Teknik Pembuatan Keris [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Teknik Penghasilan dan Pembuatan Keris Proses penghasilan terdahulu Keris memerlukan hasil pertukangan yang tinggi untuk dihasilkan. Hasil kraftangan yang ditonjolkan bukan sahaja memaparkan ketinggian seni dan nilai malah turut mencerminkan warisan kebudayaan melayu yang sejati. Menurut petua orang terdahulu, untuk menghasilkan sebatang keris seorang tukang pandai besi perlu melihat dan mentafsir beberapa perkara sebelum menghasilkan keris yang ditempah oleh seseorang. Antara perkara yang dilihat adalah seperti hari lahir, tarikh lahir dan nama ibu bakal pemilik keris tersebut. Mata keris kemudiannya akan mula dibuat pada hari selasa selama tujuh hari. Mata keris ini juga perlu menepati empat unsur alam yang utama seperti air, angin, api dan tanah. Angin dikatakan merupakan salah satu unsur yang akan meniup api yang digunakan untuk membakar besi manakala unsur air digunakan sebagai elemen untuk merendam besi yang dipanaskan oleh unsur api agar besi yang digunakan lebih sebati. Unsur tanah pula merupakan asal besi yang digunakan sebagai mata keris itu diambil. Setelah selesai proses penempaan, tukang besi akan meneruskan proses penyempuhanan besi. Ini adalah bagi menghasilkan mata besi yang empuh, keras dan lebih mantap. Besi yang telah dipanaskan dalam dapur api, kemudiannya akan dimasukkan kedalam air dengan kadar yang segera bagi mempercepatkan percantuman molekul besi yang dicairkan agar ia menjadi lebih keras dan kuat. Setelah siap bentuknya keris akan direndam kedalam air belerang yang mengandungi garam dan limau nipis selama beberapa hari dalam kiraan ganjil. Seorang pandai besi juga dikatakan perlu mematuhi beberapa pantang larang semasa menghasilkan keris. Antara pantang larang yang perlu dijaga adalah seperti tidak bercakap perkara yang sembarangan semasa membuat keris. Wanita juga tidak dibenarkan memasuki tempat keris dibuat dan seorang pandai besi harus mengetahui seni penghasilan dan berpuasa sebelum memulakan proses penghasilan sebilah keris. Terdapat juga andaian yang mengatakan seorang pandai besi perlu meneroka dan mencari bahan utama di kawasan pergunungan dan berbukit bagi menambahkan hikmat keris yang dihasilkan. Keris pada zaman dahulu biasanya akan diulik dan dijampi besi yang digunakan bertujuan untuk memasukkan amalan supaya besi lebih bermaya dan berhikmat. Setelah proses ulikan dilakukan, keris kemudiannya akan dibuat pada keesokan harinya. Namun sekiranya terdapat halangan seperti tersepak atau tersadung, seorang pandai besi akan menangguhkan proses pembuatan keris dan meneruskan pada hari yang sesuai.



Untuk menghasilkan sebilah keris, logam yang digunakan adalah dari campuran emas, perak, gangsa dan suasa yang digunakan sebagai penambah bisa. Setiap bilah keris mengandungi besi campuan yang dipanggil ‘pamor’ kerana setiap besi yang dicampurkan mengandungi unsur kekuatan tertentu. Setiap bilah keris yang mempunyai pamor akan mendatangkan tuah kepada pemiliknya kerana ia mengandungi rahsia tertentu. Antara rahsia yang terkandung dalam setiap besi adalah : -



Besi Waja : Mempunyai rahsia keras lagi tajam.



-



Besi Putih berwarna perak : Mempunyai rahsia kemudahan rezeki.



-



Besi Tarung : Mempuyai rahsia berbisa lagi tajam.



-



Besi Kelipan Miang : Mempunyai rahsia kedamaian.



-



Besi Kuning Keemasaan : Mempunyai rahsia kekebalan, kemudahan rezeki dan dihormati.



Bagi generasi kini, walaupun amalan dan pantang larang sudah tidak diamalakan namun warisan terdahulu harus dikaji dan dijadikan satu panduan dalam amalan masyarakat kini. Orang terdahulu mementingkan adat dan peraturan didalam setiap perkara yang dilakukan termasuk semasa menghasilkan keris. Sebagai contoh, pandai besi akan memakai pakaian serba kuning ketika menempa keris Diraja. Mereka akan memakai



pakaian hitam dan



berbengkung merah ketika menempa keris hulu balang dan pahlawan manakala memakai pakaian biasa ketika menempa keris orang kebanyakan. Ini menunjukkan, orang terdahulu mementingkan adat dan peraturan bagi setiap perkara yang dilakukan. Ini juga bertujuan bagi menjaga maruah dan taraf orang yang menempahnya. Walaupun orang terdahulu tidak mempunyai teknologi dan ilmu yang mendalam, namun kaedah dan petua yang diamalkan dengan penuh yakin menjadikan mereka masyarakat yang teguh dan berani terutama dalam sifat terhadap penghasilan hasil pertukangan seperti keris. Justeru itu tidak hairanlah kehebatan masyarakat melayu dapat diserlahkan melalui seni pembuatan keris sebagai alat untuk mempertahankan diri. Orang melayu telah mula menempa dan menggunakan keris sejak lima ratus tahun dahulu. Masyarakat kini harus meneliti dan menilai proses penghasilan sebilah keris orang terdahulu dan mengambil inisiatif terhadap usaha yang dilakukan sehingga menjadikan keris satu hasil kraf pertukangan yang diiktiraf dunia.



Proses penghasilan kini Bahan Utama -



Nikel



-



Logam besi



-



Baja



Nikel digunakan sebagai bahan asas pamor. Warnanya yang putih kebiru-biruan mempunyai sifat yang keras dan mudah kusam. Biasanya nikel dijual dalam bentuk batang dawai. Untuk menghasilkan sebilah keris biasanya 1 ons nikel diperlukan. Logam besi yang digunakan untuk membuat keris biasanya terdiri daripada jenis besi putih. Logam besi jenis sebegini mengandungi kadar karbon yang rendah. Logam besi ini kemudiannya harus dibersihkan daripada bahan campuran yang lain. Cara untuk membersihkan logam besi ini dinamakan sebagai ‘membesut’. Pada kebiasaanya, untuk menghasilkan sebilah keris sebanyak 15 kg logam besi diperlukan. Ini adalah kerana setelah dijalankan proses membesut logam besi yang tinggal adalah sekitar 8 kg sahaja. Bahan ketiga yang digunakan adalah baja. Baja digunakan sebagai bahan untuk menguatkan dan mengukuhkan sebilah keris yang dihasilkan. Baja yang baik adalah baja yang mengandungi sifat ulet dan untuk menghasilkan sebilah keris pula, sebanyak 1 kg baja diperlukan.



Langkah-langkah yang digunakan 1) Besi dibakar sampai membara dan proses membesut dilakukan. 2) Penempaan dilakukan semasa sewaktu besi masih membara. Proses ini diulangi berulang kali sehingga besi menjadi bersih daripada bahan lain yang terdapat padanya. 3) Kemudian besi yang telah melalui proses membesut akan dipotong menjadi dua bahagian yang sama panjang. 4) Nikel kemudiannya ditempa tipis setebal kira-kira 1 mm dan kemudiannya diletakkan di tengah-tengah besi yang telah dipotong tadi. Seterusnya Nikel diikat dengan dawai. 5) Campuran dua bahan diatas kemudiannya dibakar dan ditempa sehingga melekat sebati menjadi satu. Besi yang dicantumkan ini dinamakan sebagai ‘pamor’. Proses ini diulangi sehingga terbentuknya pamor yang terdiri daripada 32 lapisan. Kemudian pamor ini akan dipotong menjadi dua bahagian tertentu. 6) Proses berikutnya adalah dengan menepa baja seberat 1 kg sehingga menjadi senipis 5 mm dan dilekatkan di tengah pamor yang telah dipotong. Keris kemudiannya akan dibentuk menjadi keris berlok atau keris lurus. 7) Proses penghalusan dilakukan dari bekas penempaan dengan mengunakan kaedah kikiran. 8) Langkah terakhir adalah melalui proses menyepuh. Keris akan dibakar sampai membara dan direndam dalam air selama 24 jam. Bilah keris yang baru dihasilkan akan dirawat dan perlu melalui proses cucian untuk menghilangkan kesan kotoran yang terdapat pada bilah mata keris. Bisanya mata yang dihasilkan akan diukir dengan menulis nama tertentu pada bilah mata keris. Untuk menimbulkan ayat, gam akan digunakan untuk menulis atas mata keris.



Alat yang digunakan Alat 1)



Musang



Kegunaan Merupakan alat yang paling penting dalam pertukangan besi. Musang diperbuat daripada kayu dan mempunyai bentuk seperti tong yang panjang. Bentuk sebegini berfungsi untuk mengepam dan menghembuskan angin yang terperangkap dan masuk kedalam saluran dapur. Musang sangat penting untuk mengawal bekalan angin yang digunakan semasa menempa besi. Di Perak ia dikenali sebagai ‘kelubung’ manakala di Kelantan ia dikenali sebagai Hembusan.



2)



Andas



Andas merupakan sekeping besi tebal yang berbentuk jongkong timah. Ia digunakan sebagai landasan dan dilekatkan pada seketul kayu yang tinggi. Andas berfungsi sebagai landasan tempat untuk mengetuk, menitik dan menempa besi yang panas.



3)



Lepa



Lepa adalah sejenis alat yang digunakan untuk memotong besi. Bentuk mata Lepa adalah kelihatan seperti pahat dimana ia digunakan untuk mengetuk besi yang panas. Tukul digunakan untuk mengetuk mata Lepa yang diikat pada buluh yang diikat kemas.



4)



Tukul



Tukul digunakan untuk menempa alat-alat besi yang mempunyai mata nipis. Tukul puting yang berbentuk segiempat pula digunakan untuk memasukkan puting keris / parang ke dalam hulunya.



5)



Kikir



Kikir berfungsi sebagai alat untuk melicin dan menghaluskan mata senjata yang telah dibentuk. Kikir boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz.



6)



Penyepit



Penyepit digunakan untuk memegang besi yang panas ketika kerja menempa dilakukan.



7)



Penyepuh



Penyepuh merupakan tong kayu yang berukuran 91.44.cm panjang dan tinggi seta lebar sebanyak 30.48 cm. Ia digunakan sebagai alat untuk merendam dan menyepuh besi yang telah dibentuk, dikikir dan ditempa. Ini adalah bagi menjadikan besi lebih sejuk, kukuh dan tahan lama.



8)



Penangi



Kegunaan alat ini adalah untuk membentuk temin supaya menjadi bulat dan sesuai untuk dijadikan hulu keris.



9)



Jara Sila



Jara sila digunakan untuk membuat lubang pada hulu atau pemegang keris



10) Temin



Temin digunakan sebagai alat pengukuh alatan besi di pangkal hulu. Temin biasanya diperolehi daripada pembelit tong kayu.



11) Arang



Arang digunakan sebagai bahan api untuk membakar.



1) Musang



2) Andas



3) Lepa



4) Tukul



5) Kikir



6) Penyepit



7) Penyepuh



8) Penangi



9) Jara Sila



10) Temin



11) Arang