Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan PDF [PDF]

  • Author / Uploaded
  • ayu
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Topik



X



3



Iman, Islam dan Ihsan



HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.



Menerangkan pengertian rukun iman, Islam dan ihsan dengan jelas;



2.



Menghuraikan konsep syahadah dengan jelas; dan



3.



Mengaplikasikan kaedah pengajaran serta bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik.



X PENGENALAN Akidah merupakan perkara asas dalam Islam untuk memelihara pemikiran seorang Muslim. Akidah mempunyai kaitan yang amat rapat dengan konsep Islam, iman dan ihsan. Ia menekankan keimanan dan amalan dalam kehidupan harian. Perincian tentang rukun iman, rukun Islam dan ihsan merupakan perkara yang sangat penting untuk difahami dan dihayati kerana ia ada perkaitan yang jelas tentang asas akidah Islamiyyah. Topik ini adalah penting bagi seorang guru pendidikan Islam memandangkan rukun iman, rukun Islam dan ihsan adalah perkara-perkara yang sangat asas bagi setiap Muslim. Oleh itu, anda sebagai guru perlu menguasainya dengan baik agar mudah memberi pemahaman kepada murid-murid kelak, khususnya dari sudut aplikasi dan praktikalnya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga akan dihuraikan dalam topik ini. Diharap agar anda dapat melaksanakan kaedah-kaedah ini di dalam kelas anda nanti.



70 X



3.1



TOPIK 3



IMAN, ISLAM DAN IHSAN



KONSEP IMAN



Iman dari segi bahasa ialah tasdiq (membenarkan) secara mutlak tanpa ragu-ragu ataupun syak wasangka di dalam hati. Manakala, dari segi syaraÊ pula, ia bermaksud pengakuan dengan lisan (lidah), tasdiq dengan hati dan beramal dengan anggota badan. Rajah 4.1 menghuraikan pengertian iman dalam bentuk grafik untuk memudahkan lagi pemahaman anda:



Rajah 3.1: Pengertian iman



Para Mutakallimin secara umum merumuskan unsur-unsur iman terdiri daripada al-Tasdiq bi al-Qalb, al-Iqrar bi al-Lisan dan al-ÂAmal bi al-Jawarih. Maksud pengertian iman ialah membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran-ajaran Allah SWT yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ketiga-tiga perkara ini saling berkait dan tidak dapat dipisahkan. Sekiranya seseorang menyatakan bahawa dia beriman kepada Allah tetapi tidak beramal dengan amalan yang soleh, maka ia tidak melengkapi pengertian iman yang sebenarnya. Seseorang yang beriman mestilah melibatkan tiga unsur, iaitu: (a)



Mengakui dengan hati bahawa Islam adalah agama yang benar;



(b)



Menyatakan dengan lidah bahawa Islam adalah agama yang benar; dan



(c)



Mengamalkan ajaran yang terkandung dalam syariat Islam.



TOPIK 3



IMAN, ISLAM DAN IHSAN



W



71



Seseorang yang beriman mestilah memahami serta menghayati rukun-rukun iman dengan penuh keyakinan meliputi kepercayan kepada keesaan Allah SWT, kewujudan para malaikat, kitab-kitab Allah, rasul-rasul Allah, hari akhirat serta keimanan kepada qada` dan qadar Allah SWT. Sebelum kita teruskan pembacaan topik ini dengan lebih lanjut, lebih baik kita melihat isi-isi penting terlebih dahulu supaya perbincangan kita mempunyai panduan. Ia akan memudahkan anda untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Rajah 3.2 menunjukkan hasil pembelajaran untuk dicapai dalam pembelajaran dan pengajaran rukun iman.



Rajah 3.2: Hasil pembelajaran untuk dicapai dalam pembelajaran dan pengajaran rukun iman



3.1.1



Rukun Iman



Rukun iman adalah asas keimanan iaitu mempercayai Allah, malaikatmalaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan qada' serta takdir baik dan jahatnya dari Allah, di mana kepercayaan itu tetap di dalam hati seseorang tanpa bercampur syak dan keraguan. Sabda Nabi SAW mengenai rukun iman:



72 X



TOPIK 3



IMAN, ISLAM DAN IHSAN



! "#           (%& '(  )  $ Maksudnya:



„Beriman dengan Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan qada' serta takdir baik dan jahatnya‰. Rukun iman yang terkandung di dalam hadis tersebut menjadi sebab utama diutuskan para rasul ke alam ini dan diturunkan kitab-kitab kepada mereka. Keimanan seseorang itu tidak dikira sah sekiranya dia tidak beriman kepada semua rukun iman tersebut. Kesemua rukun iman dapat dilihat dalam Rajah 3.3.



Rajah 3.3: Rukun iman



TOPIK 3



IMAN, ISLAM DAN IHSAN



W



73



Semasa membincangkan rukun iman, anda hanya perlu menyatakan pengertiannya dan menyebut rukun-rukun tersebut satu persatu tanpa perlu menghuraikannya. Sekiranya ada murid yang bertanya tentang mana-mana rukun, maka bolehlah anda menjelaskan dengan ringkas dan mudah. Contohnya, sekiranya anda ditanya mengenai rupa malaikat, anda boleh menjawab bahawa malaikat bukan seperti kita kerana kejadiannya adalah dari cahaya. Anda juga boleh memberikan jawapan lain yang difikirkan sesuai kerana perlu diingat bahawa topik rukun iman ini akan diajar kepada murid tahap satu sekolah rendah. Tahap pemikiran murid tahap satu tidak mampu memahami dan menganalisis bukti-bukti atau hujah-hujah kritis yang tidak mampu dicapai oleh akal mereka. Berikan juga contoh-contoh yang mudah untuk mereka fikirkan.



AKTIVITI 3.1 Bincangkan maksud iman dari segi syaraÊ iaitu, "pengakuan dengan lisan (lidah), tasdiq dengan hati dan beramal dengan anggota badan".



3.2



KONSEP ISLAM



Islam dari segi bahasa bererti sejahtera. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam, ia bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Abdul Karim Zaidan (1976) dalam kitabnya Usul alDa`wah menjelaskan secara terperinci pengertian Islam berpandukan hadis serta ayat-ayat al-Quran. Beliau mengatakan bahawa maksud Islam ialah: (a)



Penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan serta menunaikan haji bagi orang-orang yang mampu;



(b)



Ketundukan dan penyerahan kepada Allah secara sukarela tanpa sebarang paksaan;



(c)



Agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dan orang Islam diminta mematuhi segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya;



(d)



Satu sistem kehidupan yang sempurna yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW; dan



74 X



(e)



TOPIK 3



IMAN, ISLAM DAN IHSAN



Merupakan satu jawapan kepada tiga soalan yang seringkali ditanya oleh manusia. Tiga soalan itu ialah: (i)



Dari mana kita datang?;



(ii)



Kenapa kita dilahirkan di atas muka bumi ini?; dan



(iii) Ke manakah kesudahan kehidupan kita selepas ini? Terdapat lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh seseorang Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun Islam. Rajah 3.4 menunjukkan hasil pembelajaran untuk dicapai dalam pembelajaran dan pengajaran rukun Islam.



Rajah 3.4: Hasil pembelajaran untuk dicapai dalam pembelajaran dan pengajaran rukun Islam



3.2.1



Rukun Islam



Rukun Islam ialah perkara utama yang wajib dilakukan oleh orang Islam. Ia melibatkan amalan yang telah disyariatkan oleh Allah dan dilakukan dengan penuh kepatuhan kepada Allah melalui lima rukun Islam (rujuk Rajah 3.5).



TOPIK 3



IMAN, ISLAM DAN IHSAN



W



75



Rajah 3.5: Rukun Islam



Setelah anda memahami pengertian rukun Islam, seharusnya anda memantapkan ilmu anda dengan setiap rukun Islam tersebut. Dua kalimah syahadah adalah suatu yang biasa bagi kita. Namun, fahamkah anda akan hakikat syahadah? Subtopik ini akan menghuraikan pengertian serta tuntutannya kepada umat Islam. Syahadah bermaksud pengetahuan, penerangan, perkhabaran dan pernyataan. Kalimah syahadah mengandungi pengertian ikrar ( + ), iktiraf (, - ) dan iÊtiqad (.#- ). Bila seseorang itu melafazkan dua kalimah syahadah (syahadatain) dengan rela dan sedar, bermakna dia sudah mengiktiraf bahawa hanya Allah sahaja Tuhan yang layak disembah dan Nabi Muhammad SAW adalah utusanNya. Penyaksian ini melayakkan seseorang itu menjadi seorang muslim.



76 X



TOPIK 3



IMAN, ISLAM DAN IHSAN



Lafaz dua kalimah syahadah adalah seperti berikut:



 / "01  "2$  34  3  "2$ Maksudnya:



„Aku naik saksi (mengakui) bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi (mengakui) bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.‰ Cuba anda perhatikan, dalam syahadatain ini terdapat dua unsur penting iaitu nafi (567) dan ithbat (894):



 / "01  "2$  34 / 3  "2$ 894 / 567 Pengakuan dalam syahadah ini meletakkan penafian bahawa tiada satu pun tuhan yang layak disembah, kemudian mensabitkan hanya Allah sahaja Tuhan yang layak disembah. Apabila seseorang mengucap dua kalimah syahadah ini, maka segala hukum-hakam yang berkaitan dengan Islam telah berlaku kepadanya, seperti kewajipan solat lima waktu, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah. Tuntutan pada syahadah ialah kita mengiktiraf Allah adalah Tuhan kita yang wajib disembah dan kita adalah hambaNya, dengan cara mengikut syariat yang dibawa oleh pesuruhNya Nabi Muhammad SAW. Perkara yang menyebabkan syahadah seseorang terbatal atau murtad ialah: (a)



Sujud atau tunduk kepada selain Allah secara pilihan sendiri bukan kerana terpaksa.



(b)



Menghina atau memperkecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama dan sifat Allah, al-Quran, hadis, hukum syarak dan sebagainya.



(c)



Mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya dengan ucapan itu menyebabkan orang menyangka ia telah kafir atau orang tersebut mengaku bahawa dirinya telah kafir atau keluar dari Islam (pilihan sendiri, bukan paksaan).



TOPIK 3



(d)



IMAN, ISLAM DAN IHSAN



W



77



Perbuatan-perbuatan lain yang menyebabkan boleh terkeluar daripada Islam seperti mengatakan yang wajib itu haram serta sebaliknya. Firman Allah SWT:



Õ0V¼¯\O \®”‘›V TÊ VÙ ·m°Ù XSÉFXT Õ0À-XjVÙ ž°O°=c°j CWà ×1Å=°% Øj°iV"×mWc CW%XT \Ij°Ù ×1ÉF ®q‰= ½ ›\UՙU \®”‘›V TÊ XT ®QWm¦\)[XT XkØ5ri r¯Û Ô2ÀIÉ ›\-ÕÃU §«ª°¨ |ETÁ¯›\\ Maksudnya:



„Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya (agama Islam) kemudian mati dalam kekafirannya itu maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka akan menjadi penunggu neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya.‰ (Surah al-Baqarah: 217) Kesimpulannya, setiap orang yang telah melafazkan syahadah wajib mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.



3.3



KONSEP IHSAN



Setelah menyelusuri pengertian iman dan Islam daripada Allah SWT menerusi perantaraan Jibrail, Nabi Muhammad SAW juga diberikan kefahaman mengenai ihsan yang berhubung kait dengan akhlak dan perlakuan insan yang sempurna. Konsep ihsan telah digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Umar Al-Khattab r.a.:



C D D E FD %E B G IH@B C D D J D 7K?BB L "D CME D NB :/B B+ :&;< - => ?@ /+ .OD D PD CK7IH@B Maksudnya:



„Jibril a.s. bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pengertian Ihsan, Nabi menjawab: Ihsan itu ialah kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah dan kalau kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Allah melihat segala perbuatan kamu.‰ (Riwayat Muslim)



78 X



TOPIK 3



IMAN, ISLAM DAN IHSAN



Nabi Muhammad SAW juga telah menjelaskan pengertian ihsan di dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus r.a.:



ZI@ F[G D#B  E\CWD&;E ?B@B %E CG D+B BZIH@B RSG $D TUF V- FWD&;E