Stereotaip Gender Dalam Filem [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Isu Gender dalam Drama di Filem: Persoalan terhadap Pemaparan Imej, Peranan dan Kedudukannya dalam Seni Persembahan Filem Cereka ‘Malay’[sia] Oleh Nor Shuradi b. Nor Hashim Mengarap Seni Drama di medium Filem boleh dimengertikan sebagai usaha mengadaptasikan sebuah gambaran realiti mengenai imej-imej kehidupan manusia khasnya, yang dijanakan melalui ruang ke ruang bingkai filem secara kronologi. Sewaktu mengadaptasikan aksi-aksi manusia, seseorang pembikin itu pasti berusaha untuk merekabentuk satu pemaparan imej yang mempunyai cara hidup, nilai dan getarasa manusia bersandarkan kepada kehendak aspek naratif dan sinematik filem tersebut. Sewajarnya drama yang telah difilemkan bukan hanya telah bertindak sebagai medium komunikasi yang berfungsi sebagai pendidik dan penghibur, malahan berperanan mencetuskan anjakan paradigma sikap khalayaknya. Ini dapat dilahirkan melalui pembinaan karektor dan karektoristik watak-watak manusia melalui gambaran yang berintelektualistik, berwawasan,



berketrampilan



serta



berdayasaing



sehingga



berpotensi



mencetuskan inspirasi positif ke dalam kehidupan para khalayaknya. Namun melalui hasil-hasil kajian secara kualitatif dan kuantitatif analisis mengenai imej gender dalam filem-filem ‘Malay’[sia] dari tahun 1950an sehingga tahun 2003, didapati tidak menyeluruh di dalam memaparkan imej ‘gender’ yang sewajarnya. Lantas kertas kerja ini membicarakan mengenai kedudukan dan pemaparan imejimej ‘gender’ di dalam medium filem cereka ‘Malay’[sia] serta hubungkaitnya dengan kehidupan kaum lelaki dan kaum wanita secara realiti. Kertas kerja ini juga tampil membicarakan kepentingan untuk mempotensikan kedudukan serta pemaparan imej gender oleh para pembikin seni filem tempatan. Sebagai alat komunikasi, kedudukan dan pemaparan imej gender perlu diadun secara optima serta bijaksana bagi membantu mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat ‘Malay’[sia] sekarang .



1



Pengenalan Semua manusia yang dikagumi di dunia ini dinilai dan dilihat kebolehannya dalam sesuatu bidang. Pelukis dikagumi atas bakatnya dalam senilukis, Penari dikagumi atas bakatnya dalam senitari, Sasterawan dihormati atas bakatnya dalam bidang sastera dan Pelakon dikagumi atas kebolehannya dalam melakonkan sesebuah watak yang didukunginya. Pelakon adalah antara elemen-elemen drama yang dipertanggungjawabkan untuk menokoh tambah dan mempercantikkan segalanya hingga watak terpancar melalui personaliti dan penampilan fizikal mereka. Seorang pelakon [Rahmah Bujang; 1994:33] ialah manusia yang meniru kebenaran untuk tujuan melahirkan semula secara perlambangan. Walaupun mendapat segala bantuan dari berbagai aspek, tanggungjawab yang berat masih terpikul di atas bahu seorang pelakon tersebut. Pelakon adalah bahanantaranya. Melalui suara dan tubuh pelakon tersebut, pengarah bercakap dengan penonton [Abdul Samad Salleh;1996:84 dalam Norzizi Zulkefli 2002:4]. Lakonan muncul melalui peniruan manusia terhadap segala yang dekat dengan diri mereka iaitu alam, binatang dan manusia itu sendiri. Dapat diperkatakan, dari awal lagi manusia telah menyamar menjadi unsur lain maka lakonan sememangnya adalah peniruan dari alam semesta. Sehubungan dengan itu pelakon yang ingin melakonkan watak-watak manusia yang didalam ruang persembahan itu, perlu menggunakan tubuhbadan dan suara mereka sebagai medium perantaraan pengarah dengan penontonnya. Dalam erti kata mudah, pelakon berlakon untuk menjadi orang lain. Bagi merealisasikannya, pelakon perlu menggunakan objek [tubuh dan suara] sebagai medium untuk mereka bercerita. Maka, untuk itu ianya menuntut beberapa tanggungjawab yang besar lagi berat dengan memastikan watak yang ditampilkan mampu menghasilkan nilai figure expression and



2



movement acting secara estetik dalam ruang penceritaan tersebut. Menurut Synder [1979:13] berlakon melibatkan manusia dan keseluruhan kemanusiaannya seseorang pelakon perlu



menggunakan tubuhnya, mindanya, suaranya malah kekuatan dirinya



sehingga menghasilkan apa yang penonton temui watak yang hidup di dalam rangka struktur drama tersebut.



Melalui doctrine of forms oleh Plato[428-348S.M], pelakon dianggap melakukan proses mimesis dari aksi-aksi manusia disekelilingnya melalui medium lakon. Plato juga telah menyatakan bahawa [Hamidah Abdul Hamid.1995:47] seni adalah satu kegiatan peniruan. Pelukis atau penyair menurut Plato juga, telah meniru rupabentuk objek-objek tertentu yang merupakan tiruan bentuk-bentuk tipa induk yang abadi. Menurut Novak[1985:10] menyatakan drama yang dipentaskan boleh dipecahkan kepada tiga jenis yang dikenalpasti sebagai drama tragedi, komedi dan satyr. Stail lakonan yang dipamerkan pula disifatkan oleh penulis barat sebagai stail klasik dan bersifat presentational. Berpandukan kepada teori Aristolte, seni bentuk [artform] drama adalah berlandaskan idea imitasi dari aksi-aksi manusia1. Imitasi terhadap aksi-aksi manusia adalah terdiri daripada golongan worthwhile [orang atasan] dan golongan worthless [orang bawahan]. Melaluinya timbul drama tragedi yang mengimitasikan aksi-aksi manusia yang terdiri daripada kalangan para orang atasan, para raja, para dewa, para perwira manakala cetusan drama komedi pula terdiri daripada golongan bawahan yang watak-watak mereka telah dikomedikan. Dalam ini juga, berpandukan kepada unsur estetika dalam drama oleh Aristolte [384-322 S.M] 2, ianya jelas menunjukkan bahawa 1



Kesimpulan kenyataan tersebut berlandaskan penerangan kuliah syarahan ‘Teori Seni Persembahan’ [Jan-Mac 2004] dibawah pensyarah kursus Dr. Ghulam Sarwar. 2 Kesimpulan kenyataan tersebut berlandaskan penerangan kuliah syarahan ‘Estetika Seni Persembahan’ [Jan-Mac 2004] dibawah pensyarah kursus Dr. Ghulam Sarwar.



3



penonton yang menonton tragedi kerana mereka mahu menonton lakonan tragedi tersebut. Penonton akan mendapat nikmat daripada aktiviti penontonan ini. Penonton berasa lega daripada kedukaan dan kehampaan setelah meihat kedukaan dan kehampaan dipentaskan [proses katarsis]. Boleh diperkatakan bahawa seni persembahan drama adalah satu medium yang mempunyai sesuatu tujuan atau matlamat. Selain berfungsi sebagai unsur terapi yang berkesan, ia mampu bertindak sebagai medium komunikasi yang berfungsi sebagai pendidik dan penghibur.



Dalam pada itu, berdasarkan istilah drama di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga telah mentakrifkan drama bermaksud karya yang dipersembahkan oleh pelakon di atas pentas, televisyen, radio, filem dan sebagainya. Hasil kemunculan penjajah barat seperti pemerintahan Kerajaan British di Tanah Melayu menyebabkan bentuk drama pentas secara tradisional telah menular ke arah bentuk drama moden terutama melalui kemasukan kaum imigran oleh pemerintahan Inggeris pada masa itu. Pada tahun 1885, sebuah kumpulan teater bangsawan telah muncul bernama Pusyi Indera Bangsawan of Penang yang mana akhirnya membawa lembaran baru terhadap perkembangan drama Melayu melalui peralihan drama bangsawan ke dalam dunia perfileman di Tanah Melayu. Dari drama-drama di teater bangsawan, terbit pula pementasan drama ‘Malay’[sia] moden yang menawarkan pelbagai isu dan tema persoalan realiti manusia ke dalam ruang ‘fourth-wall’ pentas tersebut. Pada paparan skrin pula, [Syed Halim Syed Nong. 1988:85-91] penerbitan awal drama tv diselenggarakan di studio sementara televisyen Malaysia, iaitu di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjelaskan lagi drama yang disalurkan ke kotak peti televisyen Malaysia terdiri



4



daripada bercorakkan realistik. Gambaran-gambaran permasalahan dan jalan cerita adalah realistik atau paling tidak mempunyai asas realisme. Untuk mencapai matlamat menghibur sambil memberitahu dan mendidik, drama tv perlu mengambil kira keragaman penontonnya. Oleh kerana penonton adalah dari pelbagai masyarakat, drama tv terpaksa bersifat naturalistik dan realistik supaya dapat diterima oleh sebahagian besar penonton. Beliau menambahkan imej yang dipancarkan melalui kaca televisyen adalah imej yang bersandarkan kepada realiti yakni kepada keadaan yang sedia dikenali penonton. Begitu juga dengan watak dan perwatakan, kesemuanya ini harus dapat diterima oleh penonton sebagai wujud atau ‘berkemungkinan wujud’.



Perkembangan industri filem yang bermula awal tahun 1930an, drama-drama yang diterbitkan ke dalam medium seni filem sehingga kini telahpun memaparkan imejimej dan gambaran penghidupan manusia yang pelbagai. Melalui penghasilan dramadrama yang menggunakan seni filem sebagai media komunikasinya, seseorang pengkarya serta pelakon itu pasti berusaha merekabentuk atau melakonkan watak-watak manusia sebaik mungkin. Ini kerana garapan imej-imej manusia [gender] melalui watak dan perwatakan mereka sudah pasti mempunyai peranan yang mampu menarik perhatian emosi serta perasaan penonton dalam menghayati perjalanan kehidupan manusia



di



dalam ruang dramatasi tersebut.



Dalam pada itu, drama cereka3 filem ‘Malay’4[sia] bermaksud drama-drama kreatif



yang memiliki cerita yang diklafisikasikan kepada 11 kategori berdasarkan tema-tema 3



Hamzah Hussain. Wartawan dan Tokoh Perfileman. Temubual pada 18 Ogos 2002. Pejabat Pentadbiran FINAS. Ulukelang. Selangor. 4 Dalam kertas kerja ini ‘Malay’ dikutip dari istilah bahasa Inggeris yang bermaksud ‘Melayu’ yakni



merujuk kepada bangsa Melayu Islam dan kehidupan mereka di Malaysia.



5



tertentu iaitu drama muzikal, drama hikayat, drama komedi, drama propaganda, drama bangsawan, drama perang, drama seram, drama sejarah, drama detektif, drama pengembaraan dan drama kisah masyarakat. Di dalamnya terdapat pengisian naratif tentang masyarakat Melayu Malaysia [dominan] yang mencernakan tema dan persoalan kehidupan mereka, sambil disaluti dengan penampilan sinematiknya dengan pemaparan imej-imej watak lelaki dan watak wanita [terdiri dari pelbagai lapisan usia, peranan, kedudukan] yang berlatarbelakangkan masyarakat ‘Malay’[sia]5.



Ringkasnya penerbitan filem-filem cereka ‘Malay’[sia] yang ‘mendramakan’ kehidupan para watak manusia di dalam ruang ke ruang bingkai filem, seseorang pembikin baik dari pengarah, pelakon, pengarah artistik, pengarah lakon layar dan relevan pasti memaparkan imej-imej maskulin dan feminin sehingga ianya mempunyai persamaan dengan kehidupan manusia secara realiti. Menurut Radolph Arnheim [1976:27] menyatakan ‘filem tidak boleh dianggap sebagai satu karya seni selagi ia tidak memaparkan kebenaran’ jelas menunjukkan sikap tanggungjawab para pembikin filem untuk mengadaptasikan imej-imej manusia pada ‘kedudukan’ dan ‘pemaparan’ yang sewajarnya.



Imej dan Gender: Hubungkaitnya dengan peranan Filem sebagai wahana Komunikasi Massa



5



Dalam kertaskerja ini filem cereka ‘Malaysia’ merujuk kepada filem-filem Melayu Malaysia yang mengadaptasikan isu–isu persoalan sejagat seperti penderitaan, kegembiraan, percintaan, mengharungi dugaan kehidupan serta lainnya yakni sama dihadapi oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia secara realiti .



6



Among the various channels of communication with rhetorical functions, film is the most comprehensive medium. Not only does it use audio facilities but it also makes good use of visual images that are in motion to complement narratives, plot, characters and characterizations, and dialogues. This basic characteristic of film enables it to synchronize sound with picture and motions thereby creating a ‘live’ event. The ‘moving pictures’ [Bordwell&Thompson,1986;193] are created in our sences through the interaction of the technology and mechanism with our physiological and psychological processes. 6



Filem adalah satu bidang seni persembahan visual yang bersumberkan hiburan, pengetahuan dan pendidikan yang mana turut menyampaikan mesej-mesej tertentu melalui penampilan imej-imejnya kepada penonton samada dalam bentuk yang menghiburkan, menyeronokkan, menghibakan, mencemaskan, mencabar minda atau juga ‘hanya bentuk’ bahan tontonan sahaja. Perihal ini jelas menunjukkan fungsi seni filem bertindak sebagai medium komunikasi massa dalam memaparkan imej imbasan kehidupan bangsanya,



memprovokasi minda khalayak ke arah perspektif baru serta



menyampaikan sesuatu mesej kritis kepada khalayaknya. Apabila khalayak memahami mesej yang disampaikan menerusi imej-imej tertera pada ruang visual filem tersebut secara tidak langsung khalayak telahpun berkomunikasi dengan para pembikin filem tersebut. Oleh itu karya-karya seni filem juga mempunyai kaitan rapat dengan para pengkaryanya yang mengadaptasikan sesebuah skrip ke dalam bentuk persembahan filem. Para pengkarya mengharapkan sesebuah filem tersebut dapat dikongsi bersama 6



Fuziah Kartini Hassan Basri & Faridah Ibrahim. Jurnal Skrin Fakulti Seni Persembahan UiTM. Vol .1:2004. mls 11



7



untuk dihayati, dimengertikan serta diaspresiasikan segala macam imej-imej kehidupan 7 yang terpancar melalui elemen misc-en-scene filem tersebut bersama-sama khalayaknya. Ini menunjukkan filem merupakan suatu bentuk komunikasi pembikin filem dengan penontonnya, yakni melalui pengisian mesej-mesej serta penampilan imej-imej manusia secara kritis yang dibina untuk diinterpretasikan. Tugas dan tanggungjawab penonton adalah menyaksikan, mengamati, menghayati dan memahami proses komunikasi lalu mencernakan wahana filem itu namun tertakluk kepada ilmu pengetahuan, pengalaman hidup serta sudut-pandang yang tersendiri.



“ The act of seeing a film takes place in the mind. The twenty-four people mentioned saw the film, but they all perceived and understood the film in their individual minds”. 8



Sejajar dengan itu, dalam membicarakan hubungan di antara filem dan penonton, antara aspek yang pasti tidak dapat diperelakkan adalah mengenai maklumbalas atau kritikan yang bakal diperkatakan oleh mereka yang mempunyai pelbagai perspektif dan interpretasi yang tersendiri. Ini penting kerana filem bukan hanya berpaksikan kepada unsur hiburan dan pengajaran semata-mata malahan berupaya membina sesuatu kebenaran dalam masyarakatnya. Selain menonton filem ianya [penonton] juga merupakan proses berfikir yang mana minda samada menolak atau menerima imej-imej 7



Menurut pandangan Syed Halim Syed Nong [1988:7-8] mengenai perkembangan dan peranan drama televisyen di Malaysia telah mentafsirkan bahawa, drama adalah peniruan kepada manusia dan gerak-lakunya. Drama juga adalah cerminan kehidupan. Sesebuah drama juga boleh ditafsikan sebagai satu refleksi atau imbasan kehidupan. Ianya menggunakan elemen yang sama; lelaki, wanita, kanak-kanak, gerak-geri dan kata-kata; cahaya dan kegelapan; bunyi dan kesunyian. Pelakon-pelakon menampakkan kebosanan, kegembiraan, keletihan, keresahan, kecuaian dan lain-lain lagi yang menyerupai perilakuan harian manusia biasa. 8 Johnson, Ron & Jon. Understanding the film: An Introduction to Film Apreciation. Lincolnwood. National Textbook Company. 1986. m/s 36.



8



yang dipaparkan berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan alasan logik yang tersendiri. Apa yang pasti penerimaan dan penolakan imej-imej yang ditonton bermula daripada gerak fikir penonton tersebut. Bagaimana penonton mengolah dan mengadaptasikan maklumat yang diperolehi bergantung kepada kebijaksanaan pemikiran penonton pada ketika itu.



Pendekata berasaskan kepada keupayaan manusia memiliki ilmu dan



membuka ruang perbincangan, selagi itu saya percaya pembikin filem perlu merebut ‘ruang’ mencari ‘cause and effect’ naratif drama manakala penonton pula terus berfikir secara



kritis



mencerna



maklumat



terhadap



imej-imej



yang



‘ditokoktambah’ 9



pemaparannya oleh para pembikin filem tersebut. Maksud istilah ‘ditokohtambah’ yang dipergunakan dalam perbincangan ini adalah didasari dengan pemahaman aliran formalisme yang mengganggap gambaran lakonlayar melalui tontonan di layar perak adalah merupakan pemaparan imej-imej kehidupan manusia yang terhasil melalui gabungan seni dan realiti dalam persembahan filem. Melalui proses formalistik inilah saya percaya kehidupan manusia baik kaum lelaki mahupun kaum wanita di dalam ruang filem tersebut telah disaluti dengan permainan seni [terutama dari segi lakonlayarnya] sehingga imej-imej watak yang ‘ditokoktambah’ dari pelbagai sudut pandang [gaze] oleh para pembikin yang dianggap mereka menepati ciri-ciri kehidupan manusia secara realiti.



Sejajar dengan itu, penulis berpendapat filem juga merupakan suatu medium komunikasi atau terjemahan idea kreativiti bagi satu konsep idea ke dalam bentuk imej 9



Menurut Fuziah Kartini Hassan Basri & Faridah Ibrahim[2004:11] berpendapat bahawa seni filem adalah berunsurkan ’rhetoric’ [melalui kamus Advanced Learner mentaktrifkan; bahasa yang rumit yang bertujuan mengkagumkan tetapi seringkali tidak ikhlas, tanpa makna atau diperbesar-besarkan]. Penjelasan mereka seterusnya, “Thus, our internal process are most active when we watch a movie; this includes interacting with the images on the large silver screen; selecting; interpreting and assessing them until they become imprints in our minds, thereby creating images. When these images accumulate over time, they cultivate lasting impressions which interfere in our constructions of social realities. In other words, like other forms of mass communication, a movie constructs its own reality and by that nature, creates and promotes certain images about parts of society that deals with. A movie then, by its very nature, is rhetorical”.



9



atau visual. Apabila kita sebagai penonton memahami mesej dan imej yang disampaikan serta dipaparkan menerusi filem secara tidak langsung kita telah berkomunikasi melalui hasil imiginasi kreativiti pengkarya atau pembikin filem tersebut. Ringkasnya seseorang pengkarya filem berusaha menwujudkan kesempurnaan karyanya yang berupaya memberi keyakinan dan menyentuh emosi penonton. Sekiranya perihal tersebut berlaku ianya menunjukkan kebijaksanaan pengkarya filem dalam menyampaikan mesej-mesej naratif penceritaan serta kejayaannya dalam menampilkan kehidupan manusia yakni bertautan dengan imej-imej gender [baik bagi kehidupan para watak lelaki dan citra para watak wanita ] kepada penonton dengan cara yang amat berkesan.



Sementara itu, di dalam kamus



Oxford Advanced Lerner’s,10



istilah gender



dimengertikan sebagai pergolongan kata nama atau ganti nama sebagai maskulin atau feminin. Pengertian gender menurut kamus ini juga merujuk kepada penggolongan jantina [sexual classcification]; seks [sex] jantina laki-laki atau jantan dan perempuan atau betina. Menurut pandangan dari Susan A. Basow [1992:27] 11 mengatakan perkataan seks merupakan terma biologi yang



memisahkan manusia kepada golongan lelaki



dengan golongan wanita melalui perbezaan sudut organ seks dan faktor gen yang wujud di antara mereka . Berbeza pula dengan perkataan gender atau jantina yang merupakan terma psikologikal dan budaya, iaitu merujuk kepada perbezaan ciri, sifat dan tingkahlaku yang subjektif di antara trait kelelakian seorang lelaki dengan trait



10



.S Horby.Penterjemahan Asmah Hj. Omar. ‘Oxford Fajar: Advanced Leaner’s English-Malay Dictionary’. Penerbit Fajar Bakti. Shah Alam. 2000. mls 914. 11 Susan A. Basow. Gender Stereotype and roles.[third edition].Brooks/Cole Publication Pasific Grove. California. 1992.



10



keperempuanan seorang perempuan. Pandangan Nasarudin Umar 12 mengenai perbezaan antara istilah seks dan gender menjelaskan; Istilah sex (dalam kamus bahasa Indonesia juga berarti "jenis kelamin") lebih banyak berkonsentrasi kepada aspek biologi seseorang, meliputi perbedaan komposisi kimia dan hormon dalam tubuh, anatomi fisik, reproduksi, dan karakteristik biologis lainnya. Sedangkan gender lebih banyak berkonsentrasi kepada aspek sosial, budaya, psikologis, dan aspekaspek non biologis lainnya. Studi gender lebih menekankan pada aspek maskulinitas (masculinity) atau feminitas (femininity) seseorang. Berbeda dengan studi sex yang lebih menekankan kepada aspek anatomi biologi dan komposisi kimia dalam tubuh laki-laki (maleness) dan perempuan (femaleness). Proses pertumbuhan anak (child) menjadi seorang laki-laki (being a man) atau menjadi seorang perempuan (being a woman), lebih banyak digunakan istilah gender daripada istilah sex.



Istilah sex



umumnya digunakan untuk merujuk kepada persoalan reproduksi dan aktivitas seksual (love-making activities), selebihnya digunakan istilah gender. Berpandukan kepada beberapa pandangan para sarjana, dapat dimengertikan gender adalah perbezaan jelas antara laki-laki dan perempuan yang dapat diukur melalui tingkahlaku dan nilai sifatnya. Saya menyimpulkan perkataan gender adalah sebuah konsep psikologi yang merujuk kepada identiti jantina yang diperolehi secara budaya. Ini



12



Nasaruddin Umar.’Perpekstif Jender dalam Islam’.19 September 2004 http//www.media.isnet.org/islam/Paramadina/Jurnal/Jender1.html.



11



bermakna, gender tidak diukur pada perbezaan antara sifat lelaki dengan sifat kaum wanita oleh faktor biologikal ataupun sudut karektoristik fizikalnya tetapi ianya lebih berdasarkan oleh faktor pengaruh budaya ataupun sistem sosial budaya. Pengunaan istilah gender juga biasanya dipergunakan bagi menunjukkan pembahagian tugas [aktiviti] yang bertepatan dengan peranan seks [sex-roles] seorang laki-laki dengan seorang wanita. Ringkasnya melalui kajian-kajian



secara empirikal terutama dari



golongan sarjana barat mengenai sifat lelaki, wanita serta penghidupannya, hasil kajian didapati telah menunjukkan pandangan stereotaip mengenai perbezaan peranan seks pada trait- trait wanita yang banyak mempergaruhi penguasaan lelaki secara patriakal 13 di dalam sesebuah komuniti.



Saya mendapati ahli–ahli sains sosial mendefinasikan



stereotaip peranan jantina [sex role–stereotypes] sebagai pandangan dan kepercayaan tentang peribadi sesuatu kumpulan itu yang dipupuk secara budaya. Mereka percaya satu unsur pemikiran secara turun–temurun telah wujud di dalam diri manusia yang menganggap bahawa segala peranan dan geraklaku seseorang itu mempunyai ketetapan tersendiri ekoran perbezaan yang terdapat melalui ciri–ciri dan sifat–sifat pada kaum lelaki dan wanita.



Dalam pada itu melalui pandangan dari Dr Azizah Kassim14 mengenai pengstereotaipan pembahagian tugas gender,



jelas menunjukkan



proses sosialisasi



13



Melalui pandangan para sarjana, saya mendapati ada bukti secara historikal yang memandang patriaki sebagai ciri sistem untuk mendominasikan kedudukan lelaki dengan cara mensurbordinatkan kedudukan wanita itu sendiri. Patriaki telah meletakkan wanita di bawah penguasaan lelaki atau melakukan wanita sebagai lelaki yang ‘inferior’. Kuasa dijalankan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan biasa dan rumahtangga untuk membatasi wanita. Saya juga melihat meskipun ada kemajuan demokrasi, wanita masih dikuasai oleh sistem peranan mengikut jantina yang stereotaip yang dialami oleh mereka sejak kecil. 14 Dr. Azizah Kassim. Wanita dan Masyarakat. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 1985.



12



dianggap salah satu punca kepada pandangan–pandangan mengenai perbezaan peranan seks yang berlaku di kalangan masyarakat sekeliling . Beliau menyatakan [1985:13-47]



Melalui proses stereotaip seks, telah menjelaskan bahawa proses sosialisasi ialah proses pembelajaran formal dan tidak formal yang dialami oleh semua individu dari kecil sampai ketua. Melalui proses ini, individu yang menyerap ke dalam otaknya semua nilai-nilai yang ada dalam masyarakat; dan dari sini terbentuklah pendapat dan buah fikirannya [. . . .]. Proses ini dapat diperhatikan dirumah melalui tingkahlaku orangorang dewasa khasnya ibubapa semasa berinteraksi dengan kanak-kanak. Bila anak lelaki mahu membantu ibu tugas-tugas didapur, ibu cepat-cepat menghalau keluar dengan alasan itu bukan kerjanya. Akhirnya bahan bacaan ini akan menanamkan kepada anak tentang perbezaan antara bidang tugas dan kerja. Akhirnya proses sosialisasi ini, masyarakat telah dikumpulkan kategori dan ciri-ciri berkaitan dengan ciri diri masingmasing[. . . ]. Kadang-kadang ciri-ciri ini digeneralisasikan berdasarkan pengalaman langsung dan ada masanya pula tanggapan ini adalah berdasarkan pengalaman langsung dan ada masanya pula tanggapan ini adalah berdasarkan maklumat yang diperturunkan oleh kebudayaan[. . . .]. Implikasinya timbul pandangan bias dan stereotaip dari masyarakat khususnya kaum lelaki yang beranggapan trait-trait mereka lebih dominan dan superior dari trait-trait wanita[. . . ].



13



Sekiranya dikajisemula15, pandangan stereotaip seks telah wujud daripada zaman kanak –kanak lagi dimana seorang kanak-kanak lelaki sering diberikan permainan seperti bola , kereta mainan dan pistol sementara kanak–kanak perempuan pula akan diberikan anak patung dan barang–barang kemas tiruan untuk bermain. Begitu juga dengan warnawarna pakaian yang lebih garang dan terang seperti biru, merah, kuning, hijau adalah sinonim untuk lelaki serta warna-warna lembut merah jambu dan corak bunga-bunga pula untuk perempuan sahaja. Penulis berpendapat tidak harianlah pandangan–pandangan sebegini telah bersemi kuat ke dalam ingatan dan jiwa manusia dari kecil sehingga dewasa di dalam kehidupan mereka. Dan sekiranya kanak-kanak lelaki ini memainkan permainan-permainan atau corak-corak pakaian yang dipersepsikan sebagai kepunyaan trait perempuan, masyarakat sekeliling terutama rakan-rakan akan mempertawakan atau dihukum dengan ejekan atau merendahkan sifat kelakian mereka.



Secara ringkasnya, sistem bersifat kuasa bapa atau lelaki telah wujud apabila ekspektasi stereotaip yang berbau gender telah tertanam di dalam naluri lelaki dan wanita semenjak dari zaman pra sejarah lagi. Ia bermula apabila kaum lelaki dilihat di dalam hierarki sebagai mempunyai kedudukan yang berkuasa dan berpengaruh. Sehubungan dengan itu, kaum lelaki dipandang tinggi serta dihormati atau didengar manakala kaum wanita berada dikedudukan bawah serta dikehendaki menurut kata orang lelaki. Kedudukan yang istimewa ini memberi ruang yang luas kepada kaum lelaki untuk mengawal maklumat dan sumber maklumat serta proses pembuatan keputusan dan 15



kajisemula adalah bermaksud pengingati kembali pengalaman masa silam saya dan kaitannya proses sosialisasi ini bersama keluarga, sanak-saudara, jiran sekeliling dan masyarakat keseluruhannya. Perkara ini juga dapat diperhatikan melalui pengalaman-pengalaman saya sejak kecil lagi telah terdedah dengan pengisian-pengisian drama minggu ini [RTM] yang telah memaparkan imej-imej kehidupan baik watak lelaki dan watak perempuan [pelbagai lapisan umur] dengan peranan seks stereotaip sepertimana yang diterangkan oleh Dr. Azizah Kassim.



14



keputusan yang dicapainya Dalam pada itu kaum wanita di dalam sesebuah komuniti itu pula, pandangan mereka hanyalah berfungsi sebagai surbordinat kaum lelaki secara sosial, politikal dan ekonomikal sahaja. Implikasinya, atas pengaruh sosialisasi yang kuat mengenai tingkahlaku lelaki dan perempuan yang dianggap mereka amat berbeza, akhirnya masyarakat lebih menghargai dan memandang tinggi tingkahlaku yang bersifat kelakian ekoran anggapan terhadap trait-trait kedominannya. Implikasi terhadap pola pemikiran tersebut akhirnya telah mencetuskan satu konfliks gender dimana pengstereotaipan peranan jantina telah jelas membantu penguasaan pada status dan kedudukan lelaki di pelbagai bidang dan institusi yang dipraktikkan secara sistematik. Manakala kaum wanita pula mempunyai persepsi bersifat tipikal dari masyarakat sebagai makhluk yang



16



tidak agresif, tidak suka langsung pada bahaya serta kembara, tidak



yakin langsung pada diri sendiri, sangat teransang dalam krisis yang kecil, sangat suka pada suasana rumah, sangat suka bergantung pada orang lain, sangat riak dengan perawakan dan mudah teruja.



Dalam pada itu, konsep imej menurut kamus Oxford Advanced Lerner’s 17 pula menerangkan imej merupakan gambaran yang meliputi mental, idea atau impressi tentang seseorang, filem atau produk yang digambarkan oleh orang lain. Imej di dalam kamus ini juga



membawa



maksud



reputasi.



Pengertian



konsep



imej



dalam



Kamus



Dewan[1981:449] bermaksud gambaran atau tiruan bentuk yang menyerupai sesuatu. Ia juga bermaksud gambar atau bahan yang telah dicetak, disalin, ditayang atau ditunjuk. Imej juga membawa pengertian tentang keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu 16



Sila rujuk Jadual A: mengenai trait stereotaip bagi lelaki berbanding perempuan. Jack Nicholson. “Men and Women. How different are they?”. Oxford Universiti Press.1984. 17 A.S Horby.Penterjemahan Asmah Hj. Omar. ‘Oxford Fajar: Advanced Leaner’s English-Malay Dictionary’. Penerbit Fajar Bakti. Shah Alam. 2000. mls 914.



15



sebagaimana yang terpapar pada pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain. Secara sainstifik, kamus ini mentakrifkan imej merupakan objek atau pemandangan yang dirakamkan oleh sensor secara optik, elektro-optik, mekanik-optik atau elektronik. Menurut Robison dan Barlow[1959] dalam petikan penyelidikan ilmiah Mustafa Ben[1987:8]18, imej adalah satu gambaran mental terhadap sesuatu yang sebenarnya tidak dapat dikesani oleh pancaindera, pengolahan semula atau peniruan pengalaman, ataupun pengalaman beserta dengan perasaan, gambaran semula dalam ingatan atau imiginasi mengenai hasil-hasil pancaindera, sebagai satu imejan yang visual, boleh dipegang dan didengar, satu gambaran yang dikikis oleh pemikiran, satu pengkonsepan, satu idea.



Melalui tinjauan ini, dapat dimengertikan pemaparan imej adalah satu gambaran, cerminan dan tayangan yang bukan sahaja ditujukan kepada tanda-tanda visual tetapi juga merupakan satu konfigurasi yang kompleks daripada visual, lisan atau tanda-tanda yang didengari sewaktu proses ini berhadapan dengan pemberi berserta dengan penerimanya. Imej juga adalah persepsi khalayak terhadap objek, idea dan konsep. Khayalak mempersepsikan tanda-tanda visual dan juga lisan. Persepsi pula terbentuk dari pengetahuan, penilaian dan sikap kita terhadap sesuatu objek, idea dan konsep. Ringkasnya, pemaparan imej di dalam filem adalah tindakan pengkarya mempotreykan kehidupan imej gender dari segi sikap, tingkahlaku, hubungan kemasyarakatan dan lainlain yang berkaitan dengan sifat peribadi mereka. Melalui penerbitan filem-filem cereka ‘Malay’[sia] inilah imej-imej gender akan ditampilkan bagi mewakili watak dan perwatakan manusia serta berperanan sebagai perantara antara pengarah dan penonton.



18



Mustafa Ben. Pemaparan imej remaja dalam Azura: satu analisis kandungan dengan ciri-ciri psikologi dan sosiologi umum serta persepsi para remaja. Kertas Penyelidikan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1987.



16



Sehubungan itu, sentuhan kreativiti pengarah bersama-sama penghayatan permainan watak-watak oleh para pelakonnya perlu dilahirkan sehingga mereka berupaya memaparkan imej-imej manusia secara jujur dan benar. Ini kerana watak–watak yang terkandung di dalam bingkai ruang filem itu dianggap sebagai idiom-idiom gender yang perlu dipaparkan secara positif, agar penonton yang menyaksikan imej tersebut mendapat pengajaran atau tauladan daripada peristiwanya. Pendekata, implikasi terhadap imej-imej watak yang diidolakan oleh para penonton melalui paparan filem itu bakal mencetuskan satu anjakan paradigma terhadap diri individu itu sehingga bertindak ke arah yang lebih positif ke dalam kehidupan mereka seterusnya. Sejajar dengan itu, tinjauan mengenai imej gender di dalam filem perlu diberi perhatian kerana ianya dapat menilai dan menganalisa pemaparan yang telah ditampilkan oleh para karyawan samada menepati kehidupan manusia secara realiti atau berbentuk stereotaip semata-mata. Dalam hal ini, tinjauan terhadap pemaparan imej kaum lelaki dan kaum wanita [meliputi pelbagai lapisan usia] adalah antara salah satu langkah yang difikirkan amat sesuai bagi melihat akan peranan dan fungsi kedudukan mereka di dalam sesebuah penerbitan filem cereka melayu Malaysia. Sebagai manusia yang dianggap mempunyai trait-trait yang bersifat superior dan dominan serta juga anggapan stereotaipan peranan wanita yang lebih berbentuk surbodinat, peninjauan mengenai pemaparan imej kaum lelaki dan kaum wanita [gender film studies] di dalam filem cereka melayu Malaysia dapat dijadikan ujian untuk meninjau dan menilai samada garapan imej gender tersebut telah atau tidak diletakkan pada tempat yang sewajarnya. Ianya juga penting bagi memastikan peranan dan kedudukan



imej gender



tersebut



jelas dipaparkan memenuhi matlamat serta



kehendak dasar-dasar negara Malaysia. Di samping itu, tinjauan mengenai pemaparan



17



imej gender di dalam filem-filem melayu tempatan amat penting dalam usaha untuk memahami dan mengetahui adakah garapan pada watak-watak ini masih lagi bersifat tipikal atau telah menjelmakan satu wajah yang lebih rasional yakni bersesuaian dengan perkembangan dunia sekarang. Filem-filem tempatan juga memerlukan pengkhususan kajian secara menyeluruh bagi melihat dan menganalisa gambaran-gambaran visual yang telah dipotreykan kepada para penonton selama ini. Ini kerana wahana drama filem yang dihasilkan telah memberikan satu refleksi sosial mengenai imbasan sesebuah masyarakat yang diwakilinya sehingga dapat dikongsi bersama melalui proses komunikasi massa ke minda khalayak yang terdiri dari masyarakat kontemporari serta bersifat heterogenues. Melalui pengisian mesej dan penampilan imej yang kreatif serta kritis, filem cereka Malay[sia] bukan hanya memberi ruang kepada khalayak mengenali pemikiran, kepercayaan agama, budaya hidup, politik, ekonomi dan pendidikan masyarakatnya malah dapat mengenali dengan lebih dekat lagi kaum adam dan kaum hawa serta kaitan dengan penghidupan mereka di layar tersebut.



Secara kesimpulannya, sekiranya wahana filem ini memberikan satu jalinan komunikasi massa yang jelas menterjemahkan imej mereka [gender] secara stereotaip atau berbeza dengan kehendak realiti, mereka tahu sejauhmanakah persepsi masyarakat terhadap kreadibiliti peranan dan keupayaan sifat sebenar mereka. Bagi pihak yang melaksanakan Dasar Wanita Negara, pemaparan imej lelaki secara konservatif akan membantutkan usaha perjuangan mereka ekoran pemaparan yang sedemikian menguatkan lagi tanggapan asal masyarakat tentang kedominan kaum lelaki.



Bagi



khalayak yang terdedah dengan idiom-idiom pendukung watak lelaki dan wanita yang



18



positif [terdiri dari pelbagai budaya, agama dan lapisan umur], saya berpendapat ianya mampu mencetuskan satu pengaruh atau perubahan baru terhadap peranan serta kedudukan imej gender dan hubungkait dengan kehidupan manusia di alam realiti.



Menurut Fred J. Jeyes dalam Steve Craig[1992:9]19 yang mengkaji tentang imej-imej lelaki dalam medium filem telah menjelaskan bahawa kajian media secara empirikal mengenai pemaparan imej lelaki dan sifat kelakiannya telah menyuntik satu rancangan baru bagi pembikin filem untuk menghasilkan imej lelaki yang lebih bersifat kontemporari yakni bersesuaian dengan proses peredaran masa manusia. Beliau menambahkan lagi bahawa proses pengkajian empirikal mengenai lelaki dalam media akan membuka cabaran baru untuk pengkaji media menghasilkan pembaharuan area kajian lelaki serta menyelamatkan salah satu jalan penting yang kita kenali sebagai melakonkan watak lelaki ke dunia realiti.



Kaum Lelaki dan Wanita Melayu: Kedudukan dan Peranan Dalam Masyarakat ‘Malay’[sia] serta kaitannya mengikut Perspektif Islam. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada kurun ke 7 dan 8 masihi oleh kaum pendagang Islam, telah menyebabkan kaum Melayu di Tanah Melayu telah memeluk



19



Steve Craig. Men,masculinity and the Media. London. Sage Publication. 1992.



19



agama Islam. Aspek agama memainkan peranan penting dalam pembentukan tamaddun dan masyarakat yang berbilang.



Melalui pandangan saya, Islam telah mengariskan



bahawa Allah S.W.T telah menetapkan bahawa alam semesta ini diserahkan kepada manusia untuk mentadbirnya.



Oleh itu kaum lelaki dan wanita adalah merupakan



khalifah Allah. Tugas mereka adalah membuat pengurusan dan pentadbiran agar bumi ini menjadi aman dan damai serta menjalankan peraturannya yang sesuai dengan ketentuan kitab Al-Quran. Dalam hubungan ini, seorang lelaki mahupun wanita muslim yang mempunyai kemampuan sihat baik dari segi mental dan fizikal perlu berusaha mencari nafkah diri serta tidak boleh bermalas–malasan sambil menantikan bantuan orang lain. Ini bermakna mereka harus mencari pekerjaan yang halal agar rezeki yang diperolehi mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.



Kaum lelaki Melayu [Datuk Atondra: 2002]20 secara keseluruhannya dianggap sebagai pemimpin dan ketua di dalam masyarakat melayu terutama di institusi keagamaan dan kekeluargaan. Atas dasar–dasar ajaran Islam yang memberikan kedudukan dan peranan yang lebih pada kaum lelaki, didapati kedudukan kaum lelaki Melayu juga sejajar dengan tuntutan agama yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas mereka sebagai pemimpin dan penjaga terutama kepada kaum wanita dan golongan yang lebih lemah dari mereka. Dalam aspek hubungan, didapati Islam lebih mengutamakan sistem masyarakat yang tidak membezakan kedudukan lelaki dan wanita. Ini menunjukkan



Islam juga mengiktiraf kedudukan dan peranan kaum wanita di



mukabumi. Dalam kehidupan Islam, wanita mendapat tempat yang mulia kerana peranan 20



Temubual dengan Datuk Mohd.Nordin Abdul Rahman [Atondra], semasa saya mengambil kertas kursus “penulisan kritis skirn” yang dikendalikan sendiri oleh beliau selaku pensyarah kursus di Fakulti Seni Persembahan UiTM, 2002.



20



mereka yang penting dalam pembentukan keluarga, masyarakat dan seterusnya negara Malaysia.



Penafsiran kedudukan sebenar wanita dalam perspektif agama adalah penting untuk memberi gambaran akan status wanita sebenarnya. Ini adalah penting bagi menangkis kecenderungan sesetengah pihak untuk menggunakan agama bagi membuktikan bahawa wanita tidak setaraf dengan lelaki melalui penafsiran yang banyak dipengaruhi oleh unsurunsur budaya dan prejudis. Agama Islam umpamanya meletakkan wanita pada kedudukan yang mulia tetapi ada pihak yang sengaja menonjolkan tafsiran yang memberi gambaran sebaliknya. Islam adalah agama yang menekankan keadifan dan tindakan golongan yang hanya mengetengahkan aspek-aspek negatif mengenai wanita dari aspek martabat, hak-hak, peranan serta tanggungjawab di dalam dan di luar rumah boleh menjejaskan imej agama Islam yang murni.21



Melalui ikatan kekeluargaan dalam masyarakat Melayu tradisi [Wan Kadir Yusuf 1990:16]22 masih meletakkan kedudukan kaum lelaki sebagai dominan. Kaum perempuan yang telah berstatus isteri misalannya perlu dipupuk agar sentiasa menghormati kaum lelaki terutama kepada suami mereka sendiri. Ini kerana, masyarakat Melayu menganggap nilai–nilai menghormati para suami oleh para isterinya bukan sahaja berlandaskan kepada tradisi budaya sahaja malah ianya dituntut oleh ajaran agama. 21



Dasar Wanita Negara. Pelan Tindakan:[ix] Wanita dan Agama. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. 16 September. http://www.kpwkm.gov.my/mal/pelantindakan09.shtml. 22 Wan Kadir Yusuf. ‘Hubungan kekeluargaan di dalam masyarakat melayu tradisi. Dewan Budaya keluaran Mei. 1990.



21



Melalui kajian mengenai wanita dan kerjaya oleh Fatimah Abdullah 23 , didapati bahawa dalam model keluarga tradisional yang menegaskan hubungan kuasa berdasarkan pemisahan peranan mengikut jantina, kedudukan suami kaum melayu lazimnya mendominasikan hal–hal yang berkaitan dengan ekonomi dan isu–isu awam, sementara wibawa kaum wanita melayu pula adalah dalam hal–hal penjagaan anak dan urusan rumahtangga. Kedudukan lelaki Melayu sewaktu pengagihan tugasan [Dr. Azizah Kassim.1985:8] pula tidak terikat kepada rumahtangga dan kaum keluarga. Ruang tugas lelaki adalah ruang umum yakni diluar rumah. Jelasnya lagi, kaum lelaki juga dianggap golongan usahawan yakni satu ciri yang terdapat di dalam masyarakat tani. Di zaman pra–industri kaum lelaki Melayu yang meneroka hutan akan membuka tanah untuk pertanian dan perternakan. Kemudian, apabila tanah sudah diterokai barulah di bawa isteri dan anak–anak dan terpulanglah kepada mereka samada hendak atau tidak untuk mengerjakan tanah tersebut.



Dalam pada itu, kedudukan anak lelaki di dalam sesebuah keluarga melayu tradisi pula dianggap sebagai tulang belakang yang akan menyambung tanggungjawab dan beban keluarga sebagai penganti bapanya. Manakala peranan anak perempuan lebih dalam membantu peranan ibu dengan hal-hal ehwal pengurusan dalam rumah seperti kerja-kerja memasak, mengemas, membasuh atau berkaitan dengan peranan seksnya. Dalam pada itu, saya percaya seorang anak lelaki dan anak perempuan melayu perlu diasuh untuk memainkan peranan penting agar



bertanggungjawab menjaga nama



baiknya dan kedudukan sosial anggota–anggota keluarga mereka sepanjang masa. Secara



23



Fatimah Abdullah. ‘Wanita yang bekerja dan pengurusan rumahtangga’. Kertas Ilmiah. Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.1987.



22



rasionalnya penyelewengan yang dilakukan di kalangan mereka akan menjejaskan nama baik sendiri dan tingkahlaku buruk tersebut dianggap ‘sebagai menconteng arang ke muka’ kepada anggota keluarganya. Perkara ini amat dijaga dan dititikberatkan terutama bagi sebuah kelompok yang masih mengamal hubungan nilai–nilai tradisi masyarakat Melayu lama. Begitu juga dalam menjalankan peranan dan tanggungjawabnya terhadap para ibubapa,



para anak lelaki dan anak perempuan sama sekali tidak dibenarkan



mengherdik ibu-bapa mereka. Sebaliknya, seorang anak lelaki dan perempuan yang soleh disarankan supaya sentiasa berdoa kesejahteraan ibubapanya, memohon rezeki agar Allah SWT mengampunkan dosa–dosa mereka serta mengutamakan ibubapanya dalam urusan–urusan nafkah .



Menurut firman Allah bermaksud , ‘dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapa kamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-dua mereka sampai lanjut usia dalam peliharaanmu, maka jangan sekali–kali kamu mengatakan kepada mereka ‘ ah ‘ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dan penuh kesayangan dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memeliharaku semasa kecil . ( Surah Al Israa’, 23 dan 24 )



23



Di dalam konsep keluarga dual career,



hasil kajian24 telah menunjukkan



penglibatan suami melayu dalam tugas–tugas domestik adalah masih rendah. Hasil kajian menunjukkan kebanyakkan kerja rumah seperti menyediakan susu pada waktu malam dan memberi makan anak secara keseluruhan dilakukan sendiri oleh para isteri. Namun begitu, kajian ini juga telah membuktikan terdapatnya



amalan seseorang



suami



berketurunan melayu membuat kerja–kerja menukar lampin anak pada waktu malam, menidurkan anak dan mengasuh atau bermain dengan anak–anak yang dilaksanakan bersama isteri mereka. Di samping itu terdapat bukti menunjukkan peranan seseorang suami yang lebih menumpukan perhatian kepada kerja–kerja rumah25 seperti membeli barang–barang makanan, menjaga kereta, membayar bil–bil [letrik, air dan telefon], membersihkan kawasan luar rumah dan membawa anak ke klinik apabila mereka sakit. Kajian tersebut juga telah menunjukkan kaum lelaki melayu yang masih mengamalkan konsep tradisi di dalam rumahtangganya, mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan nafkah isteri dan anak–anak mengikut keperluan masing–masing. Ini bermakna, sebagai penyumbang utama ekonomi keluarga, seorang suami itu haruslah memberi perbelanjaan kepada isterinya yang tidak bekerja bagi membiayai hal–hal yang bersangkutan dengan urusan kewangan keluarganya 26. Perihal ini amat berbeza dengan kedudukan suami melayu yang mengamalkan dual career di mana tanggungjawabnya



24



Yahaya Muhammad & Maimunah Hj. Muhammad. ‘Tekanan dikalangan isteri-isteri melayu bekerja;satu pendekatan psikosiologi’. Kertas Ilmiah. Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.1987. 25



Bagi tanda pada perkataan-perkataan yang digaris, ianya menunjukkan bukti terdapatnya ‘crossing gender’ telah berlaku. ‘Crossing-gender disini bukan bermakna menukar jantina tetapi memainkan peranan dan tanggungjawab yang selama ini dianggap kepunyaan golongan wanita secara budaya. 26



Berpandukan kajian ini, kes terdekat yang dapat menyokong dapatan tersebut adalah melalui pengamatan kehidupan abang saya sendiri bersama keluarganya [4 orang anak bersekolah] yang kini bertugas sebagai Pembantu Tadbir N7 di Jabatan Bekalan Air Malaysia di Taiping, Perak. Atas peranan isterinya sebagai surirumahtangga sepenuhmasa, beliau perlu menjalankan kerja-kerja sampingan [sehingga lewat malam] selepas waktu pejabat bagi menambahkan sumber pendapatan dan pembiayaian pengajian 4 orang anaknya.



24



dapat diringankan melalui bantuan pekerjaan isteri . Oleh itu, pengamalan dual career berupaya membantu meringankan tugas seseorang suami itu untuk mengemudikan pelayaran rumahtangganya ekoran tindakan isterinya yang bekerja .



Dalam pada itu, kajian ini telah menunjukkan terwujudnya dilemma ‘pengiktirafan’ kaum suami dan ‘kelakian’ mereka apabila ada di kalangan sikap isterinya yang mempunyai keinginan ke arah ekualistarianisme. Apa yang dapat saya pastikan ianya bersangkutan dengan ‘harga diri’ sebilangan para isteri yang telah mempunyai pekerjaan dan berpangkat di dalam sesuatu jawatan,



mereka merasakan kedudukan



mereka di dalam keluarga adalah seiring dengan peranan yang dimainkan oleh suami mereka. Implikasinya telah menyebabkan tercetusnya pergeseran pendapat dan pandangan dikalangan mereka ekoran timbulnya ‘agosentrik’ di dalam mempertahankan sesuatu perkara.



Hal ini sedikit sebanyak telah mencabar dan mengugut kebolehan



seorang suami sehingga di satu tahap mereka menyedari tiada rasa hormat atau pengiktirafan diri dari seseorang isteri terhadap kedudukan mereka di dalam rumahtangga Kajian ini jelas bercanggah dengan saranan Islam yang menggalakkan seseorang suami atau isteri perlu bermusyuawarah terlebih dahulu sebelum kataputus mengenai sesuatu perkara itu dilakukan . Berpandukan pandangan mengenai penghidupan lelaki soleh mengikut perspektif Islam oleh Md Isa Selamat 27, didapati antara perkara yang perlu dijaga oleh pasangan suami isteri ketika bermusyuwarah atau berbincang, mereka perlu memberi ruang di antara satu sama lain untuk memperdengarkan dahulu buah fikiran yang diilhamkan di antara mereka. Ini jelas menunjukkan, Islam menuntut pasangan suami isteri tersebut tidak mengamalkan sikap ego dengan dapatan sendiri tetapi perlu 27



Md Isa Selamat. Lelaki Soleh, kedudukan dan keperibadian serta peranannya. Kuala Lumpur. Darul Nu’man. 1996.



25



menerimanya apabila ternyata pendapat yang benar itu berada di pihak antara isteri atau suaminya.



Perkara ini jelas menunjukkan Islam adalah agama yang



sentiasa



menyarankan para suami-isteri mengamalkan kehidupan berkonsepkan sebagai seorang sahabat serta kekasih, bukan berlandaskan seseorang khadimah ataupun hamba.



Berpandukan terhadap pandangan Dr. Mohd Fadzillah Kamsah28 mengenai kehidupan lelaki dalam sebuah komuniti, didapati masyarakat Melayu lebih ‘mudah memaafkan’ kaum lelaki sekiranya mendapati melakukan kesalahan malah ianya dilihat sebagai salah satu yang ‘wajar’[satu perkara biasa atau lumrah sifat]. Namun jika wanita yang membuat kesilapan ianya sukar dimaafkan oleh kelompok tersebut. Selanjutnya, apabila berlaku perceraian di kalangan keluarga melayu, kebiasaannya masyarakat lebih menuding jari kepada kesalahan yang diperlakukan oleh para isteri dari suaminya . Secara ringkasnya, anggapan stereotaip terhadap trait-trait seseorang lelaki itu yang dikatakan bersikap agresif dan cepat panas29, masyarakat umum kebiasaannya akan meminta anggota masyarakat memaafkan perbuatan mereka dan menganggap kesilapan yang dilakukan oleh mereka sebagai satu kelemahan dan lumrah sifat kehidupan lelaki. Mengikut pandangan Islam oleh Abd. Mohd Jibrail30 [1990:15-30] menyatakan kaum lelaki dan kaum wanita adalah sama dalam martabat yakni baik tentang hak dan kewajiban mereka dalam segi–segi yang bersifat keagamaan dan kemanusiaan. Namun begitu menurut firman Allah SWT bermaksud,



28



29



30



Dr. Mohd Fadzillah Kamsah. ‘Masyarakat mudah memaafkan kaum lelaki’. Majalah Keluarga keluaran September.1999. Sila rujuk Jadual A: mengenai trait stereotaip bagi lelaki berbanding perempuan. Jack Nicholson. “Men and Women. How different are they?”. Oxford Universiti Press.1984. Abd. Mohd.Jibrail. Lelaki soleh, martabat dan diantara perwatakan serta sifat-sifatnya. Pustaka Al-Ansar. Petaling Jaya. 1990



26



“dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya dengan cara yang makruf. Akan tetapi para lelaki mempunyai satu darjat tingkatan dari wanita“ ( Surah Al-Baqarah , 2 : 228 ) Oleh itu menurut pandangan dan tafsiran para ulamak, beliau menjelaskan ayat ini merupakan dalil yang menghancurkan konsep teori secara tradisi yang memberi hak kepada kaum lelaki untuk berlaku sewenang-wenangnya, melampaui batas, bertindak kejam terhadap kaum wanita yang lemah, dengan perlakuan yang buruk dan jahat terhadap diri, harta dan anak–anak mereka. Perkataan ‘darjat’ ini ditafsirkan dalam firman Allah bermaksud ,



Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebagian mereka (lelaki) atas sebagian yang lain (wanita) dan kerena mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. ( Surah An-Nisak, 4: 34 ) Oleh itu maksud ‘darjat’ dalam perspektif Islam oleh para ulamak, beliau menjelaskan bahawasanya yang berhak tampuk kepimpinan, penguasa dan pemelihara bagi kaum wanita adalah lelaki. Ini kerana kaum lelaki mempunyai kelebihan di atas kaum wanita yang terbukti dengan pengkhususan tugas kenabian dan kerasulan kaum lelaki. Ringkasnya, Islam telah menyatakan bahawa maha suci Allah dengan kudratnya melebihkan kaum lelaki dalam penciptaannya, yakni berupa kekuatan fizik dan akal fikiran. Atas kemampuan yang dikurniakan, saya berpendapat seseorang lelaki muslim itu harus memberi pelindungan serta pertahanan maruah kehidupannya, keluarganya, saudaranya,



agamanya,



masyarakat keseluruhannya dan tanahairnya tanpa cuba



memperkukuhkan kedudukan keatasnya.



27



Mengikut kajian oleh Strange [1987:22] yang dibuat di Rusila dan Gong Beris , Terengganu dalam Mariah Muda31 [1996:46], menunjukkan seseorang lelaki Melayu tua yang memiliki pengetahuan agama dan adat istiadat amat dihormati oleh ahli masyarakat malah sering dijadikan pakar rujuk . Sementara itu , menurut Wan Kadir Yusuf [1990: 18] pula menyatakan kedudukan orang tua dalam keluarga besar amat dihormati dan dipandang tinggi. Orang tua sebagai tumpuan orang muda mendapat nasihat dan pandangan dalam berbagai–bagai perkara. Sebagai pemimpin dalam kelompok kampung, selalunya pemimpin yang dihormati adalah terdiri dari mereka yang mempunyai ramai anak buah atau anggota keluarga dalam kampung. Anggota–anggota keluarga yang ramai dapat memberikan kekuatan kepada kedudukan seorang ketua .



Melalui pandangan Atondra [2002] mengenai lelaki dan kehidupannya, didapati kaum lelaki Melayu juga berperanan mengurus, mentadbir dan menyelaraskan kegiatan– kegiatan keagamaan dan hal–hal berkaitan dengan aktiviti penduduk yang dijalankan di surau–surau sekitar kawasan di dalam sesebuah komuniti Melayu. Sementara itu di dalam majlis–majlis perkahwinan, kaum lelaki Melayu diletakkan kepada kedudukan amat penting seperti bertindak sebagai Tok Kadi dan juga bertindak sebagai wali bapa bagi pihak perempuan. Kehadiran mereka ini amat penting dalam menentukan ikatan antara pasangan pengantin antara lelaki dan wanita melayu tersebut adalah sah mengikut syarak di sisi undang–undang perkahwinan cara Islam.



31



Mariah Muda. ‘Pemaparan Imej WargaTua di dalam filem-filem cereka melayu 1950an-1990an’. Diss. Ijazah Sarjana Sastera. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. 1996.



28



Menurut Dr. Ismail Ibrahim [2002: 9]32 pula mengenai hak wanita Melayu dan wajah Islam, menjelaskan bahawa,



“apa yang penting di sini ialah tindakan kita selama ini dalam memberi hak yang setimpal kepada wanita dan mereka pula seharusnya menyumbangkan tenaga masyarakat merupakan satu kewajipan yang disuruh oleh agama kita”.



Oleh demikian, wanita



Malay[sia] merupakan golongan yang perlu dihargai dan



dihormati. Peranan mereka amat besar dalam kehidupan masyarakat era 2020. Kehidupan dan kewajipan seseorang wanita bermula semenjak pada zaman kanak-kanak lagi dalam membantu ibubapa menguruskan keluarga sehinggalah mereka sendiri membesar menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya dan isteri kepada suaminya. Kini, didapati wanita mengalami perubahan kesan daripada pembangunan negara dan ideologi masyarakat. Wanita hari ini sudah mula mementingkan pendidikan dan kerjaya. Mereka bagi saya telah berani berdikari, berwawasan, prihatin dan berkebolehan dalam semua hal dan telah hampir menandingi kaum lelaki dalam segala aspek sama ada pentadbiran, politik, pemerintahan dan pelbagai organisasi penting yang lain. Pengubalan Dasar Wanita Negara telah mengambarkan komimen kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan peranan, kedudukan dan martabat kaum Wanita Malaysia di mana matlamat utamanya adalah: (a) Bagi menjaminkan perkongsian saksama dalam memperoleh kemudahan sumber, maklumat, peluang penyertaan dan manfaat 32



Dr. Ismail Ibrahim. ‘Hak wanita dan wajah Islam. Mingguan Malaysia’, Halaman 9. Jun. 2002.



29



pembangunan kepada lelaki dan wanita. Matlamat persamaan dan kesaksamaan hendaklah dijadikan teras dasar pembangunan yang berorientasikan rakyat, supaya wanita, yang berupa separuh jumlah penduduk negara, dapat menyumbangkan dan mencapai potensi mereka sepenuhnya. (b) Bagi mengintegrasikan wanita dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan kehendak wanita bagi mempertingkatkan



mutu



kehidupan,



membasmi



kemiskinan,



menghapuskan kejahilan dan buta huruf, dan menegakkan negara aman, makmur dan sentosa.33



Secara kesimpulannya mengenai perbincangan diatas serta kaitannya kepada imej gender dalam filem, secara umumnya ianya merupakan tanggapan atau pandangan individu terhadap kehidupan kaum lelaki dan kaum wanita secara realiti khususnya yang beragama Islam. Pandangan atau kata yang lebih tepat iaitu ‘persepsi’, seseorang itu pasti melihat ciri-ciri personaliti lelaki dan wanita terdiri daripada tingkahlaku, pemikiran dan emosi serta juga ciri-ciri hubungannya dengan sesuatu Ringkasnya, imej gender yang digarapkan di dalam penceritaan adalah merupakan saduran ciri-ciri dan perlakuan atau personaliti yang kelihatan pada seseorang lelaki dan wanita tersebut sama ada berdasarkan fizikal, tindakan aktiviti ataupun perkara-perkara kejiwaan yang sedia wujud



33



Dasar Wanita Negara. Matlamat Utama. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia . 16 September 2004.http://www.kpwkm.gov.my/mal/pelantindakan09.shtml.



30



di dalam kehidupan mereka secara realiti.



Pendekata, atas dasar imiginasi dan



pengalaman oleh para penulis skrip dan para pengarah filem tempatan dalam memaparkan kedudukan imej ‘gender’ melayu dalam sesuatu penceritaan, ciri-ciri garapan perlakuan seseorang lelaki dan wanita Melayu Islam ini juga boleh dilihat dan dinilai sama ada mempunyai ciri-ciri positif atau negatif ataupun menepati realiti di dalam kehidupan mereka yang sebenarnya.



Pemaparan Imej Lelaki dan Wanita dalam drama medium Skrin: Filem



Melalui tinjauan pemaparan imej lelaki di Media Massa oleh Steve Craig [1992] didapati bahawa kesan dan tanggapan secara liberal mengenai kelaziman sifat-sifat yang dimiliki oleh kaum lelaki, menyebabkan imej pemaparan mereka di dalam media massa juga dianggap suatu yang normal dan sering menjadi ikutan 34. Ini terbukti apabila kajian oleh para sarjana telah mendapati karektor pada imej lelaki telah dipaparkan secara dominan berbanding imej kaum wanita yang masih ditonjolkan secara pasif dan stereotaip. Kajian ini menunjukkan hampir keseluruhan pemaparan imej lelaki telah didominasikan secara jitu di dalam drama televisyen di Amerika Syarikat. Ini dapat diperhatikan dengan penguasaan peranan-peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki di dalam drama-drama bersiri dan aksi, lebih memaparkan watak-watak lelaki secara superior. Melalui pandangan Steve Craig [1992] mengenai para pelakon lelaki drama Hollywood, didapati mereka kurang berminat untuk menceburkan diri di dalam penerbitan drama-drama bercorak komedi dan Opera ekoran beranggapan genre tersebut 34



Tanda garis pada perkataan-perkataan adalah berkaitan dengan perbincangan mengenai tanggapan stereotaip masyarakat terhadap perilaku normal di dalam kehidupan lelaki.



31



akan



mengurangkan penyerlahan dan penonjolan semangat kejantanan ‘masculine



image’ di hadapan khalayaknya.



Kajian oleh Segger dan Wheeler dalam Steve Craig [1992:13-15] pula telah menjelaskan semasa menterjemahkan status pekerjaan di dalam sesuatu babak penceritaan di televisyen, kaum lelaki sering digambarkan mempunyai kedudukan yang tinggi, berumah besar dan berjawatan seperti peguam, ahli perniagaan, doktor serta berpangkat menteri daripada meletakkan status kedudukan yang lebih rendah daripada imejan tersebut. Penampilan imej lelaki di dalam siaran televisyen melalui kajian oleh Downs dan Gowan [1980] dalam Steve Craig [1992:15-19] telah digambarkan mempunyai kehidupan secara berpasangan dan berkeluarga yang mana akhirnya melalui sifat kelakian mereka tersebut akan mewujudkan suasana yang harmonis, romantik dan aman damai disamping watak isteri dan anak-anak. Berbanding dengan pemaparan imej wanita yang agak konservatif, kekuatan dan penguasaan imej lelaki di dalam televisyen juga



sering



digambarkan



sebagai



seorang



yang



berkuasa



serta



mempunyai



tanggungjawab dalam menghukum tingkahlaku orang sekelilinginya.



Kajian empirikal mengenai imej lelaki di dalam filem–filem aliran perdana di Hollywood oleh Mulvey [1975] mendapati pemaparan watak protoganis masih digambarkan cara hidup yang dominan dan secara patriaki [Steve Neale:1983] dalam [Steven Cohan & Ina Rae Hark35. 1996: 9]. Kajian ini juga menjelaskan imej lelaki heteroseksual dipaparkan mempunyai satu sifat lazim yang sedia wujud pada ciri



35



Rae, Ina. and Cohan. Steven. Screening the male, exploring masculinities in Hollywood cinema. London and New York. Rougtlegde. 1997.



32



kelakian mereka sehingga segala perilaku yang divisualkan merupakan satu pandangan biasa bagi kacamata manusia. Kajian oleh Peter Lehmen dalam [Steven Cohan dan Ina Rae Hark 1996] mengenai filem gred B bagi beberapa buah filem di Hollywood, didapati terkandung gambaran stereotaip pemaparan imej lelaki yang mana tingkahlaku mereka menunjukkan telah trait-trait lelaki36 yang ganas, zalim dan suka menganayai terhadap wanita. Di dalam filem I Spit Your Grave yang diterbitkan pada tahun 1978, kajian ini37 mendapati adegan watak protoganis wanita telah membalas dendam kepada watak para antoganis lelaki dengan permainan dramatik yang cukup kontroversi, memualkan, memalukan, menyakitkan yang mana jelas menjatuhkan kreadibiliti imej lelaki di kaca mata masyarakat di Amerika. Saya mendapati tersematnya kekecewaan hati pengkritik filem ini iaitu Roger Elbert yang menyatakan :



I Spit On Your Grave is a vile bag of garbage that is so sick, reprehensible and contemptible that I can hardly believe it played in repectable theaters. But it did . Attending it was one of the most despressing experiences of my life. At the film end walked out of the theater quickly, feeling unclean, ashamed and depressed . This movie is expression of the most diseased and perverted darker human natures. I agree that is an extremely disturbing



36



Sila rujuk Jadual A: mengenai trait stereotaip bagi lelaki berbanding perempuan. Jack Nicholson. “Men and Women. How different are they?”. Oxford Universiti Press.1984. 37 Peter Lehmen. Don’t blame this on a girl’. Female rape-revenge films. Dalam Rae, Ina. and Cohan. Steven. Screening the male, exploring masculinities in Hollywood cinema. London and New York. Rougtlegde. 1997.



33



movies, but like many disturbing films in disreputable genre. [1989:359360]



Melalui kajian oleh Andrew Walsh38 di dalam bukunya “Women’s Film and Female Experience” [1984], saya



mendapati ‘realiti’ boleh dimengertikan dengan



melihat tiga kata sifat iaitu kezaliman, dikenali dan difahami. Justeru itu, jika filem sering memberikan gambaran wanita dengan imej yang negatif, sudah pasti ianya dianggap satu kebenaran.



Melalui pandangan ‘gaze theory in mass media’ oleh Laura Mulvey dalam



Daniel Chandler39 menjelaskan,



Traditional films present men as active, controlling subjects and treat women as passive objects of desire for men in both the story and in the audience, and do not allow women to be desiring sexual subjects in their own right. Such films objectify women in relation to ‘the controlling male gaze’, presenting ‘woman as image’ (or ‘spectacle’) and man as ‘bearer of the look’. Men do the looking; women are there to be looked at. The cinematic codes of popular films ‘are obsessively subordinated to the neurotic needs of the male ego’. It was Mulvey who coined the term 'the male gaze'.



38



Andrew Walsh. Women’s Film and Female Experience. Preager Publication. New York. 1984.



39



Daniel Chandler. “Notes on the “gaze”. Laura Mulvey on Film Spectatorship”. www.aber.ac.uk/media/Documents/gaze/gaze09.html. 22 September 2004.



34



Melaluinya, saya berpendapat unsur-unsur wanita di dalam filem banyak memfokuskan wanita dari kacamata lelaki. Hal ini melibatkan isu yang lebih luas dan penting, iaitu masalah bersangkutan dengan masyarakat yang mempunyai unsur atau sisa-sisa patriaki. Sehubungan dengan itu, filem berperanan sebagai alat untuk mengukuh dan mengekalkan sisa-sisa patriarki ini. Melalui kajian oleh Dominick [1979]40, didapati pemaparan imej wanita di dalam rancangan televisyen pada waktu perdana telah tidak dipaparkan secara adil, stereotaip dan negatif. Kajian ini telah menganalisis 2,444 watak dalam 1,314 rancangan televisyen Amerika sepanjang tahun 1953 sehingga tahun 1977 mendapati imej wanita tidak banyak berubah berdasarkan faktor masa. Hasil kajian didapati juga telah menunjukkan kebanyakkan watak wanita muncul di dalam komedi situasi yang dominan memperbodoh-bodohkan kehidupan golongan hawa. Menurut pandangan Fuziah Kartini dan Faridah Ibrahim41 [2004:12] mengenai pemaparan imej wanita dalam drama di filem menjelaskan,



Over the past decades, a great deal of movies message via Hollywood, Bollywood and even Mollywood [Malaysian movie industry as dubbed by many] has perpetuated the notion of women as property or commodities “available” for sexual and other use. These massage are played over and over again in movies which show images of the female as the gentler sex, passive, weak, needing protection, subservient, scatter-brained, dependent, comforming, nurturing, caring as well as beautiful [so convenient as a sexobject], while the male images are forceful, strong, capable, aggressive, 40 41



Dominick J.R. The potrayal of women in prime time, 1952-1977. Sex Roles. 5 [4]:405-411 Fuziah Kartini Hassan Basri & Faridah Ibrahim[2004:11]. Jurnal Skrin Fakulti Seni Persembahan UiTM. Vol .1:2004.m/s 12.



35



demanding, independent, successful, tycoon, hero, playboy and stoic macho-man.



Melalui hasil kajian Asiah Sarji42 [1985] mengenai pemaparan imej wanita di dalam filem-filem arahan Tan Sri P.Ramlee,



didapati ianya juga tidak lari dari



memaparkan imej-imej stereotaip dan negatif. Ini menunjukkan Tan Sri P.Ramlee juga tidak terkecuali dari terpengaruh dengan pandangan bias atau stereotaip peranan seks yang tertanam pada dirinya 43 sehingga memberikan imbasan terhadap peranan dan kedudukan pemaparan imej watak-watak wanita secara stereotaip serta tipikal dalam filem-filem arahannya. Maka, tidak hairanlah hasil analisa imej-imej wanita filem arahan pengarah tersohor Malaysia ini oleh Asiah Sarji [1985], didapati hampir keseluruhan trait-trait wanita yang diadaptasikan ke dalam ruang drama kehidupan watak-watak wanita tersebut telah digambarkan



suka mengikut perasaan, sensitif dan mudah



menangis; bagi imej watak wanita golongan berada telah digambarkannya materialistik, pencetus punca keruntuhan rumahtangga;



bersifat



bagi imej wanita golongan



miskin telah digambarkannya lemah dan berstatus rendah yakni semakin menepati kenyataan oleh Jack Nicholson44 mengenai trait-trait stereotaip seseorang wanita. Hasil dari kajian Asiah Sarji dan hubungkaitnya dengan imaginasi P.Ramlee serta kaitannya dengan isu stereotaip peranan seks, beliau juga turut sama terpengaruh memaparkan



42



Asiah Sarji. Film and change;the potrayal of women in Malay film. Kerja kerja symposium perfileman film and social change:East-West approach to cinema bertempat di Institute of Culture and Communication, East-West Center, Honolulu, Hawaii:26-30 November 1985. 43 Berpandukan kepada pandangan Dr. Azizah Kassim mengenai stereotaip peranan seks dan ‘male-gaze’ oleh Laura Muller, saya berpendapat Tan Sri P. Ramlee sama seperti kaum lelaki lain di Malaysia terpengaruh dengan proses sosialisasi dalam memisahkan pembahagian tugasan peranan seks ekoran tanggapan stereotaipan trait-trait kaum lelaki lebih dominan dan superior dari trait-trait wanita yang dianggap sebagai surbodinat. 44 Sila rujuk Jadual A: mengenai trait stereotaip bagi lelaki berbanding perempuan. Jack Nicholson. “Men and Women. How different are they?”. Oxford Universiti Press.1984.



36



kedudukan para watak wanita secara stereotaip yakni berstatuskan janda, ibu,



sebagai wanita Melayu yang



penjaga rumah, penari, penyanyi, pembantu rumah;



berstatuskan pekerjaan hanya sebagai jururawat, kerani dan suri rumahtangga sahaja. Menurut kenyataan Mariah Muda [1996:58] mengenai imej-imej stereotaip para watak wanita yang dipaparkan oleh pengarah lelaki dalam drama-drama kehidupan manusia melalui ruang filem cereka ‘Malay’[sia] tersebut menjelaskan,



Melalui kajian oleh Soh Geok Choon [1988] yang menganalisis tiga buah filem arahan Jins Shamsudin bersiri ‘esok’ iaitu Menanti Hari Esok [1977], Esok Masih Ada [1980] dan Esok Untuk Siapa [1980] mendapati wanita telah dipaparkan sebagai objek yang negetif, objek sampingan dan tidak dominan. Kesimpulan kajian menunjukkan wanita masih tunduk kepada kemahuan lelaki dan digambarkan sebagai warga negara kelas dua. Berasaskan gambaran stereotaip yang diberikan kepada wanita, P. Ramlee dan Jins Shamsuddin boleh dianggap mempunyai sudut pandangan dan tanggapan yang hampir sama tentang wanita. Meskipun kedua-dua kajian tersebut membabitkan filem-filem yang diterbitkan dalam jangkamasa empat dekat iaitu 1950an, 1960an, 1970an, dan 1980an, namun kedudukan dan peranan imej wanita masih tidak banyak berubah.



Hasil kajian daripada kedua sarjana tempatan ini, jelas menunjukkan kebenaran terhadap pandangan stereotaip seks yang membezakan antara trait lelaki dan trait wanita



37



yang mana Tan Sri P. Ramlee dan Dato’ Jins Shamsudin, kedua-duanya



juga



menjelmakan gambaran kehidupan wanita yang sebegini di dalam filem–filem arahan mereka. Keadaan ini



diperkuatkan lagi dengan pengamalan teori auteur yang



menganggap pengarah [terutama dari kaum lelaki] mempunyai kuasa penuh ke atas hasil karya dan segala bentuk pemaparan imej watak manusia adalah dipergaruhi oleh sudut pandangan mereka .



Apa yang dapat dibicarakan berhubung perkara tersebut, para pengarah lelaki [dominannya] dalam filem-filem cereka ‘Malay’[sia] adalah merupakan golongan yang mengawal pembikinan atau permainan drama tentang kehidupan watak ‘gender’ di dalam ruang naratif serta sinematik filem tersebut. Berpandukan kepada kenyataan Laura Mulvey mengenai ‘male-gaze’ dan kaitannya ‘mimesis45’ terhadap sifat maskulin dan feminin, ianya telah distereotaip serta dieksploitasi oleh mereka untuk tujuan tertentu di dalam media filem atau cereka. Apa yang boleh saya berkongsi bersama di sini, stereotaip merupakan ungkapan yang digunakan berulang kali dalam bentuk yang sama dan dimengertikan sebagai satu tanggapan biasa tentang sesuatu atau seseorang. Ia merupakan pengkategorian yang mudah terhadap golongan manusia tertentu. Bahaya stereotaip wujud apabila satu-satu penglabelan yang dibuat telah memudahkan seseorang itu memahaminya tanpa mengambil kira kebenarannya atau menyedari sama ada ia 45



Men consciously and unconsciously control creating film images that satisfy their needs and unconscious desires. Cinema uses the images of woman to dissipate male castration fears by forms of voyeurism, containing aspects of sadism and fetishism. In their traditional exhibitionist role women are simultaneously looked at and displayed, with their appearance coded for strong visual and erotic impact so that they can be said to connote to-be-looked-at-ness". In other situations, male viewers in the audience identify with the male protagonist on the screen, the character who controls both events and "the look" . Laura Mulvey.’active/male vs passive/female [psychoanalytic view]. www.eng.fju.edu.tw/Literary_Criticism/feminism/gaze.htm.



38



memberi gambaran imej yang jitu atau sebaliknya. Oleh demikian, sebagai pengarah lelaki [khususnya filem-filem cereka Melayu] pemaparan imej watak lelaki sudah pasti berada dalam sudutpandang yang mempertahankan ‘kekuasaan’ dan ‘kejantanan’ yang dominan manakala peranan dan kedudukan



imej wanita bagi mereka



melambangkan trait-trait yang stereotaip dan tipikal.



jelas



Akhirnya fenomena ini telah



mencetuskan perkembangan terbaru di dalam sinema Malaysia apabila timbulnya ‘pergerakan’ feminisme yang terdiri daripada pengarah wanita seperti Suhaimi Baba dan Erma Fatima untuk memperbetulkan kedudukan dan peranan imej wanita Malaysia melalui sudut pandang mereka sendiri. Persoalannya sejauhmana sudut pandang mereka ini berjaya direalisasikan di dalam pemaparan imej-imej positif yang ‘diperjuangkan’. Film46 have the potential to be a vehicle of change. The study of female and representations in films is an apt starting point to start a dialogue with the folks behind the scene in the film industry so that they may be gendersensitive in their work. For now, it is obvious that most movies are still coming from male perspective and do not reflect the realities of being female. Although the movie circle around a woman’s life, the story-telling is very much male. Perhaps this is a consequent of the lack of female filmmakers in film industry. Increasing the number does not mean the situation can be rectified because in the final analisys,”the crucial question is not who is telling the story, but how the story is told”.



46



Gallagher, M. Gender Setting: New agendas for media monitoring and advocacy. London: Zed Books. 2001



39



Dalam pada itu, melalui kajian mengenai unsur Metaphora di dalam filem-filem cereka iaitu Gerak Khas The Movie [2001], Lagi-Lagi Senario [2001], Anak Mami The Movie [2002], Mr Cinderella [2002], Mami Jarum [2002], Gila-Gila Pengantin [2003], Laila Isabella [2003], 10 sampel kajian filem yang dikendalikan oleh Fuziah Kartini dan Faridah Ibrahim47, didapati imej-imej watak wanita telah dipotreykan secara perlambangan unsur atau metaphor yang negatif.



Laporan hasil kajian tersebut



[2004:17-19] telah menjelaskan bahawa, What can be deciphered from metaphors of the female in the new movies are the following negatives image [. . . ]; [. . .] as such we found metaphors that disgrace and denigrate the female[….]where these imageries are related with qualities that include busy, vicious, silly, ugly and dangerous. 



The big mouth female/busy body [



48



meta4: mulut pok-pek,pok



pek macam kerbau tua jatuh] 



The gossiping female [meta4: internet bergerak]







The object of men’s sexual desire [meta4: mulut laser]







More troubling than farms animals [meta4: badut sarkas kepala donga]







Beauty is being voluptuous [meta4: naga]







Cheeky [ular sawa lidah bercabang]



47



Fuziah Kartini Hassan Basri & Faridah Ibrahim. Jurnal Skrin Fakulti Seni Persembahan UiTM. Vol .1:2004 .m/s15-16 48 Berpandukan senarai sedutan ‘katabual/dialog’ para watak lelaki kepada watak wanita[bahasa Inggeris] melalui adegan-adegan dalam filem-filem tersebut, saya kemudian mengabungkan perbandingan metaphor [meta4] yang telah ditafsirkan oleh pengkaji sebagai “ analisa perbandingan”.



40







Run away from problems [meta4: kartun ‘road runner’]







Must use make-up to beautify self [meta4 : beruk]







Materialistic creatures [meta4: jarum],



Sekiranya perkara sebegini masih terus diamalkan secara berterusan, pemaparan unsur-unsur wanita [khususnya] masih akan terus ke tahap yang lama yakni stereotaip dan terhad. Perihal stereotaip ini juga dapat diperhatikan melalui gambaran-gambaran imej wanita sebagai pengoda, seksi lemah, menjadi hamba seks kepada lelaki [seperti filem bertajuk Panas: arahan Nurhalim Ismail:1998], imej wanita senang diperalatkan dan diperlekehkan [seperti filem bertajuk Bintang Malam: arahan Adman Salleh:1991]. Sementara



itu,



eksploitasi



adalah



satu



istilah



yang



dimengertikan



sebagai



mempergunakan sepuas-puasnya, semahu-mahunya, atau mungkin sebaik-baiknya bagi tujuan



atau



target



sesegolongan



individu.



Melalui



filem,



imej-imej



yang



mengekspoiltasikan wanita dapat dilihat melalui pemaparan antoganis watak seperti penggoda, berimej seksi dan mengiurkan [seperti dalam filem Interlude, Cinta Metropolitan, Harry Boy, Ringgit Karsorga] atau sekiranya tidak dari persepsi tersebut, unsur wanita akan dipaparkan sebagai yang lemah, mudah dipergunakan dan diperalatkan, senang ditindas, seorang yang kuat menangis bila berdepan bermasalah. [seperti dalam filem-filem keluaran Yusuf Haslam Production]. Oleh demikian, kajiankajian sarjana



yang mengkaji imej wanita dalam drama-drama filem cereka dapat



dijadikan satu pemangkin di dalam merubah fenomena dari gambaran imej wanita yang negatif digantikan dengan unsur yang lebih positif dan intelektual. Begitu juga dengan



41



perlaksanaan dasar wanita negara Malaysia jelas menunjukkan perubahan zaman yang perlu direkonstruksikan dengan mengisi dan membentuk pemaparan imej-imej yang seiring dengan pencapaian,



kemajuan dan pemikiran wanita Malaysia sekarang ini.



Sehubungan itu, bagi merealisasikan harapan sedemikian, didapati beberapa strategistrategi telah digubal bagi melaksanakan Dasar Wanita Negara yang antaranya adalah bertujuan untuk membasmi diskriminasi melalui tindakan tegas yang diambil pada sektor Media yakni, dengan cara49 



Meningkatkan penglibatan wanita dalam semua aspek perkembangan media seperti dasar, perancangan program dan perkhidmatan, serta pengendalian projek-projek pembangunan;







Menjalankan kajian mengenai penyertaan wanita sebagai penerbit, pengguna media massa dan penerima kesan media;







Mengikis penonjolan imej wanita yang negatif, berpura-pura, membazir dan sebagai sumber ghairah dalam program dan iklan-iklan;







Menggunakan media untuk memupuk sikap dan nilai yang positif terhadap wanita dan sumbangannya. Atas faktor sedar, tahu dan mahu [ataupun perkaitan-perkaitan yang membawa



perubahan dari moden ke post-modern atau lebih relevan], pemaparan imej-imej gender baik watak para lelaki mahupun watak para wanita dalam permainan drama di medium filem-filem cereka Malaysia perlu berubah ke satu perspektif baru yang lebih menunjukkan peranan serta kedudukan yang sewajarnya. Menurut kajian oleh Juma’ah



49



Dasar Wanita Negara. Wanita dan Media. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia . 16 September 2004.http://www.kpwkm.gov.my/mal/pelantindakan09.shtml.



42



[1995]50, menunjukkan terdapat juga pengarah lelaki Melayu yang telah memberikan gambaran yang sebenar mengenai kehidupan kaum wanita secara rasional . Kajian tersebut mendapati Raja Ahmad Alauddin iaitu pengarah lelaki berpendidikan formal yang tinggi dalam bidang perfileman telah memggambarkan imej kaum wanita yang negatif dan positif yakni pembentukan imej–imej tersebut jelas munasabah yang selaras dengan peranan mereka di dalam drama- drama arahan beliau. Maka jelas menunjukkan kesahihan pandangan sarjana barat yang memperkatakan aspek naratif sesebuah filem adalah merujuk kepada peristiwa yang dibentuk secara imaginatif oleh pembikinpembikin filem dengan berasaskan pengalaman dan pemerhatian mereka terhadap dunia seta masyarakat sekitarnya. Melalui pandangan saya sebagai pelajar, Raja Ahmad Alauddin merupakan seorang insan yang berpendidik tinggi, amat rasional serta kritis di dalam melahirkan satu kenyataan atau pandangan. Melalui sessi kuliahnya, dapat diperjelaskan apabila sesebuah filem dilihat secara naratif, ini bermakna filem harus dilihat sebagai sebuah buku novel. Di dalamnya terdapat beberapa mod naratif yang membolehkan sesebuah filem itu dianalisa secara naratif. Untuk memastikan sesebuah filem yang mempunyai aspek naratif yang kukuh, rasional, logik yakni bertautan dengan pendekatan moden, para penulis skrip dan pengarah filem perlu mengarap atau menganalisa beberapa mod-mod dalam struktur naratif tersebut iaitu tema dan persoalan, plot yang dijalinkan menerusi hukum sebab dan akibat, watak dan perwatakan serta teknik penyampaian cerita. Ringkasnya atas pengkukuhan mod-mod aspek naratif inilah menjadikan pengisian unsur watak dan perwatakan lelaki dan wanita mempunyai ‘inner truth’ iaitu kebenaran emosi dan ekspresi yang tersendiri.



50



Juma’ah Usol. ‘Pemaparan imej wanita dalam drama-drama Raja Ahmad Alauddin Raja Mohd. Redzuan’. Satu Analisis Kandungan. Latihan ilmiah. Jabatan Komunikasi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. 1995.



43



Hasil dari gabungan sebelas kertas kerja sarjana barat oleh Steven Cohan dan Ina Rae Hark [1996], didapati berlakunya perubahan–perubahan di dalam memaparkan imej lelaki di dalam filem–filem aliran perdana di Hollywood . Hasil kajian–kajian ini telah menunjukkan paparan imej lelaki di dalam filem–filem ini juga telah dipengaruhi oleh trait–trait kepunyaan wanita sehingga berupaya menyangkal kejituan dan keunggulan sifat kelakian yang selama ini dianggap dimiliki oleh kaum lelaki secara superior dan dominan .



Kajian oleh Lucy Fisher dalam [Steven Cohan dan Ina Rae 1996] melalui filem bertajuk “The White Heat” [1949], kajian ini jelas menunjukkan terdapat tanda–tanda secara psikoanalisis di mana watak Cody [lakonan James Cagney] telah membentuk personalitinya yang diwarisi dan dipergaruhi dari sifat ibunya sendiri [lakonan Margaret Wycherly]. Ekoran dari kematian bapanya serta diasuh bawah jagaan watak ibu Cody yang kuat mengamalkan dasar–dasar matriaki di dalam penghidupannya, sifat–sifat watak Cody akhirnya dipaparkan sebagai seorang yang mempunyai penyakit histeria, sangat menyayangi ibu sehingga mengikuti segala kehendaknya serta mengikuti ciri-ciri tingkahlaku dan perangai yang dimiliki dari ibunya sendiri.



Kajian ini jelas



telah



mengukuhkan pandangan stereotaip gender tentang keunggulan trait kelakian dari sudut biologinya dan kesannya terhadap pemilikan kuasa bapa yang bakal diwarisi secara semulajadi oleh anak lelaki yang mana keunggulan imej kelakian watak Cody dalam filem tersebut jelas telah diserapi dan dicemari dengan trait-trait kepunyaan wanita yang selama ini dianggap berperanan sebagai penyokong dominasi lelaki sahaja.



44



Melalui pandangan Susan Jeffords dalam [Steve Cohan & Ina Rae Hark 1996: 245] mendapati pemaparan imej lelaki di dalam filem–filem aliran perdana Hollywood telah berubah dari mengambarkan peranan watak lelaki sebagai hero yang tidak pernah kalah tumpas pada pihak musuh , pintar bertarung , bijak bermain senjata , berdikari, mempunyai bentuk badan yang tegap dan bermaskular [muscular] yang terdapat pada filem–filem 1980an seperti filem “Rambo” [Lakonan: Sytvester Stalone], “Colonel Braddock” [lakonan: Chuck Norris], “John McClane” [lakonan: Bruce Wills] serta lain telah bertukar kepada gambaran kepada imej–imej lelaki yang lebih sensitif, kasih sayang, pandai menjaga dan mengawal keselamatan anak dalam filem–filem 1990an seperti filem “Terminator 2: Jugdement Day” [lakonan :Arnold], “Martin Riggs” [lakonan: Mel Gibson ], “Regarding Henry” [lakonan Mike Nichols] dan lain lagi. Saya berpendapat trait-trait stereotaip yang dianggap “pemilikan” seseorang wanita telah menular masuk ke dalam ciri-ciri perwatakan watak-watak lelaki tersebut. Sebagai contohnya, melalui filem “The Terminator“, penulis bependapat watak Arnold telah dipaparkan sebagai seorang ‘alien’ yang mempunyai ciri-ciri perwatakan kejam, kasar, zalim [perilaku stereotaip yang dianggap normal dalam kehidupan kaum lelaki] sehingga sanggup mencederakan dan membunuh puluhan watak-watak manusia demi menunai misinya dalam filem tersebut. Namun di dalam filem lanjutannya iaitu ”Terminator 2: Jugdement Day”, watak Arnold telah mempunyai ciri-ciri dominan seorang wanita iaitu berperwatakan



kasih sayang, sensitif dengan kezaliman, suka membantu, menjadi



pelindung setiap waktu kepada anak musuh utama beliau sendiri. Sehingga diakhir adegan drama, shot close-up titisan air mata telah dipaparkan pada muka watak ini kerana



45



menyedari beliau akan berpisah selama-lamanya dengan watak anak bekas musuhnya. Apa yang pasti, atas populariti watak ‘Terminator 1’ [antoganis] yang dianggap lebih mengambarkan ‘masculinity’, saya tidak menyangka sama sekali proses rekonstruksi watak ‘Terminator 2’ [protoganis] berubah ke arah yang lebih memenuhi gambaran ‘femininity’ untuk ditujukan kepada para peminat filem tersebut.



Melalui kajian oleh Cindoglu [1991] dalam Mariah Muda [1996:62], ianya telah menunjukkan terdapat pemaparan imej wanita yang positif dan realistik di dalam filemfilem Turki era 1980an. Beliau [Cindoglu] menjelaskan analisis kandungan 10 buah filem yang diterbitkan pada sekitar tahun 1980an menunjukkan wanita bebas membuat keputusan tentang mereka dalam lingkungan budaya dan agama. Kajian ini juga [Mariah Muda] mendapati kuasa patriaki tidak menekan kaum wanita dalam membuat keputusan penting di dalam hidup mereka. Begitu juga dengan kajian-kajian oleh Madeiros[1989] dan Schuller [1986] dalam Mariah Muda [1996:63] menunjukkan gambaran bahawa pemaparan imej wanita di dalam filem adalah lebih realisitik dan tidak mengambarkan imej stereotaip wanita jika dibandingkan dengan pemaparan imej wanita yang agak negatif di dalam televisyen dan majalah seperti yang didapati oleh Courney & Whipple [1971&1973] dan Dominick [1979]. Keputusan hasil kajian ini jelas telah menonjolkan watak-watak wanita dengan citra yang baru, jauh dari berbeza daripada citra wanita yang dipaparkan oleh sebilangan penerbit-penerbitan filem tempatan yang lain. Saya berpendapat, perubahan sebegini adalah sebahagian daripada reaksi perubahan yang ditunjukkan oleh masyarakat dalam menghadapi arus pemodenan dan juga berunsurkan kontemporari. Ini terbukti melalui sikap sebilangan karyawan filem yang menyahut



46



pengstrukturan baru pembangunan penerbitan filem mereka melalui kepentingan pendidikan dan pendedahan ilmu-ilmu filem sehingga memancarkan persembahanpersembahan drama kehidupan manusia yang lebih jujur melalui pencernaan teori-teori yang telah diklasifikasikan sebelumnya. Hasilnya unsur-unsur dalam filem-filem dikaji jelas tidak mendominasikan gambaran wanita stereotaip berunsurkan air mata, lemah, pengoda, pisau cukur dan relevan yang telah lama membelenggu di dalam imej-imej citra wanita filem-filem sebelumnya.



Melalui kajian imej wargatua [watak lelaki tua dan watak wanita tua] di dalam 10 buah filem cereka melayu yang diterbitkan dari tahun 1950an-1990an oleh Mariah Muda [1996], sebahagian besarnya didapati imej warga tua telah dipaparkan secara positif. Meskipun kebanyakkan watak yang mereka dukung adalah berbentuk watak sampingan sahaja, namun banyak aspek hidup mereka dipaparkan secara positif. Aspek-aspek yang dipaparkan secara positif ialah dari segi peranan dan sifat, taraf ekonomi, keadaan kesihatan, tahap hubungan sosial, sikap terhadap pembaharuan dan pakaian. Dalam pada itu didapati sebahagian daripada ciri-ciri seperti yang disebutkan oleh Riechard [ dalam Decker 1980] seperti keupayaan watak wargatua menyesuaikan diri mereka dengan proses penuaan dan memiliki hubungan sosial yang baik memang jelas terlihat daripada kajian ini. Begitu juga hasil kajian telah menunjukkan hampir keseluruhan pemaparan imej watak wargatua dipaparkan mempunyai disiplin yang kuat serta pada masa yang sama mendisiplinkan golongan yang lebih muda daripada mereka. Berdasarkan peranan dan kedudukan wargatua melayu yang telah dibincangkan sebelumnya, hasil kajian ini menunjukkan kebanyakan imej-imej wargatua dipaparkan mempunyai tingkahlaku yang



47



disenangi, mempunyai matlamat dalam hidup dan iltizam yang tinggi terhadap diri sendiri dan orang-orang lain di sekeliling mereka. Disamping itu, pemaparan imej wargatua juga digambarkan mempunyai sifat proaktif dan kreatif serta sentiasa mencari altenatif sekiranya berhadapan dengan halangan-halangan yang mengganggu hidup mereka. Hasil keseluruhan kajian yang dijalankan oleh Mariah Muda[1996]



telah



menunjukan imej watak warga tua dalam filem cereka Melayu digambarkan secara realistik yakni menepati realiti dan personaliti warga tua itu sendiri. Keadaan ini menyokong teori formalis dan yang mengutarakan gagasan bahawa realiti adalah model manakala filem adalah pentafsiran semula realiti dalam bentuk seninya yang tersendiri. Pendekata, usaha-usaha mendidik dan memupuk nilai-nilai masyarakat penyayang melalui filem ‘Malay’[sia] tercapai ekoran imej warga tua telah terus dipaparkan secara positif dan memenuhi



agenda pembentukan nilai-nilai positif terhadap kreadibiliti



mereka di depan khalayak Malaysia.



Secara rumusannya mengenai persoalan-persoalan perbincangan berlandaskan kepada pengertian imej dalam filem Melayu dan kaitannya dengan stereotaip peranan seks, boleh dikatakan imej watak gender adalah merupakan tanggapan atau pandangan individu terhadap kehidupan kaum lelaki, kaum wanita secara realiti [yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan berkaitrapat dengan ajaran agama Islam. Pandangan atau kata yang lebih tepat iaitu persepsi, seseorang itu pasti melihat ciri-ciri personaliti ‘maskulin’ dan ‘feminin’ yang terdiri daripada tingkahlaku, pemikiran dan emosi serta juga ciri-ciri hubungannya dengan sesuatu. Ringkasnya, imej gender yang digarapkan pada drama tersebut adalah merupakan saduran ciri-ciri dan perlakuan atau personaliti



48



yang kelihatan pada seseorang lelaki atau perempuan itu sama ada berdasarkan fizikal, tindakan aktiviti ataupun perkara-perkara



kejiwaan yang sedia wujud di dalam



kehidupan mereka secara realiti dan benar. Pendekata, atas dasar imiginasi dan pengalaman oleh para penulis serta para pengarah filem Malaysia dalam memaparkan kedudukan watak ‘gender Melayu’ di dalam filem, ciri-ciri garapan perlakuan seseorang lelaki atau perempuan ini juga boleh dilihat dan dinilai sama ada mempunyai ciri-ciri positif atau negatif ataupun menepati realiti atau bukan realiti di dalam kehidupan mereka yang sebenarnya. Berpandukan kepada keputusan kajian sarjana secara empirikal mengenai pemaparan imej lelaki di dalam media massa khususnya seni filem, kini tiba masanya untuk menghasilkan imej lelaki serta wanita yang lebih bersesuaian dengan proses peredaran masa manusia sekarang ini. Proses pengkajian mengenai lelaki dan wanita dalam filem [khususnya filem Melayu] dijangka membuka cabaran baru untuk pengkaji media menghasilkan pembaharuan area kajian lelaki serta menyelamatkan salah satu jalan penting yang kita kenali sebagai melakonkan watak lelaki dan watak wanita ke dunia realiti.



Kesimpulan Perbincangan



49



Persoalan mengenai ciri dan sifat lelaki dan wanita , tidak dapat lari dari mempunyai kaitan dengan isu pengstereotaipan terhadap hubungan kuasa mereka berdasarkan pemisahan peranan mengikut jantina. Lantaran itu, perspektif sosiologi yang berasaskan teori fungsi pembiakan yang menekankan faktor biologi, perahan dan status tradisional khususnya kepada kaum lelaki dilihat mempunyai pengaruh yang negatif terhadap pembinaan imej, fungsi dan status baru kaum lelaki dan kaum wanita di dalam sesebuah komuniti.



Di Malaysia, kajian secara empirikal telah menunjukkan bukti



bahawa kaum lelaki masih lagi berpegang teguh kepada nilai–nilai tradisional mereka. Sehubungan dengan itu, timbul berbagai persepsi yang menyatakan bahawa kaum lelaki telah mengamalkan dasar patriaki untuk memperkukuhkan kedudukan dan hak pemilikan kuasa mereka secara dominan. Atas sebab itu, wujud perlaksanaan Dasar Wanita Negara pada tahun 1989 yang digubal bagi melindungi hak persamaan dan pelindungan pada kaum wanita yang selama ini telah mempersoalkan dominasi oleh kaum lelaki terhadap penghidupan mereka.



Persoalannya sekarang, pendekatan apakah yang mampu direalisasikan oleh kaum lelaki dalam usaha menyakinkan masyarakat sekeliling bahawa mereka masih lagi memiliki ketrampilan dan kreadibiliti secara dominan, terutama berhubung dengan soal kepimpinan dan peranan mereka sebagai seorang lelaki. Ditambah dengan persoalan yang belum selesai mengenai isu penguasaan kaum lelaki dan hubungkaitnya istilah sistem patriaki,



dengan



kesan dari pengubalan dasar–dasar kerajaan yang diluluskan



seperti Dasar Wanita Negara akan menambahkan lagi benih-benih kesangsian dan kesahihan masyarakat sekeliling terhadap kemampuan lelaki sebagai makhluk pelindung.



50



Lantaran kini, kaum lelaki perlu memikirkan inisiatif–inisiatif yang bakal digerakkan dalam usaha untuk memulihkan imej dan maruah diri, sejajar dengan konsep pembinaan Islam Hadhari dalam peradaban Malaysia.



Dalam pada itu, terdapatnya hubungkait di antara adat dan budaya sesebuah masyarakat dengan pembentukan imej wanita. Adat dan budaya masyarakat melayu khususnya boleh menjadi salah satu faktor dalam mempergaruhi pembentukan imej wanita. Pengaruh dari keluarga Melayu yang mementingkan ciri-ciri, adat serta budaya kemelayuan atau tradisional akan melahirkan seorang wanita yang berbudi pekerti, lemah lembut, sopan santun, berbudi bahasa namun pada masa yang sama selalu dianggap lemah, pasif, kurang keupayaan cabaran dan penurut perintah. Bagi keluarga Melayu yang lebih berpengaruh barat, seseorang wanita itu akan lebih berfikiran terbuka, lebih agresif, superior dan tidak suka diperlekehkan. Dalam pada itu, terdapat juga hubungkait diantara pengstereotaipan imej wanita dengan nilai peranan dalam filem. Begitu juga hubungkait diantara pengeksploitasian imej wanita dengan nilai etika di dalam filem. Setiap filem khususnya cereka ‘Malay’[sia] mempunyai nilai peranan dan nilai etika dalam filem. Penerbitan filem-filem cereka ‘Malay’[sia] yang memaparkan imej wanita mempunyai nilai peranan dan nilai etika sama ada negatif dan positif. Filem-filem cereka Malay[sia]



dari tahun



1930an sehingga



2003 telah



mengekspoitasikan imej-imej wanita ‘Malay’[sia] sebagai



mengstereotaipkan



serta



51



pasif, dilemma, pasif,



konservatif, lemah, sensitif, mudah menangis, dipergunakan, ditindas, diperlekehkan, suka mengikut perasaan, pencetus punca kerosakan rumahtangga, berstatus rendah serta



51



Imej-imej negatif ini dikumpulkan melalui kajian-kajian sarjana tentang pemaparan imej wanita di dalam media massa sepertimana yang diperbincangkan pada kertas kerja ini.



51



juga imej sebagai objek seks sehingga terkandung paparan-paparan seperti pelacuran, perempuan simpanan, pengoda, pengkikis harta, seksi, mengiurkan dan lain lagi. Pemaparan imej yang sebegini dianggap telah menjatuhkan imej wanita dan soal etika kewanitaan mula tergugat dan dipandang rendah oleh masyarakat atau khalayak. Sehingga terbitlah genre filem-filem berunsurkan feminisme yang memperjuangkan kaum wanita ekoran tekanan yang diterima dalam mengeksploitasikan imej mereka ke dalam filem. Ini kerana imej mereka yang dianggap mulia, bermaruah dan ada harga diri seharusnya tidak disalahgunakan oleh para pengusaha filem yang ingin mengaut keuntungan ke atas ‘kelemahan’ wanita. Namun persoalannya adakah ini cara yang paling berkesan di dalam memperjuangkan imej peranan dan kedudukan status wanita dalam membuka mata khususnya kaum lelaki tentang nilai serta harga diri mereka dengan cara memperjuangkan ideologi feminisme. Adakah imej-imej wanita di dalam filem ‘Malay’[sia] sekarang seperti Femina [arahan Aziz M.Osman] dan Embun [arahan Erma Fatima] telah memperjuangkan pemaparan peranan dan kedudukan imej wanita di filem



tempatan seiring dengan kehendak Dasar Wanita Negara yang menuntut media



menonjolkan imej wanita yang lebih seimbang, yang mencerminkan keadaan yang wujud pada realiti di mana wanita kini telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara.



Berbeza daripada gerakan feminisme di Barat, wanita dalam masyarakat Timur kuat dipengaruhi oleh budaya dan agama yang mencorakkan peranan tertentu yang perlu dimainkan oleh wanita. Walaupun angin pemodenan bertiup kuat dan mengubah perspektif baru peranan wanita



52



Timur, faktor keagamaan dan kebudayaan menjadi benteng pendidikan wanita tentang kesetiaan, tanggungiawab, nilai hidup, peranan, fungsi, dan tugas yang membina yang perlu dipertahankan oleh wanita dalam masyarakat moden. Pemodenan tidak bermakna membuang semua tradisi hidup dan mengambil apa-apa sahaja yang dianggap moden oleh masyarakat Barat. Wanita Timur tidak dikehendaki terlampau ekstrim dan membabi buta mengikut pengaruh feminisme Barat. Kebebasan yang diberi kepada wanita tidak bermakna, jika bercanggah dengan nilai dan norma masyarakat Timur yang kaya dengan kesopanan dan peradaban. Faktor kebudayaan, sosial, dan agama amat berpengaruh dalam mencorakkan pergerakan feminisme dan penonjolan isu jantina dalam masyarakat membangun.52 Berpandukan kepada kenyataan Abd. Rahim Abdul Rashid, para pembikin filem tempatan perlu mencernakan fahaman ekstrimis feminisme filem-filem barat kepada arah yang lebih bersesuaian dengan pemaparan imej-imej wanita yang mengutamakan budaya ketimuran serta juga pendekatan Islam. Ini penting kerana kesinambungan dalam menerapkan nilai-nilai Islam Hadhari dalam drama di filem-filem tempatan dapat melahirkan imej-imej positif yang hidup sebagai wanita Malaysia yang proaktif, tidak meminta-minta, cergas, bijak, kebertrampilan, tidak tunduk dengan cabaran dan dugaan serta pada masa yang sama memancarkan nilai-nilai pegangan seorang yang beragama.



52



Abd.Rahim Abdul Rashid.’gerakan feminisme di Malaysia: antara idealisme dengan matlamat. 23 September 2004. http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/wanita/ feminisme.



53



Dalam pada itu, di dalam menjalankan usaha mendidik dan memupuk nilai-nilai masyarakat penyayang melalui media massa ianya tidak akan tercapai sekiranya imej warga tua terus dipaparkan secara stereotaip dan tidak menepati peranan mereka di dalam sesebuah komuniti. Ini penting kerana kesemua lapisan masyarakat tidak kira bangsa, agama, peringkat umur, pangkat atau darjat harus disedarkan tentang peri pentingnya soal warga tua diberikan perhatian. Secara umumnya didapati masyarakat di negara Malaysia menghormati serta menyayangi golongan tua kerana ianya merupakan tuntutan universal oleh semua adat timur, budaya dan agama yang dianuti.



Persoalannya sekarang



sejauhmana peranan media memainkan peranan dalam usaha menanam dan menyuburkan kedudukan imej ‘gender’ warga kota melalui pembentukan nilai-nilai positif dalam drama kehidupan mereka di filem?. Juga sejauhmana nilai-nilai menghormati dan menyayangi warga tua telah dipaparkan dan digarapkan ke arah yang lebih rasional serta berunsurkan Islamik pada filem-filem cereka ‘Malay’[sia]?.



Boleh diperkatakan peranan badan



kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat umum adalah penting di dalam menjalinkan hubungan mesra mereka dengan kehidupan warga tua wanita dan lelaki di Malaysia. Media massa di Malaysia dianggap satu jentera yang mampu menyuburkan nilai-nilai ‘Hadhari’ di kalangan masyarakat umum. Sejajar itu, drama di filem merupakan satu medium seni persembahan yang mampu memberikan gambaran yang tepat tentang warga tua serta memperbaiki imej buruk serta pandangan stereotaip yang sering dilemparkan kepada mereka. Sebagai sumber kommunikasi massa, drama di dalam filem cereka ‘Malay’[sia] perlu berfungsi sebagai wahana yang berpotensi memberitahu serta mendidik para khalayak muda dengan cara memaparkan imej-imej wargatua yang mengamalkan berkeperibadian ‘Hadhari’ serta berfikiran sihat sehingga



54



ikon-ikon sedemikian mampu berperanan sebagai satu unsur pembelajaran bermotifkan ‘humanisme’ serta ‘keagamaan’ kepada khalayak. Dalam membina konsep Islam Hadhari dan menyahut cabaran Wawasan 2020 membina masyarakat penyayang, institusi kekeluargaan merupakan satu medan utama yang dijangka dapat merealisasikan impian tersebut. Berpandukan kenyataan Mohamad Hassan53, dapat diperkatakan salah satu cabaran institusi kekeluargaan adalah menghadapi tekanan hidup yang ketara, terutama untuk menerima dan menyesuaikan nilai serta perpekstif baru seperti tumpuan terhadap kesaksamaan di antara lelaki dan wanita bagi berkongsi peranan serta tanggungjawab mereka di dalam keluarga. Sejajar dengan itu, proses sosial ini dijangka menjadi medan ujian kaum lelaki dan kaum wanita dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka ke arah membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Pengiktirafan mereka sebagai peneraju rumahtangga secara semulajadi, memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi dari pihak anak-anak baik lelaki mahupun perempuan dalam usaha menjaminkan kesejahteraan dan keharmonian rumahtangga. Namun berpandukan kepada kajian-kajian sarjana mengenai pemisahan peranan mengikut jantina dalam penghidupan manusia khususnya masyarakat Melayu di Malaysia, jelas memberikan satu pandangan tipikal terhadap kaum lelaki dan peranan mereka sebagai ketua rumahtangga. Atas sifat maskulin yang dianggap telah mempunyai peranan yang tetap yakni membezakan kaum lelaki dengan peranan wanita, maka tidak hairanlah peristiwa dan berita mengenai kes penderaan, kezaliman, pembunuhan dan keruntuhan rumahtangga, masyarakat menganggap ianya satu perkara biasa bagi kehidupan diri seseorang lelaki atau suami. Sementara itu, anak-anak lelaki yang jelas 53



Mohamad Hassan Hj. Ngah Mahmud.’Institusi Keluarga ke arah Wawasan 2020. Majalah Khidmat. m/s: 36-39. keluaran September. 1992.



55



banyak terlibat di dalam gejala-gejala sosial seperti pencuri, pemeras ugut, kaki pukul, penderhaka, penagih dadah, perogol dan lainnya walaupun dihukum melalui undangundang Malaysia, namun dari segi peranan dan kedudukan sebagai anak lelaki dikaca masyarakat perkara ini dianggap satu perkara biasa yang terjadi di dalam kehidupan sesebuah rumahtangga. Maka tidak hairanlah, drama di filem-filem cereka ‘Malay’[sia] melalui sudutpandang pengarah lelaki [male gaze] telah meletakkan satu persepsi tipikal kepada imej seorang isteri dan anak-anak perempuan melalui hukuman-hukuman berat yang diterima mereka sekiranya



melanggar ruang kehidupan yang sepatutnya tidak



seharusnya berlaku pada diri realiti seorang wanita. Perkara ini mempunyai persamaan dengan ‘kompleks odiepus’ dan kaitannya dengan pemaparan imej wanita yang berstatus seorang isteri, janda atau ibu tunggal. Ini bermakna di dalam ‘lingkaran putaran’ odiepus, sekiranya watak isteri dipaparkan menentang arus kehidupan normal seorang wanita secara realiti [berpandukan



fahaman yang diperturunkan oleh budaya masyarakat



melayu], watak isteri mempunyai potensi cerah untuk dipaparkan dalam bentuk imejimej yang menerima hukuman berat dari filem tersebut. melalui filem arahan U-Wei Hj. Shaari di dalam



Perihal ini dapat disaksikan



filem arahannya



bertajuk Isteri,



perempuan dan . . . . yang telah memenangi filem terbaik, pelakon lelaki terbaik, pengarah terbaik di dalam festival filem Malaysia. Apa yang pasti, pengarah lelaki terbaik ini telah menghukum watak Zaleha, dari seorang anak perempuan yang tidak diterima keluarga [ekoran lari berkahwin dengan lelaki lain]; kepada seorang perempuan yang dipaksa menjual diri [watak Amir iaitu pelakon lelaki terbaik telah membunuh tunang Zaleha serta membalas dendam dengan melacurkan beliau]; seterusnya kepada seorang isteri sanggup bersekedudukan dengan para lelaki lain [watak Zaleha dipaparkan



56



kegersangan kerana tidak mendapat belaian kasihsayang dan layanan



dari watak



suaminya] seterusnya kepada seorang perempuan yang mengugat kestabilan masyarakat kampung [watak Zaleha dipaparkan sebagai makhluk perosak rumahtangga dan moral anak-anak kampung] dan diakhirnya U-Wei telah menghukum bunuh watak Zaleha [ekoran mendapati bersekedudukan dengan pemuda kampung] dengan meninggalkan imej-imej wanita yang keji, hina dan sebagai jalang yang perlu dihukum bunuh oleh suaminya atas perbuatannya. Melalui sudut pandangan yang sama, watak Amir seorang suami, lelaki dan . . . . . yang pada ketika itu juga melakukan perkara bercanggah dengan nilai-nilai keperibadian seorang lelaki muslim, namun bagi U-Wei [yang cukup tersohor dengan filem-filem artistiknya] jelas memaparkan segala-galanya mudah bagi watak Amir hidup dengan bebas, tanpa hukuman-hukuman yang jelas tidak setimpal dengan hukuman yang diberikan oleh U-Wei kepada watak Zaleha dari scene ke scene filem tersebut.



Apa yang pasti, ‘nyawa’ kehidupan watak suami bersama anak lelakinya



dengan ‘nyawa’ kehidupan watak isteri bersama anak perempuannya adalah terletak melalui proses adaptasi pengalaman para penulis skrip serta para pengarah ke dalam medium filem. Para pelakon hanya menjadi satu objek yang berperanan melontarkan nyawa kehidupan watak tersebut berpandukan kepada kebolehan serta kehendak pengarahnya. Sehubungan dengan itu, peranan dan kedudukan imej seorang suami, isteri serta anak-anak ke layar perak adalah dibawah pertanggungjawaban sepenuhnya melalui sudutpandang [gaze] pengarah tersebut. Dalam hal ini, tindakan U-Wei jelas menunjukkan kesahihan mengenai pengstereotaipan imej gender di dalam filem-filem triologi arahannya. Tindakannya jelas menyusuri jejak Tan Sri P. Ramlee dan Dato’ Jins Shamsudin yang lebih banyak memberikan ruang yang luas dan bebas kepada watak-



57



watak lelaki dengan kehidupan ‘normal’ nya di dalam ruang bingkai ke bingkai filem tersebut. Imej-imej lelaki yang dilahirkan secara ‘normal’ sepertimana yang dianggap menepati ciri-ciri seorang lelaki heteroseksual, walaupun melakukan kesalahan [terutama watak-watak lelaki antoganis] namun hukuman yang digarapkan oleh para pengarahnya juga dianggap ‘normal’, ‘klise’, ‘stereotaip’ yang jelas tidak kreatif sepertimana yang ditunjukkan akan kebolehan mereka memaparkan imej wanita. Para khalayak khususnya golongan kanak-kanak ataupun orang muda yang terdedah dengan pemaparan imej lelaki sebegini, proses komunikasi yang dipaparkan kepada mereka jelas berpotensi memperkukuhkan lagi tanggapan stereotaip mengenai perilaku negatif realiti kehidupan seorang ayah, abang dan suami ke dalam ‘igauan’ hidup ibu, kakak dan isteri mereka. Pemaparan imej-imej yang digarapkan oleh U-Wei di dalam filem isteri, perempuan dan . . . . secara tidak langsung jelas mengiktiraf perbuatan dan tingkahlaku kaum lelaki yang bertentangan dengan norma-norma nilai murni yang perlu diterapkan ke dalam institusi kekeluargaan di Malaysia. Walaupun tidak menafikan sumbangan kaum hawa pada perbuatan-perbuatan yang negatif, namun berdasarkan kajian-kajian menunjukkan pemaparan imej lelaki



yang stereotaip, tipikal, superior dan dominan baik positif



mahupun negatif di dalam filem-filem cereka jelas mengingatkan petanda buruk untuk kaum suami, lelaki dan . . . . . di Malaysia terhadap kesangsian masyarakat mengenai perilaku negatif mereka selama ini. Kelemahan pemaparan imej lelaki dalam filem ini adalah kerana tokoh filem tempatan kurang mempunyai kesedaran menyeluruh untuk mengisikan watak dan perwatakan lelaki supaya idiom-idiom yang dipaparkan tersebut mampu dijadikan idola kepada penonton yang terdedah dengannya. Perihal ini jelas menutup kelemahan kaum lelaki dan persoalannya sekarang sejauhmana peranan media



58



massa melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menerapkan satu pendekatan baru bagi melahirkan imej-imej seorang suami, lelaki dan . . . . . yang lebih bersifat ‘Hadhari’ dan realistik. To54 encourge men to change their perception of what constitutes their self interests is to incvolved in the reconstitution of their social and personal indentities. To be successful, the alternative conceptions of interest must be based, to some extent, in the life experiences of men. The question is, how does one invite these alternative conceptions within the framework of patriarchy?[. . . . .] ‘ I would propose that two related ways towards the reconstruction of men’s interest are first, through the encouragement of social empathy in men by increasing their understanding of the consequences of men’s structural power and privilege; and second, through the reconceptualization of men’s pain based on a new conceptualization of need.



Secara ringkasnya, pemaparan imej ‘gender’ secara negatif dan stereotaip adalah merupakan gambaran yang cukup jelas bagi menandakan perlunya imej pemaparan lelaki dan wanita [lapisan umur] ini ditekankan ke arah paparan yang lebih positif dan mempunyai nilai anjakan paradigma. Sebagai sebuah saluran komunikasi, imej ‘gender’ di dalam filem-filem cereka tempatan perlu mempunyai pemaparan watak lelaki dan watak wanita yang seimbang dengan peranan serta kedudukan mereka sama seperti di alam realiti. Gagasan perdekatan formalisme yang mementingkan permainan seni 54



Pease, Bob. Recreating men: Postmodern Masculinity Politics. London. Sage Publication. 2000.m/s 134.



59



digabungkan dengan realiti merupakan teori filem yang boleh dipraktikkan dalam menghasilkan proses penyesuaian dalam memaparkan peranan dan kedudukan mereka yang sepatutnya ‘terjadi’. Apa yang ingin dimaksudkan di sini, teori formalis menyokong gagasan bahawa filem bukan salinan alam nyata yang sebenar, sebaliknya ia hanyalah satu manifestasi alam nyata yang terbaik yang dibatasi oleh lingkungan ruang dan waktu. Sepertimana peranan dan kedudukan kaum lelaki serta perempuan yang selama ini dianggap tidak seimbang ekoran faktor stereotaip seks secara budaya, teori ini mampu memperseimbangkan kembali pemaparan imej gender melalui proses penyesuaian dengan nilai-nilai murni peradaban Melayu, kehendak agama serta berpandukan kepada matlamat dasar-dasar negara ke dalam penerbitan filem tempatan. Akhirnya dengan melakukan proses rekonstruksi atau dekonstruksi yang memeriksa kembali secara ‘fragmentation’ struktur-struktur drama di filem, potensi pemaparan imej lelaki dan imej wanita yang lebih seimbang, lebih bernas, lebih berani, lebih logik, lebih rasional, lebih bertanggungjawab dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhirnya paparan realiti yang diadunkan dan diperbesarkan melalui imiginasi pengkarya tersebut bukan saja beransuransur menghapuskan pemaparan imej-imej gender yang stereotaip malah dapat dijadikan satu rancangan baru para pembikin drama di filem untuk melahirkan lebih ramai lagi para watak lelaki muda, lelaki dewasa, gadis muda, perempuan dewasa, lelaki warga tua dan wanita warga tua yang lebih bersifat kontemporari yakni sesuai dengan proses peredaran masa manusia dan tuntutan agama. Kesimpulannya, hasil kajian ini telah memberikan satu jawapan kepada beberapa tanggapan umum yang sering dibuat tentang pemaparan imej-imej gender terutama di dalam drama medium filem. Pemaparan imej ‘gender’ di dalam filem-filem tempatan perlu digarapkan sebaik mungkin yakni bersesuaian dengan



60



proses evolusi dan peredaran masa. Ianya juga penting demi menyuntikkan benih-benih inspirasi bagi menonjolkan ciri-ciri role model kepada para khalayak samada melalui imej lelaki dan gadis remaja, imej lelaki dan wanita dewasa serta imej lelaki tua dan wanita warga tua yang boleh di dapati dalam ruang drama di filem tersebut. Laporan kertas kerja ini merumuskan proses pengkajian mengenai imej ‘gender’ di dalam media filem mampu menghasilkan satu pandangan dan pembaharuan dari ‘segi idea’ demi mempotensikan pengadaptasian aksi-aksi watak dan perwatakan lelaki maskulin kontemporari serta watak dan perwatakan wanita feminin kontemporari yang mana lebih dikenali sebagai pemaparan imej ‘gender’ secara kontemporari dalam drama di dunia filem’ Malay’[sia] khasnya.



A movie55 is not limited to be symbol of reality. More important, it must also be a symbol for reality. This means gender potrayal in movies can be used as advocacy materials to change what ever nessesary for the betterment of society. It is time for Malay movie makers to view films from a wider and deeper perspective, as rhetorical tools to gain adherence to gender-sensitive practices.[Fuziah Kartini Hassan Basri,2004]. In communication, a movie is a power tools for gender setting [Gallergher,2001], i.e, a device to help individuals rethink the true meaning of being a woman and a man so as to add dignity to our positions and roles in society.



55



Fuziah Kartini Hassan Basri & Faridah Ibrahim[2004:11]. Jurnal Skrin Fakulti Seni Persembahan UiTM. Vol . 1:2004. m/s 20.



61



Bibliografi Abd. Mohd Jibril. Lelaki soleh: martabat dan diantara perwatakan dan sifat-sifatnya. Petaling Jaya. Pustaka Al-Ansar. 1990. Abd.Rahim Abdul Rashid.’gerakan feminisme di Malaysia: antara idealisme dengan matlamat. 23 September 2004. http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/wanita/ feminisme. Andrew Walsh. Women’s Film and Female Experience. Preager Publication. New York. 1984. Asiah Sarji. Film and change;the potrayal of women in Malay film. Kerja kerja symposium perfileman film and social change:East-West approach to cinema bertempat di Institute of Culture and Communication, East-West Center, Honolulu, Hawaii:26-30 November 1985. Mustafa Ben. Pemaparan imej remaja dalam Azura: satu analisis kandungan dengan ciriciri psikologi dan sosiologi umum serta persepsi para remaja. Kertas Penyelidikan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1987. Bordwell, D. & Thompson, K. Film art: an introduction to film. Fourth Edition: 1993. United Kingdom. Mc Graw Hill. Charles, Nickie. Gender division and social change. Hasvester Wheatsheal, London. Barnes & Nobel Books. 1993. Craig, Steve. Men,masculinity and the Media. London. Sage Publication. 1992. Corrigan, T. A short guide to writing about Film. Illinois. Scott, Foresman and Company. 1988 Daniel Chandler. “Notes on the “gaze”. Laura Mulvey on Film Spectatorship”. www.aber.ac.uk/media/Documents/gaze/gaze09.html. 22 September 2004. Fatimah Abdullah. ‘Wanita yang bekerja dan pengurusan rumahtangga’. Kertas Ilmiah. Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.1987. Fuziah Kartini Hassan Basri & Faridah Ibrahim. ‘Metaphors of The Female In Malay Movie’. Jurnal Skrin Fakulti Seni Persembahan UiTM. Vol .1:2004.



62



Darulsalam Abu Bakar. ”Sejarah penyiaran di Malaysia, 1921-1991.” Jabatan Sejarah. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Malaya. Petaling Jaya. 2001. Dasar Wanita Negara. Pelan Tindakan:[ix] Wanita dan Agama. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. 16 September. http://www.kpwkm.gov.my/mal/pelantindakan09.shtml. Dominick J.R. The potrayal of women in prime time, 1952-1977. Sex Roles. 5 [4]:405411 Dr. Azizah Kassim. Wanita dan Masyarakat. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 1985. Dr. Ismail Ibrahim. ‘Hak wanita dan wajah Islam. Mingguan Malaysia’, Halaman 9. Jun. 2002. Dr. Mohd Fadzillah Kamsah. ‘Masyarakat mudah memaafkan kaum lelaki’. Majalah Keluarga keluaran September.1999. Gallagher, M. Gender Setting: New agendas for media monitoring and advocacy. London: Zed Books. 2001 Ginnetti, Louis. Understanding Movies Film as Art. ‘quoted’ dari Rudolf Arhiem. [1933:27] Prentice Hall. New Jersey. 1990. Goodwind, John. “Irish Men and Work in North-County Dublin.” Journal of Gender Studies, Vol.11, No 2, July.2002 : 151-166. Hamidah Abdul Hamid. Pengantar Estetika. Kuala Lumpur. Dewan Budaya dan Pustaka. 1995. Hofstede, Geert. Masculinity and Femininity. London. Sage Publications. 1998. Johnson, Ron & Jon. Understanding the film: An Introduction to Film Apreciation. Lincolnwood. National Textbook Company. 1986. m/s 36. Juma’ah Usol. ‘Pemaparan imej wanita dalam drama-drama Raja Ahmad Alauddin Raja Mohd. Redzuan’. Satu Analisis Kandungan. Latihan ilmiah. Jabatan Komunikasi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. 1995



63



Kaye, Nick. “Postmodernism and Performance”. London. The MacMillan Press Ltd. 1994. Lerner, Gerda. Women and history: the creation of patriarchy. United Kingdom. Oxford University Press. 1988. L.D, Giannetti. Understanding The Movie. Third Edition: New Jersey. Prentice Hall. 1990. Medhy Aginta Hidayat. “Kebudayaan Postmodern menurut Jean Baudrillard.”3 Kaye, Nick. “Postmodernism and Performance”. London. The MacMillan Press Ltd. 1994Julai.2003.http://www.tf.itb.ac.id/~eryn /FreeArticles/Postmodernisme.html. Naim Hj. Ahmad. Filem sebagai alat dan bahan kajian. Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. 1995. Nasaruddin Umar.’Perpekstif Jender dalam Islam’. 19 September http//www.media.isnet.org/islam/Paramadina/Jurnal/Jender1.html.



2004.



Nicholson, Jack. Men and women. How different are they?. Oxford University Press. 1984. Norzizi Zulkafli. “Azean Irdawaty. Meninjau aspek lakonan dalam filem Langit Petang dan filem Layar Lara”. Tesis. Sarjana Muda Seni Persembahan. Fakulti Seni Persembahan. Universiti Teknologi Mara. Shah Alam. 2002 Novak, Ellaine Adams. Styles of Acting. Prentice Hall Inc. New Jersey. 1985. Mariah Muda. ‘Pemaparan Imej WargaTua di dalam filem-filem cereka melayu 1950an1990an’. Diss. Ijazah Sarjana Sastera. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. 1996. Md Isa Selamat. Lelaki Soleh, kedudukan dan keperibadian serta peranannya. Kuala Lumpur. Darul Nu’man. 1996. Mohamad Hassan Hj. Ngah Mahmud.’Institusi Keluarga ke arah Wawasan 2020. Majalah Khidmat. m/s: 36-39. keluaran September. 1992.



64



Pease, Bob. Recreating men: Postmodern Masculinity Politics. London. Sage Publication. 2000. Rae, Ina. and Cohan. Steven. Screening the male , exploring masculinities in Hollywood cinema. London and New York . Rougtlegde 1997. Rahmah Bujang. Seni Persembahan Bangsawan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 1989. S Horby.Penterjemahan Asmah Hj. Omar. ‘Oxford Fajar: Advanced Leaner’s EnglishMalay Dictionary’. Penerbit Fajar Bakti. Shah Alam. 2000. mls 914. Susan A. Basow. Gender Stereotype and roles.[third edition].Brooks/Cole Publication Pasific Grove. California. 1992. Stangor, Charles. Stereotypes and Prejudice. Philadelphia. Psychology Press. 2000. Steve Craig. Men,masculinity and the Media. London. Sage Publication. 1992. Syed Halim Syed Nong. Drama Melayu televisyen Malaysia, satu penilaian perkembangan dan peranan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989. Wan Kadir Yusuf. ‘Hubungan kekeluargaan di dalam masyarakat melayu tradisi. Dewan Budaya keluaran Mei. 1990. Yahaya Muhammad & Maimunah Hj. Muhammad. ‘Tekanan dikalangan isteri-isteri melayu bekerja;satu pendekatan psikosiologi’. Kertas Ilmiah. Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.1987.



65



66