Ulasan Kritis Kaunseling Kelompok [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Tugasan 2: Ulasan kritis



1.0 Pengenalan Menurut



Sapora



Sipon



(2013),



kaunseling



kelompok



merupakan



jenis



perkhidmatan yang digunakan untuk berhubung antara satu sama lain dalam membincangkan pelbagai isu yang dihadapi. Secara ringkasnya, kaunseling kelompok merupakan satu perkhidmatan menolong yang dilakukan secara berkelompok dengan tujuan menolong lebih individu yang mempunyai permasalahan yang sama pada satusatu masa. Sejajar dengan itu, kaunseling kelompok juga bertujuan untuk membolehkan individu memperoleh perubahan baru dalam tingkah laku. 2.0 Kemahiran pemudahcaraan dalam kaunseling kelompok Dalam kaunseling kelompok, terdapat dua kemahiran pemudahcaraan untuk membantu ahli kelompok menluahkan perasaan atau masalah masing-masing. Kemahiran yang pertama adalah kemahiran person hood. Kemahiran ini lebih mengutamakan seorang fasilitator ataupun gaya pemimpin seorang ketua dalam kelompok. Fasilitator dalam kaunseling kelompok perlu menguasai kemahiran person hood seperti kepercayaan, penerimaan, berterus terang, rol model dan sebagainya supaya ahli kelompok dapat meningkatkan kepercayaan yang tinggi terhadap fasilitator kelompok dan sudi berkongsi masalah yang dihadapi serta melancarkan sesi kaunseling kelompok. Kemahiran yang kedua adalah kemahiran teknikal. Kemahiran ini lebih menfokuskan cara fasilitator untuk memimpin, parafrasa, mendengar secara aktif semasa ahli kelompok mengemukakan masalah atau perasaan yang dihadapi, pendedahan kendiri, menyoal dan sebagainya.Kedua-dua kemahiran ini memainkan peranan yang amat penting bagi seseorang kaunselor semasa mengadakan kaunseling kelompok. Sekirannya kaunselor gagal dalam menguasai kedua-dua kemahiran ini, maka sesi kaunseling kelompok tidak dapat dijalankan secara lancar dan kemungkinan berlakunya penamatan sesi kerana tidak dapat mengawal keadaan kelompok.



2



3.0 Kelebihan / kekuatan dalam rakaman video Dalam rakaman video kaunseling kelompok, fasilitator telah menunjukkan kemahiran person hood iaitu kepercayaan. Tingkah laku kaunselor yang sentiasa memupuk ahli kelompok untuk menceritakan apa-apa sahaja masalah yang dihadapi telah menunjukkan kaunselor menguasai teknik person hood dengan meningkatkan kepercayaan ahli kelompok. Seterusnya, kaunselor dalam rakaman video tersebut telah menunjukkan sikap berterus terang. Dalam rakaman video, terdapat seorang ahli kelompok yang menghadapi masalah keluarga bahawa ibu bapanya selalu bergaduh kerana mengalami perselisihan faham antara satu sama lain. Dengan keadaan ini, kaunselor berterus terang untuk memberi cadangan kepada klien supaya boleh menjadi orang tengah dalam pergaduhan antara ibu bapa ataupun cuba memahami apa masalah yang sebenarnya dihadapi oleh ibu atau bapanya.Dalam sesi kaunseling kelompok dapat melihat kaunselor telah menunjukkan sikap ikhlas untuk membantu ahli kelompok. Hal ini dibuktikan dengan kaunselor tersebut sabar untuk mendengar setiap masalah yang dihadapi oleh ahli kelompok serta memberi respon kepada ahli. Seterusnya, kemahiran teknikal seperti memimpin, mendengar secara aktif dan menyoal. Semasa sesi kelompok dijalankan, kaunselor telah menonjolkan gaya seorang pemimpin dalam kaunseling kelompok. Kaunselor dapat mengawal keadaan sesi kelompok secara tersusun dan dijalankan secara lancar. Oleh itu, ahli kelompok akan mematuhi arahan yang diberi oleh kaunselor seperti yang terdapat dalam rakaman iaitu kaunselor memberi arahan kepada ahli kelompok supaya menutup mata dan mengkosongkan fikiran serta mengira pernafasan selama beberapa minit. Selain daripada itu, kaunselor telah menguasai teknik mendengar secara aktif semasa ahli mengemukakan masalah dan menluahkan perasaan diri sendiri. Kaunselor dapat menguasai apa yang telah diluahkan oleh klien dengan memberi respond an dorongan minima. Akhir sekali, kekuatan yang ada pada kaunselor tersebut adalah teknik menyoal. Kaunselor telah menyoal ahli-ahli kelompok untuk menarik perhatian ahli kelompok. Dengan teknik ini, ahli kelompok dapat memberi tindak balas kepada kaunselor dan proses interaksi akan berlaku antara kaunselor dan klien.



3



4.0 Kelemahan / kekurangan Namun dalam rakaman video kaunseling kelompok terdapat beberapa kelemahan kemahiran kaunselor. Pertama sekali, dapat dilihatkan kaunselor kurang menggunakan kemahiran kecindan dalam kaunseling kelompok. Keadaan ini akan menyebabkan ahli kelompok berasa bosan terhadap sesi yang dijalankan. Dalam rakaman video, keadaan sesi kaunseling kelompok dapat dilihat sangat membosankan kerana kaunselor hanya berinteraksi secara serius dengan ahli kelompok.Ini akan menyebabkan ahli kelompok menghilangkan perhatian atau berlakunya keadaan mengantuk semasa dalam sesi kerana suasana yang diwujudkan serius dan boring. Seterusnya, dari segi kemahiran teknikal, kaunselor kurang menguasai kemahiran menyemak persepsi dan merumus. Kaunselor tidak menyemak persepsi atau pemikiran ahli kelompok terhadap masalah yang dihadapi dengan bertanya soalan. Kaunselor hanya memberi dorongan minima dan mendengar apa sahaja daripada ahli kelompok tetapi tidak menyemak persepsi ahli dalam kelompok. Semasa mendekati akhir dalam sesi kelompok, kaunselor juga tidak merumus balik apa telah dibincangkan dalam sesi kaunseling kelompok tetapi hanya memilih beberapa orang ahli kelompok mengulangi isi yang dibincangkan sepanjang sesi. Keadaan ini mungkin akan menyebabkan sesetengah ahli kelompok tidak jelas bahawa masalah yang sebenarnya dihadapi dan berlakunya lupa terhadap apa yang telah dibincangkan dalam sesi.



5.0 Rumusan Secara kesimpulannya, ketua kelompok ataupun fasilitator perlu menguasai kemahiran person hood dan kemahiran ternikal secara mendalam demi kelancaran sesi kaunseling kelompok. Dalam konteks ini, saya mendapati bahawa kemahiran person hood seseorang ketua kelompok akan menjejaskan hubungan antara ketua kelompok dengan ahli kelompok seterusnya memberi kesan kepada produktif kelompok manakala kemahiran teknikal memainkan peranan yang peting untuk menjejaskan keseluruhan perkembangan kelompok. Dengan itu, sekiranya ketua kelompok tidak menguasai atau meningkatkan kemahiran ini, maka ia turut akan menjadi satu halangan dalam kaunseling kelompok (Malek Muhamat Said, 2007)



4



Rujukan



Erna. (2016, January 17). kemahiran pemudahcaraan kemahiran personhood. Retrieved from Scribd: https://www.scribd.com/doc/295796988/kemahiran-pemudahcaraankemahiran-personhood



Hong, B. (n.d.). Ulasan Kritis Terhadap Kaunseling Kelompok Guru Pelatih. Retrieved Academia: https://www.academia.edu/20349499/Ulasan_Kritis_Terhadap_Kaunseling_Kelo mpok_Guru_Pelatih



Ida Hartina Ahmed Tharbe. (2006). Memimpin kaunseling kelompok. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.



Sapora Sipon. (2013). Kaunseling kelompok. Negeri Sembilan: Penerbit USIM.



Zuraidah Ab. Rahman. (1989). Pengenalan kaunseling kelompok. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.



5