Kertas Cadangan Pembinaan Gelanggang Petanque SK Taman Awana [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN AWANA JALAN LANGGAR 05460 ALOR SETAR, KEDAH



KERTAS CADANGAN PEMBINAAN GELANGGANG PETANQUE



A. PENGENALAN Petanque adalah sejenis permainan yang berasal dari Perancis yang mana objektif utama permainan adalah untuk membaling atau melempar bola-bola besi yang disebut sebagai 'boules' sedekat mungkin dengan satu bola kecil yang diperbuat daripada kayu yang digelar jack. Petanque adalah satu permainan yang dipertandingkan diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Sukan petanque ini telah mula dibawa masuk dan diperkenalkan di Malaysia oleh Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz, Yang Dipertua Angkasa pada pertengahan tahun 1989. Petanque boleh dijadikan sebagai satu alternatif kepada beberapa kegiatan sukan yang terdapat di negara ini samada yang sudah lama mahupun yang baru muncul. Istimewanya sukan ini ia dapat memenuhi konsep “Sukan Untuk Semua”, seseorang yang tidak dikurniakan kelebihan dari segi fizikal, kecergasan, stamina , konsentrasi dan kewangan boleh menceburi sukan ini. Oleh itu, kertas kerja ini akan menjadi asas rujukan utama kepada pelaksanaan program ini. Semoga usaha murni ini akan diberkati Allah SWT. B. RASIONAL Permohonan untuk membina gelanggang petanque adalah untuk kemudahan murid-murid pendidikan khas khasnya dan warga sekolah amnnya untuk berlatih menggunakan struktur gelangang petanque dengan aspek teknikal dan fizikal yang sempurna. Program Integrasi Pendidikan Khas di SK Taman Awana akan mewujudkan program 1 murid 1 sukan (petanque) pada tahun ini, oleh yang demikian dengan adanya gelanggang petanque yang sempurna membolehkan murid PPKI berlatih dengan lebih baik. Permainan petanque dipilih kerana sukan ini tidak memerlukan aspek teknikal yang tinggi dalam bermain, justeru sukan ini amat sesuai dan boleh dimainkan oleh secara menyeruluh oleh murid-murid pendidikan khas. Permainan yang santai dan sedikit perlahan tidak mendatangkan bahaya kepada murid-murid pendidikan khas. C. MATLAMAT Semoga dengan adanya gelanggang petanque itu nanti dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada seluruh warga sekolah di samping dapat mengerat dan mengukuhkan kerjasama antara ahli. Permainan ini juga dapat mencungkil potensi diri dalam melahirkan pemain yang berkaliber di dalam kalangan warga SK Taman Awana.



D. OBJEKTIF 1. Membina gelanggang petanque yang lengkap dengan semua aspek teknikal untuk kegunaan murid PPKI SK Taman Awana dan seluruh warga sekolah. 2. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan antara ahli dan seterusnya dapat mengeratkan perpaduan di kalangan warga sekolah. 3. Mewujudkan kerjasama antara warga sekolah dengan pihak lain melalui perlawanan persahabatan mahupun peringkat sekolah, daerah dan negeri. 4. Melahirkan pemain petanque yang berpotensi di kalangan murid dan warga sekolah seterusnya menempa nama di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. E. JAWATANKUASA PENGURUSAN GELANGGANG PETANQUE SK TAMAN AWANA Penasihat



Guru Besar



Pengerusi Penyelaras



P. Kanan Kokurikulum Guru 1M1S Petanque (Pendidikan Khas)



Setiausaha Bendahari AJK 1 AJK 2 AJK 3 AJK 4 AJK 5



Tuan Haji Noor Azam Bin Haji Mahamud Hasrul Bin Amir Mohamad Khairool Akmal @ Husaini Bin Elyas



Guru 1M1S Petanque Perdana Guru Perdana Guru Pendidikan Khas Guru Pra Sekolah AKP



F. TEMPAT CADANGAN UNTUK PEMBINAAN GELANGGANG PETANQUE Tapak kosong bersebelahan bangunan Prasekolah SK Taman Awana.



(Rujuk Gambar)



G. SPESIFIKASI CADANGAN GELANGGANG PETANQUE Untuk mendapat sebuah gelanggang yang berkualiti tinggi lapisan gelanggang adalah seperti rajah 1. Ketebalan quary dust tidak melebihi 2”. Ketebalan batu ¾” bergantung kepada permukaan, untuk mendapatkan level permukaan (ketebalan cadangan 2 – 3 inci). Ketebalan kasaran bergantung kepada permukaan untuk mendapatkan level permukaan. Untuk menjadikan gelanggang yang kita bina lebih mencabar pemain, dicadangkan agar kita menaburkan batu kasar di permukaan gelanggang (chipping). Chipping dinasihatkan jangan diletakkan terlalu banyak kerana ia boleh merosakkan bola petanque. Keluasan minima satu gelanggang adalah 4m x 15m, walau bagaimana pun tembok sekitar gelanggang biasanya diperlukan untuk mengelak bola tersasar jauh, rajah 2 menunjukkan 1 gelanggang permainan berserta tembok.



H. ANGGARAN KOS PERBELANJAAN BIL . 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.



PERKARA Kos sewa jentolak Kos upah pembinaan tembok Quary dust Batu¾ Tembok (Bata @ Kayu) Tangga penonton (Besi) Papan markah Set bola petanque (training) Set bola petanque (competition) Gelung Khemah (arbiter & AJK)



KUANTITI



HARGA (PER UNIT)



HARGA (KESELURUHAN



4 set 4 set 16 set 4 set 4 unit 2 unit



JUMLAH KESELURUHAN



I. PENUTUP Diharapkan impian untuk mempunyai gelanggang petanque sendiri yang berkualiti dan selesa akan menjadi kenyataan. Semoga dengan adanya gelanggang petanque yang baik dapat mencungkil potensi diri murid dan warga sekolah seterusnya melahirkan lebih ramai pemain petanque yang berkaliber dan berkualiti serta menaikkan imej Sekolah Kebangsaan Taman Awana.



Disediakan oleh: ____________________ (MOHAMAD KHAIROOL AKMAL @ HUSAINI BIN



Disokong oleh:



Disahkan oleh:



ELYAS) Penyelaras Pengurusan Gelanggang Petanque SK Taman Awana