Kajian Kes Persatuan Sejarah Malaysia [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA : SUATU ANALISIS KRITIKAL Chong Cheng Yang Pengkhususan Sejarah Pendidikan Rendah IPG Kampus Raja Melewar [email protected] 016-7766683



Nurun Najwa binti Mohammad Mustafa Pengkhususan Sejarah Pendidikan Rendah IPG Kampus Raja Melewar [email protected] 018-9502664 Tan Cheng Xuan Pengkhususan Sejarah Pendidikan Rendah IPG Kampus Raja Melewar [email protected] 019-7580321 ABSTRAK Kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes ini diadakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti mana-mana persatuan atau pun pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar yang mengalami masalah dalam isu kewangan. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji cara-cara pengurusan persatuan yang efektif dan memberi cadangan bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh persatuan tersebut dari berlaku serta cara untuk menjana kewangan persatuan tersebut. Untuk memperoleh satu dapatan kajian yang boleh digunapakai dalam kajian kes ini, saya telah menemubual salah seorang staf daripada Persatuan Sejarah Malaysia. Melalui kajian ini, cara untuk menguruskan sebuah persatuan dengan lebih berkesan akan dapat dikenalpasti di samping mengetengahkan cadangan-cadangan serta alternatif dalam memastikan permasalahan kewangan dalam sesebuah persatuan akan dapat dielakkan dan serta diselesaikan menggunakan solusi yang berkesan. Kata kunci : Persatuan, Sejarah, Malaysia 1



PENGENALAN Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) telah ditubuhkan pada 30 April 1953. PSM ini sebagai salah sebuah persatuan yang telah lama bergiat aktif dalam usaha untuk memartabatkan sejarah Malaysia bukan sahaja di peringkat negara, bahkan juga di peringkat global. Persatuan ini telah ditubuhkan atas dasar melihat kepada pentingnya untuk mewujudkan sebuah persatuan yang menggalakkan rakyat supaya lebih berminat dengan kebudayaan dan juga sejarah Malaysia. Ini juga merupakan hasrat salah seorang daripada pengasas PSM, iaitu Datuk E.E.C. Thuraisingam. Menurut responden, iaitu Encik Johari Miswan, aktivitis serta tokoh-tokoh yang pernah berkecimpung dalam usaha untuk membangunkan persatuan ini merupakan mereka yang tidak asing lagi dalam sejarah tanah air. Antara nama-nama yang disebutkan oleh beliau ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Datuk Musa Hitam, Encik Ghafar Baba dan beberapa nama lain. Menurut sumber daripada laman sesawang rasmi PSM, General Sir Gerald Templer yang merupakan bekas Pesuruhjaya Tinggi menekankan dalam ucapan beliau pada 30 April 1953, bahawa PSM merupakan satu usaha untuk menggembleng semua bangsa di Malaysia untuk menjadi satu rupa bangsa yang tunggal dalam menghadapi masa dan zaman menghadapi kemerdekaan (Persatuan Sejarah Malaysia, 2007). KAJIAN LEPAS PSM telah dari mula-mula lagi cuba menggemblengkan seluruh tenaga kepegawaian dari yang paling rendah hingga yang paling tinggi untuk sama-sama berganding bahu berjuang dalam persatuan. Ini termasuklah Menteri Besar, Penasihat British, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah, Orang-Orang Besar Jajahan, Pegawai Pendidikan, Guru Besar dan guru serta orang perseorangan. Semua itu dirancangkan sebagai satu pergerakan masa hadapan yang berwawasan. Pada tahun 1955 cawangan PSM sudah wujud di Perak Utara - Kuala Kangsar, Taiping (1953), Kinta (1954) - Perak Selatan, Kuala Lumpur (1953), Singapura (1953), Seremban (1954), Kota Bharu (1954), Kuantan (1954), Kedah dan Terengganu (1956). Persatuan Sejarah Melaka dan Persatuan Sejarah Pulau Pinang mengambil keputusan bergabung dengan PSM pada tahun 1971. Menjelang 1972 bilangan Cawangan PSM berjumlah sebelas buah. Kini PSM mempunyai 14 Cawangan di peringkat negeri iaitu di Perak (1955) Kedah (1957) Negeri Sembilan (1959) Selangor (1962) Pahang (1962) Perlis (1968) Johor (1969) Terengganu (1971) Melaka (1971) Pulau Pinang (1971) Kelantan (1972) Sarawak (1972) Sabah (1973), dan Wilayah Persekutuan (1980) (Persatuan Sejarah Malaysia, 2007). Antara 14 kawasan atau daerah hanya Batu Pahat dan Muar masih tinggal aktif. Setiap cawangan bergerak atas perlembagaannya yang diasaskan kepada 2



Perlembagaan Induk PSM dalam melaksanakan aktiviti warisan di peringkat negeri, menjadi perujuk sejarah tempatan dan menghasilkan terbitan mereka sendiri. METODOLOGI FOKUS KAJIAN 1. Meneliti sejarah dan pengurusan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM). 2. Mengkaji sumber kewangan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM). 3. Mencadangkan penjanaan kewangan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM).



OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dilakukan adalah untuk: i.



mengenalpasti latar belakang dan cara pengurusan persatuan yang berkesan.



ii.



memahami tujuan dan fungsi serta aktiviti yang dijalankan oleh persatuan tersebut pada masa dahulu dan masa kini.



iii.



Memberi cadangan serta alternatif bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh persatuan tersebut dalam menjana kewangan.



TUJUAN KAJIAN Kewangan merupakan isu yang sangat penting dan perlu diberi perhatian dalam menguruskan sesebuah persatuan. Dengan adanya pengurusan kewangan yang baik, maka setiap aktiviti persatuan yang ingin diadakan akan dapat berjalan dengan lancar sekaligus memastikan matlamat serta misi persatuan akan dapat dicapai. Sekiranya sesebuah persatuan mempunyai perancangan akitviti tahunan yang mantap namun isu kewangan dipandang remeh walaupun menghadapi masalah, nescaya persatuan ini tidak akan dapat bertahan dan kekal untuk jangka masa yang lama. Setiap persatuan perlu memastikan bahawa pengurusan kewangan sesuatu persatuan dijalankan dengan baik serta mengikut apa yang telah ditentukan dalam Perlembagaan Persatuan. Dalam PSM, isu kewangan adalah dalam keadaan yang baik. Namun demikian, untuk memastikan agar persatuan ini dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang boleh memberikan manfaat kepada sejaraha tanah air, dana kewangan perlu dicari dengan lebih proaktif. Sebagai contoh, untuk memantapkan lagi bidang sejarah tanah air, penyelidikan serta kajian-kajian semula perlu dilakukan untuk memastikan bahawa sumber sejarah di Malaysia lebih tertumpu kepada sentrik Malaysia berbanding sentrik Barat. Dan untuk 3



melakukan kajian dan penyelidikan ini, kos yang sangat tinggi diperlukan. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk sumber kewangan sesuatu persatuan itu berapa dalam keadaan kukuh demi memastikan setiap aktiviti yang boleh menaikkan nama persatuan akan dapat diadakan dengan jayanya. Terdapat pelbagai cara untuk PSM menambahkan dan meningkatkan lagi dana kewangan persatuan ini. Antara alternatif yang boleh dilakukan adalah dengan menerbitkan bahan-bahan rujukan sejarah Melayu yang boleh dijadikan sumber ilmiah dan boleh digunapakai. Dengan penerbitan sumber-sumber ini, hasil jualannya boleh digunakan untuk manfaat persatuan sekaligus juga dapat mengembangkan lagi bidang penulisan Sejarah di Malaysia. Selain itu, PSM juga bleh mengambil inisiatif lain seperti menerbitkan kisah-kisah sejarah Malaysia dengan berkolaborasi dengan mana-mana badan perfileman. Cara ini bukan sahaja dapat menjana dana untuk persatuan bahkan juga dapat mempelbagaikan lagi sumber sejarah di Malaysia. Selain dalam bentuk penceritaan, rakaman temubual juga boleh dilakukan bersama tokoh-tokoh sejarah untuk mendapatkan sumber-sumber sejarah lisan. Pada masa ini, kegunaan sumber lisan dalam rujukan sejarah semakin berkembang. Walaupun sumber bertulis masih menjadi keutamaan untuk dijadikan sumber dalam membuat rujukan, namun sumber lisan juga boleh digunapakai dan kegunaannya pada masa kini makin berkembang (Pudentia, 2015). PSM boleh melakukan kolaborasi dengan pihak Arkib Negara.



ANALISIS DISKRIPTIF DATA Sesuai dengan kehendak perlembagaan, PSM bergerak dalam pelbagai aktiviti dari semasa ke semasa seperti mengelolakan dan menganjur bersama pihak lain seperti universiti, seminar dan persidangan, karangan/esei dan perdebatan, kuiz, pameran untuk belia dan dewasa, mengadakan lawatan dan kajian di dalam dan di luar negara, memperakukan peninggalan bangunan yang berunsur sejarah, dipulih dan diabadikan dan kadang kala membuat pendirian umum melalui media terhadap pelbagai isu sejarah bahkan isu politik. Antara pencapaian yang kurang diketahui ramai ialah PSM telah memperolehi kerjasama Pengarah Pelajaran Negeri untuk membuat kajian dan menghasilkan buku sejarah mengenai perkembangan sekolah dan pendidikan di Negeri Terengganu, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor dan Johor. Sumbangan ini amat tinggi nilainya dari segi rakaman yang memungkinkan pengkaji melihat gambaran dan perkembangan pendidikan di negeri-negeri di seluruh Malaysia 4



Antara pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh PSM ialah Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia, Kuiz Sejarah dan Patriotisme, Pertandingan Galeri Sejarah Sekolah dan juga Pertandingan Menulis Novel Sejarah. Pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik minat masyarakat Malaysia agar mereka turut melibatkan diri dalam usaha untuk memartabatkan sejarah negara kita sendiri. Pertandingan yang dianjurkan banyak melibatkan sekolah dan juga pelajar-pelajar. Pendekatan seperti dilihat dapat memupuk rasa minat dalam diri pelajar terhadap sejarah. Hal ini dilihat penting kerana mereka inilah yang akan menjadi peneraju kepada kepimpinan negara kelak. Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) melalui Jawatankuasa Jejak Sejarah sentiasa membuat perancangan bagi PSM mengadakan program Jejak Sejarah di dalam dan luar negara, mengunjungi tempat-tempat bersejarah khususnya yang ada hubung kait dengan Malaysia, Agama Islam dan Dunia Melayu. Melalui program yang diadakan ini dapat diwujudkan hubungan yang rapat dengan institusi dan pertubuhan-pertubuhan sejarah di luar negara khususnya negara-negara jiran di Asia Tenggara. Ini membolehkan pelbagai aktiviti diadakan seperti pertukaran maklumat, penerbitan, dan kerjasama penyelidikan serta penganjuran persidangan peringkat antarabangsa. Program Jejak Sejarah mula diadakan pada 1-8 Mei 1990 apabila PSM mengadakan lawatan ke Acheh, Sumatera (Indonesia). Sehingga kini sebanyak 26 siri Program Jejak Sejarah sudah diadakan. Penglibatan PSM dalam Kongres/Persidangan/Seminar/Bengkel dilaksanakan sama ada melalui peranan PSM sebagai penganjur atau penganjur bersama dan juga melalui penyertaan PSM dalam program yang dianjurkan oleh pihak lain. Penganjuran bersama lazimnya dibuat dengan jabatan atau agensi kerajaan berkaitan seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia, dan Jabatan Sejarah Intitut Pengajian Tinggi Tempatan.Sehingga kini PSM telah menganjurkan tiga program besar peringkat Kebangsaan: i. Kongres Sejarah Malaysia I (1978), ii. Kongres Sejarah Malaysia II (1996), dan iii. Sidang Puncak Sejarah (2013). Di



peringkat



antarabangsa



PSM



bekerjasama



dangan



pertubuhan



seperti



Masyarakat Sejarawan Indonesia dan Philippinnes Historical Society menganjurkan program untuk menggerakkan kesedaran sejarah dalam kalangan masyarakat di gugusan kepulauan 5



Melayu.Seminar dan Bengkel dianjurkan dari semasa ke semasa oleh ibu pejabat PSM atau PSM Cawangan. Program seperti ini dibuka penyertaannya kepada orang awam atau pun melibatkan kumpulan khusus seperti guru sejarah, mahasiswa, dan pelajar. Program ‘Sembang-Sembang Sejarah’ adalah aktiviti yang dianjurkan secara kerap oleh ibu pejabat PSM dan mendapat sambutan baik daripada penggiat dan pencinta sejarah. Program ini menjemput seorang tokoh atau individu daripada pelbagai bidang untuk bercerita dan berkongsi pengalamannya sepanjang kerjaya atau ketika penglibatannya dalam satu episod sejarah yang penting. Sessi ini dibuat secara santai bagi memudahkan interaksi.Penyertaan bagi program ini secara percuma.



HASIL KAJIAN PSM merupakan satu persatuan berdaftar yang berada dibawah seliaan kerajaan. Sebahagian daripada kewangan persatuan ini adalah berpunca daripada dana daripada kerajaan pusat. Sungguhpun begitu, PSM tidak hanya bergantung kepada biayaan kerajaan semata-mata sebaliknya mengikhtiarkan cara untuk menjana kewangan persatuan sendiri. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan mengenakan yuran ahli terhadap mana-mana individu yang ingin menyertai persatuan ini. Selain itu, PSM juga turut menyewakan dewan, ruang pejabat dan bilik seminar di wisma sejarah. Melalui cara ini, persatuan akan dapat menjana sedikit pendapatan lebih untuk menampung kewangan persatuan. RUMUSAN DAN IMPLIKASI DASAR PSM merupakan satu persatuan yang tidak asing lagi dalam Malaysia. Namun demikian, timbul isu apabila sangat sedikit bilangan golongan anak muda masa kini yang ingin menyertai persatuan ini. Perkara ini dianggap sebagai satu permasalahan yang serius kerana pada masa kini, ahli persatuan ini kebanyakannya terdiri daripada golongangolongan veteran. Dalam ucapan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, Tan Sri Omar Mohd. Hashim pada Mesyuarat Tahunan Majlis Ke-61, Persatuan Sejarah Malaysia barubaru ini, beliau melahirkan rasa terkilan kerana menurutnya tidak ramai golongan muda bergiat secara aktif dalam persatuan itu dan kerisauan beliau terbukti kerana rata-rata kepimpinan persatuan termasuk di peringkat negeri terdiri daripada mereka yang telah bersara daripada perkhidmatan (Alimudin, 2016). Sudah tiba masanya persatuan ini memerlukan suntikan baharu dengan menarik minat dan penglibatan lebih ramai golongan muda untuk bergiat secara aktif. Langkah ini 6



penting kerana dalam melaksanakan aktiviti berkaitan bidang sejarah, ia memerlukan ruang masa dan tenaga. Tambahan pula, pada masa ini terdapat penemuan baharu dan isu berkaitan sejarah yang memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam.



ANALISIS KES (KAEDAH ANALISIS SWOT) Strength (Kekuatan) -



Weakness (Kelemahan)



Telah diasaskan lebih dari separuh



-



abad yang lalu -



Diterajui



Kurang



penyertaan



daripada



generasi muda.



oleh



mereka



yang



mempunyai pengalaman luas dalam bidang sejarah -



Mempunyai



cawangan



di



setiap



negeri di Malaysia. Opportunity (Peluang) -



Threat (Ancaman)



Mengembangkan lagi bidang sejarah



-



di Malaysia -



Memupuk



Tidak



mempunyai



perintis



untuk



masa akan datang. minat



generasi



muda



terhadap sejarah tanah air. -



Memelihara sumber sejarah tanah air



-



Platform



rujukan



sejarah



bagi



masyarakat Malaysia



PENUTUP Untuk mewujudkan satu persatuan yang baik, sistem pengurusan dan cara pengendaliannya perlulah dititikberatkan. Peranan ketua persatuan juga sangat penting dalam memastikan sistem pengurusan berjalan dengan baik dan lancar. Ketua persatuan juga perlulah sentiasa memantau pergerakan anak buah dan memastikan setiap ahli menjalankan tanggungjawab dan tugas masing-masing dalam persatuan. Ketua yang mampu untuk mengetuai satu persatuan dengan baik merupakan salah satu aspek yang penting untuk mewujudkan satu persatuan yang baik (Philip, 2014). PSM merupakan sebuah persatuan yang boleh dijadikan contoh untuk cara pengurusan yang efektif dan juga penjanaan kewangan yang baik.



7



RUJUKAN Alimudin, M. N. (2016, Oktober 25). Memperkasakan persatuan sejarah malaysia. Retrieved from Utusan: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memperkasakan-persatuansejarah-malaysia-1.399149 Persatuan Sejarah Malaysia. (2007). Sejarah penubuhan. Retrieved from Persatuan Sejarah Malaysia: http://www.psm.org.my/index.php/imbasan-sejarah/penubuhan-psm Philip, A. F. (2014). The open organisation; A new era of leadership and organizational development. UK: Gower Publish Limited. Pudentia, M. P. (2015). Metodologi kajian tradisi lisan (Edisi revisi). Indonesia.: Yayasan Pustaka Obor Indonesia.



8



LAMPIRAN



9