Teks MC Sambutan Tahun Baru Cina [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA DI BAWAH RANCANGAN (RIMUP) ANTARA SJK (C) JOHOR JAYA, SK TMN MOLEK DAN SJKT LADANG TEBRAU. Masa



Perkara



Murid berkumpul di dewan kecil



Ketibaan dif-dif jemputan, guru dan murid Mengumumkan ketibaan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJK (C) Johor Jaya_________________________ ,Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC Johor Jaya , Pn Chang Li Fong, AJK2 PIBG ,Guru Besar SJKC Johor Jaya, Pn Ku Yock Thin dan tetamu jemputan RIMUP daripada sekolah SK Taman Molek dan SJKT Ladang Tebrau. Dipersilakan semua jemputan, guru-guru dan murid-murid untuk mengambil tempat. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Malaysia Baru. Yang Berbahagia, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJK (C) Johor ____________________, Yang Berbahagia, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC Johor Jaya, Puan Chang Li Fong, Yang Berusaha, Guru Besar SJK (C) Johor Jaya, Pn Ku Yock Thin. Yang dihormati AJK-AJK PIBG, serta guru-guru dan



Catatan



murid-murid sekalian. Pertama sekali, marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana dapat berkumpul di dewan ini bagi menjayakan Sambutan Tahun Baru Cina di bawah aktiviti RIMUP antara SJK (C) Johor Jaya, SK Taman Molek dan SJKT Ladang Tebrau. Bagi pihak sekolah, saya mengalu-alukan kehadiran warga SK Taman Molek dan SJKT Ladang Tebrau. Bertemu kita di pagi ceria, Menjalin ikatan hati ke hati, Program RIMUP aktiviti mulia, Bina perpaduan dan jati diri.



Nyanyian Negaraku Memulakan majlis pada hari ini, hadirin dimohon berdiri untuk menyanyikan lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Terima kasih diucapkan. Ucapan aluan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah,Pengerusi PIBG, Guru Besar SJKC Johor Jaya Seterusnya, majlis menjemput Guru Besar SJK (C) Johor Jaya Pn Ku Yock Thin untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.



Majlis merakamkan terima kasih di atas ucapan itu tadi. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC Johor Jaya, Pn Chang Li Fong. Majlis menjemput dan mempersilakan. Terima Kasih di atas ucapan itu tadi. Hadirin sekalian, Seterusnya dijemput Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJK (C) Johor Jaya_________________________________ untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan Terima kasih di atas ucapan itu tadi. Pemberian Ang Pow kepada wakil murid mengikut kelas. Persembahan tarian murid SJK (C) Johor Jaya Seterusnya, kita akan menyaksikan persembahan tarian oleh murid SJK (C)Johor Jaya. Semoga kemeriahan dan kegembiraan yang ditunjukkan oleh kumpulan tarian ini akan memberikan permulaan yang baik bagi tahun baru ini . Dengan sukacitanya, dipersilakan. Persembahan yang menarik dan bertenaga ya.



Penceritaan Adat Resam dan Budaya Semasa Tahun Baru Cina. Hadirin sekalian. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang Tahun Baru Cina ini dijemput Cikgu Tan Bee Fong dan Cikgu Lee Chiu Lee. Majlis mempersilakan. Menarik dan penuh informasi maklumat yang disampaikan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Kemeriahan dan kehangatan persembahan pada hari ini diteruskan lagi dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan ukulele yang terdiri daripada murid-murid SJKC Johor Jaya yang aktif dan berbakat. Majlis mempersilakan. Bagi menambahkan kehangatan sambutan pada hari ini, persembahan diteruskan dengan tayangan video sambutan tahun baru cina. Dipersilakan. Terima kasih di atas persembahan yang sangat bertenaga itu tadi. Diharapkan semua hadirin telah terhibur.



“Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, dan memahami antara satu sama lain. Menghormati dan mengenali budaya dan adat resam setiap kaum bukan sahaja memberi kita pemahaman yang lebih mendalam, tetapi juga menggalakkan perpaduan di kalangan semua. “ Pemberian ang pow pula adalah melambangkan kebahagiaan, kesihatan yang baik dan semua yang positif kepada penerima. Oleh yang demikian, majlis diteruskan dengan pemberian ang pow kepada murid-murid SK Tmn Molek dan SJKT Ladang Tebrau. Dijemput Pengerusi PIBG SJKC Johor Jaya Pn Chang Li Fong diiringi oleh Pn Ku Yock Thin, guru besar SJKC Johor Jaya untuk menyampaikan angpow tersebut. Dipersilakan murid-murid daripada SK Taman Molek dan SJKT Ladang Tebrau untuk naik ke atas pentas dan menerima angpow. Terima kasih diucapkan Pn Chang Li Fong dan Pn Ku Yock Thin. Sebelum menutup aturcara pada hari ini,pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan aktiviti RIMUP Sambutan Tahun Baru Cina ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Kami juga memohon maaf jika terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan.



Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi.



Sekian, terima kasih.