Sampah Sarap [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SAMPAH SARAP: ISU PENGURUSAN SISTEM SISA PEPEJAL OLEH PBT 1.0 PENGENALAN Hidup dengan sampah memang tidak mengenakkan. Namun, dalam kehidupan seharian kita sering diwarnai dengan beraneka jenis sampah. Manusia membuang sampah tidak kira tempat, asalkan ada saja kesempatan. Natijahnya sampah di manamana saja ada sampah, di rumah, pejabat, kedai, pasaraya, tepi parit, tepi pantai, tepi dan dalam sungai, bahkan kini manusia sudah mula pandai membuat dan membuang sampah di angkasa. Dalam hal ini adakah kita boleh menyalahkan sampah itu sendiri kerana mengotorkan pemandangan yang indah atau menyalahkan si pembuang sampah yang tidak bertanggungjawab. Pertambahan penduduk, proses pembandaran dan perindustrian yang pesat menyebabkan bertambahnya sisa pepejal yang dijana oleh masyarakat. Pengurusan sisa pepejal merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat terutama di bandar. Kos pengurusan sisa pepejal dari peringkat pengutipan, pengumpulan, pengangkutan sampah hingga ke tahap pelupusan, sangat tinggi. Kuantiti



sisa



pepejal



khususnya



sampah



domestik



perlu



dikurangkan



bagi



mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Aspek kos merupakan penggerak sistem pengurusan sisa pepejal yang baik. Namun, oleh kerana caj yang dikenakan kepada masyarakat tidak setanding dengan kos pengurusan sisa, pihak berkuasa tempatan sukar



untuk



meningkatkan



kualiti



perkhidmatan



kepada



masyarakat



kerana



keterbatasan modal, guna tenaga, operasi, kenderaan serta kekurangan peralatan.



Peningkatan jumlah sisa pepejal ini akan menjadi semakin rumit dan meruncing pada masa akan datang berikutan berlakunya kesesakan lalu lintas, penjanaan sampah yang semakin meningkat dan juga pertambahan populasi penduduk yang semakin meningkat. Bagi mengatasi pelbagai impak negatif daripada pertambahan sisa pepejal ini pada masa akan datang, langkah yang lebih produktif dan efisien perlulah dijalankan melalui pengurusan sisa pepejal.



Sehingga tahun 1998, pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. Di Shah Alam, pengurusan sisa pepejal diuruskan melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).



Kepesatan



pembangunan negara yang berterusan turut meningkatkan kuantiti sisa pepejal yang dijana setiap tahun, menyebabkan kos pengurusan sisa pepejal turut meningkat. Keadaan ini amat membebankan sebahagian besar PBT dengan meningkatnya kos kutipan dan pembinaan fasiliti untuk merawat dan melupus sisa pepejal. Pada masa yang sama, masyarakat semakin peka ke atas isu-isu alam sekitar menyebabkan masalah sisa pepejal mendapat perhatian umum.



Apa yang ingin saya kupaskan di sini adalah bagaimana dengan bantuan pihak berkuasa tempatan (PBT) masalah pengurusan sampah atau lebih dikenali kini dengan sistem pengurusan sisa pepejal dapat diuruskan dengan efisyen. Mengambil kira isu daripada akhbar – akhbar tempatan dan media massa masalah ini ditumpukan di kawasan pentadbiran PBT saya iaitu di Shah Alam.



2.0 PENGURUSAN SISA PEPEJAL



Pada bulan Oktober 1994, Kerajaan menyarankan kepada syarikat swasta untuk membuat tawaran bagi penswastaan pengurusan sisa pepejal bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal. Pada 6hb September 1995, Kabinet telah bersetuju untuk menswastakan pengurusan sisa pepejal di Semenanjung Malaysia. Pada Disember 1995, Kerajaan Persekutuan telah menawarkan kontrak secara interim kepada 4 buah syarikat. Penswastaan interim pengurusan sisa pepejal dibuat mengikut



kawasan



geografi iaitu Kawasan Tengah dan Timur, Kawasan Utara, Kawasan Selatan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Penswastaan secara interim telah dilaksanakan



mulai



pada



8



April



1998



sebelum



penswastaan



sepenuhnya



dikuatkuasakan.



Pada tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Di bawah Akta ini Kerajaan Persekutuan telah diberi kuasa eksekutif berhubung dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Semenanjung Malaysia. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah diwujudkan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk membuat dasar, peraturan-peraturan, garis panduan, merangka pelan perancangan strategik, mengeluarkan lesen, dan seumpamanya. Pada tahun 2007 juga, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA). PPSPPA ditubuhkan



sebagai agensi untuk menguatkuasakan Akta 672 serta peraturan-peraturan di bawahnya, melaksanakan pelan perancangan strategik, mengawalselia perjanjian konsesi serta operasi fasiliti-fasiliti pengurusan sisa pepejal di seluruh negara.



Stesen pemindahan merupakan sebahagian daripada aspek pengurusan sisa pepejal di bandar. Stesen ini pada dasarnya berfungsi sebagai pusat transit sisa pepejal sebelum dibawa ke pusat pengumpulan sampah. Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Shah Alam (SATS) merupakan stesen transit yang pertama seperti itu dibina di kawasan perindustrian di Seksyen 2, di bandar Shah Alam. SATS direka untuk menerima sekitar 1,500 tan sisa pepejal setiap hari. Stesen tersebut dijangka mampu untuk mempertingkatkan kapasiti penerimaan sisa pepejal sekitar 2,500 tan sehari. Kompenan persekitaran seperti kualiti udara, bau, bunyi, getaran, kualiti air sungai, ekologi sungai, sosio-ekonomi dan isu lalulintas dan pengangkutan di sekitar kawasan projek menjadi fokus utama.



Hanya tujuh daripada 289 tapak pelupusan sampah di negara ini merupakan tapak pelupusan sanitari yang mesra alam.Maknanya, kurang 2.5 peratus daripada keseluruhan tapak pelupusan sisa itu diuruskan dengan baik dengan selebihnya beroperasi secara pembuangan terbuka atau „open-dumping‟.



3.0 PERMASALAHAN



Apabila pembuangan sisa pepejal semakin bertambah, tapak pelupusan sisa pepejal terpaksa dibuka jauh dari kawasan pusat kutipan kerana ia tidak lagi sesuai diadakan berdekatan dengan kawasan penempatan atau pusat komersial. Pemindahan dan pengangkutan menjadi satu keperluan bila jarak angkut dari kawasan kutipan ke tapak pelupusan bertambah jauh kerana pengangkutan kutipan sisa pepejal terus ke tapak pelupusan tidak lagi ekonomikal. Untuk mengatasi masalah pengangkutan pembuangan sisa pepejal ini, altenatif yang biasa digunakan ialah dengan mengadakan satu kawasan pembuangan sementara tidak jauh dari kawasan kutipan. Alternatif yang dimaksudkan adalah stesen pemindahan sisa pepejal. Keperluan kepada stesen pemindahan ini adalah kerana :  untuk mengelakkan kejadian pembuangan sampah haram apabila tempat pembuangan terlalu jauh;  menyediakan lokasi atau tempat pembuangan yang lebih dekat;  penggunaan kenderaan kutipan yang mempunyai kapasiti muatan yang kecil;  untuk meningkatkan produktiviti pekerja serta dapat mengurangkan masa untuk bergerak ke tapak pelupusan dan mempunyai banyak masa dalam melakukan kerj a-kerj a kutipan; dan  dapat mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan kutipan seperti penjimatan minyak, kerosakan kenderaan dan sebagainya.



Dengan adanya stesen pemindahan ini, kumpulan sampah dibawa oleh lori-lori kontena (trailer) yang mempunyai kapasiti yang lebih besar ke tapak pelupusan akhir .



Bagi kawasan Shah Alam dan Subang Jaya, sisa pepejal yang dikutip akan dihantar ke tapak pelupusan Air Itam, Puchong. Ia merupakan tempat pembuangan utama yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Oleh kerana kawasan di sekitar tapak pelupusan Air Itam kini sedang pesat membangun, Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan supaya tapak pelupusan tersebut ditutup dan sepatutnya dibenarkan beroperasi sehingga akhir tahun 2005 sahaja. Apabila Air Itam ditutup maka tempat pelupusan akhir sudah tentu lebih jauh kerana kawasan yang sedia ada di Lembah Kelang sudah tidak sesuai untuk dijadikan tapak pelupusan. Untuk mengatasi masalah pengangkutan pembuangan sisa pepejal ini, stesen pemindahan sisa pepejal di satu lokasi yang sesuai diperlukan bagi menjadikan ia sebagai tempat persinggahan sementara sebelum sisa pepejal ini dibawa ke tapak pelupusan. Banyak tempat – tempat sementara di bina seperti di Batang Berjuntai dan Bukit beruntung.



Lambakan sampah yang banyak terutama di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di



Malaysia, dengan



anggaran pertumbuhan populasi 2.4 peratus atau 600,000 orang setiap tahun (sejak



1994), lebih banyak sampah akan dihasilkan, seterusnya mengurangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah. Keadaan ini diburukkan dengan statistik terkini menunjukkan 113 daripada 289 tapak pelupusan sampah di negara ini tidak lagi beroperasi. Kebanyakannya menunggu masa ditutup.Malah ada juga disambung hayatnya untuk menampung sampah yang ada, misalnya di kawasan pelupusan sampah Sungai Sedu, Banting, yang menerima sampah domestik dari Sepang dan Putrajaya yang sepatutnya ditutup Jun lepas.



Lebih menyedihkan sebilangan besar daripada 113 tapak pelupusan yang ditutup itu bukan tapak pelupusan sanitari. Namun apa yang lebih menarik, kebanyakan tapak pelupusan sampah itu diuruskan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pihak swasta, yang dilantik PBT. Mengikut statistik PPSPPA sebanyak 114 tapak pelupusan diuruskan PBT meliputi 58 tapak pelupusan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak (41) dan Sabah (15).



Bagi beberapa pakar persoalan ini ialah masalah kompleks melibatkan beberapa faktor berkait daripada kekurangan dana dan kepakaran, tahap kesedaran rakyat yang masih rendah dan kerangka undang-undang yang belum jelas. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awan 2007 diluluskan pada 30 Ogos 2007, namun atas sebab-sebab tertentu, ia belum dikuatkuasakan.



Sumber industri melihat penangguhan itu berkaitan dengan proses penswastaan pengurusan sisa pepejal negara yang belum muktamad, sekalipun hakikatnya pengurusan sisa pepejal kini diurus syarikat Alam Flora, SWM Environment dan Idaman Bersih Sdn Bhd, mengikut zon masing-masing sejak 1996.Ketika ini, „majikan‟ bagi ketiga-tiga syarikat ini ialah PBT terbabit.



Berbalik kepada masalah pengurusan tapak pelupusan, kerajaan melaksanakan Pelan Tindakan 1988 iaitu meningkatkan tahap tapak pelupusan sampah secara berperingkat ekoran sumber dana dan kepakaran yang terhad. Empat tahap pembaikan itu ialah pembuangan terkawal (tahap satu), kambusan sanitari dengan lapisan penutup harian (tahap dua), kambusan sanitari dengan sistem peredaran leachate (tahap ketiga) dan kambusan sanitari dengan rawatan leachate (tahap keempat). Namun pelan tindakan itu dikatakan kurang berhasil dan ini dibuktikan dengan hanya tujuh tapak pelupusan sampah di negara ini diuruskan secara sanitari dan kebanyakannya dipelopori pihak swasta.Tujuh tapak pelupusan sanitari itu ialah tiga di Selangor dan masing-masing satu di Kedah, Pahang, Melaka dan Johor.



Keadaan ini diburukkan lagi dengan mentaliti masyarakat yang memandang mudah kepada kempen „kitar semula‟ yang dua kali dilancarkan pada 1993 dan 2000 dibuktikan dengan peratusan kitar semula yang masih rendah sekitar lima peratus. Angka ini amat jauh daripada sasaran kitar semula sebanyak 22 peratus menjelang



2020 ditetapkan kerajaan apatah jika dibandingkan dengan negara maju seperti Jepun dengan peratusan kitar semula melebihi 50 peratus.



Di Shah Alam Permasalahan mengenai sisa pepejal ini sering dibangkitkan kerana faktor politik. Kerajaan Tempatan di Shah Alam di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang berpaut di dalam pemerintahan Parti Pembangkang. Faktor ini sedikit sebanyak menggangu operasi perjalanan PBT iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam melaksanakan tanggungjawab sebagai PBT yang bertanggungjawab.



Jika dilihat semasa pentadbiran Kerajaan persekutuan banayak tapak pelupusan yang wujud sebelumnya dan tapak pelupusan ini sedang ditambah baik ataupun ditutup berperingkat.



4.0 PENYELESAIAN



Persoalannya sampai bila kita akan secara terus bergantung terhadap tapak pelupusan sisa pepejal untuk melupuskan sampah-sarap. Menyedari kepentingan itu, Alam Meridian (Malaysia) Sdn. Bhd. menjadi wakil Hitachi Zosen Corporation yang berpangkalan di Jepun membawa teknologi insinerator dalam memberi alternatif kepada masalah tapak pelupusan sisa pepejal.



Teknologi insinerator merupakan satu keperluan untuk mengatasi masalah sampah-sarap terutamanya melibatkan tapak pelupusan sisa pepejal.Buat masa ini, negara tidak mempunyai teknologi insinerator.Sudah terdapat beberapa negara yang menggunakan teknologi dari Jepun ini untuk mengatasi masalah tapak pelupusan sisa pepejal mereka.



Melalui kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam dan syarikat Alam Meridian (Malaysia) Sdn. Bhd membawa masuk teknologi ini untuk diguna pakai di sini. Melalui kerjasama yang terjalin, teknologi luar dapat dibawa masuk ke negara ini sekali gus membuka peluang kepada penduduk tempatan mempelajari teknologi baharu itu. Ia sekali gus dapat meningkatkan kepakaran dalam mengatasi sisa pepejal. Bukan sahaja dapat mengetahui mengenai teknologi terbaharu tetapi, mempelajari keberkesanan teknologi incinerator.kelebihan teknologi insinerator termasuk dapat mengurangkan impak kepada alam sekitar.



Melalui insinerator, terdapat beberapa proses perawatan sisa pepejal yang lebih berkesan perlu dilalui terlebih dahulu agar ia tidak menggugat alam sekitar. Antara proses itu termasuklah sistem penerimaan sisa pepejal, sistem dandang dan insinerator, sistem penggunaan haba sisa pepejal, sistem rawatan gas serombong dan sistem rawatan abu.Selain daripada itu, pembikinan insinerator turut dapat membantu



memanjangkan lagi jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal.Ianya sekali gus dapat menjadi alternatif kepada masalah tapak pelupusan sisa pepejal.



Proses incinerator ini juga dapat membekalkan tenaga kepada pengguna bermakna tenaga yang terbiar tidak akan disia-siakan begitu sahaja.Penggunaan teknologi ini bermakna sampah-sarap yang telah menjadi abu akan dikitar untuk dijadikan produk agar dapat digunakan semula.Selain daripada itu, ia juga dapat membekalkan tenaga elektrik kepada pengguna yang memerlukannya.



Secara tidak langsung insinerator membantu mengurangkan pemanasan global dan pencemaran alam sekitar kerana menguna pakai semula bahan buangan. Banyak negara-negara sudah menggunakan teknologi insinerator dalam pengurusan sisa pepejal mereka. Antara negara-negara yang menggunakan teknologi Hitachi Zosen Corporation termasuk Jepun, Taiwan, China, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.



Di tapak pelupusan Jinjang berhampiran lebuhraya MRR2 sistem pelupusan moden sudah mula diwujudkan. Bermula dengan tapak sampah berbukit, kini ianya telah dibangunkan dengan tapak berteknologi moden, disamping kawasan perumahan berhampiran dan taman rekreasi.



Penyelesaian seterusnya adalah dengan program kitar semula. Shah Alam adalah ibu Negeri Selangor dan ditadbir oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). dengan keluasan pentadbiran 290.3 km persegi, menjadikan satu cabaran bagi MBSA untuk memastikan pembangunan secara mampan dicapai. Semua perancangan pembangunan ini dibuat berdasarkan methodologi 'local agenda 21' iaitu pendekatan bersama diantara PBT, masyarakat dan sektor swasta untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran dengan mampan dan berkualiti. dalam usaha MBSA memastikan pembangunan mampan dan kesihatan persekitaran, MBSA terpaksa berdepan dengan masalah semasa yang sukar dibendung iaitu masalah pembuangan sisa sampah lengai secara haram (kebun,peti sejuk,perabot lama,dan lain - lain)



Bagi mengatasi masalah ini, program kempen kesedaran kepada masyarakat, kemudahan tempat pembuangan sisa lengai dan penguatkuasaan dilaksanakan oleh MBSA. Dengan sokongan pihak KPKT dan DANIDA (Pertubuhan kerjasama antara Malaysia dan Kerajaan Denmark berkaitan Sisa Buangan), MBSA merancang untuk menyediakan satu pusat kemudahan kepada penduduk membuang sisa lengai. dikebanyakan negara maju pusat ini dikenali sebagai „civic amenity site'(cas).Bagi memudahkan penyebutan dan praktikal di Shah Alam, MBSA telah menamakan pusat ini sebagai “Pusat Khidmat Komuniti Kitar Semula' (PKKKS) . Pusat ini terletak di Seksyen 17, Shah Alam.



Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Proses pengasingan sisa pepejal atau sampah merupakan proses penting. Oleh itu, penyediaan set tong kitar semula adalah penting tidak kira tong tersebut merupakan yang mahal atau dibuat sendiri.



Kebanyakan tong kitar



semula yang terdapat di Malaysia merupakan tong yang telah disediakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Terdapat juga tong yang telah disediakan oleh agensi bukan kerajaan (NGO) yang peka terhadap pentingnya amalan kitar semula. Pada kebiasaannya tong kitar semula akan diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza mengikut fungsinya yang berbeza iaitu warna biru, coklat dan jingga. Penyediaan tong – tong ini di kawasan perumahan dan rekreasi oleh MBSA sejak kebelakangan ini membantu kempen kitar semula.



MBSA juga memantapkan pengendalian sanitari dengan penggunaan lori sampah moden dan tong sampah yang seragam untuk kutipan. Kekerapan kutipan daripada dua kali kepada tujuh kali seminggu bergantung kepada jenis premis. Bagi kawasan perumahan kutipan dilakukan tiga kali seminggu berbanding dua sebelum ini. Dengan penswastaan syarikat konsesi kutipan pepejal membantu kelancaran kutipan ini.



Akhir sekali penyediaan lesen bagi tujuan kutipan sisa pepejal juga memberi kepercayaan kepada orang awam,peniaga serta pekilang. Ia juga memudahkan pengawasan MBSA. Lesen ini juga memastikan bahawa syarikat yang benar – benar



layak danmempunyai kemahiran melakukan aktiviti kutipan harian. Pengawalan lesen ini bukan menutup persaingan tetapi membantu MBSA mengawal bilangan syarikat yang terbabit dengan lebih mudah.



5.0 PENUTUP



Mungkin sudah tiba masanya kerajaan memikirkan langkah yang lebih efektif, selain mengadakan kempen dan iklan seperti membangunkan infrastruktur strategik dengan pihak swasta, menjalankan kajian holistik dan menguatkuasakan akta yang ada. Masalah berbangkit seperti jadual kutipan sampah tidak menentu perlu diatasi secara telus dan tuntas. Ini kerana dengan jumlah sampah yang semakin meningkat dan dijangka mencecah 30,000 tan sehari dalam tempoh kurang 11 tahun lagi, masyarakat tidak mempunyai pilihan selain daripada kitar semula. Apa yang pasti, perubahan untuk mengitar semula boleh bermula dengan komitmen individu di rumah masing-masing, dengan mengurangkan sampah yang terpaksa dilupuskan. Segala usaha yang dilakukan oleh MBSA dalam pengurusan sistem pepejal di Shah Alam secara khusus serta di Selangor secara amnya dengan sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk negeri ini adalah sebanyak 4,000 tan sehari masih diperingkat pertengahan dan belum mencapai tahap yang cemerlang. Kesimpulan mudah yang boleh kita buat terhadap masyarakat di negara ini ialah kita hanya baru sampai kepada tahap teknologi buang dan belum berupaya sepenuhnya untuk sampai ke tahap teknologi mengupayakan sampah sebagai bahan



kitar semula dan menjadi sebahagian daripada komoditi kehidupan kita. Konflik yang berpanjangan antara „ya' ataupun „tidak' yang berlaku antara segelintir penduduk negara ini dengan pihak kerajaan terhadap teknologi untuk melupuskan sampah adalah antara beberapa episod yang menggambarkan tahap pencapaian teknologi buang yang dimaksudkan.



Walaubagaimanapun usaha ke arah yang lebih baik giat dijalankan melalui kerjasama MBSA dengan penduduk, NGO, syarikat swasta dan juga Kerajaan bagi menangani masalah pengurusan sistem sisa pepejal ini. Usaha Pihak Berkuasa Tempatan juga mestilah mendapat kerjasama semua pihak agar bebanan ini tidak tertanggung oleh satu pihak sahaja.



RUJUKAN Department of Environment Malaysia (DoE), 2006. “Malaysia Environmental Quality Report,” (2005). Putrajaya. Malaysia, 2001. “Eight Malaysia Plan 2001 – 2005.” Economic Planning Unit, Prime Ministers Department, Putrajaya, Malaysia. Malaysia, 2006. Ninth Malaysia Plan 2006 – 2010. Economic Planning Unit, Prime Ministers Department, Putrajaya, Malaysia. Nadzri Yahya, (2008) . Overview of Solid Waste Management in Malaysia. Workshop on Carbon Finance and Municipal Solid Waste Management in Malaysia, 29 January2008. Department of National Solid Waste Management, Ministry of Housing and Local Government Malaysia. Tawee, S. & Jamaluddin M. J. (2001). Non-engineering aspect in resource recovery in municipal



solid



waste



managemet.ln



proceedings



national



seminar



on



environmental management: current development & future planning. Akam Print, Kuala Lumpur, pp.276-286 Tawee, S & Jamaluddin M. J. (2004). Pengurusan Sampah Sarap pepejal di Malaysia: Masalah dan Penyelesaian. Seminar Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar dalam Pendidikan dan Pembangunan Negara. Julai 2-3 2004. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.Lumpur.



Nadzarul Amir Zainal Azam (2013). Penyelesaian krisis sisa pepejal. Kosmo Online. Di akses pada 9 September 2013 di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp ?y= 2011&dt=1026&pub =Kosmo&sec= Infiniti&pg=in_01.htm#ixzz2eUzFkuED