Etika Dalam Memajukan Profesion Keguruan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

ETIKA DALAM MEMAJUKAN PROFESION KEGURUAN Pendahuluan Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris “ethic”. Perkataan ethic itu pula dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Ia terbahagi kepada dua: i) Normatic iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat. ii) Matacthic iaitu yang terbahagi kepada dua : analitic yang berfungsi menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik atau jahat dan critical yang berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan lagi etika. (Mustafa Haji Daud - Etika Pengurusan 1996) Etika merupakan disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan perseorangan serta antara individu. (Abdul Rahman Md. Aroff - Teori Etika dan Amalan Moral 1999) Guru merupakan agen moral, kerana mereka terlibat dengan manusia yang mempunyai unsur nilai iaitu nilai baik atau jahat. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara mempunyai matalamat untuk memenuhi tuntutan “JERI” mewujudkan insan yang seimbang (holistik) dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Keadaan ini sudah tentunya memerlukan satu tatasusila/etika yang perlu diikuti oleh semua guru. Setiap organisasi perlu mempunyai kod etika profesion sebagi panduan tingkah laku setiap ahli. Bidang pendidikan juga tidak dapat lari dari membina kod etikanya sendiri. Kementerian Pendidikan Malaysia membina kod etika ini menggunakan istilah Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion keguruan. Kod etika dianggap penting kerana pertamanya kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah



laku dalam profesion keguruan.Ia juga Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru, ini keranan Kod Etika Keguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ini memastikan guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Keguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Jadi guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Ini bertujuan dapat memastikan kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion keguruan secara hitam putih dan rasmi. Ini sevara tidak langsing embuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilainilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Melalui pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi. Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan



sahsiah Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Kementerian Penlajaran telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang keguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Keguruan Malaysia Barat, telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Keguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil keguruan perlu mematuhinya. Namun begitu sehingga ke hari ini kita masih lagi mendengar beritaberita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion keguruan ini. Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman, Etika Profesion Keguruan (EPP) harus dikaji semula. Ini kerana pengamalan EPP di kalangan guru-guru adalah penting demi menjamin martabat profesion keguruan sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat. Kejayaan dan pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya sebagai pendidik selaras dengan EPP yang telah dimaktubkan dalam bentuk ikrar tercetak di halaman hadapan buku persediaan mengajar seperti berikut; “Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan........ dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan.” Dari penyataan ikrar dan kod EPP di atas, guru sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dijayakan. Sepanjang pengetahuan pengkaji, kajian mengenai pengalaman EPP di kalangan guru-guru di negara ini adalah terlalu sedikit. Pengkaji merasakan perlu meneruskan usaha ini bagi menambahkan hasil dapatan kajian. Hasil kajian ini kelak diharapkan dapat memberi gambaran terhadap amalan EPP di sekolah dan juga dapat mengenal pasti pelbagai usaha yang dapat membantu para guru mengamalkan EPP secara berterusan.



Etika Keguruan



1.



TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR. 1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Ciri ini adalah merupakan hasrat yang sepatutnya diamalkan oleh setiap guru. Akan



tetapi perkara yang diharapkan tidak berlaku. Realiti yang berlaku di mana guru banyak mengajar displin mata pelajaran ke arah mencapai kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Malah aspirasi sekolah telah menjadikan perkara ini berlaku yang mana setiap sekolah berlumba-lumba untuk mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi perubahan moral yang sepatutnya dibentuk tidak berlaku. Sepatutnya guru perlu mengimbangi antara kecemerlangan akademi dengan kebajikan dan keselamatan pelajar. Seorang guru perlulah memastikan kebajikan setiap pelajar di bawahnya terjaga. Malah pada masa kini pelbagai jenayah berlaku dan turut melibatkan pelajar sekolah seperti kes rogol, culik, bunuh dan sebagainya. Seorang guru perlu sentiasa memberi peringatan kepada setiap pelajar untuk menjaga keselamatan mereka. Kadangkadang disebabkan guru-guru terlalu sibukkan kecemerlangan akademik, mereka lupa tentang perkara ini. Di sekolah, kadang-kadang guru tidak mengendahkan kebajikan pelajarnya terutamanya pelajar-pelajar di kelas hujung. Ini bukan hanya omongan kosong tetapi adalah berdasarkan apa yang berlaku. Guru-guru menganggap pelajar ini sudah tiada harapan dan mereka hanya sambil lewa dalam mengajar pelajar-pelajar ini. Jadi di mana nilai etika yang dijunjung selama ini? Walaupun tidak semua guru melakukan perkara ini namun bak kata pepatah Melayu “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Sekiranya perkara ini terus berlaku profesion keguruan tidak akan maju dan akan terus berada di takuk lama 1.2



Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,



mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Sepatutnya semua guru bersikap adil dan saksama ke atas semua pelanggang (pelajar) dengan mengenepikan semua unsur-unsur lain. Tetapi apa yang realiti berlaku di sekolah di mana kelas yang pandai biasanya diberi penekanan yang lebih supaya pelajar dapat prestasi yang cemerlang manakala kelas yang terbelakang penekanan kurang dibuat. Banyak rungutan dari ibu bapa yang mana anak-anak mereka berada di kelas belakang yang mana guru-guru kurang memberi perhatian kepada mereka. Ada dalam kalangan guru tidak bersungguh untuk membantu



pelajar yang lemah ini. Seperti mana yang dinyatakan bukanlah semua guru bertindak demikian tetapi segelintir guru inilah yang telah mencalarkan profesion ini. Selain itu juga, di sekolah kita akan dapat lihat sekiranya permasalahan melibatkan pelajar yang tergolong antara pelajar yang cemerlang dengan pelajar yang kurang pandai, pastinya pelajar cemerlang akan kurang menerima hukuman dan sering diberi peluang kedua. Akan tetapi sekiranya masalah tersebut melibatkan pelajar yang kurang pandai atau dikategorikan sebagai bermasalah pasti mereka akan dipersalahkan walaupun sebelum siasatan dijalankan. Mereka jarang mendapat peluang dan setiap kali kesalahan dilakukan mereka pasti menerima hukuman. Dua situasi ini menunjukkan keadilan yang berat sebelah atas faktor latar belakang pelajar. Perkara ini seharusnya tidak berlaku sekiranya guru-guru adil dalam menjalankan hukuman terhadap pelajar. Begitu juga dalam faktorfaktor lain seperti agama, bangsa, keturunan dan sebagainya. Segalanya perlu diketepikan dalam memastikan keadilan untuk semua pelajar. 1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Menjaga kerahsiaan dan mengambil langkah-langkah menyimpan kerahsiaan adalah penting demi untuk menjaga maruah pelajar. Segala maklumat tidak boleh disebarkan kepada pihak ke tiga kerana mungkin akan didedahkan kepada pihak yang lain pula dan dengan ini kerahsiaan tidak akan terjamin. Realitinya apa yang berlaku pada hari ini di sekolah hanyalah Unit Bimbingan dan Kaunseling



sahaja



yang



memegang



kepada



kod



etika



ini



manakala



yang



lainnya



menganggapkan perkara kerashiaan adalah perkara biasa. Etika ini sangat penting oleh seorang guru untuk melindungi kerahsiaan pelajar-pelajarnya. Sekiranya maklumat pelajar ini terdedah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab, maka keselamatan pelajar itu mungkin akan terdedah. Jadi kod etika ini harus turut sama dipegang oleh semua guru bagi memastikan segala maklumat sulit pelajar terjamin. 1.4 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Sememangnya berlaku demikian di sekolah kerana guru telah mendapat gaji tetap secara bulanan. Namun begitu sekiranya berlaku kelas tambahan maka biasanya guru-guru di bayar elaun



khas melalui Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG). PIBG memainkan peranan memberi sedikit bayaran lain sebagai inesatif kepada guru-guru. Tetapi ada kes di mana ada segelintir guru yang mengajar ala kadar di dalam kelas dan sekiranya pelajar-pelajar mereka gagal, guru tersebut akan menawarkan perkhidmatan tuisyen. Seharusnya seorang guru perlu mengajar dengan sepenuh hati dan curahkan semua ilmu yang sepatutnya. Guru tidak boleh mengambil kesempatan untuk mengakut untung dengan kegagalan pelajar dengan mengadakan kelas tuisyen melainkan sekiranya guru telah mengajar dengan baik namun disebabkan mereka terlalu lemah dan lambat menguasai dan memerlukan kelas tuisyen dan tambahan barulah itu dibenarkan. Tanggungjawab seorang guru untuk memastikan pelajar-pelajarnya menerima ilmu tanpa bayaran atau ganjaran. “Guru hendaklah mengelakkan diri daripada menerima sebarang hadiah dari ibubapa pelajar dalam menjalankan tugas-tugas profesionalnya”. 1.5 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Seorang guru perlu sentiasa mendalami dan mempertingkatkan ilmu mereka. Berpandukan kehadiran guru-guru dalam kursus dalam perkhidmatan, jumlah kecil kurang dari 1% daripada populasi keseluruhan. Walaupun perkara ini sangat penting dalam meningkatkan mutu pendidikan tetapi penekanan kurang dibuat oleh Kementerian Pendidikan. Perancangan tentang hal ini hanya berlaku pada tahun 1979-1980 apabila IAB ditubuhkan. Sebelum ini tidak ada institusi khas yang ditubuhkan untuk memberi latihan semula kepada guru-guru setelah mereka menamatkan pengajian. Kebanyakan guru-guru yang mengajar, mengajar “on-the job” di mana pengalaman didapati melalui kerja yang dilakukan. Kursus-kursus profesional dan vokasional jangka panjang tidak banyak dilakukan. Kebanyakan guru-guru sibuk dengan tugas-tugas harian dan tidak mempunyai masa untuk terlibat sepenuh masa dalam program-program di atas. Tanpa penglibatan guru dalam perkara di atas maka adalah sukar untuk melaksanakan program-program pembaharuan, perubahan dan refomasi. Kerana itulah sangat penting untuk seorang guru untuk menghadiri dan melibatkan diri dalam kursus-kursus untuk mempertingkatkan ilmu mereka bagi memajukan lagi bidang



pendidikan. Mereka juga dapat menyebarkan ilmu yang mereka perolehi kepada rakan-rakan mereka yang lain yang mana mereka tidak berpeluang untuk mnegikuti kursus berkenaan. Sepatutnya guru-guru didedahkan dengan perkara ini supaya dapat membuat keputusan yang bijak dan cepat, memenuhi keperluan dan selera pelajar, mengikut piawai dan kualiti yang diiktiraf,



kamampuan



bertanding



dan



membuat



penilaian berasaskan



produktiviti



dan



penyempurnakan sasaran dan objektif. Berasaskan kepada perkembangan Teknologi Maklumat (IT) masa kini dan pengurusan dalam era teknologi maklumat masa kini maka perancangan strategik perlu dilakukan supaya perubahan sikap dapat berlaku melalui faktor ini. Selain itu juga guru-guru digalakkan untung menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh guru yang mempunyai diploma boleh menyambung pelajaran mereka ke peringkat ijazah. Pada masa kini pelbagai institusi telah menawarkan program bagi guru-guru untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Sebagai contoh Program Pensiswazahan Guru, Kursus Dalam Perkhidmatan, dan sebagainya telah diperkenalkan. Semua ini adalah untuk memberi peluang untuk para guru meningkatkan pengetahuan iktisas mereka. Malah sekiranya guru-guru yang menyambung pelajaran berpeluang untuk naik gred dan secara tidak langsung dapat memartabatkan profesion perguruan kerana guru dikenali melalui ilmunya. Dalam konteks ini guru perlu mempelajari ilmu-ilmu baru supaya mereka dapat bersedia dengan pendidikan masa kini yang kian mencabar. Pelajar-pelajar pada masa kini semakin pintar kerana mereka terdedah kepada pelbagai sumber yang telah meningkatkan pengetahuan mereka. Jadi guru perlu ilmu yang lebih supaya guru-guru tidak dipersoalkan oleh pelajar-pelajar mereka. 1.6 Menunjukkan suatu cara pakaian pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar. Guru merupakan role model atau contoh ikutan kepada pelajar-pelajar. Ciri ini sememangnya amat dituntut kerana tingkahlaku guru akan menjadi ikutan pelajar seperti kata pepatah “Jika guru kencing berdiri maka murid kencing berlari” dan tidak berlaku seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Segala bentuk perlakuan dan watak guru biasanya akan diikuti oleh pelajar. Guru mesti mempunyai pribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perwatakan yang baik.



Guru hendaklah sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan



berusaha menyesuaikan dengan keadaan sekeliling kerana setiap perkembangan guru akan dinilai oleh pelajar dan masyarakat. Masyarakat di luar sana pasti akan mencari sahaja kesalahan guru walhal guru juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan keran guru juga manusia biasa. Walau bagaimana pun guru-guru perlu mengelak dari melakukan kesalahan yang boleh mencemar nama baik profesion ini. Jadi guru-guru perlu menjaga tatatertib mereka walau di mana mereka berada terutamanya di kawasan luar sekolah. Ini kerana gelaran seorang guru akan di bawa walaupun berada di luar kawasan sekolah. Dalam keadaan biasa guru lazimnya diagung-agungkan oleh kaum pelajar. Guru dianggap sebagai individu yang yang ideal, berstatus, berkelayakan dan sempurna. Oleh itu tingkah laku guru sentiasa dicontohi oleh pelajarnya dan kadang-kadang menjadi ikutan oleh para pelajar.. Situasi seperti ini yang menyebabkan orang ramai menaruh harapan tinggi terhadap guru untuk menonjolkan tingkah laku yang unggul bagi pelajarnya. Dalam keadaan ini: i.



Guru perlu menunjukkan penampilan diri, peraturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa.



ii.



Berusaha agar amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada pelajar.



iii.



Menampilkan diri sebagai orang yang dinamik, maju berdaya saing dan dapat mendorong seseorang berkelakuan baik.



2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA. 2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Sememangnya tanggungjawab utama mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab ibu bapa. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini terdapat ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab utama ini kepada guru-guru. Lebih-lebih lagi jika anak-anak mereka belajar di sekolah asrama sejak tingkatan satu lagi, maka tanggungjawab ini lebih diberikan kepada guru-guru. Ini kerana rata-rata ibu bapa pada masa kini lebih mementingkan kerjaya berbanding dari anak-anak mereka sendiri. Kerana itulah pelbagai masalah yang berlaku disebabkan anak-anak ini terabai dari kasih sayang ibu bapa. Ibu bapa meletakkan sepenuhnya tanggungjawab menjaga anak mereka kepada guru-guru. Apabila masalah berlaku melibatkan anak-anak mereka, guru-guru pasti akan



dipersalahkan walhal tanggungjawab mendidik sepenuhnya adalah terletak di tangan ibu bapa. Oleh itu guru-guru perlu sedaya upaya membantu mendidik pelajar-pelajar mennjadi insan yang berguna. Anggaplah tanggungjawab yang diberikan oleh ibu bapa sebagai satu amanah dan janganlah menganggap ianya sebagai satu beban. 2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. Guru perlu berusaha mewujudkan hubungan mesra ini melalui penglibatan mereka dalam Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru PIBG dan aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah seperti mengadakan aktiviti gotong-royong, Sambutan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, Hari Keluarga, Hari Terbuka dan lain-lain lagi. Namun demikian kalau dapat dilihat pada hari ini, tidak semua guru dan ibu bapa yang hadir. Ini menunjukkan tiada sokongan yang menyeluruh tidak kira dari guru mahupun dari pihak ibu bapa sendiri. Sekiranya keadaan ini terus berlaku maka agak sukar untuk menerapkan nilai moral secara menyeluruh. 2.3 Menggangap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya . Pada kebiasaanya di peringkat ini kerahsiaan hanyalah diamalkan oleh kaunselor sekolah manakala yang lainnya menggangapkan perkara ini suatu perkara yang biasa. Jadi seorang guru tidak kiralah mereka itu guru kelas, guru data, kauselor mahupun guru biasa, kerahsiaan pelajar harus dijaga dengan sebaik-baiknya. Mereka seharusnya menyimpan maklumat yang melibatkan masalah peribadi pelajar atau keadaan keluarga mereka walaupun dengan rakan sejawat yang lain. 2.4 Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana. Dalam hubungan ini segala maklumat seperti keputusan peperiksaan dalaman, aktiviti kokurikulum perlulah dihantar kepada ibubapa supaya mereka juga dapat mengetahui kedudukan anak-anak mereka di sekolah dan kadangkalanya perbincangan perlu dilakukan dengan ibubapa



atau penjaga bagi mereka mengetahui kedudukan anak-anak mereka di sekolah tetapi perkara ini jarang dilakukan di sekolah. Kesempatan ini patut digunakan oleh guru untuk mendapat latar belakang pelajar-pelajar supaya boleh dijadikan panduan untuk mengatasi kelemahan pelajar. Guru-guru boleh memberi penerangan kepada ibu bapa pelajar tentang potensi anak-anak mereka di sekolah. Sekiranya pelajar tersebut bermasalah, guru perlu menceritakan masalah tersebut dengan sebaik mungkin. Sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal, peranan guru adalah memberi nasihat dan pandangan dalam membantu ibu bapa menangani masalah anak-anak mereka. Ini kerana guru-guru juga merupakan individu yang terhampir dengan pelajar selepas ibu bapanya. Jadi sekiranya masalah berlaku terhadap pelajar, guru-guru pastikan akan mengetahuinya. Melalui perjumpaan dengan ibu bapa pertukaran maklumat dapat dilakukan demi memastikan pelajar tersebut tidak terjebak dalam masalah yang lebih serius. 2.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosio dan ekonomi pelajar. Setiap pelajar adalah sama dan tidak perlu diberi keutamaan kepada mana-mana pelajar. Di Jepun contohnya semua pelajar diberi makanan yang sama semasa rehat supaya tahap pemakanan pelajar di sekolah adalah seimbang dan kecerdasan pelajar adalah sama. Projek program susu sekolah yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai matlamat yang sama. Pelajar mestilah dilayani sama rata tanpa mengira status atau latar belakang mereka. Malah tiada istilah layanan kelas pertama kepada pelajar-pelajar yang terdiri dari anak-anak kenamaan, berada atau terkenal. Pencapaian kanak-kanak di sekolah juga turut dipengaruhi oleh latar belakang keluarga. Faktor latar belakang keluarga merangkumi unsur seperti harapan ibu bapa, kemodenan, kelebihan kemudahan ibu bapa, status sosioekonomi, jarak dari sekolah dan daerah tempat tinggal. Kajian keciciran telah menunjukkan bahawa keluarga yang miskin juga merupakan keluarga yang kurang moden dan rendah pula motivasi pendidikannya. Dalam hubungan ini jika mereka tidak diberi layanan yang sama rata maka sudah tentulah pencapaian mereka akan terjejas. Motivasi yang rendah memang akan menjejaskan



dorongan kanak-kanak untuk belajar dengan tekun dan dengan ini pencapaian persekolahan akan juga terjejas. Sekiranya guru lebih memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar berlatar belakangkan kelas atasan maka pelajar-pelajar yang berlatar belakang yang kurang mampu akan menanggap guru pilih kasih dan menyebabkan mereka tidak bermotivasi untuk belajar. Seharusnya guru turut sama memberi perhatian kepada pelajar ini bagi menaikkan semangat dan motivasi mereka untuk belajar dan mencapai kejayaan. 2.6 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka. Guru mestilah bersifat neutral dan tidak boleh menghasut pelajar supaya membenci ibu bapanya. Sebagai contoh apa yang berlaku sekarang ada dalam kalangan pelajar yang memberitahu ibu bapa mereka supaya membenci kerajaan kerana dihasut oleh guru mereka. Keadaan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dikalangan guru-guru kerana tugas guru adalah mendidik dan bukannya untuk melibatkan pelajar dengan politik. Walaupun mereka mempunyai pandangan yang berbeza janganlah membawa hingga ke dalam kelas. Begitu juga sekiranya ibu bapa pelajar merupakan insane bermasalah seperti pelacur, penagih dadah, pemabuk dan sebagainya, guru seharusnya bijak menasihati pelajar agar tetap mentaati ibu bapa mereka bukannya menghasut mereka untuk membenci dan meninggalkan ibu bapa mereka. Untuk itu peranan guru di sini adalah pendorong untuk pelajar mentaati ibu bapa dan bukannya menjauhi ibu bapa. Guru hendaklah menanamkan sikap baik di kalangan pelajar agar mereka membesar menjadi warganegara yang berguna dan taat setia kepada keluarga dan negara. Nilai-nilai murni perlu disemai oleh guru supaya dapat membentuk pelajar-pelajar yang baik. Oleh itu peranan guru sangat penting bagi meralisasikan impian ini.



3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA. 3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.



Sepatutnya guru mendidik, mencorak, membimbing disamping memberi ilmu supaya pelajar dapat berfungsi dalam masyarakat dengan penuh tanggungjawab dan harmonis. Tetapi apa yang berlaku kini sebagai contoh: a)



Ada guru yang menerapkan nilai, kepercayaan dan fahaman mereka sendiri seperti apa yang berlaku guru membawa bersama-sama pelajar dalam gerakan refomasi.



b)



Mereka juga membentuk pelajar mengikut apa yang mereka fikirkan betul.



c)



Kadangkala terdapat fahaman guru berkonflik dengan hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara atau Tatasusila Profesioan Perguruan Malaysia. Keadaan seperti ini tidak sepatutnya wujud dikalangan guru-guru. Oleh itu guru seharusnya memberi bimbingan yang baik bagi melahirkan pelajar yang



memebuhi kehendak aspirasi Negara. Sekiranya rosak anak didik maka akan rosak seluruh generasi akan datang. Ini kerana besarnya peranan seorang guru memdidik dan mencorakkan anak murid mereka. 3.2 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka menjadi warganegara yang yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna menghormati orang tuan dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Perkara ini biasanya dibentuk melalui kegiatan ko-kurikulum di sekolah, di mana pelajar diasuh menghormati ketua. Kegiatan ko-kurikulum boleh membantu pelajar dalam menanam sikap suka tolong menolong, melakukan amal kebajikan,menjauhi perkara keji,dan merupakan etika yang mulia yang dapat dilahirkan melalui kegiatan ko-kurikulum. Semua pelajar dari pelbagai kaum akan menyertai aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti persatuan,



unit



beruniform,



sukan dan



olahraga.



Dengan



ini



semangat



bersama,



toleransi, bertimbang rasa akan dapat dipuput. Guru-guru dan pelajar memahami antara satu sama lain dan dengan ini dapat memupuk semangat bersama di kalangan pelajar berbilang kaum dan perpaduan akan dapat dipupuk. Apa yang realitinya



berlaku ada dikalangan pelajar yang



tidak menyertai kegiatan ini maka sukarlah untuk memupuk perkara ini secaramenyeluruh. Guru



sepatutnya



dapat



membentuk



pelajar menjadi



warganegara



yang



taat



setia,



berguna



serta menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Dalam setiap program sekolah sepatutnya masyarakat setempat tidak dilupakan. Tetapi apa yang berlaku di sekolah di mana pihak pentadbiran lebih kepada penonjolan diri di peringkat jabatan seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) tanpa menjemput masyarakat setempat. Sepatutnya jika diadakan majlis rasmi sekolah seperti Maulidulul Rasul, Maal Hijrah, Hari Keluarga, masyarakat setempat dijemput sama. Faktor lain yang menjadi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara ialah mewujudkan kerjasama melalui PIBG, sepatutnya PIBG dan masyarakat sama-sama memainkan peranan dalam memajukan sekolah . Walaubagaimanapun terdapat sekolah di mana PIBG hanya wujud pada namanya sahaja tetapi semua perkara diuruskan oleh pihak sekolah. Sangat penting untuk PIBG aktif bagi memastikan segala aktiviti di sekolah berjalan dengan lancar. Sebagai contoh sambutan Hari Guru setiap tahun ianya dijalankan sendiri oleh warga pendidik. Sepatutnya pihak ibubapa harus terlibat sama bagi menghargai pengorbanan guru-guru mendidik anak-anak sehingga berjaya. Walaupun perkara ini terdapat dalam etika perguruan tetapi dari segi realitinya hanya pihak guru memainkan peranan tanpa sokongan dari pihak lain. Guru sememangnya memainkan peranan cergas dalam meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat tetapi biasanya guru lebih bertindak bersendirian dalam hal ini. Sebagai contoh masalah merokok yang semakin tinggi di kalangan pelajar sekarang ini hanya pihak sekolah yang cuba mengatasinya dengan mengadakan hukuman rotan, gantung persekolahan dan lebih berat lagi buang sekolah. Tetapi terdapat dalam kalangan ibubapa yang membenarkan anak-anak mereka meghisap rokok di rumah. Mereka tidak melarang anak-anak mereka malah membiarkan sahaja. Walhal di sekolah merokok merupakan perkara yang sangat dilarang dan akan dikenakan hukuman yang sangat berat. Jadi sekolah sepatutnya rapat dengan



masyarakat dan dari masa ke semasa sekolah sepatutnya memberi pertolongan kepada masyarakat dan sebaliknya. Ini adalah kerana sekolah diwujudkan untuk kepentingan dan keperluan masyarakat, serta meyediakan pelajaran secara formal kepada anak-anak ahli masyarakat dan melatih mereka untuk melahirkan mereka rakyat yang berkemahiran untuk masyarakat dan negara. Guru mestilah bertindak dan bertingkah laku yang sopan dan dapat diterima oleh masyarakat kerana sekolah adalah sebahagian daripada masyarakat yang membayangkan matlamat dan hasrat serta aspirasi sesuatu masyarakat. Dalam hubungan ini segala tingkah laku guru akan menjadi ikutan kepada masyarakat. Sekolah semestinya memperlihatkan normal-normal, kebudayaan dan falsafah hidup masyarakat. Pihak sekolah boleh menganjurkan berbagai-bagai kursus atau ceramah yang menarik minat ahli-ahli masyarakat seperti tentang agama, akhlak, moral, penyakit-penyakit bahaya dan lain-lain lagi. Perkara ini memberi pengetahuan dan matalamat kepada ahli-ahli masyarakat. Tetapi realitinya perkara ini tidak diberi penekanan dalam pengurusan sesebuah sekolah. Guru sepatutnya menjadi rujukan umum dan perlu berada dalam keadaan yang boleh diterima oleh masyarakat. 4.



TANGGUNGJAWAB



TERHADAP



RAKAN



SEJAWAT



DAN PROFESIOAN



PERGURUAN. 4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Sebagai seorang yang profesional maka sudah tentulah seseorang guru akan menjaga profesion perguruan dan maruah seseorang guru. Untuk mencapai hasrat kita ke arah mewujudkan word class education dan seterusnya world class nation, kita memerlukan gabungan tenaga, pemikiran dan daya kreatif dari setiap warga Kementerian.Warga Kementerian perlu visi dan nilai yang dikungsi bersama. Oleh hal yang demikian kita perlu sama-sama menjaga profesion perguruan supaya pelanggan dan stakeholder kita berasa berpuas hati dan kehendak-kehendak mereka yang sah



dapat dipenuhi. Apa yang masyarakat mahu ialah penghasilan kerja sama ada perkhidmatan atau barangan dikeluarkan tanpa cacat, tepat, dan boleh dipercayai. Sehubungan dengan ini maka kita perlu menjaga profesion perguruan maruah seseorang guru. Seharusnya guru bersama-sama menjaga maruah profesion perguruan, sebagai contoh sekiranya seorang guru tidak berpuas hati dengan sebarang dasar mahupun pelajar-pelajar, guru-guru tidak harus mengeluarkan sebarang kenyataan terutamanya di media-media massa mahupun media elektronik yang boleh mencalarkan imej profesion ini. 4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. Guru sepatutnya berusaha meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing. Guru dilarang daripada terlibat dalam aktiviti lain seperti berniaga, ejen insuran, ejen jualan langsung kegiatan politik, dan kegiatan luar yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru. Guru [erlu mneyedari bahawa tugas hakiki merek adalah mendidik dan bukannnya melakukan kerja lain sehingga mengabaikan pengajaran mereka. Tetapi apa yang berlaku sekarang ada dalam kalangan guru yang berniaga di pasar malam, memandu kereta sewa hingga larut malam untuk menambahkan pendapatan malah ada turut meniaga di dalam kawasan sekolah. Sehingga menyebabkan pelajar-pelajar terabai dan guruguru ini mengajar ala kadar sahaja. Walaupun mereka mengetahui hal ini tetapi perkara ini terpaksa dilakukan kerana keadaan ekonomi yang terdesak berbuat demikian. Ini di tambah guruguru yang mempunyai tanggungan yang ramai dan tinggal di kawasan bandar-bandar yang mempunyai kos hidup yang tinggi. Akibatnya mereka hadir ke sekolah sebagai memenuhi syarat perkhidmatan dan mengajar memenuhi masa yang diperuntukkan sahaja. Jiwa dan raga tidak komited kerana ada agenda lain yang lebih menguntungkan sedang menanti. Kalau diperincikan lagi tentang hal ini maka sudah tentulah banyak lagi tindakan tata tertib yang boleh diambil kepada guru kerana ianya jelas melanggar akta perjanjian sebagai seorang guru. 4.3 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggung-jawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.



Sebagai seorang guru, kita perlu berusaha dengan sepenuh dan seoptimum mungkin seperti yang dituntut supaya dapat meningkatan kecemerlangan dalam semua segi dapat dicapai. Dalam hubungan ini guru perlu menyediakan perancangan pelajaran yang kemas dan teratur, objektif pelajaran jelas, memastikan minat serta pengetahuan sedia ada pelajar diambil kira dalam merancang pelajaran, set induksi yang baik dan dapat menarik minat pelajar, langkah di peringkat perkembangan pelajaran disusun mengikut prinsip dari mudah kepada kompleks dan seterusnya menyediakan penutup yang sesuai sama ada penutut sosial atau kognatif pelajar. Aktiviti-aktiviti yang dirancang perlulah mengikut kebolehan pelajar-pelajar. Malah guru juga perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran di samping penggunaan bahan bantu mengajar seoptimum mungkin sewaktu pengajaran berlangsung. Melalui penggunaan teknik dan strategi yang pelbagai di tambah dengan bahan bantu mengajar secara tidak lansung dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan dapat membantu mereka dalam lebih memahami apa yang diajarkan oleh guru. Tetapi apa yang realitinya berlaku biasanya perkara ini diberikan penekanan semasa latihan mengajar kemudian selepas itu tiada penambahbaikan dibuat. Ini terjadi terutamnya kepada mereka yang sudah lama mengajar dengan alasan kekurangan masa dan sebagainya. Dalam hubungan ini ke arah persediaan memasuki alaf baru, maka kita perlu melihat kembali struktur dan mekanisme pelaksanaan secara total ke arah mewujudkan sistem pendidikan yang efisyen, efektif dan bertaraf dunia. Sebagai contoh melalui penggunaan ICT banyak membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Malah kerajaan sendiri telah menyediakan pelabagai kemudahan ICT bagi membantu guru-guru untuk mengajar. Guru seharusnya sedaya upaya membantu pelajar yang lemah tanpa merungut dan meminta ganjaran. Segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk membantu meningkatkan prestasi pelajar perlu disertai oleh guru-guru. Tanpa penglibatan guru-guru maka segala aktiviti tidak dapat dijalankan. Dapat dilihat pada hari ini, pada cuti persekolahan guru-guru diminta untuk menghadiri kelas tambahan 4.4 Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. Salah satu perkara yang sering ditimbulkan oleh guru-guru ialah biasanya pengetua, guru besar, guru penolong kanan dan guru-guru kanan banyak menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus dalam perkhidmatan, seminar dan guru-guru baru kurang didedahkan tentang perkara ini. Tetapi



malangnya selepas mengikutinya tidak diadakan pula kursus dalaman bagi mendedahkan kepada guru-guru lain terutamanya guru-guru baru. Pendek kata sistem komunikasi guru perlu diperkemaskan di semua peringkat: dari peringkat atasan iaitu Kementerian sehinggalah ke peringkat negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah hingga kepada guru-guru dan kakitangan. Sepatutnya mereka saling membantu antara satu sama lain, sebaliknya tedapat jurang atau gap antara mereka dan menyebabkan susah untuk menolong antara satu sama lain. Kita perlu bantu membantu antara satu sama lain supaya sistem pengajaran dan pembelajaran kita bukan sekadar berkesan tetapi mampu memenuhi keperluan sebenar untuk membentuk masyarakat yang berdaya cipta dan mampu menyumbang kepada peradaban dunia. Selain itu setiap guru perlu menghormati pendapat rakan sekerja dan mengekalkan hubungan baik antara rakan sejawat. Di samping itu mereka juga perlu sentiasa menolong rakan yang lebih muda dan kepada guru yang menjalankan latihan dengan memberi bantuan bagi memudahkan kerja mereka. Selain itu setiap guru perlu menggakui kemahiran rakan sekerja yang berpengalaman dan sentiasa mengekalkan hak mereka sebagai guru. Seharusnya budak dengki mendengki tidak sepatutnya diamalkan di sekolah. Sekiranya amalan ini dilaksanakan ini akan memudahkan kerja dan akan membantu dalam mempertingkatkan lagi profesion keguruan. 4.5 Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Sebagai seorang yang profesional maka guru hendaklah tidak melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik profesion perguruan. Dalam keadaan politik sekarang ini nampaknya terdapat dikalangan guru yang gagal untuk mengatasi diri dari terlibat dalam gerakan refomasi dengan membawa pelajar sama terlibat. Keadaan ini boleh mencemarkan nama baik profesion perguruan. Segala tingkah laku guru mestilah dijaga kerana ianya menjadi ikutan orang lain. Malah seorang guru juga perlu mengelakkan diri dari mengunjungi tempat-tempat yang tidak elok sehingga boleh mengundang fitnah sebagai contoh kelab malam, pusat-pusat perjudian, tempat-tempat hiburan melampau dan sebagainya. Ini kerana sekiranya serbuan dilakukan terhadap tempat-tempat sebegini pastinya akan dilaporkan bahawa guru ada yang terlibat dan dipaparkan di media massa dan elektronik. Secara tidak lansung telah mencemarkan profesion ini dengan laporan-laporan negative yang disebarkan oleh media massa dan media elektronik ini. Sebagai contoh terdapat berita di mana ada guru di tangkap kerana menyertai Pertandingan Ratu Pondan di Kelantan beberapa tahun lepas. Seharusnya perkara ini tidak berlaku sekiranya guru tersebut



menjadikan Kod Etika Keguruan sabagai panduannya. Begitu juga dengan kes melibatkan guru mencabul anak murid dan sebagainya lagi. Ibarat pepatah Melayu “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Seharusnya kita mencari jalan bagi memajukan profesion keguruan dan bukannya memusnahkan profesion ini dengan aktiviti yang tidak bermoral. 4.6 Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. Walaupun perkara ini termasuk dalam etika perguruan, tetapi bilangan guru yang terlibat dalam sesebuah pertubuhan guru adalah kecil. Guru mempunyai beberapa pertubuhan yang besar untuk menjaga kebajikan mereka serta meninggikan mutu profesion perguruan. Jika timbul rasa ketidakadilan, maka pertubuhan akan berusaha mengatasinya. Antara kesatuan guru ialah National Union Of Teaching Profession (NUTP), Kesatuan Guru-guru Malaysia Barat (KGMMB). Sekarang ini banyak koperasi guru ditubuhkan untuk membantu guru seperti Yayasan Guru Malaysia Berhad tetapi bilngan yang menyertainya amat sedikit. Melalui pertubuhan ini nasib guru lebih dibela kerana mempunyai komuniti yang besar yang dapat mengenengahkan permasalahan dalam profesion ini. Selain itu kita dapat lihat kesatuan-kesatuan guru yang telah dibentuk ini banyak memperjuangkan nasib profesion keguruan sehinggalah profesion ini menjadi antara profesion yang dipandang tinggi. Oleh itu seorang guru perlu melibatkan diri dalam pertubuhan guru ini.



Kesimpulan. Matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini adalah merupakan tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekiranya kita mengikuti sepenuhnya Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia maka kita akan mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kita dapat melihat bahawa etika mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pengurusan. Etika yang baik akan menghasilkan budaya kerja yang cemerlang dan pengurusan yang berkualiti yang akan berakhir dengan hasil perkhidmatan dan barangan yang bermutu tinggi.



Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia perlulah diikuti dan diamalkan sepenuhnya oleh semua warga pendidik kerana ianya merupakan asas kepada perkhidmatan yang menuju kepada pendidikan bertaraf dunia yang diidamkan. Guru-guru telah diamanahkan untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu, beriman, bertakwal, berakhlak mulia serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara berasaskan kod etika profesion perguruan.



BIBLIOGRAFI Abdul.R.M.A,(1999). Pendidikan Moral. Teori Etika dan Amalan Moral . Serdang: Universiti Putra Malaysia. Abdul.H.H,(1994),Komunikasi Dalam Pengurusan Pendidikan, Kuala Lumpur, Delma (M) Sdn.Bhd. Mustafa. H.D, (1996), Etika Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publiction & Distributions Sdn.Bhd. Rozhan Othman, (1997). Pengurusan Personal dan Perancangan Guna Tenaga,



Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan.S.W.M, (1999), Perancangan Pendidikan PG586, Terengganu, Universiti Putra Malaysia. Persatuan Pendidikan Malaysia (Jld 20 No.2(SEP) 1998), Suara Pendidik. Institut Aminuddin Baki Sri Layang Genting Highland Pahang.