Implikasi Masalah Pendengaran Dan Penglihatan Dalam P&P [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

MASALAH PENDENGARAN



Secara umumnya, masalah komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran memberi kesan besar terhadap emosi, sosial dan peribadi seseorang. Mereka mempunyai perasaan rendah diri serta mengasing diri daripada rakan yang normal. Antara implikasi masalah yang timbul antaranya : a. Malu untuk bercakap dengan suara yang kuat b. Perbendaharaan yang sedikit c. Struktur bahasa yang ringkas, meninggalkan atau menukar perkataan



Secara kasarnya, masalah pendengaran yang dialami oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran akan memberikan implikasi dalam proses P&P. Di antara masalah yang boleh menggangu pelajar atau individu yang bermasalah pendengaran ialah :



i.



Penggunaan perbendaharaan kata yang sangat terhad.



ii. Tumpuan dan perhatian terhadap sesi P&P yang terhad kerana pelajar bermasalah pendengaran bergantung sepenuhnya kepada deria penglihatan untuk mendapatkan maklumat, oleh yang demikian mereka akan cepat merasa penat. iii. Gangguan emsoi dan kurang faham dengan apa yang disampaikan oleh guru ditambah pula dengan tumpuan deria penglihatan yang telah penat, maka perolehan isi pelajaran akan terputus-putus seterusnya sukar faham.



iv. Seringkali mengharapkan bantuan rakan sebaya ketika berada di dalam kelas.



v. Berhadapan dengan masalah untuk berkomunikasi dengan pelajar normal seandainya pelajar bermasalah pendengaran ini ditempatkan di sekolah percantuman atau inklusif dan ini menyebabkan faktor salah faham, merasa rendah diri dan sebagainya.



vi. Kadang kala boleh menjadi bahan ejekan rakan-rakan dari kalangan pelajar normal dan ini akan menyebabkan gangguan emosi dan seterusnya menggangu tumpuan kepada pelajaran.



Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah



Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru. Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid.



Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain.



Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak ini. Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja.



Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.



MASALAH PENGLIHATAN



• Biasanya kanak-kanak masalah penglihatan sukar atau tidak dapat melakukan tugasan seperti membaca atau menulis tanpa menggunakan alat bantuan khas. • Gangguan penglihatan berlaku apabila penglihatan seseorang individu tidak dapat dibantu untuk mencapai tahap penglihatan normal. • Gangguan penglihatan ini boleh disebabkan oleh penyakityang dialami, trauma, serta masalah kongenital ataupun keturunan.



Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah



Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untukmembantu pembelajaran. Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat. Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti “hands-on”.



Guru juga perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dan pastikan kedudukan kanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan.



Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada dalam bahan-bahan pembelajaran.



KESIMPULAN



Masalah bahasa bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran dan penglihatan agak berbeza, namun begitu pendekatan yang berbeza boleh digunakan untuk membantu mereka cara berkomunikasi. Malah Radziewicz dan Antonellis (1993), menyatakan faktor bila berlaku kecacatan, jangkamasa kecacatan dikesan dan darjah kecacatan memainkan peranan penting di dalam memilih kaedah pengajaran kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran. Selain itu, pendekatan yang bersesuaian juga perlu bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi.



Sekian Sahaja Daripada Kami. TERIMA KASIH.