Teknologi Hijau [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. objektif • • •



• •



Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi; Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa; Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.



Kriteria Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: • Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran; • Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; • Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; • Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan • Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar. Tonggak dasar teknologi hijau negara



• • • •



Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga Alam Sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar Ekonomi - Meningkat pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.



Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat (4) sektor utama yang berikut: i)



Sektor Tenaga •







ii)



Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga. Sektor Bangunan







iii)



Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan Sektor Air dan Pengurusan Sisa







iv)



Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan Sektor Pengangkutan







Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.



Program –program



Penubuhan Majlis Teknologi Hijau Negara Penubuhan Majlis Teknologi Hijau Negara (MTH) adalah merupakan satu strategi utama yang telah digariskan di dalam dasar tersebut. Dalam Dasar Teknologi Hijau Negara, penubuhan MTH merupakan salah satu komponen Teras Stategik Satu dan merupakan platform peringkat tertinggi untuk menyelaraskan isu-isu mengenai Teknologi Hijau di antara pihak Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan (stakeholders) utama dalam melaksanakan dasar ini. Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 20 November 2009 bersetuju dengan cadangan supaya Jawatankuasa Kabinet Perubahan Iklim dan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) digabungkan dengan Majlis Teknologi Hijau Negara di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri memandangkan isu-isu yang dibincangkan adalah berkaitan. FUNGSI Menggubal dasar dan mengenal pasti isu strategik dalam pembangunan dasar teknologi hijau negara dan perubahan iklim serta menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau Negara dan program-program teknologi hijau dan perubahan iklim di peringkat nasional. Pelabelan Eko Dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dari sudut Teknologi Hijau, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Sektor Teknologi Hijau) dengan usahasama SIRIM Berhad sebagai pemaju program bersama-sama Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Program Perintis Perolehan Hijau dan Pelabelan Eko. Program ini bermula sejak Ogos 2010 dan dijangka selesai pada bulan April 2011. Pelabelan Eko merupakan suatu skim sukarela yang ditubuhkan untuk menggalakkan sektor perniagaan supaya menghasilkan produk yang mesra alam di samping dapat membantu para pengguna supaya mengenalpasti produk yang mesra alam.



Perbandaran Hijau Perbandaran Hijau merupakan salah satu inisiatif Kementerian dalam menggabungkan kesemua sektor utama yang digariskan di bawah DTHN. Kementerian dan GreenTech Malaysia telah bersetuju supaya Putrajaya dan Cyberjaya dijadikan projek perintis Perbandaran Hijau yang akan menjadi model kepada pembanguunan bandar-bandar lain di Malaysia. Sebuah Jawatankuasa Penyelarasan Perbandaran Hijau Putrajaya dan Cyberjaya telah ditubuhkan untuk mengkaji isuisu penyelarasan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Perbandaran Hijau. Tambahan, sebuah jawatankuasa lagi telah ditubuhkan di bawah kerangka MTHPI yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kejiranan Hijau yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan perundangan, dasardasar, garis panduan, program, aktiviti-aktiviti serta peranan agensiagensi yang bertanggungjawab dengan pelaksanaan Kejiranan Hijau. Kajian Teknologi Hijau Sektor Teknologi Hijau juga telah melaksanakan beberapa kajian untuk menterjemahkan Dasar Teknologi Hijau Negara kepada satu pelan tindakan dan pelaksanaannya. Kajian utama tersebut adalah Green Technology Masterplan dan Roadmap Infrasturuktur Kenderaan Elektrik. a)



Green Technology Masterplan



Penyediaan Pelan Tindakan Teknologi Hijau terbahagi kepada dua (2) peringkat di mana peringkat pertama adalah kajian baseline (Jun 2010 - Jun 2011) dan peringkat kedua (Julai 2011 – Disember 2012) adalah bagi membentuk pelan tindakan yang terperinci. Bagi Fasa Pertama, kajian baseline tertumpu kepada enam (6) sektor yang dikenalpasti iaitu tenaga, bangunan, pengangkutan, pengurusan air dan sisa, industri pembuatan dan teknologi komunikasi maklumat. Tujuan kajian baseline ini adalah untuk mengenalpasti kedudukan Malaysia sehingga kini dalam aplikasi Teknologi Hijau. Selain itu, fasa ini juga bertumpu kepada analisa jurang (Gaps Analysis) dan mengenalpasti kaedah bagi mengisi jurang tersebut. Kementerian melalui Malaysian GreenTech Malaysia



telah melantik Frost & Sullivan Malaysia Sdn. Bhd. sebagai perunding bagi menjalankan kajian ini. Manakala fasa kedua mendefinisikan Teknologi Hijau, Low Carbon Economy dan merangka untuk Pelan Tindakan Ekonomi Rendah Karbon yang akan merangkumi kesemua sektor utama ekonomi termasuk sektor pertanian dan perhutanan; dan membentuk garis panduan terperinci bagi menghasilkan pelan tindakan Teknologi Hijau dalam merealisasikan DTHN. b)



Roadmap Infrastruktur Kenderaan Elektrik



Di bawah kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP), Kementerian telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan Pelan Jangka Panjang (roadmap) Pembangunan Infrastruktur bagi Kenderaan Elektrik. Sehubungan dengan itu, Kementerian telah melantik GreenTech Malaysia untuk membantu penyediaan Roadmap Infrastruktur Kenderaan Elektrik. GreenTech Malaysia bersama-sama jururunding yang dilantik (TNB Research -TNBR) telah mengemukakan tujuh (7) key area bagi pembangunan keseluruhan roadmap kenderaan elektrik iaitu: • Rangka institusi (Institutional framework); • Sumber (Resources); • Teknologi (Technology); • Matriks prestasi industri (Industry performance matrices); • Rantai nilai (Value chain); • Pembangunan Pasaran dan Industry (Market & Industry development); dan • Projek perintis (demonstration / pilot project).



Kerjasama Pintar merupakan salah satu daripada strategi di dalam memperkukuhkan agenda Teknologi Hijau Negara. Kerjasama pintar ini merangkumi, kerjasama pintar di peringkat Negara, Negeri, Kerajaan Tempatan hinggalah ke peringkat Antarabangsa. a)



Pekerjaan Hijau (Green Jobs)



Kementerian telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk membangunkan Occupational Analysis (OA) dan National Competency Standard (NCS) dalam bidang Teknologi Hijau. Dokumen-dokumen OA dan NCS tersebut telahpun diluluskan oleh KSM pada tahun 2010. Occupational Analysis (OA) merupakan proses sistematik untuk mengumpul maklumat mengenai tugas-tugas yang penting dalam sesuatu pekerjaan. Bagi NCS pula, tujuan NCS dibangunkan adalah untuk menyenaraikan kompentensi generik sesuatu pekerjaan yang perlu dicapai untuk dijadikan pekerjaan hijau. Sektor Teknologi Hijau juga atas inisiatifnya sendiri telah berhubung dengan pihak International Labour Organization (ILO) untuk mendapatkan bantuan dalam menyediakan “roadmap” untuk green jobs di Malaysia. Tujuan penyediaan “roadmap” ini adalah untuk memberi hala tuju kepada pihak industri dalam pelbagai sektor yang berkaitan Teknologi Hijau mengenai kepentingan green job dalam menjamin masa depan kita. b) Integrasi Topik-Topik Hijau Dalam Sukatan dan Kurikulum di Semua Peringkat Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Kementerian telah menjalankan analisis sukatan dan kurikulum berkaitan dengan Teknologi Hijau di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Hasil daripada analisis tersebut mendapati integrasi topik-topik hijau adalah tidak menyeluruh dan perlu dikemaskinikan mengikut peringkat dan tahap pemahaman. c)



ICT Hijau (Green ICT)



Kementerian mendapati bahawa bidang ICT turut memainkan peranan penting di dalam pengurangan pelepasan GHG (Green House Gas). Sehubungan dengan itu, Kementerian melalui Sektor Teknologi Hijau telah bekerjasama dengan Bahagian Dasar dan Perancangan ICT, MAMPU dalam mengumpul input mengenai aplikasi Teknologi Hijau di dalam ICT. d) Kerjasama Malaysia dan Republik Korea Selatan di dalam Bidang Teknologi Hijau Pada 11-14 Oktober 2009, Y.B. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengadakan satu lawatan kerja ke Republik Korea untuk



bertemu T.Y.T. Kim Young Hak, Timbalan Menteri di Ministry of Knowledge Economy Republik Korea. Hasil daripada lawatan tersebut Republik Korea telah bersetuju untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dengan Malaysia di dalam bidang Teknologi Hijau. Seterusnya, pada 25-29 September 2010, satu lawatan kerja berkaitan Teknologi Hijau ke Republik Korea telah diadakan. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua setiausaha KeTTHA bersamasama para delegasi terdiri daripada Kementerian/jabatan dan agensi swasta. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengenalpasti dengan lebih lanjut skop kerjasama yang dapat diwujudkan dengan lebih mendalam. Pada 22-23 November 2010, satu Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknologi Hijau telah diadakan dan diketuai oleh Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Perancangan Dasar, KeTTHA. Mesyuarat bersama Ministry Of Knowledge Economy (MKE) telah diadakan di Hotel Le Meridian, Kota Kinabalu, Sabah. Dalam mesyuarat Kumpulan Kerja tersebut, satu sesi perbincangan one-to-one telah diadakan di antara wakil-wakil daripada Malaysia dan Republik Korea. Hasilnya, kedua-dua pihak tersebut telah mencapai persefahaman untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang Teknologi Hijau. Kerjasama Malaysia-Republik Korea ini secara langsung akan memberi faedah kepada Malaysia seperti perkara-perkara berikut: 1. perkongsian maklumat mengenai rangka dasar dan regulatori dalam bidang teknologi hijau; 2. pembangunan sumber manusia, termasuk latihan, seminar, bengkel dan sebagainya; 3. projek kerjasama, termasuk dalam bidang R&D; 4. perjumpaan di antara entiti perniagaan Malaysia-Republik Korea dalam bidang Teknologi Hijau; dan 5. mempromosi perdagangan dan pelaburan dalam bidang tersebut di antara Malaysia-Republik Korea.