Karangan Memajukan Industri Makanan Tradisional [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

MEMAJUKAN INDUSTRI MAKANAN TRADISIONAL : USAHA-USAHA Dewasa ini makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Sebenarnya, makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum di Malaysia iaitu Nasi lemak, Tosai dan Yong Tau Foo, Dodol, Karipap dan Bahulu. Justeru, pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan tradisional yang diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas telah dilaksanakan. Dalam kita memajukan industri makanan tradisional ini, kita boleh mempelbagaikan produk industri makanan yang sedia ada. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian sesuatu produk dapat menarik minat pelanggannya. Biar kita ambil contoh, kuih Bahulu. yang memang hanya popular pada musim-musim perayaan semakin menambat hati raja sehari yang mempelbagaikan bungkusan kuih Bahulu untuk cenderahati tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan mereka. Dalam hal ini, kuih Bahulu telah menjadi popular di samping terkenal dalam kalangan generasi kini. Selain itu, pengusaha industri tradisional haruslah bijak mencari peluang dan platform dalam usaha mempromosikan atau mengkomersialkan produk mereka di peringkat domestik mahupun global. Sekiranya pengusaha industri tradisional mengaplikasikan pendekatan global dalam mencari peluang perniagaan, maka tidak hairanlah satu hari nanti produk industri tradisional negara mampu duduk sebaris dengan produk industri tradisional antarabangsa. Misalnya pengusaha industri tradisional haruslah lebih berinisiatif dan kreatif dalam memanipulasikan teknologi ICT. Oleh itu, industri tradisional dapat bersaing secara kompetitif di peringkat global. Di samping itu, penggunaan alat-alat teknologi moden penting untuk meningkatkan keluaran dan kualiti industri desa. Hal ini demikian kerana penghasilan produk industri tradisional yang semakin meningkat dan berkualiti penting untuk mewujudkan daya saing. Sebagai contoh, penggunaan mesin penting untuk menghasilkan produk industri tradisional yang berkaitan dengan pembuatan makanan tradisional. Jelas bahawa penggunaan alat teknologi moden, akan menarik lebih ramai lagi mereka yang berminat menceburkan diri dalam industri tradisional. Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menyokong usaha-usaha ini. Sejajar dengan itu, nama negara Malaysia akan terus mekar dan industri makanan tradisional perlu terus



dikomersilkan hingga ke arena yang lebih tinggi. Oleh itu, industri makanan tradisional akan terus berkembang seiring dengan kemajuan pembangunan negara. Nama dan imej negara juga akan terus terjaga dan terpelihara.