Folio Sejarah Tahun 4 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

FOLIO SEJARAH TAJUK : SEJARAH DIRI DAN KELUARGA TEMPOH KAJIAN ( 4 MINGGU ) 1. Penghargaan 2. Objektif kajian 3. Kaedah Kajian a) Kaedah lisan b) Kaedah pemerhatian c) Kaedah rujukan/ bertulis – buku, album 4. Liputan Kajian a) Salasilah keluarga bapa saya b) Salasilah keluarga ibu saya c) Salasialah keluarga saya d) Tokoh dalam keluarga e) Peristiwa bersejarah dalam keluarga - Hari jadi saya, ibu bapa - Bercuti bersama keluarga - Lain-lai yang berkaitan dengan diri atau kelurga 5. Rumusan



CONTOH : PENGHARGAAN



Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan folio sejarah saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian salasilah keluarga saya ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada _____________________ iaitu guru mata pelajaran Sejarah saya atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi olehnya semasa saya membuat folio ini. Kepada rakan –rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki mutu folio saya ini. Sekian, terima kasih.



OBJEKTIF KAJIAN 1. Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya. 2. Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya. 3. Saya boleh berasa banggga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya. 4. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya. KAEDAH KAJIAN a) Kaedah lisan – temu bual dengan ibu bapa dan ahli keluarga b) Kaedah pemerhatian – melihat perkembangan ibu bapa dan ahli keluarga dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka. c) Kaedah rujukan/ bertulis – buku, album



RUMUSAN Secara kesimpulannya, daripada yang telah saya lalui sepanjang melaksanakan projek Sejarah ini, saya banyak dapat pengajaran yang berguna iaitu seperti dapat mengetahui asal usul diri



dan keluarga dengan lebih mendalam, dan saya berbangga menjadi waris keluarga ini. Saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi anak yang berjaya supaya dapat membanggakan seluruh keluarga saya.