Etika Dalam Pentadbiran Awam [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KUALA LUMPUR GMGA 2033 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM



SEMESTER KEDUA 2016/2017



NAMA / NO MATRIK :



SASIKUMAR A/L MUNIAN (241038) TAJUK TUGASAN : RINGKASAN DARI AKHBAR ‘Pengarah Pembangunan Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS) Putrajaya terima Rasuah kontrak Tabika dan Taska ’ NAMA PENSYARAH : SAADON BIN AWANG



TARIKH HANTAR 29 JULAI 2017



TARIKH TERIMA



ISI KANDUNGAN Penghargaan………………………………………………………………......................... Pengenalan…………………………………………………………………………… 4-5 2. Etika Dalam Pentadbiran Awam…………………………………………………6-7 3. Peranan Pentadbir Awam………………………………………………………...7-8 4.



Nilai-nilai Petadbir Awam……………………………………………………….. 8-9



5.



Usaha-usaha ke arah penerapan nilai dan etika……………………………......9



6.



Kesimpulan…………………………………………………………………………10



7.



Lampiran………………………………………………………………………………



8.



Rujukan………………………………………………………………………………..



GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM PENGHARGAAN Pertama kali saya bersyukur kepada tuhan yang Maha mulia kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang telah membantu saya melaksanakan tugasan ini secara langsung atau pun tidak langsung. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Saadon Bin Awang selaku pensyarah Etika Dalam Pentadbiran Awam GMGA 2013 atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada saya dan rakan-rakan sekuliah. Buat semua kawan-kawan saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan mereka sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini jayanya. Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan ini., Segala kekurangan harap dimaafkan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Tuhan dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.



3



GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM PENGENALAN Pembentukan etika yang baik adalah bermula daripada diri seseorang individu itu sendiri. Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan dan peraturan yang berhubung kait dengan tingkah laku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dengan berasaskan etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan



seterusnya



meningkatkan fungsi sosial seseorang



individu. Secara umumnya etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Etika tidak bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Daripada sudut bahasa, etika atau ’ethics’ bermaksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. White (1993) mendefinisikan etika sebagai salah satu cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan manusia. Kod etika yang diwujudkan bagi sesetengah jabatan kerajaan adalah untuk kepentingan kakitangan dan organisasi dengan tujuan menjaga dan memelihara kesejahteraan kakitangan awam serta menjunjung tinggi martabat profesionalisme khususnya bagi jabatan yang bertanggungjawab memelihara kerahsiaan dan keselamatan negara. Sebagai contohnya sebuah keratan akhbar tempatan Berita Harian bertarikh 19 Jun 2017 bertajuk ‘Pengarah Pembangunan Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Putrajaya terima Rasuah kontrak tabika dan Taska’.



4



GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM Seorang pengarah didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan menerima rasuah dalam kontrak pembekalan barangan untuk TABIKA dan TASKA membabitkan nilai keseluruhan RM 159,053.22. Mohd Adnan Md Daud,54,didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu antara 2015 dan 2016 dengan melantik enam syarikat sebagai kontraktor ketika bertugas sebagai pengawai Pembangunan KEMAS Selangor.Tertuduh didakwa memperoleh rasuah berjumlah RM73,000 daripada Sah Hizam Halim sebagai upah melakukan dua perbuatan berhubung hal ehwal di Maybank Cawangan Alor Setar. Secara praktisnya, tindakan ukuran etika tetap sama dalam mana-mana budaya pun seperti amalan penyalahgunaan kuasa yang sinonim dengan isu rasuah dan penyelewengan yang semakin serius serta nilai-nilai dalam sektor awam semakin merosot. Oleh itu etika kerja merupakan unsur yang sangat penting untuk dititik beratkan kerana setiap kakitangan kerajaan perlu memiliki dan menunjukkan tingkah laku yang sempurna seperti yang dikehendaki oleh masyarakat. Selain itu, mereka juga perlu berpegang teguh kepada sikap dan nilai yang positif seperti bertanggungjawab, berdisiplin, berintegriti, jujur, bersopan dan sebagainya.(Ahmad Sarji abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha Negara)



5



GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM 2.0



ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM. Melibatkan perlaksanaan prinsip-prinsip moral semasa menjalankan urusan



rasmi di dalam organisasi. Dalam kes pertuduhan ke atas pengarah tersebut beliau dengan jelas menggunakan kedudukan dan jawatannya pada ketika itu untuk menerima suapan. Thompson (Shafritz & Hyde,1992) sifatkan etika dalam pentadbiran awam sebagai salah satu sepsis dalam etika politik iaitu aplikasikan prinsip-prinsip moral dalam politik. Prinsip-prinsip moral tersebut merujuk kepada







Peraturan dan tugas yang perlu dihormati oleh individu semasa mereka menjalankan tugas. Sebarang kesilapan boleh menjejaskan kesejahteraan individu lain dan masyarakat.



-



Kesalahan tertuduh menggunakan kedudukan dan jawatan Pengarah Pembangunan KEMAS bagi melakukan tujuh perbuatan berhubung hal ehwal principal.







Perlaksanaan peraturan dasar perlu memenuhi kehendak individu lain dan masyarakat. Adalah menjadi satu tanggungjawab untuk melaksana dan tanggung akibat daripada tingkah laku oleh seseorang atau suatu profesion terhadap masyarakat.



-



Sebagai seorang kakitangan awam yang menyandang profesion tinggi selama ini tidak wajar beliau menerima suapan. Seharusnya



kontrak tersebut



hendaklah melalui bidaan daripada jawatankuasa yang bertanggungjawab.



6



GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM 



Seorang



anggota



perkhidmatan



awam



berkewajipan



memahami



tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku sebagai pekerja dalam kerajaan (Ahmad Sarji, 1991 :20) -



Sebagai seorang pegawai yang telah berpengalaman dalam bidang pembangunan tertuduh seharusnya bijak membezakan sama ada perbuatan tersebut menyalahi etika atau pun sebaliknya. Segala perbuatan tertuduh telah menyebabkan orang awam dan masyarakat memandang sinis terhadap nilai integriti tertuduh seterusnya menyebabkan keluarga tertuduh turut terpalit akibat keterlajuran perbuatan tertuduh. Bagi kes tertuduh banyak implikasi yang akan timbul jika beliau memilih untuk



menerima suapan (rasuah) yang diberikan oleh Kontraktor. Antara implikasi yang mungkin akan timbul ialah : a. Kontraktor lain akan kehilangan peluang memasuki bidaan yang di jalankan. b. Kontraktorlain akan merasa tertindas dan keadaan ini menyebabkan pihak lain tidak dapat peluang memajukan perkhidmatan mereka.



7



GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM 3.0



PERANAN PENTADBIR AWAM. Dalam kes yang membabitkan kakitangan awam yang telah memegang



jawatan yang tinggi dan telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam sektor pendidikan tertuduh seharusnya peka akan peranan pentadbir awam yang berperanan untuk meyakinkan orang awam terhadap organisasi awam, kerajaan. Tertuduh seharusnya mematuhi dan melaksanakan undang-undang sebagai seorang kakitangan awam dan menjaga kepentingan awam (Lewis & Gilman 2005) melebihi kepentingan bersifat peribadi. 4.0



NILAI-NILAI PENTADBIR AWAM Dalam perkhidmatan awam pegawai-pegawai awam perlu mengamalkan nilai-



nilai berikut : 1. Democratic Values - Semua penjawat awam mesti mengikut prinsip-prinsip demokrasi seperti impartiality, justice, liberty, equality, rules of law, accountability dalam merealisasikan nilai dan etika bagi seorang penjawat awam. - Dalam kes ini tertuduh seharusnya mempunyai nilai demokrasi yang tinggi dan mempunyai imej yang bersih supaya dapat mendukung pembangunan ke arah peningkatan kualiti penghidupan. 2. Professional Values - Sebagai penjawat awam seharusnya menjalankan tanggungjawab dan berkhidmat dengan competence, excellence, quality, efficiency, objectivity, merit and impartiality.



8



GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM - Tertuduh seharusnya bekerja mengikut undang-undang, peraturan dan mengambil kira kepentingan awam serta menjadi contoh atau ‘role model’ kepada para pegawai lain yang berkhidmat di Jabatan Kemajuan Masyarakat. - Tertuduh juga seharusnya bijak menangani sebarang situasi serta berupaya menunjukkan kebolehan membuat sebarang keputusan secara professional tanpa membabitkan amalan rasuah sebagai jalan penyelesaian.



3. People Values - Penjawat awam juga seharusnya menunjukkan nilai yang tinggi dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan tanpa sebarang sikap prejudis, sentiasa adil dan saksama serta bersikap sopan santun dengan rakan sejawat dan orang awam - Dalam kes tersebut tertuduh seharusnnya bersikap adil dalam pemberian kontrak tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada kontraktor tersebut. - Tertuduh sepatutnya mengambil kira hak awam yang sama-sama melibatkan diri dalam pembidaan bagi memperolehi kontrak yang ditawarkan.



9



GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM 5.0



USAHA-USAHA KE ARAH PENERAPAN NILAI DAN ETIKA Terdapat beberapa usaha atau langkah-langkah penerapan nilai dan etika



yang diambil oleh kerajaan seperti :



Kempen ‘Bersih Cekap Amanah’ -



Tertuduh



seharusnya



menyahut



seruan



kerajaan



supaya



mempraktikkan amalan bebas daripada rasuah dan sentiasa amanah dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam. 



Kepimpinan Melalui Teladan -



Tertuduh seharusnya menjalankan tugas berlandaskan kepimpinan melalui teladan seperti sentiasa merujuk kepada kod etika dalam bidang pentadbiran awam.



5.1Rasuah juga bukan sahaja memberikan kesan yang negatif kepada individu, malah juga kepada masyarakat dan negara.Kesan kepada individu ialah seperti berikut:



1-



Hilang kerjaya



2-



Jatuh moral dan maruah



3-



Terima hukuman di dunia dan di akhirat



4-



Hancur keharmonian rumah tangga



5-



Keluarga terabai



10



GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM



Kesan kepada masyarakat pula:



1-



Ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu



2-



Menggalakkan malah melindungi penjenayah



3-



Memburukkan lagi taraf kemiskinan



Kesan kepada negara: 1-



Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran



2-



Menjejaskan sosial serta kestabilan politik serta keselamatan



3-



Tumpuan pembangunan tidak seimbang



4-



Kenaikan kos barang dan perkhidmatan



5-



Mengurangkan pendapatan negara



6-



Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan



11



GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM 6.0



KESIMPULAN Etika merupakan salah satu unsur yang penting dalam



kehidupan



manusia.Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan sebelum ini,ternyata etika membantu membentuk keharmonian,kesejahteraan,kerukunan dan kedamaian hidup.Oleh itu



doktrin pengasingan kuasa telah diwujudkan. Doktrin



pengasingan kuasa adalah untuk memastikan pihak yang berkuasa tidak menggunakan kuasa yang ada pada mereka secara berleluasa dan berlebihan. Dengan adanya pengasingan kuasa sebegini, pihak-pihak yang terbabit hanya perlu menjalankan kuasa dan tanggungjawab mengikut bidang kuasa masing-masing. Pemakaian doktrin pengasingan kuasa walaupun agak ketat, namun masih terdapat ruang-ruang di mana terdapat percampuran dan pengimbangan kuasa untuk melancarkan lagi sistem pentadbiran di negara tersebut. Percampuran dan pengimbangan kuasa ini dikenali sebagai check and balance. Di Malaysia pemakaian doktrin pengasingan kuasa ini lebih longgar apabila kebanyakan ahli badan perundangan dan badan eksekutif terdiri daripada orang yang sama. Bagaimanapun, pertindihan ahli ini tidak bermaksud percampuran kuasa berlaku sewenangwenangnya. Disamping itu, jika kita lihat pengamalannya di Malaysia, badan perundangan (perundangan) dan badan pentadbiran (eksekutif) tidak terdapat pengasingan secara ketat diantara kedua-duanya dan dan ianya tidak selari dengan konsep ‘seperation of power’ di mana kuasa tersebut hendaklah dipecahkan atau diasingkan. Oleh yang demikian sistem pengasingan kuasa berserta dengan Konsep Kawalan dan Imbangan LAMPIRAN



12



GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM



13



GMGA_2011 ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM RUJUKAN 1.



Tun Mohd Salleh Abbas. 1997. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Di Malaysia. Kuala Lumpur.



2.



Dewan Bahasa dan Pustaka Abdul Aziz Bari (2002). Majlis Raja-raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



3.



Abdullah Sanusi Ahmad (1987). Kerajaan, Pentadbiran dan Rakyat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



4.



Abdul Aziz Bari . 2008 . Perlembagaan Malaysia : Asas-asas dan Masalah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur



5.



White (1993)



14