Sumbangan Kesultanan Melayu Melaka Kepada Negara [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Sumbangan Kesultanan Melayu Melaka Kepada Negara



1.



Warisan Sosiobudaya Warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam aspek sosiobudaya dapat dilihar dari segi



pengamalan istiadat di negeri-negeri Melayu yang lain seperti Perak dan Johor. Antaranya pengunaan bahasa istana atau bahasa dalam yang mana bahasa tersebut hanya boleh digunakan oleh golongan diraja dan kerabatnya sahaja dan rakyat tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya. Rakyat juga dilarang daripada mengunakan warana tertentu seperti warna kuning. Alat kebesaran diraja seperti nobat masih digunakan di negeri-negeri Melayu seperti Johor, Perak dan Selangor. Rakyat juga dilarang mendirikan rumah berpemanjungan, berperahu dengan tingkap berpenghadapan, memakai penduk serta memakai segala jenis perhiasan seperti emas dan khasa(h) di balai penghadapan. Tujuan adat dan peralatan tersebut digunakan adalah untuk menghormati raja atau sultan memerintah. Hal ini, zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, pendidikan tidak formal telah wujud dalam kalangan masyarakat Melayu. Pendidikan tidak formal kebiasaannya tidak mempunyai sistem dan institusi yang khusus. Kanak-kanak diajar melalui pendengaran, pemerhatian dan penglibatan mereka dengan alam sekeliling. Tenaga pengajar juga tidak mempunyai tauliah dan kebiasaannya terdiri daripada ibu bapa sendiri. Selain itu, pengajaran juga diselitkan melalui cerita-cerita dongeng, pantun, dan peribahasa yang mengandungi banyak unsur-unsur nilai murni.



2.



Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perantaran atau Lingua Franca Bahasa Melayu telah mencipta kegemilangan yang luar biasa sekitar abad ke-13



iaitu pada zaman Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka apabila bahasa Melayu berfungsi sebagai lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara penduduk tempatan dengan para pedagang asing bagi urusan perdagangan. Ini bermakna, setiap pedagang dari seluruh pelosok dunia yang berhajat untuk singgah di pelabuhan Melaka atau menjalankan kegiatan perdagangan mestilah pandai bertutur dalam bahasa Melayu. Di samping itu, bahasa Melayu juga berkemampuan menjadi bahasa antarabangsa apabila bahasa tersebut digunakan dalam hubungan diplomatik antara Melaka dengan negara-negara asing seperti negara China. Dalam konteks ini, keperluan mengetahui dan



memahami bahasa-bahasa asing telah mendapat ‘perhatian diraja’ pada zaman Dinasti Ming apabila jawatankuasa jurubahasa (Da Tong Shi) telah ditubuhkan untuk memenuhi kepentingan dan keperluan dalam hubungan luar negara.



3.



Kewujudan Pelbagai Bangsa Kewujudan pelbagai kaum sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi dimana faktor



perdagangan, diplomatik, perkahwinan, dan sebagainya. Dapat dilihat Jalinan hubungan di zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan China sejak abad ke-13 lagi. Sejarah panjang memperlihatkan hubungan dua hala yang cukup mantap dan memberikan kesan langsung kepada kedua-dua buah negara. Bermula dengan hubungan diplomatik iaitu sebagai kuasa perlindung kepada Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya pertalian kekeluargaan diraja. Hubungan ini memperlihatkan pusingan proses migran masyarakat Cina ke Tanah Melayu. Kemudiann pusingan kedua proses migran berlaku secara lebih besar ke abad ke-19 dan ke-20. Mereka ini berintegrasi dan berasimilasi dengan peribumi. Hal ini, terus bercambah dengan subur dan melahirakan masyarakat Baba dan Nyonya dimana perkahwianan orang Melayu dan Cina yang mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian.



4.



Warisan Tapak Bersejarah Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka telah banyak memberi impak yang besar



sejarah Malaysia. Oleh itu, peninggalan-peninggalan seperti Istana Kesultanan Melaka yang dapat dilihat ke hari ini. Contohnya, Istana Kesultanan Melaka merupakan sebuah replika istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka sekitar 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada Julai 1986. Kini muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut. Di antara barang pameran di Istana Kesultanan Melayu Melaka termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melayu Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata pakaiaan perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang. Oleh itu, terdapat peninggalan tapak-tapak sejarah seperti Kota A Famosa, Bukit Cina, dan sebagainya. Tapak-tapak peninggalan amat penting dalam pendapatan negara melalui aktiviti pelancongan serta dijadikan pusat kajian pensejarahan mengenai sejarah Melaka.