KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU Dan Usaha Membangunkannya [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada . Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara.



Bil. Idea



Huraian



KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU : 1



Kelestarian hidupan



2



Pemuliharaan alam sekitar semakin meningkat



3



Teknologi mesra alam



4



Jimat tenaga dan boleh diperbaharui



5



Penyelidikan dan Pembangunan atau Penghasilan produk



 Menjaga dan meningkatkan kelestarian alam.  Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.  Penggunaan segala sumber secara berhemah.  Menjamin pengekalan alam semulajadi.  Teknologi rendah karbon seperti penggunaan solar dan hidro.  Pembebasan gas rumah hijau yang rendah.  Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara.  Memulihara persekitaran semulajadi untuk mengurangkan kesan negatif pengeluarannya ke atas aktiviti-aktiviti manusia.  penjimatan penggunaan air  Teknologi selamat digunakan.  Penggunaan enjin hibrid dan LPG sebagai bahan bakar kenderaan.  Menyediakan persekitaran yang sihat.  Menjimatkan tenaga dan sumber asli.  Membangunkan sumber tenaga alternatif (tenaga solar, angin dan biogas).  Mengembangkan penggunaan enjin hibrid.  Pembuatan peralatan atau mesin yang menggunakan tenaga pada tahap optimum serta mesra alam.  Industri tenaga boleh diperbaharui dan sedang dibangunkan oleh Malaysia seperti industri solar photovoltaic.  penggunaan alat-alat elektrik cekap tenaga  penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif,  Membuka ruang kepada para penyelidik untuk meneroka dan memantapkan lagi penyelidikan.  Hasilkan teknologi yang mengurangkan pembaziran sumber.  Produk yang bersih dan mesra alam. Sebagai contoh, sarung tangan getah ialah produk



6



Melambatkan proses perubahan cuaca



terbiodegradasikan (bio-degradable) – mudah reput dan mesra persekitaran. Penghasilan pinggan dan bata berasaskan sekam padi. USM membangunkan beg plastik daripada kulit rambutan.  Kurang pelepasan gas rumah hijau.  Masalah pemanasan global dapat dikurangkan.  Bencana alam lain seperti ribut, pencairan ais di kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras air laut, kepupusan spesis flora dan fauna dan sebagainya dapat diminimakan.



Usaha Membangunkan Teknologi Hijau 7



Mengukuhkan kerangka institusi



8



Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif



 Penubuhan Majlis Teknologi hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peingkat tinggi kementerian, agensi, sector swasta dan pihak berkepentingan untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif  Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia unuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan proram Teknologi Hijau  Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisma perundangan untuk mempercepatkan pembangunan Teknologi hijau  Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan perlu sokongan dari aspek kewangan dan fiskal.  Pada masa yang sama, usahaa memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri perlu dilakukan untuk memudahkan masyarakat menerima konsep dan objektif teknologi ini.  Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan pembangunan industri tempatan sangat penting  menubuhkan hab Teknologi Hijau yang straregik di seluruh Malaysia, yang dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama merupakan strategi bijak yang perlu dilakukan



supaya teknologi ini dapat diperluaskan pembangunannya. 9



Memperkukuh Pembangunan Modal Insan dalam Teknologi Hijau



 Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk pembangunan Teknologi Hijau. Untuk mencapai hasrat ini, bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi Hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah perlu diperkasakan.  Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau.  Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam bidang Teknologi Hijau dan pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam sektor Teknologi Hijau juga perlu diperbanyakkan.



10



Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau



 Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya.  Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC.  Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan atau institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau juga wajar dibentuk.



11



Promosi dan Kesedaran Awam



 Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau.  Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi Hijau.



 Selain itu, penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau.  Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif serta mengadakan Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau supaya memudahkan masyarakat menerima pakai kelebihan teknologi ini. Kesimpulan : Pembangunan teknologi hijau di Malaysia sepatutnya mendapat sokongan penuh daripada semua pihak. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang.