Situasi Yang Menyayat Hati [PDF]

  • Author / Uploaded
  • fas
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua situasi yang menyayat hati anda sebagai pembaca. Novel yang saya kaji ialah Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib.Terdapat banyak situasi yang menyayat hati saya sebagai pembaca dalam novel ini.Antara, situasi yang menyayat hati saya sebagai pembaca dalam novel ini ialah situasi yang berpisah antara Leftenan Adnan dengan Sophia. Contohnya, sebelum kemaraan tentera Jepun ke Singapura, Leftenan Adnan menghantar Sophia balik ke kampungnya, Sungai Ramal. Leftenan Adnan berasa sedih kerana hendak berpisah dengan Sophia. Hubungan mereka tidak dipengaruhi walaupun mereka tinggal di dua tempat yang lain. Perpisahan antara mereka menyayat hati pembaca kerana Leftenan Adnan amat sayang akan Sophia. Malangnya, kemaraan tentera Jepun memaksa mereka berpisah. Selain itu, situasi yang menyayat hati saya sebagai pembaca dalam novel ialah situasi kematian Leftenan Adnan. Contohnya, Leftenan Adnan ditangkap dan diserkup dengan guni. Tentara Jepun kemudiannya menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur. Akhirnya, Leftenan Adnan berjuang sehingga titisan darah terakhir demi pertengahan tanah air walaupun senjata sudah habis. Situasi ini menyayat hati saya kerana semangat patriotisme Leftenan Adnan yang amat tinggi berkorban dan berusaha banyak untuk menjaga kedaulatan tanah air. Malangnya, beliau mayat pada akhirnya.