Refleksi Kaunseling Kelompok [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0



PENDAHULUAN Kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi antara satu sama lain. Menurut Trotzer ( 1977 ), kaunseling kelompok sebagai perkembangan suatu perhubungan antara individu. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti kepercayaan,



penerimaan,



hormat-menghormati,



kemesraan,



komunikasi



dan



kefahaman. Kertas ini adalah refleksi bagi sesi kaunseling kelompok yang dijalankan oleh pensyarah bagi memenuhi keperluan subjek Proses dan Perkembangan Kerja Kelompok.



1



2.0



PROSES KAUNSELING DIJALANKAN Kaunseling kelompok ini dibentuk dengan disertai oleh tujuh hingga dua belas, orang mengikut kesesuaian, yang terdiri daripada seorang ketua atau kaunselor dan ahli-ahlinya. Berbeza dengan sesi kaunseling individu, ahli kelompok dipilih secara sukarela. Pada peringkat awal pemilihan ahli, proses temu duga perlu dijalankan supaya ahli yang dipilih bersesuaian dengan topik atau isu yang bakal dibincangkan. Selain itu, dengan proses temu duga ini, sedikit pendedahan tentang proses kaunseling kelompok dapat digambarkan kepada ahli-ahli sebelum perbincangan dimulakan.



Ketua bertindak sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dalam mengendali dan mengetuai kelompok berkenaan serta menentukan isu yang ingin dibincangkan. Ketua juga perlu jelas dengan tujuan dan matlamat sebenar pembentukan kelompok tersebut agar kelompok yang dibentuk akan menghasilkan perbincangan yang produktif dan berjaya. Kepekaan dan kewibawaan ketua penting dalam menyesuaikan teori yang dipelajari dengan situasi yang dihadapi berikutan ketua atau kaunselor tersebut menghadapi lebih daripada seorang klien yang mempunyai personaliti yang berbezabeza dan variasi.



Kemesraan dan keselesaan antara ahli kumpulan perlu dipupuk terlebih dahulu sebelum sesi perbincangan dimulakan. Hal ini bagi mewujudkan keselesaan antara ahli kumpulan dalam bekerjasama menjayakan sesi kaunseling. Nilai terapi sesi kaunseling kelompok terletak pada suasana saling mempercayai, penerimaan, saling memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Keempat-empat aspek ini sangat penting dalam menjayakan sesi perbincangan yang dijalankan. Hal ini 2



disebabkan ahli-ahli yang terlibat akan lebih terbuka untuk berkongsi pengalaman hidup mereka dengan ahli-ahli yang lain dan lebih ikhlas dalam usaha bantumembantu sesama ahli kelompok.



Sesi perbincangan diteruskan dengan penyataan isu yang ingin dibincangkan dan aspek-aspek yang perlu diambil kira seperti faktor penyebab masalah tersebut dan solusi yang tepat dalam menyelesaikannya. Sepanjang sesi perbincangan ini berjalan, setiap ahli diberi hak kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Namun, sensitiviti ahli-ahli yang lain perlu diambil kira agar konflik antara ahli dapat dielakkan.



3



3.0



KEMAHIRAN KAUSELING Dalam proses kaunseling kelompok yang dikendalikan oleh pensyarah, terdapat beberapa kemahiran kaunseling yang telah digunakan. Antaranya ialah: 3.1



Kemahiran Pra Sesi Kaunselor perlu mengambil beberapa perkara yang penting sebelum memulakan suatu sesi kaunseling. Hal ini adalah untuk memastikan klien selesa untuk berkongsi atau meluahkan masalah kepada kaunselor. Antaranya adalah seperti tempat kauseling itu akan diadakan. Kaunseling boleh dijalankan di mana-mana tempat namun biarlah di tempat yang tertutup, selesa dan tanpa gangguan yang akan menyukarkan klien untuk menceritakan masalah kepada kaunselor. Selain itu, kaunselor juga mendapatkan serba sedikit mengenai latar belakang klien. Ini bagi memudahkan kaunselor mendapat gambaran ringkas mengenai kliennya. Ketika kaunseling kelompok dikendalikan oleh pensyarah, beberapa kriteria diatas ada dipenuhi bagi mewujudkan suasana kaunseling kelompok yang kondusif, Kaunseling kelompok tersebut telah di jalankan di makmal kaunseling yang terdapat di bangunan Psikologi, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah. Kelengkapan yang terdapat di bilik tersebut memenuhi keselesaan ahli kelompok, namun keadaan cahaya yang malap menyebabkan terdapat sesetengah ahli kelompok mengantuk ketika sesi dijalankan.



3.2



Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan antara kemahiran yang sangat penting yang perlu ada dalam diri kaunselor. Kaunselor perlu aktif supaya dapat mewujudkan hubungan yang mesra dalam sesi kaunseling tersebut. Kaunselor 4



perlu lebih banyak meluangkan masa untuk mendengar masalah klien dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan daripada klien. Gerak geri klien perlu dilihat dan di ambil serius kerana ia memberi makna terhadap sesuatu yang ingin disampaikan oleh klien. Proses mendengar ini semestinya akan melibatkan semua deria yang terdapat pada diri kaunselor seperti telinga untuk mendengar, mata untuk melihat tingkah laku, hidung untuk menghidu bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan seperti bersalaman juga akan memberi keyakina klien terhadap kaunselor. Dalam sesi yang dijalankan oleh pensyarah, pensyarah selaku kaunselor menunjukkan kemahiran mendengar diperlukan sepenuhnya ketika kaunseling kelompok dijalankan. Disini kita dapat lihat bahawa keperluan berfungsinya deria pendengaran dengan baik selaku ketua kelompok bagi memastikan sesi kaunseling kelompok dapat dijalankan dengan lancer. Selain iu, hasil pemerhatian saya, kaunselor perlu mengekalkan focus dalam menjalankan sesi kaunseling supaya tidak berlaku pengabaian klien ketika sesi dijalankan.



3.3



Memberi Galakan dan Meminta Penjelasan Kemahiran memberi galakan dengan cara mendorong klien untuk terus bercakap dan berkongsi masalah dengan kaunselor. Kaunselor boleh mengggunakan bahasa badan seperti menganggukan kepala dengan yakin dan menggunakan perkataan sepeti “uhum” atau “ya” untuk menampakkan minat kaunselor kepada percakapan klien. Untuk kemahiran meminta penjelasan pula adalah untuk memberi yang lebih baik untuk menceritakan semua masalah kepada kaunselor. Kaunselor boleh meminta penjelasan daripada klien jika merasakan percakapan daripada klien 5



tersebut masih terdapat kekaburan atau susah untuk difahami. Ini akan memudahkan kaunselor untuk mengumpul segala maklumat yang disampaikan oleh klien. Dengan adanya kemahiran ini, kaunselor akan fokus terhadap perbincangan tersebut. Kemahiran ini dapat di lihat ketika sesi kedua dijalankan. Galakkan daripada kaunselor supaya Puan Janeta terus berkongsi isu yang dibawa membuatkan beliau tidak merasa segan dan selesa meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Penggunaan ayat yang teratur juga merupakan salah satu kemahiran yang di tunjukkan oleh kaunselor kepada para kaunselor pelatih. Penggunaan ayat yang menarik dan ringkas akan memberikan perasaan santai kepada ahli kelompok untuk berkongsi isu mereka.



3.4 Kemahiran Memimpin Kemahiran adalah untuk menggalakan klien memberi tindak balas kepada komunikasi yang sedang dijalankan terutama komunikasi terbuka. Kemahiran ini sangat penting untuk memastikan klien mampu untuk menerangkan segala permasalahan, peluang untuk berinteraksi dan menggalakan klien menentukan atau arah tuju sesi kaunseling. Terdapat dua kemahiran memimpin iaitu memimpin secara lansung di mana bertujuan memberi fokus kepada sesuatu topik relevan yang sedang diperbincangkan dan menggalakkan klien bercerita atau menjelaskan sesuatu lebih terperinci dan jelas dan kedua, memimpin secara tidak lansung di mana ia selalu digunakan pada awal sesi untuk memberi peluang kepada klien memulakan sesi. 3.5 Kemahiran Menyoal Kebiasaanya, kemahiran ini memang sudah ada dalam diri seseorang kaunselor. Teknik menyoal yang tidak betul akan menyebakan sesi kaunseling tersebut akan menjadi seperti perbualan biasa. Walaupun begitu, kaunselor juga perlu menghindari 6



daripada menyoal seperti soal siasat pihak penguatkuasa terhadap penjenayah untuk mengelakkan klien terasa diri mereka seperti pesalah. 3.6 Refleksi Uniknya seorang kaunselor dalam sesi kaunseling adalah dengan adanya refleksi terhadap permasalahn yang diluahkan kepada kaunselor. Refleksi merupakan pengulangan kembali pokok atau isi kata-kata klien secara tepat, padat dan ringkas. Justeru, klien akan merasa yakin terhadap kaunselor kerana kaunselor faham akan apa yang disampaikan oleh klien. Terdapat tiga jenis refleksi iaitu refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman. Pada setiap sesi, pensyarah menunjukkan kepentingan seorang kaunselor memberikan refleksi pada setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang sesi. Hal ini supaya klien dapat menangkap setiap objektif sesuatu aktiviti itu dilakukan supaya dapat perubahan tingkah laku dapat dilihat. 3.7 Kemahiran Merumus Fokus terhadap sesuatu permasalah yang digunakan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh klien. Ini memudahkan pembimbing memberikan pertolongan tanpa mencari-cari apakah masalah yang ingin diselesaikan oleh klien. Terdapat dua rumusan yang boleh dilakukan dalam sesi kaunseling iaitu rumusan kecil dan rumusan besar. 3.8 Kemahiran Penamatan Kemahiran penamatan amat penting untuk memastikan klien tahu sama ada sesi masih dijalankan ataupun sudah habis.



4.0



PENDEKATAN TEORI 7



Apa yang boleh saya kenalpasti ialah pensyarah menggunakan pendekatan Teori Cognitive Behavioral Theraphy (CBT) atau dalam Bahasa Melayu kognitif tingkah laku. didefinisikan sebagai psikoterapi yang berfokus kepada keadaan seseorang di mana ketika seseorang individu mengubah pemikiran maladaptive sekaligus ia akan mengubah tingkah laku individu tersebut (Spiegler & Guevremont, 2013). Hal ini bermaksud CBT berasaskan model bahawa perasaan dan tindakan kita dipengaruhi oleh gaya kita berfikir dan bukannya dari faktor luaran. Teori CBT akan berfokus kepada bagaimana menggantikan sesuatu perkara atau tingkah laku yang negatif kepada tingkah laku yang lebih baik ataupun positif. Dalam terapi kognitif mengandaikan bahawa pemikiran yang negatif atau tidak rasional akan muncul dan terbentuk daripada gangguan emosi seseorang individu. Hal ini berlaku apabila seseorang itu bertindak berdasarkan pemikiran yang telah diputarbelit terhadap sesuatu perkara atau situasi. CBT mempunyai beberapa teknik seperti Teknik Mengkstruktur Semula Kognitif, Teknik Relaksasi, Teknik Rekod Pemikiran Disfungsional dan Teknik Guide Discovery. CBT merupakan terapi yang berasaskan bukti yang mensasarkan kepada masalah semasa klien. Terapi ini mampu untuk memperbaiki gangguan yang berlaku kepada emosi, pemikiran dan tingkah laku negatif klien yang akan menggangu keadaan kehidupan seharian individu.



5.0



TEKNIK RAWATAN Semasa proses kaunseling dijalankan, Puan Janeta menyatakan bahawa dia selalu risau apabila memikirkan perihal keluarganya. Terdapat dua Teknik rawatan yang digunakan oleh pensyarah untuk menyelesaikan masalah Puan Janeta. 8



5.1



Teknik Mengstruktur Semula Kognitif Pemikiran yang negatif merupakan suatu pemikiran yang tidak baik untuk seseorang individu. Puan Janeta menyedari bahawa dia selalu mengalami masalah over-thinking apabila berkaitan dengan keluarganya. Dia menyatakan bahawa keadaan kesihatan suaminya sering membuatkan dia risau. Dia selalu berfikiran negative apabila suaminya keluar bersama kawan-kawanya. Dalam teknik ini, pensyarah menjalankan penilaian pemikiran negatif untuk mengstrukturkan semula kognitif Puan Janeta. Teknik ini akan menghentikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif klien. Terdapat beberapa proses yang akan terlibat seperti pemantauan tempoh masalah, kekerapan dan keseriusan masalah, anteseden, kognitif yang berkaitan dan akibatnya. Huruf A-B-C yang merujuk kepada A (antecedents) adalah kejadian dan peristiwa sebelum akibat berlaku, B (belief system) adalah fikiran automatik yang berkaitan dan C (consequences) adalah kesan akibat yang berlaku dalam bentuk reaksi tingkah laku dan emosi yang bermasalah akan digunakan oleh kaunselor dalam menganalisis masalah ini. Pada akhir teknik ini, klien akan merekodkan kesan kognitif baharu dan tingkah laku personal.



5.2



Teknik Guide Discovery Teknik ini digunakan secara meluas dalam CBT. Teknik ini berkesan mengubah andaian yang maladaptive (Beck, 1995). Pensyarah bertanya beberapa siri soalan untuk mendapatkan tingkah laku Puan Janeta dan seterusnya kaunselor akan mendengar dan memberi refleksi terhadap 9



maklumat yang diberikan oleh klien. Akhir sekali, kaunselor akan mengajar klien menggunakan rasional untuk melihat pemikaran dan perasaan klien secara realiti.



6.1



TUGAS PEMIMPIN KELOMPOK Ketua atau pemimpin dalam kaunseling kelompok ialah kaunselor. Dalam sesi kaunseling yang dijalankan oleh pensyarah, pensyarah menunjukkan beberapa peranan ketua kelompok.



Peranan yang pertama boleh dilihat sebagai ketua kelompok semasa sesi dijalankan adalah ketua kelompok bertindak sebagai perangsang emosi melibatkan perlakuan ketua yang berani meluahkan perasaan, sikap dan nilai diri dan dia kerap mengambil bahagian sebagai ahli.



Peranan yang kedua adalah ketua kelompok memainkan peranan menyediakan ahli untuk menerima dan memahami apa yang berlaku dalam kumpulan. Pada masa yang sama, dia menggalakkan ahli agar mengubah perlakuan kepada yang lebih diterima. Selain itu, peranan ketua kelompok juga dapat dilihat apabila pensyarah melaksanakan tugas melibatkan faktor menentukan tempat pertemuan yang sesuai, mencadang atau menentukan peraturan dan norma-norma yang harus dipatuhi oleh ahli kumpulan, menentukan matlamat, masa dan etika kaunseling kelompok.



Dalam setiap interaksi kumpulan, terdapat banyak peluang bagi ketua untuk membuat komen tentang interaksi yang berlaku dalam kumpulan tidak kira apa juga teknik dan kemahiran yang digunakan. Selain itu, fungsi penting ketua juga ialah menggalak dan 10



mengembangkan interaksi di antara ahli kelompok itu. Ketua yang berjaya berkongsi fungsi kepimpinannya dengan ahli lain lebih sedia mengetepikan perasaan mereka dan menggalakkan ahli menolong di antara satu sama lain. Ketua juga mempermudah sesuatu proses itu berlaku melalui kehadirannya dalam kelompok. Ketua menggalakkan kumpulan bertindak dan mengarahkan perhatian kumpulan pada perasaan hati yang sedang dilalui dan kebimbangan yang sedang dialami.



Di samping itu, ketua juga berperanan untuk menghalang campur tangan dalam kelompok untuk melindungi hak individu dalam kumpulan. Ini digunakan supaya setiap ahli dapat menggunakan haknya untuk mengeluarkan pendapat dalam kumpulan tetapi pada masa yang sama mengekalkan haknya untuk merahsiakan sesuatu.



Seterusnya ketua berperanan untuk menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku dalam kelompok. Adalah menjadi tugas ketua untuk memastikan sengketa yang berlaku diselesaikan dalam kelompok dengan suasana yang tenteram dan tenang supaya penyelesaian dapat dicapai.



6.0



KESAN TERHADAP DIRI DAN PSIKOLOGIKAL Sebelum mengikuti sesi yang dikendalikan oleh pensyarah, saya sendiri menghadapi masalah yang sama seperti yang dihadapi oleh Puan Janeta. Jika Puan Janeta mempunyai masalah overthinking terhadap keluarganya, saya pula selalu terlebih memikirkan apa yang orang lain fikir mengenai diri saya sendiri. Sehingga pada satu 11



tahap, saya menganggap bahawa semua individu yang cuba untuk berkawan dan mendekati saya mempunyai niat yang tidak baik. Namun adanya sesi kaunseling kelompok yang dijalankan oleh pensyarah membantu sedikit mengubah pemikiran saya terhadaporang lain. Setiap cadangan yang di cadangkan oleh ahli kelompok saya cuba aplikasikan dalam kehidupan harian saya sendiri. Walaupun begitu, sesi kaunseling kelompok tersebut hanya dijalankan 3 kali sesi sahaja atas factor-faktor tertentu dan masih terdapat masalah dalaman yang masih saya pendam sendiri. Saya percaya bahawa jika sesi tersebut dapat dijalankan sehingga semua ahli kelompok dapat berkongsi isu yang dihadapi, pastinya lebih banyak isu dalaman dalam diri saya dapat diselesaikan. Pada pendapat saya, sesi kaunseling kelompok yang di kendalikan oleh pensyarah perlu dilakukan kepada kaunselor pelatih untuk menyiapkan para kaunselor pelatih menghadapi pelbagai jenis ragam klien apabila tamat belajar kelak. Sebagai seorang bakal kaunselor, isu-isu dalaman diri sendiri haruslah diselesaikan terlebih dahulu supaya bakal kaunselor dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa memberi perkhidmatan kaunseling kepada klien.



7.0



RUMUSAN Pelaksanaan kaunseling kelompok memperlihatkan beberapa impak positif terhadap kaunselor dan klien yang terlibat. Antaranya ialah mempertingkatkan kemahiran komunikasi ahli-ahli kumpulan. Hal ini akan mendedahkan ahli-ahli terhadap keberkesanan dalam berhubung bukan sahaja dengan ahli-ahli yang lain, malah masyarakat sekeliling. Selain itu, proses kaunseling kelompok ini bukan sahaja 12



membawa pendekatan satu hala iaitu kaunselor kepada klien, malah turut melibatkan pendekatan klien kepada klien serta klien kepada kaunselor. Hal ini mewujudkan solusi yang bervariasi.



Melalui kaunseling kelompok ini juga, klien akan lebih berfikiran positif dengan menganggap bahawa bukan dirinya sahaja yang mempunyai masalah, malah ahli-ahli kumpulannya yang lain juga turut menghadapi masalah yang sama. Hal ini akan memotivasikan individu tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya bersama-sama ahli kumpulannya.



Secara keseluruhannya, pendekatan kaunseling kelompok mempunyai prosedur yang sedikit



berbeza



dari



kaunseling



individu.



Namun,



pendekatan



ini



turut



memperlihatkan positifnya terhadap klien dan juga kaunselor. Pemilihan pendekatan yang ingin dijalankan oleh seseorang kaunselor perlulah dinilai dan dilihat dari pelbagai sudut agar pendekatan yang dijalankan berkesan terhadap proses menolong klien.



Rujukan Guevremont, S. &. (2003). Contemporary Behavior Therapy (4th Edition). USA: Thomson Wadsworth. Padesky, C. A., & Greenberger, D. (1995). Clinician's Guide to Mind Over Mood. Trotzer, J. P. (1977). The Counselor and the Group: Integrating Theory, Training, and Practice. 13



14