Laporan Amali Jahitan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Tugasan 2 : Laporan Ujian Amali Jahitan



PENGENALAN Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna. Walaubagaimanapun, pakaian kasual turut diminati oleh kebanyakan masyarakat di negara ini selain ia mudah dijahit dan mudah untuk didapati. Blaus bermaksud baju pendek bagi orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Balus juga boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan. Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki blaus. Di dalam penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja dan seterusnya pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja. Membuat pakaian perlu perancangan yang apu supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki contohnya jenis belah kelepet sama lebar dan jenis belah berzip. Rekod kerja mengandungi lakaran stail pakaian hadapan dan belakang, fabrik yang digunakan, ukuran badan, proses menjahit, melakar pola, mengubahsuai pola, langkah menjahit dan pengiraan kos. Amali jahitan bagi semester ini adalah menghasilkan baju blaus kanak-kanak.



TUJUAN JAHITAN Tujuan kerja kursus RBTS3103 Reka Bentuk Pakaian Projek penghasilan pakaian ini adalah untuk membolehkan pelajar : Menjahit pakaian jenis blaus wanita. Mendraf pola asas badan lengan Mengubahsuai pola asas dan mendraf pola pakaian mengikut stail pakaian yang direka. Memilih fabrik mengikut stail pakaian dari segi corak, warna dan tekstur. Mengaplikasikan bahan jahitan dan hiasan yang sesuai pada pakaian. Membuat pengiraan kos pakaian yang dijahit. Menggunakan alatan dan bahan mendraf Mereka bentuk dan menghasilkan pakaian rekaan sendiri. Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan.



Tujuan Rekod Kerja Untuk membuat perancangan yang rapi supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki, menjimatkan masa dan dapat mengelakkan pembaziran. Mendokumentasikan perancangan membuat pakaian yang diperlukan. Melakar stail pakaian. Mengenal pasti proses menjahit. Menyusun atur pola. Menamakan tanda pola Membentang fabrik dan menyusun atur pola. Menyatakan peraturan menggunting dan mencantumkan fabric. Mengira kos projek.



LAKARAN DAN HURAIAN STAIL PAKAIAN Stail pakaian adalah cara sesuatu pakaian itu dibuat atau digayakan. Pemilihan stail pakaian dipengaruhi oleh bentuk badan kerana elemen asas reka bentuk pakaian seperti corak, warna, tekstur dan rupa fabrik, garisan dan cantuman , garis leher dan garis lengan akan menampilkan bentuk badan yang menarik dan bergaya.



Lakaran stail pakaian Badan Hadapan



Badan Belakang



LAKARAN STAIL PAKAIAN Lakaran pakaian telah dilakar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Dalam amali ini lakaran yang dibuat ialah blaus. Kerja-kerja melukis dilakukan selepas proses menjana idea. Lukisan kerja dilukis mengikut stail dan keterangan pada bahagian hadapan dan belakang pakaian.



Pandangan Hadapan



Pandangan Belakang



HURAIAN STAIL PAKAIAN Ciri-ciri pakaian juga di jelaskan dalam lakaran pakaian dan diterangkan mengikut kedudukan, jenis, kegunaan dan juga kekemasan. a) Warna pemilihan warna dalam menghasilkan blaus kanak-kanak ini adalah warna gelap. Warna gelap akan menampakkan orang yang gempal kelihatan lebih langsing. b) Tekstur Tekstur fabrik yang dipilih dalam penghasilan blaus ini pula ialah jenis kapas campuran yang sederhana tebal. c) Lisu Lisu dibuat pada pakaian untuk mendapatkan bentuk, padanan yang elok dan sebagai hiasan pada pakaian. Dalam amali ini, lisu yang dibuat ialah lisu pemadan. Ia dibuat di belakang badan blaus yang terletak pada bahagian kiri dan kanan blaus. Lisu pemadan ialah sejenis penghilangan gelembung yang penting untuk memberi bentuk kepada pakaian dan memberi keselesaan. Jika dijahit dengan betul ianya tidak berapa kelihatan. Lisu dibentuk dengan menjahit dari bahagian yang lebar kebahagian yang kecil, atau dari hujung yang tirus ke hujung yang tirus (jika dibuat dibahagian pinggang blaus). Lisu pemadan adalah seperti gambar di bawah :



d) Kelim belah kangkung Untuk rekaaan stail pakaian ini, kelim belah kangkung dibuat kerana ia sesuai untuk fabrik sederhana tebal seperti kapas. Kegunaan kelim pada pakaian ialah untuk memberi bentuk dan dan juga sebagai hiasan. Kelim dijahit pada dua atau lebih kepingan fabrik. Rekaan blaus pada amali ini menggunakan kelim belah kangkung. Kelim ini boleh dikemaskan dengan pelbagai cara seperti jahit mesin, insang pari, lilit kemas, digunting bentuk pucuk rebung, menggunakan tepi fabrik, menggunakan jalur serong tepat sebagai kun dan dijahit dengan mesin pengemas tepi. Kelim belah kangkung dibuat kerana ia sesuai untuk fabrik sederhana tebal seperti kapas. Ia digunakan pada bahagian bahu dan penyambung fabrik bahagian hadapan dan bahagian belakang.



Kelim belah kangkung



e) Kelim lipat tindih Kelim ini adalah kelim yang sangat berguna untuk pelbagai jenis pakaian. Kelim ini memperlihatkan mata jahitan pada kelim di sebelah luar. Kelim ini boleh dijadikan hiasan kepada pakaian.



f) Kelim betawi kelim betawi sesuai untuk fabrik yang nipis dan mudah berjerumbai. Kelim ini kemas kerana basinya tersembunyi. Kelim ini juga kukuh kerana mempunyai dua baris jahitan. Kelim betawi sesuai dijahit pada bahagian yang lurus.



Kelim betawi g) Lengan lengan dibuat pada pakaian untuk mengemas lubang lengan dan juga memberi gaya dan stail. Bagi rekaan pakaian ini, lengan padanan rata dibuat dan dikemaskan dengan lapik di hujung lengan.



Lengan padanan rata



h) Kelepet sama lebar Kelepet ialah sejenis penyudah tepi yang dibuat dengan melipatkan tepi fabrik ke sebelah dalam dan menetapkannya denganjahitan tangan atau mesin.



i)



Lapik berbentuk



Belah lapik kain selari dibuat pada slit dan dikemaskan dengan sekeping fabrik yang dipotong berasingan yang dipanggil lapik. Dalam membuat pakaian ini, saya telah menggunakan interfacing sebagai lapik. Lapik dibuat pada garis leher di garisan tengah hadapan dan garisan tengah belakang. Hal ini kerana belah lapik kain selari ini sesuai digunakan pada pakaian kanak-kanak. Lapik ialah sekeping fabrik tambahan untuk mengemas tepi pakaian. Lapik boleh dikemaskan di sebelah dalam atau luar fabric. Lapik berbentuk digunakan untuk mengemas garis leher, lubang lengan, garis pinggang skirt atau slek dan kocek tampal.



Lapik berbentuk j)



Belah berzip



Belah adalah satu proses jahitan pada pakaian dan artikel bagi memudahkan pakaian atau artikel dipakai atau ditanggalkan. Fungsinya adalah : Memberi kemudahan dan keselesaankepada pemakai dan pengguna. Memudahkan pergerakan Mengekalkan ciri-ciri tradisional



Menjadi hiasan pada pakaian



Belah Berzip k) Kun Kun ialah suatu kaedah penyudah tepi yang dapat dibuat sendiri daripada fabrik yang sama atau dibeli siap. Kun ialah penyudah tepi yang sangat sesuai untuk fabrik nipis atau sederhana yang mudah berbulu. Bahagian pakaian yang sesuai untuk dikemaskan dengan kun termasuklah garis leher, hujung lengan dan bahagian bawah blaus. Biasanya lebar kun yang telah siap ialah 6mm-1cm



Contoh Kun



SENARAI UKURAN BADAN Ukuran badan yang tepat perlu diambil perhatian untuk menghasilakn suatu pakaian yang selesa apabila dipakai. Peraturan tertentu perlu dipatuhi semasa mengambil ukuran badan. Ini adalah bagi memastikan pakaian yang dihasilkan berpadanan dengan si pemakai. Jadual berikut merupakan ukuran badan yang telah diambil untuk membuat pakaian.



Bil. A.



Bahagian badan



Ukuran (cm) Garis Melintang



Leher



23



Dada



30



Pinggang



38



Punggung



38



Bidang hadapan



26



Bahu



32



Bidang belakang



28



Lubang lengan



37



B.



Garis Menegak Garis tengah belakang



19



Labuh baju



32



Labuh punggung



13



Labuh lengan



18



POLA Pola atau “pattern” dalam menjahit adalah potongan kain atau kertas yang dipakai sebagai contoh untuk membuat baju pada saat kain digunting. Potongan kain atau kertas tersebut mengikut ukuran Desain Kostum bentuk badan dan model tertentu. Pola dasar terdiri dari : 



Pola bahagian atas, dari bahu sampai ke pinggang biasanya disebut pola badan bahagian muka dan belakang.







Pola bahagian bawah, dari pinggang sampai lutut atau sampai mata kaki biasanya disebut sebagai pola dasar rok muka dan belakang.







Pola lengan, dari lengan bahagian atas atau bahu terendah sampai siku atau pergelangan yang biasanya disebut sebagai pola dasar lengan.







Pola badan atas dengan bawah badan yang menjadi satu, biasanya pola ini disebut sebagai pola dasar gaun atau baju terusan.



Berikut adalah pola yang siap dipotong :



FABRIK DAN BAHAN Fabrik yang sesuai digunakan untuk membuat blaus ialah fabrik sederhana tebal bercorak atau tanpa corak. Jenis fabrik yang digunakanuntuk menghasilkan sesuatu jenis pakaian terpulang kepada keselesaan individu. Kebiasaannya fabrik yang digunakan ialah fabrik kapas campuran. Corak pada fabrik juga perlu menepati citarasa pemakai. Jenis fabrik mesti padan dengan pemakai kerana boleh menentukan sama ada pemakai itu menarik atau tidak. Fabrik yang digunakan Dalam amali ini, fabrik yang digunakan ialah fabrik jenis kapas campuran yang tidak bercorak dan berwarna maroon. Blaus yang dihasilkan ini ialah menggunakan kain tanpa corak sepenuhnya. Fabrik kapas campuran ini digunakan kerana ia sangat teguh sama ada dalam keadaan basah atau kering. Fabrik ini juga sangat tahan terhadap suhu yang panas. Ini bermaknan fabrik jenis ini sangat tahan sekiranya terkena cahaya matahari yang sangat terik. Fabrik ini juga selesa untuk dipakai kerana ia menyerap peluh. Selain itu, juga fabrik ini sangat tahan asid dan alkali. Jadi, pemakai tidak perlu risau jika blaus mereka terkena asid dan alkali. Berikut merupakan contoh kain yang digunakan untuk membuat baju blaus semasa sesi amali :



Kain tanpa corak Selain itu, saya juga menggunakan bahan lain semasa proses membuat blaus ini iaitu kain lapik gam di bahagian tertentu sahaja. Kain lapik gam yang digunakan adalah jenis nipis.



Senarai bahan 1. Kain gam nipis



Bahan



2. Fabrik Kapas Fabrik ialah kain yang diperbuat daripada benang yang ditenun dengan menggunakan mesin. Fabrik merupakan bahan utama dalam menghasilkan artikel jahitan.



3. Benang Benang merupakan



bahan



digunakan untuk menjahit



yang



Senarai alatan 1. Kertas pola Membuat pola sebelum fabrik dipotong.



2. Kertas karbon Untuk memindahkan tanda pola garisan dan motif ke fabrik dengan menggunakan roda surih.



3. Gunting kertas Digunakan untuk menggunting kertas pola juga bahan jahitan lain selain daripada fabrik pakaian.



4. Gunting fabrik Untuk menggunting fabrik.



5. Jarum peniti Menyemat pola pada fabrik dan menetapkan kepingan fabrik sebelum menjahit



Alatan



6. Jarum jahit & Jarum mesin -



Untuk menjahit fabrik.



-



Jarum



untuk



mesin



jahit



kegunaan rumah.



7. Roda surih Untuk memindahkan tanda pola ke fabrik.



8. Penetas jahitan Untuk meretas dan menanggalkan mata jahitan.



9. Kapur jahitan Untuk menandakan pada fabrik.



10. Mesin jahit elektrik Untuk mencantumkan kepingan fabrik



11. Seterika Menekan dan menyeterika fabrik supaya kemas dan rata



SUSUN ATUR POLA Saya melakukan susun atur pola dengan menyusun kepingan pola pakaian di atas fabrik yang terbentang rata. Tujuan susun atur pola ini adalah untuk mengelakkan berlaku pembaziran dan kesilapan semasa memotong fabrik. Di samping itu, ia bertujuan menjadikan kerja-kerja pemotongan fabrik menjadi lebih kemas, teratur dan mengikut turutan. Terdapat beberapa perkara saya memberi penekanan semasa menyusun atur pola di atas fabrik seperti: a)



Tentukan sama ada jenis fabrik corak sehala atau tidak.



b) Pastikan sebelah luar fabrik di sebelah luar dan bahagian lipatan fabrik berada di bahagian tepi meja memotong. c)



Atur bahagian pola yang besar dahulu kemudian diikuti bahagian pola yang kecil.



d)



Susun pola mengikut tanda pola seperti tanda ira, tanda lipatan dan bilangan kepingan.



1.0 1.



Melakar Dan Susun Atur Pola Melakar Pola



a) Draftkan pola asas kemudian ubah suai pada kertas perang setelah mengambil ukuran. b) Selepas mendraft pola asas, ubahsuai pola asas mengikut kreativiti dan kehendak reka bentuk blaus yang ingin dihasilkan. c) Pola yang didraft pada kertas perang adalah bahagian hadapan badan, bahagian belakang badan dan lengan padanan rata.



2.



Memotong Pola Menggunting adalah proses yang dilakukan selepas menyusun atur pola di atas fabrik. Semasa menggunting, terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti iaitu : a) Pastikan susunan pola di atas fabrik betul. b) Gunting tepat di atas garisan gunting dengan menggunakan gunting kain yang tajam. c) Gunting kepingan pola besar dahulu, diikuti pola yang kecil. d) Jangan menggangkat atau memindah fabrik semasa menggunting. e) Tekankan pola dengan sebelah tangan semasa menggunting. f) Gunting dengan gerakan sekata supaya garisan gunting tidak bergigi. g) Gunting kesemua pola. h) Selepas itu, jangan tanggalkan jarum peniti dahulu. Pindahkan garisan pemadan kepada fabrik



dengan menggunakan roda surih dan kertas karbon. i) Tanggalkan jarum peniti dari fabrik. j) Kemaskan kesemua tepi kain pada fabrik kecuali di bahagian leher.



Gambar rajah pola 3.



Membentang Fabrik a) Dapatkan permukaan yang luas dan rata untuk membentang fabrik b) Kenal pasti sebelah dalam dan sebelah luar fabrik c) kemudian tandakan X pada bahagian luar fabrik.



Fabrik kapas 4.



Menyusun atur pola di atas fabrik a) Lipat fabrik dengan sebelah luar bertemu dan pola disusun di atas sebelah dalam fabrik. b) Apabila sekeping sahaja pola perlu digunting, susun pola di luar fabrik. c) Pastikan sebelah luar fabrik dan bahagian lipatan fabrik berada di bahagian tepi meja memotong. d) Atur bahagian pola yang besar dahulu kemudian diikuti bahagian pola yang kecil.



e) Susun pola mengikut tanda pola seperti tanda ira, tanda lipatan dan bilangan kepingan. f)



Sematkan kepingan pola dengan menyemat merentas sudut dan jarak 10 – 15 cm. Pastikan kedudukan peniti tidak terkeluar daripada garisan menggunting.



g) Sebelum mula menggunting, susun kepingan pola dengan cermat di atas fabrik supaya kesemua kepingan pola dapat dimuatkan 5.



Menyusun atur pola pada fabrik



Memotong Fabrik a) Mulakan proses memotong fabrik dengan memotong kesemua bahagian iaitu bahagian badan hadapan dan badan belakang,lengan padanan rata dengan berhati-hati bagi memastikan potongan yang dilakukan tepat dan fabrik yang disediakan mencukupi.



LANGKAH MENJAHIT



1. Mendraf dan Mengubahsuai Pola Blaus Pola yang diperlukan adalah pola bahagian badan hadapan, bahagian badan belakang, dan lengan padanan rata. Draf pola tersebut telah disediakan oleh penjaga pemeriksa. 2. Memilih Bahan Jahitan Dan Hiasan Bahan jahitan yang digunakan untuk membuat blaus ini adalah fabrik kapas, benang jelujur, dan benang jahit 3. Menyediakan Fabrik Kenalpasti sebelah luar dan sebelah dalam fabrik, melipat dua fabrik ikut ira lurus, menekan fabrik dengan seterika untuk mendapatkan permukaan yang licin dan rata. Kemudian fabrik dibentangkan di atas permukaan meja yang besar dan luas. 4. Menyusun Atur Pola Di Atas Fabrik Patuhi arahan tanda pola yang ada pada pola. Tanda ira pada pola hendaklah selari dengan ira fabrik. Manakala pola yang mempunyai tanda lipatan diletakkan pada lipatan fabrik. Susun dan atur kepingan pola yang besar dahulu kemudian yang kecil. Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti. 5. Menggunting Fabrik Gunakan gunting fabrik yang tajam. Gunting kepingan yang besar dahulu, diikuti dengan kepingan yang kecil. Letakkan tangan di atas pola apabila menggunting fabrik. Gunting fabrik mengikut garisan gunting. Gunting dengan gerakan sekata. Elakkan mengangkat fabrik ketika menggunting fabrik. Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola. 6. Memindahkan Tanda Pola Ke Fabrik Dengan menggunakan roda surih dan kertas karbon kain, pindahkan tanda pola ke fabrik mengikut garisan pemadan yang dilakar.



7. Jahit Kemas Tepi Semua kepingan fabrik dijahit kemas tepi dengan mesin jahit tepi.



8. Menjahit Blaus Menjahit cantuman badan bahagian hadapan bahagian belakang. Kemudian jahitkan lisu terbalik pada bahagian badan belakang sebagai hiasan. Seterusnya sambungkan lengan. Akhir sekali buat kemasan pada bahagian badan hadapan blaus. b) Jahit kelim di bahu dengan menggunakan kelim belah kangkung. Menjahit kelim rusuk dengan kelim belah kangkung. Langkah



LANGKAH



GAMBAR



MENJAHIT



Langkah Menyediakan Fabrik 1



i. Gunting pola dan susun atur pola di atas fabrik. ii. Sematkan jarum peniti pada pola dan fabrik. Kemudian, tanda garis tepi pola menggunakan kapur tukang jahit. iii. Seterusnya, gunting pola yang telah ditandakan menggunakan gunting tukang jahit. iv. Setelah digunting, tandakan garis pemadan pada bahagian dalam fabrik menggunakan kertas karbon dan roda surih. v. Setelah itu, barulah dicabut jarum peniti itu.



Menggunting pola bahagian badan hadapan dan belakang



Menggunting pola lengan padanan rata



Membentang fabrik mengikut ira



Menyusun atur pola pada fabrik



Langkah Menyediakan lisu 2



pemadan pada bahagian badan belakang i. Tandakan kedudukan lisu pemadan. ii. Temukan sebelah luar fabrik, semat dan jelujur di garisan pemadan. iii. Jahit mesin dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus. iv. Matikan mata jahitan mesin di hujung yang tirus dengan jahitan mesin 2 kali sepanjang 1.5 cm



Langkah 3



a) Mencantum bahu dengan kelim belah kangkung i. Temukan bahu hadapan dan belakang di garis pemadan ii. Jahit mesin di atas garis pamadan. iii. Kemaskan tepi fabrik dengan jahitan



Kelim belah kangkung



insang pari, jahitan mesin, jahitan lilit kemas atau mesin pengemas tepi. b) Kelim bahu i. Cantumkan bahu pada badan hadapan dengan kelim belah kangkung. ii. Gunting basi kelim yang berlebihan. c) Kelim rusuk i. Temukan sebelah luar badan hadapan dengan sebelah luar badan belakang. ii. Cantumkan dengan kelim belah kangkung. Tekan kelim terbuka.



Mencantumkan bahu



Mencantumkan bahagian sisi badan



Langkah 4



a) Kelim betawi i.Temukan



sebelah



dalam fabrik. Semat dan jelujur di garis pemadan ii. Jahit mesin 4mm di luar garis pemadan.Tanggalkan jahitan jelujur. Trim basi kelimsehingga tinggal 2 mm dari jahitan mesin. iii. Tekan kedua-dua basi kelim terbuka. Lipat tepat di garis jahitan mesin. Semat, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan. Tekan kelim menghala kebelakang pemadan



Langkah 5



a) Lapik berbentuk Persediaan badan pakaian i.sediakan badan pakaian ii. cantum kelim bahu dan kemaskan.



Persediaan lapik iii. sediakan lapik dengan ira lurus selari dengan ira lurus pakaian. iv.cantum kelim bahu lapik berbentuk. v. kemaskan lapik berbentuk dengan melipatkan ke sebelah dalam dan dijahit mesin.



Mencantumkan lapik pada garis leher blaus -temukan sebelah luar lapik dengan sebelah luar pakaian - temukan kelim bahu lapik dengan kelim bahu baju



Menetapkan lapik -terbalikkan lapik ke sebelah atas -tekan lapik dengan jahit tindih



-terbalikkan lapik ke sebelah dalam pakaian dan tekan -jelujur lapik -tetapkan lapikdengan jahitan silang pangkah a) Menjahit



Langkah



belah berzip



6



i. Tandakan panjang zip



pada



bahagian



badan belakang. ii. Cantum badan belakang sebelah kiri dan kanan pada basi iii. Sematkan zip dengan jarum peniti. Kemudian jahit zip dengan tapak zip



Langkah 7



a) Lengan padanan rata i. Buatkan kedut lepas di kepala dan di hujung lengan. ii. Cantumkan kelim lengan dengan kelim belah kangkung. iii. Cantumkan lengan ke lubang lengan dengan jahit mesin iv. Gunting basi kelim yang berlebihan



Mencantumkan lengan padanan rata



Langkah 8



a) Menjahit kun i.Temukan sebelah luar pita dengan sebelah luar fabrik pakaian supaya tepi pita bertemu di garis pemadan. ii. jahit mesin di bawah garis pemadan mengikut lebar yang dikehendaki.



PENGIRAAN KOS



Kos Bahan Bil.



Bahan



1.



Fabrik kain



Kuantiti



Harga



Jumlah



Seunit



harga (RM)



0.5 meter



RM3.00



RM1.50



kapas tanpa corak 2.



Benang



Sebuku



RM0.80



RM0.80



3.



Kain gam



0.2 meter



RM1.00



RM0.20



3 keping



RM0.40



RM1.20



lembut 4.



Kertas (pola)



JUMLAH



RM3.70



A. Kos Upah



Kos upah



=



1 orang x 3 jam x RM 3.00 = RM 9.00



Elektrik



=



RM2.00



Jahit Kemas



=



RM1.50



Air



=



RM1.00



Roti



=



RM0.90



B. Kos Sampingan



Jumlah



=



RM5.40



C. Kos Projek Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan RM 3.70 + RM 9.00 + RM 5.40 Jumlah



=



RM 18.10



REFLEKSI/ KESIMPULAN Pertama sekali saya amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan blaus mini ini mengikut ketetapan masa yang ditetapkan iaitu 3 jam di bengkel jahitan. Hasil pembelajaran yang telah diberikan oleh Puan Rohani binti Seman sangat membantu saya semasa menjalani sesi amali jahitan ini. Ilmu yang diperolehi sepanjang mempelajari tajuk ini seperti cara menggunting pola yang betul, susun atur pola mengikut ira yang betul, menjahit lapik pada garis leher, menjahit pelbagai jenis kelim serta jenis-jenis kemasan yang lain dapat saya manfaatkan semasa amali ini berlangsung. Ilmu kemahiran ini dilatih berulang kali setiap kali hari kuliah agar saya dapat menguasai kemahiran ini dan mengurangkan kesilapan ketika menjahit. Ketika menerima tugasan ini, saya berasa ia adalah satu tugasan yang mencabar kerana saya kurang mahir menjahit blaus. Saya hanya mempunyai sedikit kemahiran menjahit asas tangan dan mesin sahaja. Oleh itu, terdapat beberapa kesulitan yang saya alami ketika menjalankan amali ini tidak dapat dinafikan. Ini mungkin berlaku akibat daripada mesin jahitan saya yang sering bermasalah setiap kali ingin memulakan proses jahitan. Ini sedikit sebanyak mengganggu emosi saya ketika itu. Namun saya perlu bertenang untuk menyiapkan amali ini kerana setiap kerja jahitan harus dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kesilapan dan kemalangan daripada berlaku. Akhir kalam, ilmu yang saya terima ini amat berguna untuk digunakan. Tidak kira bertujuan komersial atau kegunaan sendiri. Ilmu ini akan dimanfaat sebaik mungkin pada masa hadapan agar dapat memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat.



BIBLIOGRAFI



Asra Shamsudin, Betty Lim & Foziah Buang. (1999). Ekonomi Rumahtangga Fokus Jingga SPM. . Kuala Lumpur: Pelangi. Azmawati Abdul Aziz, Zaitun Zakian Mohd. Noor & Lamah Abdul Ghani. (2002). Pengurusan Pakaian Tingkatan 4: Bahan Sumber Pengajaran. Kuala Lumpur: Edu System Bhd. Jaafar. (2004). Seni jahitan pakaian pengantin. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Malik. (n.d.). Pemilihan stail pakaian. Retrieved from https://www.tes.com/lessons/NzZLm6d4SwIc5g/pemilihan-stail-pakaian Mariam Abu Bakar. (2004). Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah Teknik menjahit. . Kuala Lumpur. Michael, Z. J. (2012, 3 28). Pemilihan stail pakaian- ERT. Retrieved from https://www.slideshare.net/ZUZANMICHAEL/pemilihan-stail-pakaian-ert Mohamed Jalal Ahmad. (1987). Asas Merangka Pola Pakaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ng, S. Y & Yong, F. C (1988). Sains Rumantangga. Petaling Jaya Kuala Lumpur.