Isu Disiplin Pekerja [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Masalah Disiplin Pekerja 1. Datang Lewat Ke Tempat Kerja. Hal ini terjadi mungkin disebabkan fakor kesesakan jalan raya, tak ada kenderaan dan bangun lambat ke tempat kerja.



2. Tidur Di Tempat Kerja Waktu lepas kerja tak digunakan sebaiknya malah sering melepak selepas waktu kerja sehingga lewat malam.



3. Bergaduh Dengan Pekerja Lain Bergaduh yang berlaku mungkin dari faktor tekanan kerja dan sering tidak puas hati dengan pekerja lain dalam skop tugas yang dijalankan.



4. Mencuri Barang Di Tempat Kerja Pekerja yang tidak amanah akan melakukan perbuatan ini mungkin faktor kekurangan wang untuk menampung keluarga.



5. Penampilan Selekeh Sambil lewa dengan perwatakan sebagai seorang pekerja seperti rambut tak terurus dan baju yang kedut ketika sedang bekerja



Penyelesaian Masalah Disiplin 1. Majikan perlulah menyediakan pinjaman pengangkutan sementara bagi pekerja yang kurang berkemampuan untuk membeli kenderaan sendiri. Selain itu, majikan perlu memberi nasihat dan amaran kepada pekerja yang suka datang lambat ke tempat kerja. 2. Memberi teguran keras dan nasihat untuk mengikut waktu tidur dengan betul serta gunakan waktu lepas kerja untuk perkara yang tidak memenatkan. 3. Temukan pegawai kaunseling dengan pekerja yang terlibat untuk membincangkan masalah yang dihadapi bersama agar masalah dapat diselesaikan sama adil. Selain itu, majikan mengadakan kursus yang membawa kesedaran kepada pekerja mengenai pergaduhan. 4. Majikan perlu menyoalkan pekerja sebab mengapa dia sanggup bertindak demikian lalu memberi nasihat serta amaran berdasarkan sebabnya bagi mengelakkan perkara sama berulang. 5. Pegawai bertugas perlu menegur dan memberi nasihat mengenai pemakaian dan sikapnya yang akan memburukkan imej majikan.