Ulasan Kritis [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Ulasan Kritis Artikel: (Tafsiran dalam Sejarah: Soal Pemesongan dan Kebebasan Mentafsir) Artikel ini pada umumnya dilihat cuba untuk menunjukkan kepincangan dalam soal tafsiran sejarah dan bagaimana pemesongan fakta itu berlaku. Penulis mengemukakan hujah-hujah yang kukuh berkenaan pemesongan tafsiran sejarah yang berlaku dalam penulisan sejarah di Malaysia. Penulis banyak mengkritik berdasarkan penulisan sejarah yang dibuat oleh penulis Barat seperti Wilkinson, Winstedt dan sebagainya. Antara contoh pemesongan pentafsiran yang dikemukakan oleh penulis adalah berkenaan 1874 yang dikatakan sebagai permulaan dasar campur tangan British yang dikatakan berpunca dari kacau bilau di Tanah Melayu namun sebenarnya disebabkan faktor lain. Melalui pembacaan artikel ini, terdapat beberapa aspek penulisan yang boleh dikritik. Antaranya ialah bagaimana penulis dilihat bersikap berat sebelah dalam beberapa perkara seperti rujukan sumber, penulisan dan sebagainya. Penulis terlampau cuba untuk menonjolkan kesalahan atau kekurangan pihak British tanpa melihat kepada keadaan di Tanah Melayu pada masa itu. Bukan itu sahaja, penulis kebanyakannya menggunakan sumber penulisan yang dibuat oleh penulis-penulis Barat yang nyatanya menulis untuk kepentingan British (Ishak Saat,2010). Selain itu, penulis ada menyatakan bahawa kedatangan British ke Tanah Melayu adalah disebabkan permintaan pedagang Cina dan British sendiri bagi menjaga kepentingan perniagaan mereka pada masa itu. Penulis juga menyangkal bahawa pergolakan yang berlaku di Tanah Melayu menjadi punca kedatangan British ke Tanah Melayu. Namun begitu, penulis tidak melihat kepada peristiwa di mana Raja Abdullah yang bertindak menjemput British datang untuk menyelesaikan krisis takhta istana yang berlaku sehingga menyebabkan British datang. Hal ini menjadi pintu utama dan kesempatan yang sesuai untuk British mula campur tangan di Tanah Melayu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua hujah yang diberikan oleh penulis berkenaan motif dan tujuan utama kedatangan British ke Tanah Melayu adalah kukuh dan benar. Namun begitu, penulis juga gagal untuk melihat kepada kelemahan atau kepincangan yang berlaku di dalam kalangan orang Melayu pada ketika itu sehingga menyebabkan British mula campur tangan seperti perebutan memungut cukai, pergaduhan kongsi gelap menjadi alasan utama kedatangan pihak British ke Tanah Melayu. Hujah berkaitan pedagang Cina untuk menjaga kepentingan perniagaan mereka daripada kacau bilau adalah wajar kerana pada masa tersebut, pedagang Cina dan Inggeris banyak menyumbang kepada ekonomi Tanah Melayu pada masa tersebut terutamanya menerusi aktivti perlombongan. 1



Namun begitu, ulasan yang dibuat oleh penulis berkenaan dengan tafsiran yang dibuat oleh sejarawan tidak boleh berlandaskan pengadilan moral adalah benar. Kekurangan sumber-sumber pada masa dahulu juga memungkinkan sejarawan bertindak untuk membuat satu pengadilan yang akhirnya membawa kepada satu tafsiran yang salah (Arbai’yah Mohd Nor. 2002). Teori ini adalah kukuh kerana kita dapat melihat beberapa contoh jelas terutamanya menerusi satu penulisan oleh Wilkinson berkenaan adat karut dan bomoh orang Melayu di Tanah Melayu pada masa tersebut. Wilkinson hanya membuat satu kesimpulan berdasarkan pemerhatiannya tanpa beliau mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan kekurangan sumber untuk rujukan. Perkara sebegini menyebabkan berlakunya tafsiran sejarah yang salah oleh sejarawan (Mohd Faizal Musa, 2014). Kesimpulannya, penulisan artikel ini mempunyai sudut kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Pembaca juga akan mempunyai tafsiran tersendiri terhadap artikel ini sama ada menyokong atau sebaliknya membantah. Penulisan artikel ini adalah baik dengan sumber yang jelas, serta disokong oleh sumber yang kukuh. Dari aspek tafsiran sejarah, sukar untuk kita menetapkan satu punca utama, namun berbalik kepada niat ataupun tujuan penulis tersebut sama ada ia akan mempengaruhinya atau tidak di dalam penulisannya (Mohd Yusof Ibrahim,1975). Selagi penulis mampu mengelakkan dirinya kearah penulisan motif diri, pemesongan tafsiran sejarah tidak akan berlaku (R Suntralingam, .



2



RUJUKAN Arba’iyah Mohd Nor. (2002). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Ishak Saat. (2010). Penulisan Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Jejak Waris Sejarah. Diperolehi daripada http://www.jejakwaris.com/sejarah.html Kamaruzzaman Shariff. Sejarah Melayu As A Historical Source. Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang. Mohd Faizal Musa. 2014. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu. Jilid 3 Vol 2. Diperolehi daripada https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00001219_116516.pdf. Muhd Yusof Ibrahim. 1975. Pengertian Sejarah. Dewan Kuala Lumpur: Bahasa dan Pustaka. R. Suntralingam. (1985). Pengenalan Sejarah, Kuala Lumpur :Merican and Sons Sdn. Bhd.



3