Faktor Keberkesanan Kaunseling Kelompok [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Faktor Keberkesanan Kaunseling Kelompok



Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kaunseling kelompok di anggap berkesan dalam menyelesaikan masalah seseorang individu itu. Faktor pertama keberkesanan kaunseling kelompok ialah kerana suasana yang kondusif atau teraputik. Suasana yang kondusif atau teraputik ini lebih bersifatkan kepada keadaan di dalam bilik kaunseling itu sendiri di mana keadaan bilik yang selesa akan menyebabkan klien atau ahli- ahli yang terlibat di dalam kaunseling kelompok itu berasa mudah untuk berkongsi masalah dan pendapat. Keadaan bilik yang perlu diambil kira antaranya ialah saiz bilik itu yang luas atau selesa untuk menjalankan aktiviti kaunseling kelompok, pemilihan warna yang terang dan ceria agar klien atau ahli- ahli boleh menyampaikan setiap pandangan dengan lebih yakin, dan sistem pengudaraan yang cukup agar klien berasa selesa berasa di dalam bilik yang mungkin akan melibatkan 4 atau 5 orang ahli semasa menjalankan aktiviti kaunseling kelompok. Selain itu, kedudukan bilik kaunseling juga hendaklah jauh dari suasana yang bising dan tidak menjadi tumpuan orang untuk lalu lalang. Hal ini kerana di khuatiri jika suasana terlalu bising, perbincangan tidak dapat diadakan dengan lancar kerana terganggu dek kebisingan yang terhasil dan jika terdapat ramai orang yang lalu lalang di sekitar bilik itu, di khuatiri orang yang lalu lalang itu akan terdengar akan diskusi yang sedang dijalankan. Faktor



seterusnya



ialah



kemahiran



pemudahcara.



Kemahiran



pemudahcara ini lebih menjurus ke arah kauselor itu sendiri di mana kauselor mempunyai kemahiran untuk menjadikan sesi kaunseling kelompok itu berjalan dengan lebih lancar. Tidak dapat dinafikan bahawa semasa sesi kaunseling kelompok, akan timbul beberapa pendapat yang mungkin akan bercanggah antara ahli- ahli di dalam kaunseling kelompok itu sendiri. Oleh yang demikian, sudah menjadi tugas kaunselor yang mempunyai kemahiran pemudahcara itu tadi untuk menenangkan klien- kliennya sekaligus memberi pendapat yang lebih rasional bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien- kliennya itu. Hal



ini akan menyebabkan sesi kaunseling kelompok itu lebih dianggap berkesan dan memberi impak yang positif dalam pengendalian kaunseling kelompok tersebut. Selain itu, faktor keberkesanan kaunseling kelompok yang lain adalah kerana penglibatan semua ahli di dalam kaunseling kelompok. Apabila mereka berada di dalam kaunseling kelompok, mereka akan berada bersama- sama dengan individu yang juga mempunyai masalah yang sama atau hampir sama dengan mereka. Dengan itu, mereka tidak akan berasa mereka menanggung sendirian akan masalah yang sedang mereka alami. Ahli- ahli di dalam kaunseling kelompok pastinya merasa derita atau bebanan masalah yang ditanggung oleh rakan- rakan di dalam kumpulan tersebut. Maka dengan itu, tidak mustahil jika mereka akan cuba sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi itu. Ahli- ahli kumpulan akan cuba untuk memberi cadangan dengan bimbingan dari kaunselor dan hal ini telah mewujudkan satu penyelesaian masalah apabila mereka bertukar- tukar pendapat antara satu sama lain. Sikap sensetif terhadap masalah rakan- rakan lainlah yang telah menyebabkan ahli- ahli dalam kaunseling kelompok sedaya upaya meberi bantuan antara satu sama lain. Ahli- ahli juga berupaya memupuk semangat dan motivasi sesama mereka. Secara tidak langsung, ahli yang bermasalah teransang untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan pada peringkat permulaan sesi. Dari sini, kita sudah Nampak bahawa penglibatan semua ahli di dalam kaunseling kelompok memainkan peranan yang besar dalam menjayakan sesi kaunseling itu. Di samping itu, sikap keterbukaan ahli- ahli di dalam kaunseling kelompok itu juga menjadi salah satu faktor keberkesanan kaunseling kelompok. Ahli- ahli di dalam sesi kaunseling kelompok berpeluang memberi dan menerima pertolongan samada daripada kaunselor atau ahli- ahli lain. Namun, setiap ahli haruslah mempunyai sikap keterbukaan iaitu mereka perlu jujur dalam memberi pendapat dan juga boleh menerima pendapat yang dikemukakan oleh ahli yang lain. Semasa sesi kaunseling kelompok dijalankan, kaunselor dan ahli- ahli di



dalam kaunseling kelompok akan sama- sama berbincang dan mengutarakan pendapat untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Jika ahli tidak bersetuju dengan pendapat yang diketengahkan oleh kaunselor, mereka boleh beralih arah kepada pandangan yang dijelaskan oleh ahli- ahli di dalam kaunseling kelompok itu. Hal ini akan membuka peluang kepada ahli- ahli tersebut untuk menyelesaikan masalah mereka dalam pelbagai kaedah yang mereka rasa lebih selesa dan benar- benar membantu mereka. Oleh yang demikian, kemahiran menyelesaikan masalah seseorang ahli dapat ditingkatkan melalui idea yang dijana oleh kaunselor dan ahli- ahli yang lain. Sikap personhood pemudahcara yang dimiliki oleh kaunselor atau ahli di dalam kaunseling kelompok itu juga menjadi antara faktor keberkesanan kaunseling kelompok. Hal ini kerana sikap setiap ahli di dalam kaunseling kelompok sentiasa belajar untuk mendalami dan meneliti kebimbangan masingmasing yang telah menyebabkan mereka bersatu hati untuk sama- sama menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Perasaan memahami antara satu sama lain berikutan masalah yang dihadapi oleh mereka adalah sama tersebut telah menyebabkan mereka sentiasa memupuk semangat tolong- menolong dan bersatu padu antara satu sama lain. Hal ini sekaligus memperlihatkan betapa kaunseling kelompok mampu memberi impak yang positif dalam menyelesaikan masalah- masalah yang dihadapi oleh kliennya. Faktor keberkesanan kaunseling kelompok yang lain ialah kaunseling kelompok



menjimatkan



masa



kerana



beberapa



orang



klien



dapat



dipertemukan pada satu masa yang sama. Hal ini kerana, beberapa orang klien yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama akan dikumpulkan. Selepas itu, mereka akan sama- sama menyatakan masalah masing- masing dan bertukar- tukar pendapat untuk menyelesaikan masalah tersebut samada antara sesama ahli kumpulan atau bersama kaunselor. Oleh yang demikian, masa untuk menjalankan kaunseling dapat dijimatkan apabila mereka dipertemukan dalam masa yang sama dan bertukar pendapat sesama ahli kumpulan.



Faktor keberkesanan kaunseling kelompok yang terakhir adalah kerana peserta juga dapat memerhati tingkah laku proses penyelesaian masalah dan cara mengendalikan masalah oleh peserta- peserta lain. Ianya turut menjadi salah satu faktor keberkesanan kaunseling kelompok. Hal ini kerana, ahli- ahli yang merasa diri mereka akan terus di rundum masalah dan tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menyelesaikan masalah itu akan termotivasi sendiri apabila mereka melihat rakan- rakan lain yang turut berada di dalam kaunseling kelompok itu dapat menyelesaikan masalah mereka walaupun masalah itu teramat berat untuk dipikul. Sebagai contoh Andak mempunyai masalah di mana dia sering di buli di dalam kelas dan hal ini menyebabkan dia berasa sangat rendah diri malahan keyakinan diri Andak juga berkurang apabila di buli oleh rakan sekelas. Namun, semasa berada di dalam kaunseling kelompok, Andak melihat Aman yang juga sering di buli di dalam kelas dapat menyelesaikan masalah tersebut walhal badan Aman dua kali ganda lagi kecil daripadanya. Oleh yang demikian, akan timbullah keyakinan di dalam diri Andak bahawa dia juga dapat menyelesaikan masalah apabila memerhati cara Aman menyelesaikan dan mengendalikan masalah buli tersebut.