh perniagaan Kedai Runcit Chim tidak banyak bezanya dengan kedai runcit lain, tetapi barangnya tetap memenuhi cita rasa pelanggan. Harga yang dijuga juga lebih murah berbanding dengan harga di pasaraya. Ini bermakna pelanggan dapat membeli dengan lebih murah dan mempunyai banyak pilihan. b) Selain stok barangan Kedai Runcit Chim mempunyai pelbagai pilihan, makanan kering dan basah juga bersih, suci dan halal serta sesuai untuk makanan masyarakat Islam. Kesucian memang tidak boleh dipertikaikan dan kami memiliki sijil Halal daripada pihak Jakim yang telah membuat pemeriksaan yang rapi terhadap stok barangan kami.



Harga a) Harga yang ditawarkan kepada pelanggan adalah pada harga yang kompetitif dan tidak terlalu mahal. Harganya berdasarkan kos pengeluaran yang ditanggung dan tokokan sebanyak 15 peratus dengan margin keuntungan yang telah dihitungkan.



Lokasi a) Lokasi Kedai Runcit Chim sangat stretegik disebabkan berada di kawasan komersial Taman Cenderawasih. b) Kedai Runcit Chim terletak berhampiran dengan pusat-pusat perniagaan seperti klinik, bengkel kereta, bank, pusat tuisyen dan sebagainya akan memberi peluang yang besar untuk mendapat perhatian pelanggan.



Saluran Pengedaran a) Proses pengedaran dan penjualan produk menggunakan perkhidmatan kenderaan seperti van berpandukan kepada jenis barangan, kuantiti dan jarak penghantaran. Bagi pelanggan yang hendak membuat tempahan yang banyak. Mereka perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum penghantaran. b) Bagi perniagaan Kedai Runcit Chim, hampir 90 peratus pelanggan yang datang ialah ‘walk in customers”. Promosi



13



a) Memberikan sample percuma untuk diuji oleh pelanggan. b) Mengedarkan risalah. c) Mengadakan sambutan ulang tahun Kedai Runcit Chim.



8.4 Bil



Belanjawan Pemasaran Tahun 2018



Perkara



Jumlah (RM)



1



Gaji pembantu pengurus ( RM1800 x 12)



21600



2



Stok assistant (RM1200 x 3 x 12)



43200



3



Gaji penghantar barang (RM1100 x 2 x 12)



26400



4



Belanja pengiklanan



500



5



Belanja sampel



500



6



Belanja sambutan ulangan tahun Kedai Runcit Chim



1000



JUMLAH



9.0



93,200



Rancangan Pengeluaran 14



Terdapat pelbagai-bagai jenis barangan yang dijual oleh perniagaan Kedai Runcit Chim. Senaraikan barangan yang ada di dalam jadual. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28



Jenis produk



Kapasiti sebulan



Kopi Milo Vico Nescafe Minyak masak Gula Sardine Mee segera Kicap Susu tin Telur Santan kotak Garam Ubat gigi Sabun mandi Sabun pencuci pinggan Sabun pencuci pakaian Ikan bilis Kentang Bawang merah Bawang putih Halia Sos cili sos Sos tomato Sos tiram Tepung gandum Beras Minuman berkarbonat



(unit) 150 200 200 200 500 500 200 300 250 400 400 300 500 300 300 250 300 200 400 400 400 400 300 300 300 300 500 300



9.1



Harga/Unit(RM)



Jumlah



8 12 10 13.50 2.50 3.00 3.00 4.50 2.90 3.00 3.50 2.90 2.90 3.50 12 10 15.50 6/1kg 1.00/1kg 1.00/1kg 1.00/1kg 0.50/1kg 3 3 3 2.90 15 2.50



Jualan(RM) 1200 2400 2000 2700 1250 1500 600 1350 725 1200 1400 870 1450 1050 3600 2500 4650 1200 400 400 400 200 900 900 900 870 7500 750



Proses Pengeluaran



Proses pengeluaran bahan stok untuk barangan Kedai Runcit Chim adalah seperti yang berikut : 1) Memesan stok dari pembekal. 2) Menunggu beberapa hari dan stok akan dihantarkan ke kedai. 3) Apabila stok sampai, mengira kuantiti stok supaya jumlahnya sama dengan jumlah yang kita memesan. 4) Masukkan stok tersebut ke dalam bilik stor. 15



5) Menyusunkan stok baru apa bila stok di rak telah habis.



9.2 Bil



Mesin Dan Peralatan Jenis



Pembekal



Kuantiti



Harga/Unit



Jumlah RM



RM



1



Peti sejuk



AW Electric Supply



6



4000



24000



16



2



Penyejuk beku



AW Electric Supply



2



4200



8400



3



Foot sealer



Rajin Sdn.Bhd.



2



250



500



4



Rak



Rajin Sdn.Bhd.



10



400



4000



5



Penimbang



CS Sdn.Bhd.



2



250



500



6



Meja kaunter



Cs Sdn.Bhd.



2



300



600



JUMLAH



10.0



24



38000



Pelan Susun Atur Premis



17



11.0



Rancangan Kewangan 18



a) Penyata Pendapatan Perniagaan Kedai Runcit Chim PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018 RM 108,600



Jualan (-) Kos jualan Stok awal Kos pengeluaran (-) Stok akhir



0 28,400 19,000 9,400



Untung kasar



99,200



(-) Perbelanjaan Belanja sambutan ulangan tahun perniagaan Gaji Belanja pengiklanan Pelbagai belanja Belanja sampel



1000 91,200 500 500 500



Jumlah perbelanjaan



93,700



Untung bersih sebelum cukai Cukai Untung bersih selepas cukai



5,500 1,200 4300



Untung bersih



4300



b) Kunci Kira-Kira Perniagaan CS PERFUME & FRAGRANCE KUNCI KIRA-KIRA BAGI TAHUN PADA 31 DISEMBER 2018 Aset Aset Bukan Semasa Peralatan Pejabat (Nilai buku) Perabot (Nilai buku) Mesin dan Peralatan (Nilai buku) Deposit Jumlah Aset Bukan Semasa



RM 62,000.00 5,500.00 24,000 38,000 80,000 209,500 19



Aset Semasa Stok Akhir Bank Tunai



40,400 120,000 150,200



Jumlah Aset Semasa



202,600



Liabiliti Semasa Belanja terakru



24,000



Modal kerja



178,600 388,100



Ekuiti Pemilik Modal awal (+) Untung bersih (-) Ambilan



350,100 4300 100



Modal akhir



354,300



Liabiliti Bukan Semasa Pinjaman



98,000 388,100



12.0 Bil



Jadual Pelaksanaan Projek Perlaksanaan



Tarikh jangkaan



1



Pemohonan pembiayaan



10/2/2018



2



Temu duga



28/2/2018



3



Mendapat kelulusan



6/3/2018



4



Proses dokumentasi



12/3/2018



5



Mengeluarkan wang dari bank



18/3/2018



20



6



Menyelesaikan urusan sewa premis



20/3/2018



7



Menandatangani dokumen sewa premis



23/3/2018



8



Pembelian perabot



30/3/2018



9



Pembelian stok.



2/4/2018



10



Perniagaan beroperasi sepenuhnya



8/5/2018



13.0



Rumusan Cabaran yang paling besar dalam dunia perniagaan pada hari ini adalah untuk terus



bertahan dan berdaya saing. Peruncit moden mempunyai dari segi teknologi untuk menyokong mereka. Kita harus mengambil insiatif bergerak seiringi dengan perubahan masa dan teknologi dalam memenuhi kehidupan seharian kita. Oleh yang demikian, perniagaan Kedai Runcit Chim sememang telah mengambil langkah drastik bagi menubuhkan kedai runcit bagi memajukan diri di bidang perniagaan peruncitan dan pemborongan. Berdasarkan kepada maklumat yang telah dikongsi besama, jangkaan pasaran, kedudukan kewangan dan prestasi Kedai Runcit Chim, kami berkeyakinan penuh projek yang dicadangkan adalah berdaya maju dam mampu bersaing dengan kedai atau pasaraya lain yang sedia ada. Kami menjangkakan berdasar prestasi, kualiti, perkhidmatan dan nilai produk perniagaan mampu menjadi contoh yang efektif, innovatif dan unggul di kaca mata segenap lapisan masyarakat.



21



Diharap dengan kerjasam dan bantuan kewangan daripada pihak bank, dapat memberikan semangat dan pefrangsang kepada kami dalam merialisasikan impian untuk menubuhkan kedai runcit yang berdaya maju dan mampu meningkatkan kedudukan ekonomi Malaysia. Semoga cadangan projek ini akan mendapat pertimbangan dan kelulusan sepenuhnya daripada pihak Bank Simpanan Nasional.



14.0



Lampiran



Lokasi persekitaran kedudukan Kedai Runcit Chim



22



23



24



15.0



Rujukan



Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim & Ooi Yeng Keat. (2010). Keusahawanan Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: TheMcGraw Hill Companies. Osteryoung, J. S. & Denslow, D. L. (2003). So you need to write a business plan. Thompson South Western. Peterson, R. A., & Kerin, R. A. (4th ed.) (1987). Strategic marketing problem: Cases and comments. Voston: Allyn & Bacon. Sab, J. C. (1991). Proses-proses dalam perniagaan. Institut Teknologi Mara. Wiken, P. H. (1979). Entrepreneurship – A comparative and historical study. New Jersey: Abex Publishing Corporation. https://www.scribd.com/doc/37127424/contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-Runcit Rancangan Perniagaan dipetik pada 31 Mac 2018. http://www.moa.gov.my/rancangan-perniagaan Apakah itu rancangan perniagaan, dipetik pada 31 Mac 2018. Salem Abd Khalid https://prezi.com/lp0e42vzhpyt/rancangan-perniagaan/ Rancangan Perniagaan dipetik pada 31 Mac 2018.



25