Kepemimpinan Instruksional [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BAB EMPAT SOROTAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Sekolah adalah agen utama yang akan meningkatkan kualiti pendidikan ke arah matlamat antarabangsa. Sekolah sebegini adalah sekolah berkesan yang mampu menyelesaikan segala permasalahan yang wujud di dalam sekolah dalam melahirkan murid berpencapaian tinggi yang bersikap positif dan boleh menyesuaian diri dengan sekitaran penuh tekanan (Hoy & Miskel, 2001). Banyak kajian lepas yang menunjukkan bahawa faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan sekolah adalah kekuatan kepemimpinan instruksional pengurusan sekolah yang terlibat dalam kurikulum dan pengajaran (Hallinger & Murphy, 1985; Hallinger, 2003; Lyons, 2010; Packard, 2001).



4.2 Definisi Kepemimpinan Terdapat pelbagai definisi yang diberikan berkaitan kepemimpinan. Bass (1990) menyatakan bahawa kepemimpinan merupakan interaksi di antara dua atau lebih ahli di dalam satu kumpulan yang melibatkan penyusunan situasi, persepsi dan harapan ahli-ahli kumpulan terlibat. Kepemimpinan juga ditakrifkan sebagai usaha ke arah mempengaruhi kegiatan individu atau kumpulan melalui proses komunikasi dalam usaha mencapai matlamat yang sama (Hersey & Blanchard, 1982). Pendapat yang sama dinyatakan oleh Kroeze (1983) yang menyatakan bahawa kepemimpinan sebagai satu seni memujuk dan mempengaruhi manusia lain agar melakukan sesuatu dengan rela dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan.



Dalam konteks pendidikan pula, kepemimpinan merupakan satu proses di mana seseorang guru besar ataupun pengetua mendapatkan kerjasama daripada staf beliau ke arah menyempurnakan sesuatu matlamat (Duke, 1987). Secara keseluruhannya, kepemimpinan bolehlah didefinisikan sebagai seseorang individu itu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan keterampilan diri yang tinggi dan berkesan bagi membawa organisasi yang dipimpinnya ke arah kejayaan mencapai misi dan visi organisasi (Mohd Zaini, 2009).



4.2 Kepemimpinan Instruksional Pengetua dan guru besar merupakan individu yang mempunyai peranan yang besar dalam memastikan keberkesanan sekolah di bawah pimpinannya. Ubben, Hughes dan Norris (2007) menyatakan bahawa gaya kepemimpinan yang ditunjukkan oleh pengetua dan guru besar di sekolah yang berkesan menunjukkan tahap penglibatan yang tinggi dalam kerja serta berorientasikan akademik. Gaya kepemimpinan sebegini dikenali sebagai kepemimpinan instruksional.



Istilah instruksional berasal daripada perkataan instruction yang bermaksud pengajaran. Instruksional merupakan kata kerja yang membawa maksud proses, bentuk atau cara penyampaian maklumat oleh seseorang kepada orang lain. Ia boleh berbentuk arahan, tunjuk cara, penerangan lisan dan bukan lisan atau bentuk-bentuk lain yang bertujuan membolehkan orang lain memahami, memulakan atau menjalankan sesuatu aktiviti, tindakan atau tugas (James & Balasandran, 2009).



Oleh itu, kepemimpinan instruksional bolehlah didefinisikan sebagai segala tindakan yang diambil oleh guru besar atau pengetua, atau diarahkan kepada individu yang lain untuk menggalakkan perkembangan dalam pembelajaran murid (Flath, 1989). Dengan ini, seorang pemimpin instruksional yang baik akan menjadikan kualiti pengajaran sebagai keutamaan sekolah dan berusaha untuk merealisasikan misi tersebut.



Schon (1988) mendefinisikan kepemimpinan instruksional sebagai permerhatian bilik darjah dan fokus kepada memberikan bantuan bimbingan dan menggalakkan pengajaran secara reflektif. Sementara itu, Hallinger dan Murphy (1985) pula menyatakan bahawa kepemimpinan instruksional adalah sebarang aktiviti yang dilaksanakan oleh pentadbir sekolah bagi meningkatkan kejayaan proses PdP dan pembangunan sekolah.



Berdasarkan definisi yang diberikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kepemimpinan instruksional adalah segala tindakan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh seseorang pemimpin sekolah bagi memantapkan proses PdP di sekolahnya.



4.3 Teori Kepemimpinan Instruksional Hallinger dan Murphy (1985) mendapati kepemimpinan pengajaran pengetua mempengaruhi pencapaian murid melalui dua dimensi iaitu melalui dimensi teknologi yang berhubung dengan fungsi-fungsi dan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan dimensi iklim iaitu aspek pengurusan sekolah. Tingkah laku kepemimpinan positif pengetua di dalam kedua-dua dimensi



ini akan dapat meningkatkan prestasi murid. Hallinger dan Murphy juga menyatakan bahawa tidak ada satu tingkah laku kepemimpinan pengajaran yang terbaik. Oleh itu, pengetua perlu bijak dan mengamalkan tingkah laku kepemimpinan yang berbeza bergantung pada latar belakang sosio ekonomi murid mereka.



Kepemimpinan instruksional memerlukan pengetua dan guru besar berusaha dengan guru bagi meningkatkan amalan pengajaran dengan penyediaan satu budaya pengetahuan yang terbaik mengenai pembelajaran murid di sekolah. Dengan menggunakan alat pengukuran kepemimpinan instruksional ‘Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS)’, Hallinger (1982) berjaya



membuktikan



secara



empirikal



bahawa



amalan



kepemimpinan



instruksional



menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar.



Terdapat sebelas fungsi kepemimpinan instruksional seperti yang dirumuskan oleh Hallinger dan Murphy (1985) iaitu: penyelarasan kurikulum, pengukuhan usaha guru, penjagaan masa instruksional, penentuan matlamat sekolah, pengawasan kemajuan murid, sokongan dalam aktiviti pengajaran, pencerapan dan penilaian pengajaran, pemberian insentif untuk pembelajaran, penguatkuasaan dasar akademik murid, penyebaran matlamat sekolah dan penggalakan perkembangan profesional.



4.4 Sekolah Berkesan Konsep tentang sekolah berkesan di Malaysia mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1995 melalui Seminar Sekolah Efektif. Di dalam seminar tersebut, Mortimore (1995) telah menyenaraikan 11 ciri sekolah berkesan di dalam satu kertas kerja yang bertajuk ‘Key Characteristics of Effective Schools’ yang masa salah satu ciri tersebut adalah kepemimpinan profesional. Sementara itu, Abdul Shukor (1995) menyenaraikan lima ciri sekolah yang berkesan iaitu: i. mempunyai kepemimpinan pengetua yang kuat dengan tumpuan pengurusan adalah meningkatkan kualiti pengajaran; ii. membina iklim persekolahan di mana tiap murid berada pada satu tahap pencapaian yang ditetapkan terlebih dahulu, dan tidak rendah daripada itu; iii. mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang dan tanpa penindasan, tetapi selesa untuk proses pengajaran; iv. memberi keutamaan kepada proses pengajaran dengan berusaha bersungguh-sungguh memastikan matlamat pengajaran dilaksanakan dan memberi faedah; dan v. mengesan kemajuan murid secara sistematik berpandukan matlamat PdP.



Sejajar dengan matlamat mewujudkan lebih banyak sekolah yang berkesan, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) diperkenalkan pada tahun 2003 dan disemak semula pada tahun 2010 sejajar dengan Hala Tuju JNJK 2010-2015 dan pengenalan NKRA berkaitan pendidikan iaitu Tawaran Baru (New Deal). Antara tujuan utama SKPM adalah:



i. Menetapkan satu nilai tara atau sukatan aras atau tahap kecemerlanagan yang dikehendaki atau yang sepatutnya dicapai oleh sekolah. ii. Memerihalkan secara eksplisit maksud frasa "taraf (atau standard) pengajaran yang memuaskan" seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 - Sub Seksyen 117 (a). iii. SKPM juga dapat meluaskan jangkauan tindakan JNJK dengan mengupayakan sekolah untuk mengaplikasikan sendiri sisitem pemastian standard kualiti tanpa kehadiran Nazir Sekolah. iv. Satu inisiatif bagi meningkatkan tahap profesionalisme warga pendidik di sekolah. v. Mencetus kesedaran/gerakan memelihara kualiti pendidikan di sekolah.



Penarafakan kendiri SKPM oleh sekolah dijadikan sebagai alat ukur pemastian kualiti pendidikan dan keberkesanan sekolah. Dalam penilaian sekolah berdasarkan SKPM, prestasi sekolah dinilai mengikut 5 standard iaitu: i. STANDARD 1: Kepimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi dan berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (PdP); ii. STANDARD 2: Organisasi sekolah diuruskan dengan mengambil kira potensi dan keperluan staf, kemudahan sumber dalaman dan



memanfaatkan



sumber luaran



supaya sekolah dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan; iii. STANDARD 3; Bidang



kurikulum, kokurikulum



murid diurus dengan cekap dan berkesan bagi



dan sukan, dan hal ehwal



memastikan



sekolah berfungsi



sebagai institusi



pembelajaran dalam



melahirkan murid yang seimbang dari segi



intelek, rohani, emosi dan jasmani; iv. STANDARD 4: Guru merancang dan malaksanakan proses P&P yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan; dan v. STANDARD 5: Kemenjadian Murid. Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu



pengetahuan,



berketrampilan,



beraklak



mulia,



bertanggungjawab



dan



berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. (SKPM, 2010) Kelima-lima standard tersebut digunakan untuk mengukur tahap kecemerlangan sekolah. Setiap standard terdiri daripada satu senarai aspek. Setiap aspek terdiri daripada kriteria kritikal. Bagi setiap kriteria kritikal pula, disediakan deskripsi skor. Deskripsi skor mengandungi indikator kualiti yang menjadi panduan dalam penentuan skor serta band sekolah seperti yang berikut:



Selain dari menentukan prestasi sesebuah sebolah, SKPM juga merupakan salah satu elemen penting dalam penentuan Tawaran Baru kepada pengetua dan guru besar sebagai pengiktirafan kepada kepemimpinan mereka dalam usaha melonjakkan kecemerlangan sekolah. Ini kerana



pemimpin sekolah merupakan orang yang paling penting dalam memajukan institusi pendidikan di Malaysia (Shahril & Yahya, 2007). Malah anjakan 5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) juga menyatakan akan memastikan kepemimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah kerana pemimpin yang memberi tumpuan kepada kepemimpinan instruksional dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%.



4.5 Kesimpulan Kepemimpinan instruksional berkait rapat dengan pencapaian murid. Berdasarkan sorotan kajian-kajian lepas, jelas menunjukkan kepemimpinan instruksional guru besar dan pengetua sangat penting untuk membawa sekolah ke satu tahap pendidikan yang berkualiti tinggi. Ini hanya dapat dilaksanakan sekiranya pemimpin di sekolah mempunyai kemahiran kepemimpinan instruksional yang baik bersesuaian dengan pendapat Findley dan Findley (1992) iaitu jatuh bangunnya sesuatu sekolah adalah disebabkan kualiti kepemimpinan pengetuanya.