Usuk B Kump 4 PDF [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA (USK 30903)



TAJUK TUGASAN: JELASKAN TENTANG TEORI KERJAYA MYERS-BRIGGS



NAMA PENSYARAH: DR. HAJI MOHD SANI BIN ISMAIL



NAMA DAN NO. MATRIK: FATIN ANISAH BINTI FAKHRUL RAZI (047209) MAHIRAH HUSNA BINTI MOHD TAIB (046839) WAN NUR FATHIHAH BINTI WAN AZHAR (047817)



PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN KAUNSELING (KEPUJIAN) SEMESTER 7B



PUSAT PENGAJIAN USULUDDIN FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN 2020



ISI KANDUNGAN



Bil.



Kandungan



Halaman (m/s)



1.



Pengenalan



1



2.



Tokoh Teori Kerjaya Myers-Briggs



3.



Latar Belakang Teori Kerjaya Myers-Briggs



4.



Sejarah Kewujudan Teori Myers-Briggs (MBTI)



2-3



5.



Definisi Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)



3-4



6.



Empat Kecenderungan dalam MBTI



4-7



7.



Dinamika Jenis



7-11



8.



Kelebihan Teori Kerjaya Myers-Briggs



12



9.



Kekurangan Teori Kerjaya Myers-Briggs



12



10.



Kritikan terhadap Teori Kerjaya Myers-Briggs



12



11.



Kesimpulan



13



12.



Rujukan



14



1-2



2



PENGENALAN Di zaman modenisasi ini, kerjaya merupakan elemen yang sangat penting kepada seseorang individu dewasa untuk menjana sumber pendapatan mereka bagi menampung kehidupan seharian. Pada masa yang sama, kerjaya akan memberi pelbagai cabaran kepada setiap individu untuk merebut peluang dalam pasaran kerjaya yang terbentang luas. Oleh sebab itu, setiap individu perlu melengkapkan diri mereka untuk membuat persediaan dan pemilihan apabila menempuh alam kerjaya pada masa hadapan. Hal yang demikian, bimbingan kaunseling kerjaya digalakkan kepada seseorang yang menghadapi masalah terhadap pemilihan kerjaya yang akan dipilih nanti. Dalam pemilihan kerjaya yang tepat, seseorang individu haruslah mengenal pasti dahulu bakat dan kebolehan mereka sendiri.



Terdapat bimbingan kaunseling kerjaya yang dilakukan oleh kaunselor yang diiktiraf bagi membantu individu yang menghadapi masalah terhadap pemilihan kerjaya mereka. Menurut Brown & Brook (1986), kaunseling kerjaya adalah suatu bidang kaunseling yang khusus bagi membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Selain itu, kaunseling kerjaya dilihat sebagai satu proses yang mudah dalam membantu individu membuat keputusan yang tepat berkaitan kerjaya yang dipilih oleh mereka. Apa yang penting adalah supaya perkara ini dapat dicapai bagi membantu individu itu mengenali diri sendiri dan mengetahui maklumat lanjutan berkaitan kerjaya pilihan mereka.



Jesteru itu, penggunaan ujian dan inventori oleh kaunselor seiring dengan perkembangan ilmu psikologi telah berjaya membantu individu memilih kerjaya yang sesuai dengan ciri-ciri kendiri mereka. Terdapat pelbagai teori personaliti yang telah dikaji oleh ahliahli psikologi yang terkenal sama ada dari aspek trait mahupun type. Tugasan ini akan membincangkan berkaitan dengan teori personaliti berdasarkan teori kerjaya Myers-Briggs yang telah dibangunkan oleh Katherine Cook Briggs dan Isabel Briggs Myers yang berasaskan Teori Personaliti Carl Jung. Mereka telah berjaya membangunkan pengkelasan yang sendiri berkaitan dengan tingkah laku manusia yang dinamakan Myers-Briggs Type Indicator (MBTI).



TOKOH TEORI KERJAYA MYERS-BRIGGS Isabel Briggs Myers dilahirkan pada 18 Oktober tahun 1897. Beliau dibesarkan di Washington, Amerika Syarikat. Beliau merupakan anak perempuan kepada Katherine Cook Briggs dan 1



ayahnya yang bernama Lyman J. Briggs bekerja sebagai ahli fizik penyelidikan. Isabel Myers tidak bersekolah secara formal kerana beliau hanya bersekolah dari rumah oleh ibunya sehinggalah beliau memasuki Swarthmore Kolej dimana beliau mengambil jurusan sains politik. Semasa di kolej, beliau bertemu dengan Clarence yang belajar jurusan undang-undang. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Clerence pada tahun 1918 dan mendapat dua orang anak iaitu Peter Briggs Myers dan Ann Myers Hughes. Beliau meninggal dunia pada 5 Mei tahun 1980. Isabel Briggs Myers merupakan seorang pengarang Amerika dan pencipta bersama ibunya, mengenai inventori keperibadian yang dikenali sebagai Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) yang didasarkan kepada teori Carl Jung.



LATAR BELAKANG TEORI KERJAYA MYERS-BRIGGS Teori kerjaya Myers-Briggs merupakan teori psikologi yang dibangunkan berdasarkan hasil kerja Carl Gustav Jung mengenai pengkelasan personaliti. Katherine Cook Briggs yang berminat dengan teori Jung ini telah membangunkan pengkelasan yang sendiri berkaitan dengan tingkah laku manusia. Akan tetapi Isabel Myers Briggs yang merupakan anak perempuan Briggs telah berhasil mengembangkan teori ini. Isabel Myers bekerjasama dengan Briggs untuk membangunkan Myers-Briggs Type Indicator (MBTI).



Isabel Briggs Myers menghasilkan buku panduan Pengenalan tentang Type untuk kegunaan klien setelah menghadiri sesi maklum balas pengenalan yang menerangkan tentang keputusan mereka dalam penilaian Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Beliau mahu membantu klien memahami jenis mereka dan mula menerapkan pengetahuan tersebut ke dalam kehidupan harian mereka. Hasrat beliau ialah agar setiap orang yang diperkenalkan kepada jenis keperibadian dan penilaian MBTI akan menerima sumber asas ini yang menyediakan perihalan tentang kesemua 16 jenis Myers-Briggs. Myers yakin bahawa pemahaman yang mereka peroleh daripada memahami diri sendiri dan perbezaan mereka daripada orang lain yang memiliki jenis keperibadian lain akan membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan berkesan.



SEJARAH KEWUJUDAN TEORI MYERS BRIGGS MBTI ini dikembangkan oleh Katherine Cook Briggs dan anak perempuannya, Isabel Briggs Myers sejak Perang Dunia II (1939-1945). Mereka percaya bahawa pengetahuan berkaitan 2



keperibadian akan dapat membantu perempuan memasuki dunia kerjaya di bidang industri. Setelah mengalami pengembangan, akhirnya ujian Myers-Briggs Type Indocator (MBTI) telah diwujudkan pada tahun 1962. MBTI ini merupakan teori yang berdasarkan pemikiran Carl Gustav Jung (1921-1971) dalam bukunya yang berjudul “Psychological Type” yang diterbitkan pada tahun 1921. Dalam bukunya, Jung menerangkan berkaitan dengan empat fungsi utama bagi psikologi yang digunakan oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan iaitu sense, intuition, feeling dan thinking.



Pencetus penilaian MBTI, iaitu Katharine Cook Briggs (1875–1968) dan anak perempuannya, Isabel Briggs Myers (1897–1980), merupakan pemerhati yang teliti tentang perbezaan keperibadian. Mereka mengkaji dan mempertingkatkan idea Carl Jung (1875–1961) serta menggunakannya untuk memahami insan lain di sekeliling mereka. Myers terdorong oleh keinginan untuk membantu insan lain memperoleh kepuasan diri dan mencapai potensi mereka di tempat kerja dan dalam kehidupan peribadi. Myers mula menghasilkan penilaian MBTI agar semua insan walau di mana jua mereka berada memperoleh manfaat yang beliau temui apabila mengetahui tentang jenis keperibadian dan menghargai perbezaan.



Setelah beberapa dekad melaksanakan penyelidikan dan pembangunan, termasuk beberapa kemas kini, penilaian MBTI kini merupakan alat yang paling kerap digunakan secara universal di seluruh dunia untuk memahami perbezaan keperibadian sihat dan normal dalam kalangan warga dunia di mana-mana sahaja. Berjuta-juta penilaian MBTI telah dilaksanakan dalam lebih daripada 30 bahasa, manakala kepopularan dan kebergunaan alat tersebut makin berkembang setiap tahun.



DEFINISI MYERS-BRIGGS TYPE INDICATOR (MBTI) Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) ialah ujian personaliti yang direka bentuk bagi membantu individu mengenal pasti beberapa pilihan yang signifikan. Indikator ini sering digunakan dalam pelbagai bidang seperti pedagogi, dinamika kumpulan, latihan pekerja, latihan kepimpinan, kaunseling perkahwinan dan juga dalam perkembangan personal.



Indikator ini adalah berlainan dengan ujian piawai dan lain-lain ujian pengukuran tret seperti kecerdasan, sebaliknya mengklasifikasikan individu berdasarkan sifat tertentu. Menurut teori Myers-Briggs, walaupun jenis dan tret kedua-duanya seiring, namun tret boleh diperbaiki 3



serupa dengan kemahiran, manakala jenis, jika disokong oleh persekitaran yang sihat secara semula jadi ianya berbeza dari semasa ke semasa.



Di samping itu, indikator ini menjelaskan bahawa meneroka tentang tret semula jadi seseorang individu adalah bagi mewujudkan peluang untuk meningkatkan bagaimana seseorang mengaplikasikannya dalam konteks yang berbeza. Untuk tujuan ini, MBTI mampu menghasilkan perubahan dan perkembangan personal. Bagi mengetahui ciri personaliti berdasarkan indikator ini, seseorang individu perlulah menduduki ujian psikologi MBTI yang mengandungi 93 item atau soalan aneka pilihan.



EMPAT KECENDERUNGAN DALAM MBTI Menurut teori psikologi Carl Jung, Catherine Briggs dan anaknya Isabel Briggs Myers telah menghasilkan empat dimensi personaliti iaitu dimensi extraversion dan introversion, dimensi sensing dan intuition, dimensi thinking dan feeling serta dimensi judging dan perceiving.



Kategori yang pertama ini melihat orientasi tenaga seseorang individu itu sama ada ke dalam atau ke luar. Extraversion (ekstrovert) bersifat suka bergaul dengan ramai orang, suka bercakap, berjenaka, berfikiran terbuka, bertenaga apabila berada dalam suatu kumpulan, bercakap dulu sebelum berfikir, tidak suka menyatakan sesuatu dengan tulisan, kurang berminat untuk mengambil tahu apa yang berlaku pada seseorang, mudah hilang sabar dan emosi cepat berubah. Bagi individu yang ekstrovert, mereka dilihat sebagai seorang yang mudah didekati, senang berkongsi pendapat dan perasaan dengan orang lain. Biasanya mereka tidak gemar bersendirian kerana memerlukan interaksi dengan orang lain dan akan cuba untuk melakukan perkara yang membolehkan mereka terdedah dengan perkara sekeliling. Disebabkan tabiat yang suka mengeluarkan pendapat tanpa berfikir panjang, individu yang ekstrovert mungkin dilihat sebagai seorang yang berfikiran cetek kerana pendapat yang diluahkan kerap berubah.



Introversion (introvert) pula bertentangan dengan ekstrovert iaitu pemalu, pendiam, suka menyendiri, mengelak daripada berjumpa dengan orang ramai, memberi peluang kepada orang lain dalam percakapan dan perbahasan, menyatakan idea dalam bentuk tulisan, tidak mengambil berat apa yang berlaku di luar tetapi mementingkan sifat diri seseorang. Biasanya individu ini akan merasa tertekan dengan tuntutan persekitaran yang memerlukan mereka 4



berinteraksi dalam kumpulan yang besar. Mereka lebih gemarkan perkara-perkara yang melibatkan pemikiran dan dalaman, interaksi secara satu dengan satu dan selalunya memerlukan masa yang lama untuk mengenali mereka. Dalam menangani sesuatu isu, individu yang introvert biasanya akan membuat refleksi dan berfikir secara mendalam terlebih dahulu kemudian barulah bertindak. Mereka selesa bersendirian dan disebabkan itu mereka dilihat sebagai orang yang menyisihkan diri dari orang lain.



Seterusnya, bagi perbandingan kecenderungan kedua iaitu sensing dan intuition pula menjelaskan tentang cara seseorang individu mendapatkan maklumat atau memproses data. Bagi yang mempunyai kecenderungan sensing, mereka menggunakan kelima-lima deria untuk mendapatkan maklumat iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Mereka menggunakan secara praktikal sumber maklumat yang kukuh, jelas dan nyata, mental memikirkan keadaan semasa yang sedang berlaku pada masa itu dan baik dalam memperkatakan pengalaman yang lepas. Mereka juga melihat sesuatu secara spesifik dan satu per satu, lebih berminat untuk mengendalikan sesuatu yang praktikal, tepat dan boleh diukur. Mereka juga akan melakukan sesuatu kerja mengikut turutan yang sepatutnya. Kebiasaannya dalam melakukan sesuatu tugas, mereka akan cuba memahami bahagian-bahagian kecil terlebih dahulu sebelum mengaitkannya dengan fungsi yang lebih besar. Mereka juga gemar menggunakan dan memperbetulkan perkara-perkara yang biasa dilakukan. Orang-orang sensing ini juga mungkin akan dilihat sebagai seorang yang materialistik dan mempunyai pemikiran yang realistik oleh orang sekeliling.



Sebaliknya intuition (intuisi) pula suka memberi maklumat yang kabur, tekaan dan berkhayal, menggunakan khayalan kemungkinan yang akan berlaku, mental memikirkan masa hadapan dan ingatan mengutamakan kepada melihat corak, mencari hubungan dan makna serta baik dalam pemahaman teori. Mereka lebih cenderung untuk menggunakan gerak hati dan mengaitkan maklumat yang diperolehi secara lebih meluas. Biasanya mereka akan melihat kepada perhubungan antara sesuatu perkara dan berpandangan jauh. Mereka gemar berimaginasi tentang kemungkinan yang boleh berlaku dan sukakan peluang untuk mencipta sesuatu yang baru. Dalam melakukan sesuatu kerja, mereka lebih sukakan kebebasan dan tidak terikat dengan langkah-langkah yang ditetapkan. Mereka akan melihat sesuatu perkara secara meluas dan memahami bagaimana perkara tersebut bersesuaian antara satu sama lain. Disebabkan sikap mereka yang suka melakukan eksperimen bagi menghasilkan kelainan dan



5



sesuatu yang baru, mereka ini sering dilihat sebagai seorang yang idealistik dan suka beranganangan.



Bagi kecenderungan seterusnya iaitu thinking atau feeling, ia menjelaskan tentang cara seseorang itu membuat keputusan. Bagi yang cenderung untuk menggunakan thinking, mereka membuat sesuatu keputusan menggunakan pemikiran, berdasarkan analisis secara logik dan mementingkan prinsip seperti keadilan dan kebenaran. Thinking (berfikir) mengutamakan tugas dan pekerjaan yang sempurna, pencarian fakta yang logik dalam membuat keputusan, menyediakan objektif analisa yang kritikal dan mengakui perselisihan faham dengan manusia sebagai hubungan yang biasa. Mereka akan menilai sesuatu perkara yang berlaku sebagai orang luar dan biasanya sangat bagus dalam membuat analisa sesuatu perancangan. Individu ini mungkin dilihat sebagai orang yang meninggi diri dan suka mengkritik.



Individu yang menggunakan feeling pula, mereka membuat keputusan berdasarkan penilaian kepentingan dan keadaan semasa. Mereka mengutamakan pertimbangan antara kehendak dan tindakan manusia, bersetuju dengan cadangan yang popular dan tidak bersetuju dalam perselisihan manusia serta mengambil tindakan yang di luar dugaan. Mereka biasanya menggunakan perasaan dalam membuat keputusan dan didorong oleh kepercayaan peribadi. Mereka menitikberatkan nilai-nilai keharmonian dan perhubungan. Dalam menangani sesuatu isu, mereka akan membuat penilaian seolah-olah mereka terlibat secara langsung dengan isu berkenaan. Individu ini mudah memahami orang lain dan menghargai apa yang ada di sekeliling. Namun begitu, mereka mungkin dilihat sebagai penyibuk oleh sesetengah orang (kerana sifat ambil beratnya) dan emosional.



Kecenderungan yang terakhir adalah judging dan perceiving di mana ia menerangkan tentang gaya hidup seseorang individu atau tahap fleksibiliti seseorang terhadap keadaan. Bagi individu yang cenderung kepada judging, kehidupan mereka dilihat mempunyai perancangan yang jelas dan lengkap sebelum sesuatu tindakan, mengelakkan tekanan perasaan hingga ke garisan terakhir dalam menjalankan tugas, meletakkan sasaran yang hendak dicapai dan menilai masa sebagai aturan hidup. Gaya hidup orang judging lebih teratur, sukakan perkara yang tepat, berstruktur dan sentiasa ingin mengawal keadaan. Disebabkan itulah mereka dilihat sebagai seorang yang tegas dan mempunyai had-had yang jelas dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka bijak merancang dan sekiranya perlu melakukan sesuatu kerja dalam tempoh



6



tertentu, mereka akan menyiapkannya lebih awal dari tarikh akhir kerja tersebut. Individu ini mungkin dilihat sebagai seorang yang cerewet dan tegar oleh orang lain.



Perceiving (pengamatan) pula lebih selesa bergerak dalam membuat tindakan terus tanpa perancangan rapi, toleransi dengan tekanan perasaan dalam bekerja serta menggemari kepelbagaian, kebebasan dan keterbukaan dalam matlamat kehidupan. Gaya hidup orang perceiving pula lebih fleksibel dan bertindak mengikut keadaan semasa. Mereka cenderung untuk mendapat pengalaman-pengalaman hidup yang baru dan tidak mempunyai perancangan yang terperinci. Ini mungkin kerana mereka suka berada dalam situasi yang memberi kejutan dan rasa ingin tahu. Dalam melakukan sesuatu kerja, mereka akan melakukannya di saat-saat akhir dan disebabkan itulah mereka dilihat sebagai seorang yang tidak teratur atau kurang bertanggungjawab.



DIKOTOMI Extraversion (E)



Introversion (I)



Sensing (S)



Intuition (N)



Thinking (T)



Feeling (F)



Judging (J)



Perceiving (P)



Dikotomi adalah pembahagian dua kumpulan secara eksklusif atau jenis-jenis keutamaan atau kecenderungan



Jadual 1: Dikotomi



DINAMIKA JENIS Interaksi dua, tiga atau empat kecenderungan atau keutamaan adalah dikenali sebagai dinamika jenis dan apabila kombinasi empat keutamaan dipanggil sebagai jenis. Secara keseluruhannya, terdapat 16 jenis unik dan lebih banyak dua atau tiga kombinasi huruf yang mempunyai nama deskriptif tersendiri. Deskriptif yang lengkap mempunyai interaksi yang unik terhadap empat 7



keutamaan bagi seseorang individu dan ia ditulis secara tipikal oleh ahli psikologi berlesen berdasarkan data yang dikumpulkan daripada ribuan temu ramah dan kajian. Deskriptif yang lebih mendalam adalah yang melibatkan statistik yang boleh ditemui daripada manual.



JENIS 16 ISTJ



ISFJ



INFJ



INTJ



Introverted Sensing



Introverted Sensing



Introverted Intuition



Introverted Intuition



with Thinking



with Feeling



with Feeling



with Thinking



ISTP



ISFP



INFP



INTP



Introverted Thinking



Introverted Feeling



Introverted Feeling



Introverted Thinking



with Sensing



with Sensing



with Intuition



with Intuition



ESTP



ESFP



ENFP



ENTP



Extraverted Sensing



Extraverted Sensing



Extraverted Intuition



Extraverted Intuition



with Thinking



with Feeling



with Feeling



with Thinking



ESTJ



ESFJ



ENFJ



ENTJ



Extraverted Thinking



Extraverted Feeling



Extraverted Feeling



Extraverted Thinking



with Sensing



with Sensing



with Intuition



with Intuition



Jadual ini menunjukkan 16 jenis yang direka bentuk oleh Isabel Myers, yang mengutamakan INFP



Jadual 2: 16 Jenis INFP



1. ISTJ (introverted sensing with thinking): Penderiaan introvert dengan berfikir. Antara ciri jenis ini adalah tersusun, kompulsif, peribadi, dipercayai, peranan dan peraturan, praktikal dan bertanggungjawab. Mereka adalah tulang belakang kekuatan. Mereka sering berusaha mengubah pasangan atau orang lain. Mereka sesuai menjadi akauntan, juruaudit, jurutera, pengurus kewangan, pegawai polis, pekerja besi, juruteknik dan sebagainya. 8



2. ISFJ (introverted sensing with feeling): Penderiaan introvert dengan perasaan. Beberapa ciri jenis ini adalah mesra, bekerja di belakang tabir, bertanggungjawab untuk melakukan, setia dan sebagainya. Mereka tidak menyenangi waktu lapang dan akan berusaha mencari masalah sekiranya tidak ada kerja yang perlu dilakukan. Mereka sesuai menjadi pekerja kesihatan, pustakawan, pekerja khidmat, guru, setiausaha dan suri rumah tangga.



3. INFJ (introverted intuition with feeling): Intuisi introvert dengan perasaan. Antara ciri jenis ini adalah reflektif, agak mengambil berat, kreatif, psikik dan kontemplatif atau bertimbang rasa. Mereka suka menyendiri dan mudah tersinggung. Mereka boleh menjadi pasangan yang baik dan secara fizikalnya sangat menyenangkan. Mereka dianggap mampu memahami aspek psikologi orang lain. Mereka boleh menjadi artis, ahli muzik, ahli psikiatri, pekerja sosial, guru dan penulis.



4. INTJ (introverted intuition with thinking): Intuisi introvert dengan berfikir. Individu jenis ini berdasarkan teori, skeptikal, melihat dunia sebagai percaturan dan bebas. Ini adalah jenis yang paling berdikari dibandingkan jenis-jenis yang lain. Mereka suka logik dan idea baru serta ingin menyelami penyelidikan saintifik. Mereka sesuai menjadi penganalisis komputer, jurutera, pengadil, peguam, penyelidik operasi, saintis dan saintis sosial.



5. ISTP (introverted thinking with sensing): Pemikiran introvert dengan pancaindera. Beberapa ciri individu jenis ini adalah pemerhati, dingin dan menyendiri, bersahaja dan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan serta pragmatik. Mereka ini tidak memiliki rasa takut dan selalu ingin gembira. Mereka akan sangat impulsif dan berbahaya jika dihentikan serta suka perkakas, alat-alat dan senjata. Biasanya, mereka boleh menjadi pekerja kraf, pekerja pembinaan, mekanik, pekerja khidmat pemuliharaan dan ahli statistik.



6. ISFP (introverted feeling with sensing): Perasaan introvert dengan penderiaan. Ciri-ciri jenis ini yang dikenal pasti adalah mesra dan sensitif, perancang jangka masa pendek yang tidak dapat dijangka, ahli kelompok yang baik dan artistik. Mereka ini orang yang pemalu dan cepat lelah serta tidak suka bercakap tetapi gemar pekerjaan fizikal. Mereka sesuai menjadi pekerja pengkeranian, pekerja pembinaan, ahli muzik, pekerja aktiviti luar, tukang cat dan kerani stok dan sebagainya.



9



7. INFP (introverted feeling with intuition): Perasaan introvert dengan intuisi. Beberapa ciri jenis ini adalah tegas, tidak direktif, rasa ingin tahu, fleksibel dan idealistik. Mereka lebih mementingkan keluarga tetapi dengan cara yang santai. Mereka mungkin mengambil bahagian dalam psikologi, seni bina, agama, tetapi tidak dalam perniagaan. Antara kerjaya yang sesuai adalah artis dan penghibur, editor, ahli psikiatri, ahli psikologi, pekerja sosial dan penulis.



8. INTP (introverted thinking with intuition): Pemikiran introvert dengan intuisi. Individu jenis ini mencari penjelasan secara logikal tentang sesuatu yang diminati, senyap, berisi, mudah mengadaptasi dan konseptual. Mereka dapat dipercayai, selalu berfikir baik-baik, pemaaf serta sangat mencintai buku. Kerjaya yang bersesuaian dengan mereka adalah artis, penganalisis komputer, jurutera, saintis dan penulis.



9. ESTP (extraverted sensing with thinking): Penderiaan ekstrovet dengan berfikir. Seorang yang spontan, aktif, fleksibel dan toleransi, fokus pada di sini dan masa sekarang. Sentiasa menikmati setiap saat apabila aktif bersama dengan orang lain, suka kepada mekanikal. Pekerjaan yang bersesuaian adalah jurujual, personel pemasaran, polis, usahawan dan juruteknik.



10. ESFP (extraverted sensing with feeling): Penderiaan ekstrovert dengan perasaan. Seorang yang pemurah, tidak berkira, mudah mesra, menerima seadanya, ceria, mudah simpati bersemangat terhadap hidup, manusia dan keselesaan. Pekerjaan yang bersesuaian adalah pekerja penjagaan kanak-kanak, jurutera, setiausaha, pereka dan penyelia, kaunselor, pemandu pelancong dan seniman.



11. ENFP (extraverted intuition with feeling): Intuisi ekstrovert dengan perasaan. Seorang yang optimistik, bersemangat, berimaginasi tinggi dan berorientasikan manusia. Pekerjaan yang bersesuaian adalah pelakon, kaunselor, penulis jurnal, ahli muzik, guru, motivator, wartawan dan pekerja perhubungan awam.



12. ENTP (extraverted intuition with thinking): Intuisi ekstrovert dengan berfikir.



10



Seorang yang intentif, inovatif dan kreatif, sentiasa mencetuskan idea baru, sentiasa berhujah dengan orang lain untuk mendapatkan keputusan. Pekerjaaan yang bersesuaian adalah pelakon, penulis jurnal, personel pemasaran, jurugambar dan agen jualan.



13. ESTJ (extraverted thinking with sensing): Pemikiran ekstrovert dengan pancaindera. Seorang yang praktikal, realistik, konservatif, bercita-cita tinggi, berdisiplin tinggi, suka menganjurkan projek dan individu untuk menyelesaikan masalah. Pekerjaaan yang bersesuaian adalah askar, polis, hakim, guru, pegawai pentadbiran, pengurus kewangan dan jurujual.



14. ESFJ (extraverted feeling with sensing): Perasaan ekstrovert dengan penderiaan. Seorang yang harmoni, baik hati, teliti, rajin, suka bekerjasama, santai dan sentiasa suka kepada suasana yang harmoni. Pekerjaaan yang bersesuaian adalah pakar kecantikan, pekerja kesihatan, pengurus pejabat, setiausaha, kaunselor dan guru.



15. ENFJ (extraverted feeling with intuition): Perasaan ekstrovert dengan intuisi. Seorang yang berkarisma dan berkeyakinan, kreatif, pandai bergaul, peka, sensitif, sentiasa menuntut pampasan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku, idealistik serta mudah memujuk. Pekerjaaan yang bersesuaian adalah pelakon, ahli konsultan, kaunselor, penulis, motivator dan guru.



16. ENTJ (extraverted thinking with intuition): Pemikiran ekstrovert dengan intuisi. Seorang yang suka mengarah, mempunyai visi tersendiri, mampu menggerakkan orang, berdisiplin, tegas dan berkepimpinan . Pekerjaaan yang bersesuaian adalah pegawai pentadbiran, pengurus kredit, peguam, pengurus, personel pemasaran dan penyelidik operasi.



16 jenis Myers-Briggs tidak mentakrifkan keperibadian sebagai 16 kotak yang statik. Sebaliknya, kotak-kotak ini menghuraikan tentang sistem tenaga dinamik berkenaan pilihan keperibadian berinteraksi yang ditegaskan sebagai pasangan berlawanan. Setiap orang cenderung untuk memilih satu daripada dua perkataan berlawanan dalam setiap empat pasangan pilihan berbanding pasangan lain. Jawapan seseorang klien dalam penilaian MBTI akan menyatakan pilihan dan jenis Myers-Briggs empat huruf klien. Setiap pilihan merupakan aspek keperibadian berbilang segi yang lengkap dengan kumpulan sifatnya yang tersendiri. Walaupun pada awalnya kita mula memahami keperibadian dengan menumpukan pada pilihan



11



tersebut, namun gabungan pilihan itulah yang membentuk jenis Myers-Briggs empat huruf yang memberikan gambaran keperibadian paling menyeluruh dan pelbagai.



KELEBIHAN TEORI MYERS BRIGGS a. Individu lebih mudah memahami diri sendiri yang mana ianya hanya ada dua pilihan jawapan sahaja yang tidak merumitkan. b. Individu tersebut mudah untuk menyesuaikan dirinya dengan pekerjaan yang disukai. c. Individu itu menggunakan minat, bakat, kemampuan dan kebolehan dalam dirinya untuk memilih pekerjaaan yang sesuai dengan personalitinya tanpa sebarang paksaan. d. Dapat mempelajari jenis-jenis keperibadian berdasarkan teori Carl Jung. e. Dapat memahami kelebihan serta kelemahan yang ada pada diri. f. Dirancang untuk melaksanakan teori Carl Jung. g. Deskripsi MBTI dapat menjelaskan kerangka perkembangan kehidupan manusia. h. Hasil MBTI tidak bersifat menilai sehingga tiada yang baik dan buruk.



KEKURANGAN TEORI MYERS BRIGGS a. Individu merasa terpaksa dan terbeban dengan pilihannya, kerana dia hanya harus memilih salah satu daripadanya yang dianggap sesuai dengan kemampuannya. b. Tumpuan hanya diberikan pada dalaman diri sahaja dan tidak melihat kepada faktor luaran yang berlaku disekeliling. c. Kurang memperhatikan adanya pebezaan individu yang mana ia akan mempengaruhi hasil ujian MBTI. d. Walaupun teori ini bertahan lama, namun kesahan (validity) ujian MBTI masih diragukan.



KRITIKAN TERHADAP TEORI MYERS BRIGGS Menurut Sapora Sipon (2015), asas saintifik daripada MBTI telah dipersoalkan. Sama ada Katharine Cook Briggs mahupun Isabel Briggs Myers, mereka tidak mempunyai apa-apa kelayakan saintifik dalam bidang ujian psikometrik. Tambahan pula, jenis psikologi dalam teori Carl Jung, yang digunakan dalam MBTI adalah dilihat tidak berdasarkan kajian-kajian saintifik. Kaedah Jung terutamanya termasuk introspeksi dan anekdot, kaedah yang digunakan sebahagian besarnya ditolak oleh bidang psikologi kognitif moden. 12



KESIMPULAN Teori yang dikembangkan oleh Katherine Cook Briggs dan anak perempuannya, Isabel Briggs Myers iaitu Myers Briggs Type Indicator (MBTI) ini dapat memudahkan individu dalam menentukan atau memilih kerjaya yang sesuai dengan bakat dan kebolehan mereka sendiri. Selain itu, teori MBTI ini sangat berguna dalam dunia pendidikan dan pengembangan kerjaya kerana MBTI boleh digunakan sebagai panduan untuk pemilihan jurusan kursus sehingga pemilihan kerjaya yang tepat dan sesuai dengan kebolehan dan bakat kita sendiri. Hal yang demikian, kita dapat mengetahui ciri-ciri personaliti kita sendiri. Firman Allah SWT dalam Surat Hud ayat 93:



۟ َٰ ‫ويَٰق ْوِمٌٱ ْعملُواٌعل َٰىٌمكانتِ ُك ْمٌإِِّن‬ ٌ‫ٌٌع ِمل‬



Maksudnya: "Hai kaumku, berbuatlah menurut kemampuanmu, Sesungguhnya akupun berbuat (pula).



Sesungguhnya kepentingan mengetahui personaliti kita dan orang sekeliling kita ialah kita akan dapat untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Namun disebalik itu, kita sebenarnya lebih mudah mengawal diri dan keadaan semasa. Memahami personaliti menjadikan kita seorang yang tidak cepat melatah, mengkaji sesuatu perkara dengan lebih rasional dan bijak berinteraksi dengan orang sekeliling. Pelbagai aspek boleh dikaji menggunakan MBTI seperti kepimpinan, kecerdasan emosi, pembangunan kumpulan, menangani konflik dan lain-lain lagi.



13



RUJUKAN



Sapora Sipon (2015). Aplikasi Teori Perkembangan Kerjaya. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.



Isabell Btiggs Myers et.al, MBTI Manual A Guide to the Development and Use of the Myers-Briggs Type Indicator Instrument (3rd edition), 2003. CPP Inc 2.



Earle C. Page, Looking at Type, 2005. Centre for Applications of Psychological Type, Inc. Isabel Briggs Myers & Peter B. Myers (1995). "Gifts Differing: Understanding Personality Type". Davies-Black Publishing.



https://asia.themyersbriggs.com/wp-content/uploads/2015/12/BAME6229SG-ITT.pdf



https://careercounselling4u.uitm.edu.my/images/TipsArt/2018/MBTIDPuncak.pdf



http://eprints.uny.ac.id/28427/2/BAB2.pdf



http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2006_6846_78221d3c107f4e14b be0086dd8737c97.pdf



14