Terencat Akal [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TERENCAT AKAL Kanak-kanak yang mengalami terencat akal adalah kanak-kanak yang mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan social. Kanak-kanak dengan terencat akal biasanya turut mengalami masalah dalam pembelajaran disebabkan tahap mental yang rendah dan kurang ataupun tiada keupayaan dalam mengurus aktiviti seharian.



Malah bagi kanak-kanak yang



mengalami terncat akal yang teruk, tidak dapat berjalan, bercakap ataupun mengurus diri. Jenis-jenis Terencat Akal Berdasarkan



ujian



IQ



(intelligence



quotient),



kanak-kanak



terncat



akal



dibahagikan kepada tiga kategori iaitu ringan (skor IQ 50 hingga 75), sederhana (skor IQ 30 hingga 50) dan teruk (skor IQ 30 ke bawah). Terencat akal ringan yang disebabkan oleh perkembangan mental yang lambat mempunyai potensi untuk berkembang dalam tiga bidang iaitu akademik, sosial dan vokasional.



Bagi pembelajaran yang memakan masa selama 12



bulan, kanak-kanak ini dapat menerima 9 bulan pembelajaran dan mungkin ketinggalan bagi 3 bulan pembelajaran itu.



Biasanya mereka menghadapi



kesukaran dalam program sekolah arus perdana dan memerlukan adaptasi bagi pendidikan yang sesuai.



Mereka juga berpotensi untuk berdikari dengan



pendidikan dan latihan yang sesuai.



Pada peringkat dewasa, mereka dapat



membuat penyesuaian dalam tahap pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran ataupun pada kemahiran yang rendah.



Kanak-kanak dengan



terencat akal ringan dalam umur 2 hinggan 5 tahun dapat berfungsi dengan baik dalam kumpulan kanak-kanak normal yang lebih muda 1 hingga 2 tahun daripada mereka. Kanak-kanak yang mengalami terencat akal sederhana dapat mencapai tahap tanggungjawab sosial, menguasai kemahiran asas akademik dan menguasai kemahiran vokasional. Kanak-kanak ini mampu bagi menguruskan



diri sendiri seperti memakai dan membuka pakaian, makan dan mengurus diri di tandas. Mereka juga dapat melindungi diri sendiri daripada bahaya di rumah dan di sekolah. Kanak-kanak ini juga mampu menyesuaikan diri dalam situasi seperti berkongsi, menghormati hak orang lain, dan berkerjasama.



Mereka mampu



belajar membaca, mengenal symbol, mengira dan juga dapat menjalankan tugas dengan pengawasan.



Dari segi kemampuan belajar, kanak-kanak dengan



terencat akal sederhana belajar dalam kadar yang agak lambat, di mana ia dapat menerima lebih kurang 6 bulan daripada 12 bulan tempoh pembelajaran yang diberi. Mereka mengalami kesukaran dalam pemikiran abstrak dan memerlukan pengulangan apabila mempelajari konsep baru. Kebanyakan kanak-kanak dengan terencat akal teruk dan sangat teruk, turut mengalami kecacatan lain. Mereka memerlukan persekitaran dan program yang khusus bagi membantu memperkembangkan potensi mereka yang sangat terhad.



Kanak-kanak kategori ini hanya maampu menerima pembelajaran



sebanyak 3 hingga 4 sahaja daripada 12 bulan tempoh pembelajaran yang disediakan. Mereka dapat mempelajari kemahiran baru tetapi memerlukan lebih banyak pengulangan.



Malah mereka memerlukan bantuan dalam penjagaan



kehidupan setiap hari.



Terdapat kanak-kanak yang mengalami terencat akal



yang kelihatan normal, dan ada juga yang ketara kecacatannya.



Mereka



biasanya mengalami masalah lain seperti masalah pendengaran ataupun kesukaran dalam kemahiran motor. Perkembangan kognitif mereka terhad dan berkembang dalam kadar yang lambat.



Kanak-kanak kategori ini biasanya



mengalami masalah bahasa dan pertuturan dan sukar memberi tumpuan. Penjaga ataupun guru perlu menggunakan arahan lisan yang jelas dan mudah kepada kanak-kanak terencat akal, diperteguhkan dengan isyarat dan pergerakan. Setiap tugasan yang diberi perlu dipecahkan kepada tugasan kecil yang mudah dicapai.



Ada kalanya, kanak-kanak perlu dipandu bagi



melaksanakan tugasan itu dan bantuan ataupun panduan itu dikurangkan secara perlahan-lahan. Di samping itu, perhatian khusus perlu diberi dalam membina harga diri dengan memuji tingkah laku dan sikap yang baik. Adalah disyorkan



kanak-kanak ini dilibatkan dalam aktiviti dengan kanak-kanak normal, dan wujudkan sistem rakan sebaya. Punca-punca Kanak-kanak Terencat Akal Terdapat banyak sebab bagi terencat akal seperti jangkitan semasa hamil, kerosakan dalam metabolism, penyakit pada otak ataupun kromosom yang abnormal, faktor persekitaran seperti kurang rangsangan, pemakanan yang tidak sesuai, dan rawatan perubatan yang tidak sesuai. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 30% kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal yang teruk disebabkan oleh ketidaknormalan genetik seperti Sindrom Down. Manakala 25% disebabka n oleh palsi serebrum, 3 0 % disebabkan oleh meningitis dan masalah prenatal. Selebihnya sebanyak 15% pula tidak dapat ditentukan faktor penyebabnya.



Gen tunggal



seperti phenylkenoturia (PKU) dan kegagalan metabolisme sewaktu janin dalam



kandungan



juga



merupakan



antara



faktor kerencatan



akal



sekiranya tidak dapat dikesan pada peringkat awal lagi. Mutasi dalam perkembangan gen juga boleh menyebabkan kerancatan akal.



Proses kelahiran yang menyebabkan kecacatan fizikal di bahagian kepala, otak dan sistem saraf tunjang juga merupakan antara ounce kerencatan akal. Contohnya, kecacatan tuib saraf merupakan kecacatan sewaktu kelahiran yang pembentukan saraf tulang belakang yang sempurna. Keadaan ini pembentukan cecair yang berlebihan daripada tulang belakang yang akan mengakibatkan Hydrocephalus (bayi berkepala besar).



Kesannya



mengakibatkan



tekanan akibat kepala yang lebih besar boleh menyebabkan kegagalan dalam proses pembelajaran (Julia Jantan, 2007).



Ciri-ciri Kanak-kanak Terencat Akal



Kanak-kanak dengan terencat akal berbeza daripada kanak-kanak lain. Umumnya kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah yang ketara dalam mengurus diri. terdapat



dua



Namun menurut W a r r e n & A b b e d u t t o ( 1 9 9 2 ) ,



p e r k a r a penting yang dilihat sebelum memastika n



kanak-kanak itu mengalami kerencatan akal iaitu kebolehan mental untuk belajar, berfikir, menyelesaikan dan fungsi intelek (IQ) dan juga kebolehan sosial yang dimiliki untuk membolehkan hidup berdikari atau lebih dikenali sebagai tingkah laku adaptif seperti memakai paka ian, mandi, menguruskan diri dan sebagainya. Umumnya, beberapa



tanda



kanak-kanak tertentu



terencat



akal



akal



menunjukkan



seperti menghadapi kesukaran



untuk



pertuturan, kesukaran untuk mengingat, sukar memahami peraturanperaturan sosial dan tidak dapat m engingat atau membezakan kesan dan akibat.



Kanak-kanak terencat akal juga menghadapai masalah



dalam memproses penyelesaian masalah dan untuk berfikir secara logik atau kritikal. Dalam menentukan kriteria psikologikal dan tingkah laku kanak-kanak terencat



akal, tiada



instrumen yang tepat untuk



memastikan seseorang individu itu terencat akal. Terdapat pelbagai variasi tingkah laku d alam kalangan kanakkanank



terencat



akal



yang



menjadikan



setiap



orang



daripada



merupakan individu yang unik. Kebanyakan kanak -kanak terencat akal juga sukar unutk menumpukan p e r h a t i a n terhadap sesuatu atau sukar untuk berfikir secara logik (Wehman, 1988).



Bahasa digunakan seawal usia



kanak-kanak untuk keperluan komunikasi menyampaikan kehendak dan perasaan dalam sesuatu persekitaran(Hutton, 1998).



Kelewatan dalam



perkembangan bahasa merupakan antara bukti jelas yang dapat dilihat pada kanak-kanak terencat akal (Warren & Abbeduto, 1992). Masalah pertuturan sepertimasalah artikulasi biasa boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal.



Umumnya, bagi kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan, perkembangan bahasa merekayang mengalami kerencatan normal, namun kemajuan perkembangan bahasa mereka agak perlahan sekiranya kategori yang dialami kerencatan akal yang teruk. Kaedah mengajar kanak-kanak Terencat Akal



Kaedah analisis tugasan sesuatu kemahiran yang hendak diajar dijelaskan dengan terperinci dan di bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil. Kemudian, bahagian-bahagian kecil tersebut disusun mengikut urutan yang dapat meningkatkan kefahaman. Juga, bagi setiap bahagian, tempoh masa untuk menguasinya dinyatakan. Begitu juga, penilaian kerap dilakukan untuk memastikan sama ada sesuatu bahagian kecil itu dikuasai atau tidak. Sekiranya, penilaian tidak dilakukan, kesilapan yang dibuat oleh pelajar tidak dapat dikesan. Jika dibiarkan, pelajar akan terus melakukan kesilapan tersebut tanpa mengetahui. Bagi pelajar kerencatan mental ini boleh membawa kesan yang buruk kepada dirinya



Malahan, gerak Balas Aktif Menentukan bahawa pelajar terlibat secara aktif dan setiap gerak balas pelajar dicatat. Contohnya, bilangan perkataan yang disebut, dan bilangan ayat yang ditulis oleh pelajar. Pengajaran diatur untuk menggalakkan pelajar memberi respons yang dipantau dengan rapi supaya maklum balas yang bermakna dapat diberikan



Selain itu, maklum Balas memerlukan makluma balas serta merta tentang usaha mereka. Maklum balas merupakan pujian atau peneguhan positif lain bagi jawapan atau tingkah laku yang betul. Bagi jawapan yang salah, pelajar diberi galakkan dan peluang untuk membetulkannya. Maklum balas hendaklah tepat, serta merta, positif dan kerap. Contohnya, "Kamu dapat membaca 90 perkataan hari ini. Itu 10 lebih daripada semalam. Bagus". Kadang kala, pelajar kurang upaya tidak sabar mencuba berkali-kali untuk mendapat jawapan yang betul.



Adalah dicadangkan guru membantu pelajar mendapat jawapan yang betul. Lamakelamaan, bantuan itu dikurangkan hingga pelajar mencuba sendiri.



Pemindahan



Pembelajaran



Pemindahan



berlaku



apabila



sesuatu



kemahiran atau tingkah laku yang dipelajari digunakan dalam situasi yang berlainan. Bagaimana ini dapat digalakkan? Salah satu cara ialah untuk memberi pelajar peluang mengamal seusuatu kemahiran dalam situasi berlainan. Contohnya, pelajar dibawa ke padang permainan untuk mempraktik kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah.