Faktor-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMASALAHAN PEMBELAJARAN [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Faktor-faktor yang mempengaruhi permasalahan pembelajaran.



1) Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru. - guru tidak menggunakan bahan p&p yang kreatif dan bersesuaian dengan murid pemulihan yang memerlukan bahan-bahan yang menarik. Teknik pengajaran guru haruslah menggunakan teknik mengikut tahap pembelajaran bagi seorang kanak-kanak yang perlu dipulihkan.



2) Tidak hadir kesekolah. - murid tidak menghadirkan diri kesekolah juga adalah salah satu punca mengakibatkannya mengalami masalah pembelajaran. Peranan guru adalah mengambil berat atau mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh setiap muridnya. Pelbagai sukatan atau topik pelajaran yang tertinggal akibat tidak hadir kesekolah.



3) Cuai dalam menjalankan aktiviti. - guru memainkan peranan penting dalam mengenalpasti potensi murid. Segala aktiviti yang dilakukan oleh setiap murid haruslah dipantau. Segala kesilapan murid perlu diperbetulkan. Kecuaian guru dalam menjalankan tugas boleh mengakibatkan murid mengalami masalah pembelajaran terutamanya murid yang lemah.



4) Leka dan lambat. - guru yang leka dalam melaksanakan tugas atau mengambil mudah sesuatu perkara juga mendatangkan akibat kepada murid-murid. Guru yang lambat mengambil tindakan terutamanya dalam mengenalpasti murid-murid yang perlu dipulihkan juga kesalahan yang datangnya dari guru itu sendiri.



5) Peribadi. - murid yang mengalami masalah peribadi juga akan mengalami masalah pembelajaran. Sebagai seorang guru perlulah mengenalpasti murid yang bermasalah ini. Guru harus mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian. Selain itu, guru perlulah mengembalikan semangat mereka untuk belajar.



6) Kurang kecerdasan-lambat berfikir dan bertindak,lekas lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan. - peranan guru bagi bagi menjalankan pelbagai aktiviti bagi menjana minda murid adalah penting. Murid-murid seperti ini harus diberi latihan pengukuhan bagi menguatkan lagi ingatan dan meningkatkan tahap pengamatan mereka.



7) Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna. - ibu bapa juga memainkan peranan yang penting bagi mengatasi anak-anak



dari mengalami maslah pembelajaran. Makanan yang baik dan seimbang harus diamalkan sejak dari kecil lagi. Kurangkan makanan yang membahayakan atau makanan yang boleh memberikan kesan negative kepada kesihatan.



8) Penerimaan baka yang cacat. - faktor baka juga banyak mengakibatkan masalah pembelajaran. Ibu bapa murid juga mengalami masalah yang sama. Sebagai guru, murid tidak boleh dipersalahkan sebaliknya guru harus mengambil inisiatif bagi mengatasi atau mengurangkan masalah ini.



9) Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya. - anak-anak harus diberi pendedahan awal kepada alam sekitar atau bergaul dengan rakan sebaya mereka. Kurangnya pergaulan juga boleh mengakibatkan masalah pembelajaran. Anak-anak kurang mendapat idea atau kurang menggunakan akal mereka untuk berfikir akan sesuatu. Minda mereka sama sekali tidak tercabar.



10)Salah diasuh dan diajar. - ibu bapa tidak seharusnya terlampau memanjakan anak-anak mereka. Tidak semua kemahuan mereka harus ditunaikan. Asuhan ibu bapa dirumah



adalah penting bagi anak-anak untuk berdikari atau menggunakan akal fikiran mereka. Ibu bapa harus meluangkan sedikit masa untuk mengajar anak-anak mereka. Tidak hanya disekolah sahaja. Pantauan dari ibu bapa penting dalam mengetahui proses perkembangan anak-anak mereka.



11)Kesediaan untuk belajar lewat dan pengajaran diberi sebelum berlakunya kesediaan. - ibu bapa harus menyediakan anak-anak mereka untuk belajar. Pelbagai inisiatif boleh diberikan kepada anak-anak agar mereka bersedia belajar. Tetapi pengajaran juga tidak boleh diberi sebelum berlakunya kesediaan dari diri anak-anak itu sendiri.