Kaedah Lakonan  [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Kaedah lakonan Terdapat beberapa cara lakonan dapat dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 2 cara iaitu lakonan tanpa skrip dan berskrip. Lakonan tanpa skrip memerlukan penglibatan murid secara sukarela untuk membawa sesuatu watak. Murid harus memahami jalan cerita, watak dan nilai-nilai yang ada dalam cerita itu. Kemudian kaitkan nilai-nilai yang ada dalam kehidupan seharian. Manakala lakonan berskrip pula, memerlukan murid membaca dan memahami skrip serta watak dan ajalan cerita. Murid boleh dipilih berdasarkaan watak. Perbincangan tentang nilai-nilai moral dalam lakonan tadi harus diadakan dan ringkasan perlu dihasilkan. Dalam pendidikan moral pula aktiviti yang dapat dijalankan adalah untuk melakonkan suatu situasi menggunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila dalam interaksi dan melakonkan cerita “Si Tenggang” untuk memberi keinsafan kepada anak derhaka. Lakonan dapat menarik minat dan meningkatkan penglibatan murid. Murid juga akan menjadi aktif. Pengajaran dan pembelajaran adalah menarik dan menyeronokkan dan menggalakkan interaksi di kalangan murid-murid. Lakonan adalah salah satu teknik mengajar dalam bilik darjah. Lakonan merupakan satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Main Peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Dengan kata lain ain peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, murid dapat mengukuhkan kemahiran bertutur dan melatih diri untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secara pantas dan terkawal.



Prinsip main peranan adalah untuk menghasilkan main peranan yang menyeluruh dan menyeronokkan, senario, peranan dan taklimat latar hendaklah dipadankan. Peranan pelajar dalam main peranan hendaklah jelas agar perjalanan main peranan berjalan lancar. Peserta diberikan masa yang cukup untuk mebuat persediaan. Masa yang paling sesuai diperuntukkan untuk aktiviti main peranan adalah antara 15-20 minit. Jenis-jenis main peranan adalah memerihal. Memerihal adalah salah satu cara berkomunikasi dengan pelajar memerihalkan sesuatu masalah. Contohnya, pelajar meminta kebenaran daripada Guru Besar untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar. Keduanya ialah demonstrasi, iaitu menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohi seperti cara bertutur dengan betul dalam sesuatu situasi. Latihan melatih pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur dalam situasi perbualan formal. Cerminan menunjukkan bagaimana sesuatu pelakuan itu dilihat oleh orang lain. Kepekaan mewujudkan



kesedaran mengenai perasaan mereka terhadap



sesuatu situasi ataupun orang lain. Melalui lakonan berdasarkan isi pelajaran Pendidikan Moral, murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain. Main peranan dapat membawa situasa yang sebenar ke dalam bilik darjah



dan untuk



mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Penguasaan kemahiran bahasa boleh dicapai melalui aktiviti perbincangan dalam aktiviti kumpulan. Main peranan dapat membantu murid mempertingkatkan penuasaan kemahiran bahasa dengan berkesan. Prinsip-prinsip pelaksanaan main peranan ialah guru rancang situasi yang bermasalah dan wujudkannya secara bertulis/ lisan di dalam kelas. Sebelum jalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkasa tentnag masalah, peranan watak tempoh masa sesi simulasai perlu diberikan. Seterusnya, memilih murid yang mahir dalam pertuturan sebagai pelakon. Skrip lakonan disediakan dan diedarkan kepada murid-murid yang dipilih untuk berlakon untuk berlakon terlebih dahulu. Alat bantuan seperti topeng untuk berlakon untuk menarik perhatian. Semasa sesi berlangsung, guru pastikan murid lain menjadi penonton benar- benar menumpukan perhatian terhadap cara



penyelesaian masalah. Selepas sesi simulasi, bermain disediankan dan suatu rumusan harus dicapai. Contoh-contoh bagi simulasi dibahagi kepada dua.



Pemusatan



kepada masalah bermakasud murid berbincabg tentang masalah dan membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Contohnya, menetukan lokasi sesuai untuk pembinaan komdominium dan vandelisme harta benda sekolah.



Contoh



kedua



ialah



pemusatan



kepada



penerbitan.



Murid



berbincang tentang sesuatu rancangan untuk menghasilkan suatu projek atau penerbitan.



Contohnya, menerbitkan majalah danmenerbitkan rancangan



berita televisyen. Langkah-langkah main peranan dimulakan dengan menyediakan kertas panduan dan penerangan kepada setiap murid tujuan main peranan. Ianya melibatkan kaedah dan peraturan mudah yang harus dipatuhi oleh detiap pemain. Alatan seperti kertas, pen dan bahan lain digunakan dalam permainan ini. Bermula sahaja permainan simulasi guru melihat dan tidak boleh mengganggu melainkan ada perkara penting sahaja. Selepas tamat permainan, adakan sebuah refleksi. Dalam pendidikan moral pula, aktiviti simulasi dan cara berkawan dan berbaik dengan masyarakat setempat.



Kaedah Bercerita Kaedah bercerita sangat sesuai dijalankan untuk menyampaikan sesuatu



mesej.



Cerita



yang



baik



harus



mempunyai



permulaan,



perkembangan dan penutup. Seterusnya mengandungi nilai-nilai pengajaran yang baik dan harus dicontohi. Antara perkara yang harus ditekankan dalam kaedah bercerita adalah cerita haru sesuai dengan tahap kanak-kanak, menarik, berbantukan gambar dan menarik. Suara guru juga jendaklah menarik, ada nada, dan menarik agar dapat murid dapat memberi sepebuh perhatian kepada cerita. Dalam konteks pendidikan kaedah bercerita ialah seorang guru menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran secara bercerita dalam suasana menghiburkan. Bagaimapun, guru perlu mematuhi perinsip bercerita supaya ia sesuai dengan murid yang mendengar cerita tersebut. Dalam pendidikan moral juga boleh menggunakan teknik bercerita. Guru boleh menceritakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita itu seperti cerita pengembala kambing yang berdusta. Akibat daripada perbuatan dustanya, semua orang tidak mempercayai bahawa harimau telah menyerang kambing-kambingnya. Teknik bercerita ini sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi murid-murid di sekolah rendah. Teknik bercerita ini biasanya menekankan konten atau isi. Oleh kerana itu selepas bercerita guru perlu mengemukakan soalan–soalan pemahaman dan galakkan murid mengeluarkan idea dan membuat tafsiran sendiri. Antara kepentingan bercerita adalah dapat memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar. Sesi bercerita ini dapat melibatkan murid-murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh bercerita, murid-murid mendengar pita rakamanatau menonton sambil mendengar cerita. Proses pengajaran dan pembelajaran akan mudah untuk menarik minat murid terhadap sesuatu tajuk yang ingin diajar. Tayangan video atau rakaman audio dapat memberikan kelainan kepada murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan pancaindera secara maksimum menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Dengan wujudnya tayangan



video yang melibatkan visual serta audio yang menarik dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Misalnya, guru menayangkan tayangan video berkenaan dengan berhati-hati di jalan raya. Murid-murid akan menonton video yang mempunyai visual serta kesan bunyi yang menarik. Murid-murid akan lebih mudah untuk memahami tajuk berkenaan kerana wujud penggunaan deria yang maksimum. Selain itu, dapat melatih murid menguasai kemahiran mendengar. Semasa aktiviti bercerita dijalankan, kemaiharan mendengar adalah amat dititikberatkan. Guru akan bercerita atau memberikan penerangan kepada kelas. Murid akan mendengar dengan teliti sewaktu guru sedang bercerita. Murid-murid akan mengenalpasti maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru. Guru akan mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid. pada waktu ini, guru dapat menilai kemahiran mendengar murid-muridnya semasa proses bercerita sedang dijalankan. Murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat mengenalpasti setiap isi penting yang semasa sesi bercerita sedang dijalankan dan dapat menjawab setiap soalan yang diketengahkan dengan baik. Di samping itu, dapat memupuk nilai murni yang terkandung di dalam cerita. Teknik bercerita ini biasanya melibatkan penceritaan berkenaan dengan cerita-cerita teladan. Cerita-cerita teladan ini mempunyai nilai-nilai murni yang perlu dicontohi di dalam membentuk sahsiah yang tinggi di dalam diri seseorang murid itu. Beberapa aspek yang perlu diambil kira bagi menentukan keberkesanan cerita. Suara amat penting. Suara itu sebenarnya aset yang sangat dituntut dalam dunia pendidikan. Suara bukan sahaja memainkan peranan yang amat penting yang menentukan keberkesanan sesuatu cerita, malah sangat penting untuk semua aspek penyampaian pengajaran yang lain. Dalam bercerita, suara itu mempunyai disiplin. Intonasi suara perlulah jelas dan lantang supaya dapat didengar oleh semua pendengar. Nada suara tidak terlalu mendatar. Pencerita perlu menunjukkan emosi melalui nada suara yang sesuai seperti sedih, cemas, marah dan gembira. Variasi suara dan kecekapan bercerita perlulah sesuai dengan situasi episod cerita. Sebutan mestilah jelas.



Di samping suara, bahasa juga satu keperluan yang mesti diambil kira. Melalui bahasalah pengajaran bercerita itu dapat disalurkan. Oleh itu penggunaan bahasa perlu sesuai dengan tahap kebolehan pendengar. Sebelum istilah-istilah baru diperkenalkan, kanak-kanak perlu telah faham asas-asas bahasa yang boleh dijadikan titik tolak semasa bercerita. Pergerakan bahasa mestilah bergerak dari yang konkrit kepada yang abstrak. Apa yang penting cerita itu dapat difahami dengan jelas dan memberi kesan kepada murid-murid. Aspek lain yang dapat mendukung keberkesanan cerita itu ialah gerak badan dan memek muka. Gerak badan dan memek muka perlu sesuai dan tepat. Memek muka yang berlebihan boleh menukar 'mood' murid-murid dan ini perlu dielakkan. Oleh itu hubungan guru dan murid itu mesti sentiasa terjalin semasa bercerita. Guru boleh menukar haluan jika didapati konsentrasi dan emosi murid tidak seperti yang diharapkan. Teknik bercerita ini sebenarnya boleh dipraktikkan secara bebas oleh guru. Secara asasnya teknik bercerita itu hanya perlukan cerita, penyampai dan audiennya. Bagaimanapun dalam dunia pendidikan formal, teknik bercerita dapat dimodifikasi dan dimanipulasi mengikut kesesuaian dalam bilik darjah, bahan pengajaran dan teknologi pendidikan yang ada. Dengan itu lahirlah pelbagai metod yang boleh digunakan dalam menjayakan teknik bercerita ini. Antaranya ialah bercerita sambil bersoal jawab. Sebelum guru memulakan cerita, murid-murid diarah untuk mendengar dan mengikuti jalan cerita dengan sepenuhnya, termasuk juga aspek-aspek pengajaran dan nilai yang terdapat dalam cerita tersebut. Sambil guru bercerita, guru akan berhenti bercerita dan menyoal murid-murid mengenai apa yang telah diceritakan. Kemudian guru menyuruh murid-murid meramal cerita seterusnya dan setelah itu menyambung kembali ceritanya. Ini bertujuan supaya murid-murid akan terus mengikuti cerita itu dan memahami cerita yang disampaikan. Teknik ini boleh digunakan untuk pengajaran kefahaman, karangan, kosa kata dan sebagainya. Teknik bercerita juga boleh disampaikan terus melalui buku. Guru menyampaikan cerita kepada murid-murid melalui bacaan daripada buku cerita. Sementara itu murid-murid mendengar, memahami, menghayati dan



kemudian diminta menceritakan kembali cerita yang didengar itu. Guru mestilah menghayati cerita yang dibacakan dan menyampaikannya dengan gaya dan intonasi yang boleh menarik minat murid untuk mengikuti cerita sehingga selesai. Menerusi teknik ini pengajaran bahasa seperti kemahiran bertutur, membina ayat, kefahaman, karangan, kosa kata dan sebagainya boleh diajarkan. Teknologi moden dapat menambah variasi penyampaian. Murid-murid akan diperlihatkan dengan gambar-gambar slaid melalui 'Power Point' komputer. Kemudian murid-murid diminta untuk memerhati gambar-gambar slaid yang ditayangkan dan seterusnya mengikuti cerita yang akan diperlihatkan dari slaid tadi. Menerusi slaid murid-murid dapat mengikuti urutan atau jalan cerita dengan mudah dan cerita itu akan lebih menarik. Pita



rakaman



juga



masih



dapat membantu kemahiran



berkesan



mendengar



jika



digunakan



murid-murid.



kerana



ia



Murid-murid



diperdengarkan kepada rakaman yang mengandungi urutan beberapa peristiwa dan mereka diminta mengimaginasikan peristiwa tersebut. Jika guru berupaya untuk mewujudkan teater pembaca maka ia akan lebih baik dan berkesan dalam menyampaikan ceritanya. Teater pembaca adalah satu aktiviti drama yang boleh melibatkan semua murid dalam sesebuah bilik darjah. Sebahagian daripada mereka akan membaca sebuah cerita dengan penghayatan dan intonasi yang betul sehingga menimbulkan suasana cerita yang menarik dan mudah difahami. Ini bertujuan untuk membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita itu sedang berlaku di hadapan mata mereka. Pembaca hanya dikehendaki menggunakan suara, gerak badan dan memek muka. Namun begitu, teknik ini perlu perancangan yang rapi agar pengajaran dapat berjalan dengan lancar dan murid-murid dalam keadaan yang terkawal. Bercerita menggunakan pelbagai seni bahasa itu sangat mendukung perkembangan kosa kata dan kepekaan murid kepada seni bahasa dan budaya mereka. Syair, pantun, sajak, seloka, gurindam, hikayat dapat digunakan untuk menambah variasi pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh mereka sebuah syair yang berbentuk cerita umpamanya riwayat hidup seseorang, kisah-kisah sejarah yang bersesuaian dan sebagainya. Syair yang berbentuk cerita hendaklah disampaikan dengan penuh penghayatan. Ini



akan menimbulkan minat di kalangan murid-murid lebih-lebih lagi mereka jarang mendengar syair. Bercerita menggunakan kad gambar atau gambar bersiri, gambar kartun, keratan akhbar dan keratan majalah juga dapat digunakan dalam mencari suasana baru dalam bercerita. Melaluinya murid-murid dibimbing membina cerita sendiri berdasarkan bahan-bahan rangsangan seperti gambar kartun dan keratan akhbar. Dengan menggunakan gambar-gambar kartun atau keratan akhbar murid-murid disuruh memerhati dan kemudian menceritakan mengenai gambar atau keratan akhbar itu. Mereka akan bercerita kepada guru dan rakan-rakan sedarjah. Cerita tidak perlu panjang. Murid-murid dapat dilatih menyampaikan maklumat dengan berkesan secara bersahaja. Ini membolehkan murid-murid berkomunikasi dengan lebih berkesan. Dengan ini, kemahiran berbahasa murid-murid dapat dipertingkatkan. Seterusnya, guru juga seharusnya menyerapkan nilai-nilai murni melalui cerita. Dengan ini, prinsip bahasa merentas kurikulum dapat dipraktikkan. Di samping mereka seronok mendengar cerita mereka juga memperolehi pelajaran dan lebih memahami pengajaran cerita yang ingin disampaikan. Selain daripada itu teknik ini juga dapat mencungkil bakat murid-murid dan memberi latihan kepada mereka untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Namun begitu kita haruslah ingat bahawa teknik bercerita hanyalah satu jalan untuk menyalurkan pengetahuan kepada murid dengan cara yang menarik agar menimbulkan minat mereka untuk belajar. Panduan ini hanya diharapkan menjadi titik tolak untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan pelajaran lain yang difikirkan sesuai oleh guru. Seperti yang dinyatakan Geisler, kanak-kanak memerlukan cerita yang menarik bagi mendapat perhatian mereka seterusnya melibatkan diri dalam aktiviti bercerita dengan membaca semula cerita tersebut. Pengulangan semestinya dapat membantu daya ingatan kanak-kanak agar memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas kerana menurut Fisher (1985), bercerita adalah seni yang menghiburkan dan tidak membatasi budaya.