Stereotaip [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up

Stereotaip [PDF]

1.0

PRAKATA

Pemikiran merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia.

7 0 180 KB

Report DMCA / Copyright

DOWNLOAD FILE


File loading please wait...
Citation preview

1.0



PRAKATA



Pemikiran merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami ransangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Dalam Islam, berfikir dan menggunakan akal adalah penting kerana Islam agama yang benar dan mempunyai segenap bukti kebenaran ajarannya. Sesungguhnya, dalam hidup ini banyak perkara yang boleh difikirkan melainkan berfikir mengenai zat Allah S.W.T kerana ia di luar kemampuan kotak pemikiran manusia. Proses pemikiran dalam diri seseorang memberikan kesan positif atau negatif bergantung kepada bagaimana seseorang itu berfikir akan perihal yang berlaku. Satu kemestian bagi kita untuk berfikir sebetul-betulnya sebelum kita bercakap tentang sesuatu tak kira dari sudut kebenaran faktanya, faedahnya, kelebihannya dan lain-lain kerana kata-kata yang keluar dari mulut kita akan ditapis oleh orang lain setiap satu perkataannya, dan kata-kata yang keluar tanpa pemikiran yang jelas akan secara langsung menunjukkan keaiban dan kependekan akal kita dalam berfikir. Jadi fikir-fikirkanlah. Bak kata pepatah Melayu 'Terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata buruk padahnya'. 2.0



PENDAHULUAN



2.1



PENGENALAN.



Umumnya kita semua sudah ketahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada etnik pelbagai bangsa atau kaum dan berlatar belakang banyak agama. Stereotaip dalam etnik Malaysia sering berlaku, sejarah Malaysia khususnya sebelum dan selepas merdeka telah merakamkan banyak kejadian di mana sentimen stereotaip perkauman di sebarkan bagi membangkitkan kemarahan golongan-golongan tertentu. Ini menyebabkan ketegangan atau konflik yang kita semua tidak ingini berlaku seperti pergaduhan antara kaum dan agama. 2.2



DEFINISI STEREOTAIP



Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik. Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain. Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman stereotaip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal. Setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaipnya terhadap kumpulan etnik yang lain. Sebagai contoh, Melayu mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik Cina dan India dan sebaliknya. Maka setiap pertembungan etnik akan menghasilkan stereotaip yang berupa gambaran negatif atau positif. 3.0



FAKTOR STEREOTAIP DI MALAYSIA



Konsep-konsep asas hubungan etnik boleh menjadi menjadi faktor wujudnya Stereotaip di Malaysia. Antara konsep-konsep asas yang menjadi faktor Stereotaip ialah: 3.1



MALAYSIA YANG DI DIAMI OLEH MASYARAKAT MAJMUK.



Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun mereka (pelbagai kaum) berganding bahu di bawah sistem politik yg 1



sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras. Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah. Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan/kelemahan azam sosial bersama (common social will) yang merupakan satu set nilai yang dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial. 3.2



KELAS SOSIAL YANG DIAMALKAN



Konsep ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.Contoh: Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua golongan: Bourgeoisie : yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. Proletariat : yang tidak memiliki perkara di atas hanya tenaga kerja sahaja 3.3



MASYARAKAT MENGAMALKAN JARAK SOSIAL.



Satu perasaan pemisahan sosial yang benar-benar wujud di antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok. Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau di antara kelompok. Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persefahaman antara kelompok. Semakin besar jarak sosial di antara dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persefahaman antara kedua-duanya. 3.4



GOLONGAN YANG MEMENTINGKAN MOBILITI SOSIAL.



Merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yang bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku. 3.5



ETNOSENTERISME



Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. Sesuatu kelompok dikatakan ‘etnosentrik’ apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah. Etnosentrisme membayangkan ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yang lain . Selagi manusia menjadi ‘etnosentrik’, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yang sedia ada (biasanya yg bersifat negatif). 3.6



RAS



Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut . Ciri yg paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini berkaitan dengan sifat-sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka.



2



3.7



RESISME



Ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan. Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya. Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul. Rasisme wujud pada dua tahap: Tahap Individu – kepercayaan dan sikap individu Tahap Institusi – melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi 3.8



MENGAMALKAN SIKAP DIKRIMINASI



Ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk (individu atau kumpulan etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik. 3.9



PREJUDIS



Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu, prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial.Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip. 4.0



KESAN STEREOTAIP DI MALAYSIA



4.1



ISU PERKAUMAN



Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan. Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan seluas mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa faktor penting seperti persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik. Apabila kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah negara. 4.2



PENJAJAHAN INGGERIS



Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik di Malaysia. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 56 tahun, tetapi kesan penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemeritahan British bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia iaitu golongan Melayu,Cina dan India. Dasar kolonial mengenai imigrasi, pelajaran, pentadbiran, ekonomi, tanah, bahasa dan kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehingga sekarang. Dasar imigrasinya yang bebas telah mengubah sama sekali komposisi penduduk di negara ini. Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul 3



pengkhususan ekonomi mengikut etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka akibat dari kegiatan ekonomi yang berlainan. Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbagai etnik itu. Malah apa yang dilakukan ialah mementingkan pendidikan bahasa Inggeris kepada segelintir rakyat khususnya golongan yang berada demi kepentingan pentadbirannya. Sedangkan pendidikan Melayu dilakukan secara melepaskan batuk di tangga sahaja. Pendidikan untuk orang-orang bukan Melayu tidak dipedulikan langsung. Oleh sebab itu, orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri. Perkembangan pendidikan yang tidak terkawal ketika itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politik yang berbeza. Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu supaya menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih tinggi daripada kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. Sebaliknya pula, terdapat banyak prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina di kalangan berbagai kumpulan ras. Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya kerjasama dan persefahaman di kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak wasangka dan perasaan benci menbenci di kalangan mereka. Semua kesan ini sukar untuk dikikis habis-habisan biarpun kita telah lama bebas dari belenggu penjajahan British. Inggeris telah meninggalkan kesan psikologi yang meluas di kalangan rakyat. Dengan menanam prasangka dan stereotaip di kalangan mereka. 5.0



MENANGANI STEREOTAIP



Di dalam menangani amalan stereotaip ini konsep perpaduan dan intergrasi merupakan kaedah terbaik memupuk keharmonian masyarakat majmuk Malaysia. Perpaduan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti serta menilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Manakala Integrasi ialah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan serta ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional antara kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dakam sesebuah unit politik. unsur-unsur integrasi : Integrasi wilayah – mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah 2.



Integrasi ekonomi – mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik



3.



Integrasi kebudayaan – pembentukan satu kebudayaan kebangsaan



Integrasi sosial – usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial (sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan) 5.



Integrasi pendidikan – mewujudkan sistem pendidikan yg bercorak kebangsaan dengan



6.



sempurna dari segi intelek, rohani, emosi,jasmani dan sosial



Integrasi politik – kerjasama dan pembahagian kuasa politik



Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah dan integrasi ialah satu proses yang amat kompleks. Iaitu melalui konsep seperti:5.1



KONSEP SEGREGASI



Merupakan pemisahan dan pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem



4



persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya. 5.2



KONSEP AKOMODASI



merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Formula: A + B + C = A + B + C A, B & C merujuk kepada budaya. Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan atau mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau untuk selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yang berasingan. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan supaya mereka saling bergantung. Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni (penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama dan kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik). Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik. Kejayaan atau berkesannya ‘penyesuaian’ sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan. 5.3



KONSEP AMALGAMASI



Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. Formula: A + B + C = D. A,B dan C mewakili kumpulan etnik yang berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yang terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku). 5.4



KONSEP AKULTURASI



Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yang berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yang berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut. Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yang bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal. Akulturasi lebih mudah dicapai dalam budaya yang bersifat kebendaan. 5.5



Kontrak sosial



Merupakan satu persetujuan yang dicapai di antara pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu matlamat yang dapat menjaga kepentingan semua pihak.



5



Contoh: Di Malaysia, kontrak sosial antara kaum Melayu, Cina dan India tentang perkara penting dalam perlembagaan (kedudukan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak kerakyatan, Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 6.0



KESIMPULAN



Sebagai rakyat Malaysia yang merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bertoleransi antara kita bagi memelihara keamanan. Di samping itu juga kita harus ketepikan sikap Stereotaip, prejudis, resisme, dikriminasi jika ingin melihat generasi yang seterusnya berjaya dan berkembang maju seiring dengan perkembangan global kini bergerak pastas mengorak langkah bagi mencapai matlamat dan tujuan mereka. Generasi akan datang adalah hasil daripada perhubungan sesama kita yang mana jika bertujuan untuk maju maka generasi akan datang juga mengecapi kemajuan hasil usaha kita yang sekarang atau sebelumnya.Jika dibandingkan dengan negara majmuk lain kita sekarang sedang mancapai satu tahap tolerasi ras yang amat baik. Ini adalah hasil daripada golongan yang terdahulu telah menegetepi sentimen stereotaip negetif serta memainkan peranan yang berkesan demi melihat kesinambungan generasi berbilang kaum dan agama untuk bersatu serta berganding bahu membangunkan negara bangsa Malaysia 4.0



PENUTUP



Pemikiran menyumbang kepada sesuatu penyampaian maklumat kepada individu lain atau sesam manusia. Manusia itu adalah orang yang tidak pernah terkecuali daripada berfikir. Namun begitu, pemikiran itu yang membezakan sesama mereka. Pemikiran matang dan professional adalah pemikiran yang disesuaikan dengan sesuatu keadaan dan persekitaran komunikasi. Hal ini mampu menjaga hasil atau keberkesanan sesuatu penyampaian maklumat. Hal yang demikian mampu mengelakkan sesuatu masalah timbul yang akan menjejaskan kelangsungan penyampaian maklumat seperti salah faham, ketidakpercayaan, bersikap tertutup dan sebagainya. Sesungguhnya pemikiran manusia itu bukanlah sesuatu yang terbatas dan tiada had tertentu tetapi bergantung kepada individu tersebut untuk menggunakannya dengan cara yang bagaimana. Pelbagai jenis pemikiran yang timbul dalam diri manusia mampu ditangani dengan bijak dari segi penggunaannya. Seseorang harus bijak mengaplikasikan pelbagai jenis pemikiran dalam kehidupan demi untuk melahirkan masyarakat yang serba boleh dan celik akal.



6