Teks Bahas Ala Parlimen Perdana Menteri [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat sejahtera dan selamat petang



Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan Pegawai-pegawai Persidangan Yang Berhormat barisan kerajaan dan Yang Berhormat ahli-ahli Pembangkang



Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Saya amat bersyukur kerana dengan berkat keamanan dan keharmonian di bawah pimpinan kerajaan negara kita dari dahulu sehingga kini. Oleh itu, pada hari ini, dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul penting yang pastinya akan mencuri perhatian sidang dewan sekalian Selaku Perdana Menteri, izinkan saya membentangkan usul “tenaga nuklear wajar digunakan sebagai sumber tenaga di masa depan.”. Saya percaya bahawa selepas perbahasan sidang dewan yang mulia ini, usul ini bakal diluluskan.



Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,



Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkan saya terlebih dahulu Tuan Yang Dipertua untuk memberikan definisi usul ini secara literal agar pihak pembangkang khususnya tidak terkialkial untuk mencari asas perjuangan kami. Definisi Tenaga nuklear ialah sejenis tenaga yang "mengikat" nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Tenaga nuklear adalah tenaga yang dijana daripada tindakbalas dalam nukleus atom. Ada dua jenis tindakbalas nuklear yang boleh digunakan untuk menjana tenaga, iaitu tindakbalas pembelahan nukleus (nuclear fission) dan tindakbalas pelakuran nukleus (nuclear fusion). . Begitulah definisi usul yang saya berikan secara literal sebentar tadi. Saya juga ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang akan dibentangkan sebentar sahaja lagi dan seterusnya usul kami akan diterima dengan konsensus tanpa sebarang pertikaian. Ahli-Ahli Dewan yang saya muliakan, Sebagai Perdana Menteri saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini. Seterusnya hujah saya akan disambung oleh menteri pertama, menteri ketiga pula membidas hujah-hujah songsang daripada pihak pembangkang. Jadi, dapatlah dirumuskan di sini, tenaga nuklear wajar digunakan sebagai sumber tenga di masa hadapan.



Tuan Yang Dipertua, Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama,tenaga nuklear boleh mmenghasilkan tenaga elektrik. Yang kedua indikator kami ialah tenaga nuklear juga di label kan sebagai mesra alam. Oleh itu, berdasarkan indikator-indikator ini secara justifikasi, saya sepenuhnya yakin bahawa hujah yang akan kami kemukakan sebentar sahaja lagi akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu daripada pihak pembangkang.



Tuan Yang Dipertua, Sebagai mana saya menyatakan penggunaan kuasa nuklear sebagai alternatif lain untuk menjana tenaga elektrik bagi menggantikan penggunaan arang batu.. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin berkurangan. Di samping itu Yang Dipertua dan Sidang Dewan Sekalian, Bahan api nuklear mengandungi tenaga yang banyak berbanding dengan bahan api bagi sumber tenaga lain, penggunaan tenaga nuklear mampu mempertingkatan keselamatan perbekalan tenaga negara untuk tempoh jangka panjang. Sebarang risiko terputusnya bekalan bahan api nuklear akan mudah ditangani dengan menyimpan stok bahan api nuklear untuk beberapa tahun, kerana sesebuah loji janakuasa nuklear berkeupayaan 1,000 MWe hanya memerlukan 100 tan metrik uranium untuk mula beroperasi, dan daripada jumlah ini, cuma 30 tan metrik uranium yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik sepanjang sesuatu tahun. Dengan kelebihan dari segi tenaga spesifiknya ini, penggunaan sumber tenaga nuklear tidak melibatkan jumlah kuantiti bahan api nuklear yang tinggi. Oleh itu, stok bahan api nuklear untuk menampung operasi sesebuah loji janakuasa nuklear selama dua hingga tujuh tahun dapat disimpan di dalam negara dengan mudah. Dengan stok ini, jika bekalan bahan api nuklear terputus sementara (supply short-fall) atas sebab-sebab tertentu, operasi loji janakuasa nuklear berkenaan tidak akan terjejas. Dengan stok bahan api ini, keselamatan perbekalan tenaga negara tentunya akan lebih terjamin, terutama dalam keadaan pengurangan (depletion) sumber tenaga yang lain, khususnya simpanan atau rizab minyak mentah dan gas asli, di dalam negara, sesuai dengan Objektif Perbekalan di bawah Dasar Tenaga Negara. Pada tahun 2007, loji-loji janakuasa nuklear telah menyumbang kepada 13.8% daripada jumlah penjanaan kuasa elektrik seluruh dunia, berbanding dengan 41.0% daripada arang batu, 20.9% daripada gas, 15.6% daripada kuasa hidro, 5.6% daripada minyak, 1.3% daripada biomass dan 1.2% daripada sumber tenaga boleh diperbaharui. Keadaan ini berbeza di Malaysia, jumlah penjanaan elektrik negara pada tahun 2009 yang bergantung kepada 63.0%



daripada gas, 30.4% daripada arang batu, 5.4% daripada kuasa hidro, 1.1% daripada minyak dan 0.1% daripada sumber lain termasuk sumber tenaga boleh diperbaharui. Tuan Yang Dipertua dan Ahli- Ahli Dewan sekalian, Tenaga nuklear juga sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang,tenaga nuklear dapat mengurangkan pencemaran gas karbon dioksida yang dilepaskan semasa pembakaran arang batu. Secara teorinye, satu gram atom Uranium(U-235) dapat menghasilkan tenaga sehingga 1 MW. Jika arang batu digunakan, kite memerlukan 2500 tan metrik arang batu sehari bagi menghasilkan tenaga sebanyak 1MW. Cuba anda bayangkan berapa banyak gas karbon dioksida dilepaskan? Tuan Yang Dipertua dan Ahli- Ahli Dewan sekalian, Tambahan pula, sehingga 1 Oktober 2009, sejumlah 436 loji janakuasa nuklear dengan jumlah keupayaan 372,900 Megawatt-elektrik (MWe) sedang beroperasi di 30 negara, di samping 52 loji lagi dengan jumlah keupayaan 47,888 MWe yang masih dalam pembinaan di 14 negara. Selain itu, 135 loji lain dengan anggaran jumlah keupayaan 148,825 MWe adalah dalam proses perancangan untuk dibina di 26 negara, termasuk 10 negara yang akan membina loji janakuasa nuklear yang pertama. Sejumlah 295 loji lain dengan jumlah keupayaan 303,405 MWe telah dicadangkan dibina di 36 negara, termasuk 13 negara yang akan membina loji janakuasa nuklear yang pertama.



Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang saya muliakan sekalian, Dengan menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama membuka hati dan minda kita supaya menerima pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan ini untuk kepentingan kita bersama. Oleh yang demikan, langkah untuk penggunaan tenaga nuklear sebagai penjana kuasa elektrik adalah wajar dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Oleh itu sekali lagi saya katakan bahawapenggunaan kuasa nuklear wajar digunakan. Sekian mohon untuk terus mencadang.