RPA Awal Matematik 4 Tahun [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI



Bidang Pembelajaran



: Perkembangan Awal Matematik



Nama Pendidik



: Nurul Sharifah Rozaila Bt Rosli



No. Kad Pengenalan



: 931029-03-5836



Tajuk



: Mari mengira objek



Umur



: 4 Tahun



Kebolehan Sedia Ada



: Kanak-kanak telah diajar mengenal nombor dan sebutan 1-5



Bil. Kanak-kanak



: 2 Orang



Tarikh/Masa



: 15 minit



Objektif : 1. Kanak-kanak boleh menggunakan nombor untuk mengira 2. Kanak-kanak dapat membilang objek dengan betul



Bidang Perkembangan : 1. Perkembangan Matematik (Kanak-kanak membilang objek yang ada) 2. Perkembangan Bahasa (Kanak-kanak menyanyi lagu “Jari, tap, tap, tap” bersama guru) 3. Perkembangan Sosioemosi (Kanak-kanak menyentuh objek yang dibawa) 4. Perkembangan Fizikal (Kanak-kanak membuat pergerakan tangan semasa aktiviti menyanyi)



Bahan : Kad nombor, balang, bekas, dan bola



Langkah Mengendalikan Aktiviti :1- Pendidik beramah mesra dan bersoal jawab dengan kanak-kanak. 2- Pendidik meminta kanak-kanak berdiri dan menyanyikan lagu “Kira Jari” bersama-sama sambil membuat pergerakan tangan. Satu jari, satu jari, satu jari tap tap tap Tunjuk atas, tunjuk bawah, satu jari tap tap tap Dua jari, dua jari, dua jari tap tap tap Tunjuk atas, tunjuk bawah, dua jari tap tap tap Tiga jari, tiga jari, tiga jari tap tap tap Tunjuk atas, tunjuk bawah, tiga jari tap tap tap Empat jari, empat jari, empat jari tap tap tap Tunjuk atas, tunjuk bawah, empat jari tap tap tap Lima jari, lima jari, lima jari tap tap tap Tunjuk atas, tunjuk bawah, lima jari tap tap tap



3- Pendidik meminta kanak-kanak duduk di tempat masing-masing. 4- Pendidik menunjukkan kad nombor berserta gambar dan meminta kanak-kanak menyatakan nombor yang dan gambar yang dilihat mereka. 5- Pendidik seterusnya mengeluarkan barang-barang sambil berinteraksi dengan kanak-kanak mengenai barang-barang tersebut. 6- Pendidik meminta kanak-kanak berada berdekatan dengan pendidik. 7- Pendidik meminta semua kanak-kanak mengira kesemua bola yang terdapat dalam bekas yang disediakan. 8- Pendidik menerangkan aktiviti yang akan dijalankan selanjutnya. 9- Pendidik kemudiannya mengeluarkan sebuah kotak berisi bola kepada kanak-kanak. 10- Pendidik meminta kanak-kanak memasukkan tangan ke dalamnya dan mengambil sebiji bola untuk setiap orang. 11- Pendidik menyoal kanak-kanak apakah nombor yang mereka perolehi. 12- Pendidik mengarahkan kanak-kanak mengambil bola dalam balang berdasarkan angka bola yang mereka peroleh. 13- Setelah itu, pendidik mengarahkan kanak-kanak meletakkan satu demi satu bola yang diambil tadi ke dalam bekas sambil mengira objek dari suatu nombor hingga nombor 5. 14- Pendidik seterusnya memberi peluang kepada kanak-kanak melakukan aktiviti tersebut dengan bimbingan guru. 15- Setelah selesai melakukan aktiviti tersebut, pendidik menilai keberkesanan aktiviti dengan mengarahkan kanak-kanak mengeluarkan pensil mereka dan mengira bilangan pensil yang mereka ada.



SENARAI SEMAK PERKEMBANGAN Kumpulan umur kanak-kanak : 0-4 tahun



BIDANG : PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK Bil. 1.



Perkara Mengambil bahagian secara aktif dalam setiap kegiatan yang dijalankan



2.



Memahami konsep pengiraan objek secara terus dari suatu nombor hingga nombor 5



3.



Memahami apa yang telah dipelajari



4.



Menjawab soalan dan berinteraksi sesama mereka



Catatan