Elemen Dalam Motivasi [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

ISI KANDUNGAN



Perkara



Muka Surat



Objektif ………………………………................................................................................. 2 Pengenalan …………………………………………………………….................................. 3 Elemen - Elemen Dalam Proses Motivasi ……………………..…………………………. 4 - 6 Perbandingan Antara Elemen Dalam Proses Motivasi ………………....……………….... 7 Peranan Penolong Pegawai Perubatan Dalam Motivasi ……..……………………….. 8 - 9 Kesimpulan ……………………………………………………………………………………. 10 Sesi Soal Jawab Berkaitan Elemen Dalam Proses Motivasi ………………………..…... 11 Rujukan ………………………………………………………………………………………… 12



1



OBJEKTIF Melalui tugasan individu bagi subjek Sains Tingkahlaku (MABS 1112), saya akan dapat : 1. Memahami konsep sains tingkahlaku terutamanya dalam aspek motivasi dalam pembentukan tingkahlaku kesihatan. 2. Menyenaraikan serta menjelaskan maksud motivasi dan juga elemen – elemen yang terdapat dalam motivasi. 3.



Menerangkan teori – teori yang berkaitan dengan motivasi.



4. Mengenalpasti komponen – komponen utama dalam motivasi dan pembelajaran sains tingkahlaku. 5. Menghubungkaitkan aspek motivasi dalam matapelajaran sains tingkahlaku dengan bidang tugas Penolong Pegawai Perubatan.



2



PENGENALAN Sebenarnya, apa itu motivasi? Motivasi adalah suatu dorongan atau alasan yang menjadi dasar semangat seseorang untuk melakukan sesuatu untuk mencapai tujuan tertentu. Motivasi juga dapat didefinisikan sebagai semua perkara yang menimbulkan dorongan atau semangat di dalam diri seseorang untuk mengerjakan sesuatu.



Motivasi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu motivation yang bermakna bersemangat. Motivasi adalah sesuatu yang ada (ataupun tiada) dalam diri dan



seterusnya minda yang akan menentukan kejayaan ataupun kegagalan dalam apa jua perkara yang dilakukan. Menurut Wikipedia, motivasi adalah sebagai suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkahlaku supaya dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu.



H. W.Bernard dalam bukunya Psychologi of learning (1965), menyatakan motivasi ialah proses membangkitkan mengekalkan dan mengawal minat. Manakala Lester D Crow (1981) menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap, minat atau tingkahlakunya. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), menyatakan motivasi sebagai perangsang tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dahulunya hanya terdapat sedikit atau tiada minat terhadap tujuan tersebut.



Motivasi merupakan suatu perubahan yang terjadi pada diri seseorang. Munculnya perasaan, kejiwaan dan emosi sehingga mendorong individu untuk melakukan atau bertindak sesuatu yang disebabkan oleh keperluan, keinginan dan tujuan. Paras motivasi adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain. Semakin kuat keinginan seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat, semakin tinggilah motivasinya.



3



ELEMEN-ELEMEN DALAM PROSES MOTIVASI Elemen dalam proses motivasi terbahagi kepada (5) iaitu naluri, desakan, keperluan, motif dan juga tingkahlaku. i)



Naluri



Naluri adalah dorongan yang mempengaruhi setiap pergerakan atau “motion” seseorang individu dalam pembentukan tingkahlaku mereka. Ini boleh dikaitkan dengan mengatakan bahawa naluri itu adalah diwarisi. Teori naluri yang seterusnya menyatakan bahawa tingkah laku manusia di dorong oleh faktor – faktor dalaman atau boleh juga secara semula jadi. Antara jenis – jenis naluri termasuklah naluri melawan, ingin tahu, berharap dan sebagainya.



ii)



Desakan



Desakan adalah suatu kuasa motivasi atau penggerak tindakan. Lazimnya keperluan diri sendiri akan menghasilkan desakan. Desakan memberi motivasi kepada seseorang untuk bertindak. Contohnya, apabila seseorang itu berasa lapar, maka lahirlah keperluan untuk mempunyai makanan. Keperluan ini akan menghasilkan desakan untuk mencari makanan. Desakan yang kuat boleh mempengaruhi inidividu tersebut untuk mencuri makanan sekiranya tidak mempunyai wang. Selepas makan, individu itu akan mengalami keselesaan dan keperluan kepuasan tercapai. Antara desakan – desakan yang utama adalah lapar, dahaga/haus dan seks.



4



iii)



Keperluan



Keperluan merupakan suatu keadaan di mana keinginan seseorang individu untuk mengimbangkan keadaan kekurangannya. Terdapat 2 jenis keperluan, iaitu keperluan primer yang meliputi keperluan biologikal dan fisiologikal, dan keperluan yang kedua adalah keperluan sosio iaitu psikologikal. Konsep keperluan ini telah dibicarakan oleh Abraham Maslow dalam Maslow’s Hierarchy of Needs. Dalam hierarki tersebut terdapat lima ketegori keperluan. Hierarki keperluan adalah seperti berikut :



Teori ini menyatakan dalam diri setiap indvidu terdapat lima (5) keperluan yang perlu dipenuhi. Bila satu keperluan dicapai, keperluan yang seterusnya akan menjadi satu keperluan atau keutamaan seterusnya. Setiap individu akan memastikan tahap keperluan terendah dipenuhi terlebih dahulu sebelum berusaha untuk memenuhi keperluan tahap yang lebih tinggi.



5



iv)



Motif



Motif merujuk kepada sesuatu keadaan atau proses mental yang bertujuan untuk memenuhi keperluan individu. Motif akan merangsang permikiran untuk menggerakkan tingkahlaku kearah mencapai keinginan. Antara contoh motif termasuklah matlamat dan tujuan.



v)



Tingkahlaku



Tingkahlaku didefinisikan sebagai tindakan atau perkara yang dilakukan untuk mencapai keinginan atau keperluan diri. Tingkahlaku harus selari dengan motif. Tingkahlaku juga dikawal oleh sistem ‘ego’ dan ‘super ego’. Menurut Wikipedia, tingkahlaku bersifat sedar atau separa sedar, nyata atau berselindung, rela atau tidak, dan semulajadi atau dipelajari. Antaranya termasuklah tingkahlaku berusaha dan rajin demi mencapai apa yang diinginkan atau diperlukan.



6



PERBANDINGAN ANTARA ELEMEN DALAM PROSES MOTIVASI



7



PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DALAM MOTIVASI Pelbagai langkah dan tindakan boleh dilakukan oleh individu yang bergelar seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) bagi mewujudkan masyarakat yang bermotivasi menerusi elemen yang terdapat dalam proses motivasi. Antaranya, PPP haruslah mengenalpasti halangan - halangan yang akan menyebabkan hilangnya nilai motivasi dalam kalangan individu mahupun masyarakat. Sebagai contohnya, tekanan dalam hidup, sifat berputus asa dan cepat mengalah yang akan menyebabkan seseorang itu menjadi tidak bermotivasi. Seterusnya, PPP perlulah meningkatkan kesedaran orang awam tentang pentingnya motivasi dalam diri setiap individu bagi mengelakkan berlakunya pelbagai kelakuan negatif yang tidak diingini seperti hubungan sejenis, ketagihan alkohol, dadah dan sebagainya. Untuk mengelakkan hal ini terjadi, PPP boleh memberikan khidmat nasihat secara individu semasa sesi rawatan ataupun melakukan sesi ceramah motivasi kepada masyarakat sama ada di hospital atau di tempat – tempat awam. Selain itu, PPP mestilah memberikan dorongan positif agar pesakit dan masyarakat mementingkan kesihatan mereka. Pesakit perlulah sentiasa diingatkan akan bahayanya sesuatu penyakit terutamanya penyakit kronik yang boleh mengancam nyawa sekiranya tidak diberi rawatan dengan segera. Contohnya, PPP boleh melakukan pelbagai promosi dan kempen seperti pameran motivasi kesihatan, klinik bergerak dan sebagainya untuk memotivasikan golongan yang sukar ke hospital untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.



8



Tambahan pula, PPP juga mestilah bersikap memahami akan naluri, emosi serta tingkahlaku pesakit dan ahli keluarga pesakit yang datang menemuinya. Hal ini bertujuan bagi membantu pesakit dan orang awam agar lebih bermotivasi, tabah dan juga mampu menerima keadaan yang berlaku. Sebagai contohnya, pesakit yang menghidap penyakit – penyakit yang berbahaya dan kronik seperti HIV dan AIDS serta pesakit yang berkemungkinan tidak akan sembuh dari penyakit yang dihadapi agar sentiasa tabah dan tidak berputus asa dengan hidup mereka. Penolong Pegawai Perubatan juga berperanan untuk menggalakkan dan memastikan para pesakit dan orang awam terutamanya kepada mereka yang telah ditimpa penyakit namun enggan mengikuti rawatan di klinik atau hospital berdekatan. Golongan ini akan memberikan pelbagai alasan namun sebagai seorang PPP, perlulah tidak berputus asa dan berkebolehan dalam menangani isu seperti ini. Hal ini kerana jika pesakit yang menghidap penyakit seperti diabetes, sekiranya tidak mengikuti rawatan susulan akan menyebabkan penyakit itu berlanjutan dan bertambah teruk. Isu – isu berkaitan kesihatan dan perubatan dalam kalangan masyarakat di negara ini juga perlu diambil berat oleh Penolong Pegawai Perubatan. PPP berperanan dalam memotivasikan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh akan mitos dalam perubatan. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu mengambil ubat tahan sakit, buah pinggangnya akan berisiko untuk rosak. Hal ini tidak benar kerana perkara ini hanya akan terjadi sekiranya ubat tersebut diambil dalam dos yang salah dan berlebihan. Perkara ini perlulah diperbetulkan segera agar masyarakat sentiasa menerima info yang benar sahaja berkaitan kesihatan.



9



KESIMPULAN



Motivasi adalah amat diperlukan dalam kehidupan seharian manusia. Tanpa motivasi dalam diri seseorang, individu tersebut tidak akan dapat memenuhi keperluan dirinya apatah lagi sekiranya ingin mencapai kehendak dan matlamat. Apabila keperluan tidak dipenuhi, maka kehendaknya tidak akan dapat dicapai. Oleh kerana itu, motivasi memainkan peranan yang penting agar pencapaian keperluan manusia dapat dipenuhi oleh manusia. Terdapat beberapa elemen yang menyebabkan seseorang itu menjadi terdorong untuk melakukan sesuatu. Antaranya adalah elemen Naluri, Desakan, Keperluan, Motif, dan juga Tingkahlaku. Elemen-elemen yang terdapat dalam proses motivasi memainkan peranan secara langsung mahupun tidak langsung dalam membentuk pencapaian keperluan manusia. Oleh itu, sebagai Penolong Pegawai Perubatan termasuklah orang awam sekalipun, kita seharusnya sedar bahawa peranan dan tugas kita bukan sahaja merangkumi kepada aspek kesihatan semata-mata tetapi juga pelbagai aspek yang lain seperti motivasi bagi memastikan masyarakat di negara kita hidup dalam keadaan yang aman dan sejahtera.



10



SESI SOAL JAWAB BERKAITAN ELEMEN DALAM PROSES MOTIVASI



Soalan 1 Berikan pengertian motivasi. Jawapan : Motivasi adalah semua hal yang menimbulkan suatu dorongan, semangat atau alasan yang menjadi dasar semangat seseorang untuk melakukan sesuatu demi mencapai tujuan tertentu.



Soalan 2



Nyatakan elemen yang terdapat dalam proses motivasi. Jawapan : i) Naluri. ii) Desakan. iii) Keperluan. iv) Motif. v) Tingkahlaku. Soalan 3 Terangkan secara ringkas tentang elemen naluri yang terdapat dalam proses motivasi. Jawapan : Naluri adalah tenaga dan dorongan yang diwarisi dan mempengaruhi setiap pergerakkan manusia dalam pembentukan tingkahlaku. Naluri juga menyatakan bahawa tingkah laku manusia didorong oleh faktor – faktor dalaman ataupun secara semula jadi.



11



RUJUKAN







https://id.wikipedia.org/wiki/Motivasi







http://tugasakhiramik.blogspot.com/2013/03/elemen-elemen-dari-motivasi.html







https://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_Hierarki_Keperluan_Maslow







H.W Bernard (1965), Psychology of learning 2nd edition, McGraw-Hill







Nota MABS 1112 (Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Seremban)



12