Laporan Amali 1 Biomekanik Asas [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Hairul bin Sahib



PJMS 3183 : Biomekanik LAPORAN AMALI 1



TAJUK : LAPORAN AMALI PRINSIP PERGERAKAN PROJEKTIL DISEDIAKAN OLEH : HAIRUL BIN SAHIB TARIKH AMALI : 16 JANUARI 2020



Pengenalan Amali pergerakan projektil telah dilakukan pada 16/01/2020 bersamaan dengan hari khamis. Seramai 15 orang penguji yang terdiri daripada guru pelatih PJ Ambilan Jun 2016 telah terlibat dalam melakukan amali tersebut. Setiap penguji mempunyai tugas masingmasing yang terdiri daripada pencatat masa, pemerhati kedudukan bola, pengukur jarak bola dan pemerhati pergerakan projektil bola. Terdapat dua orang subjek yang diuji yang terdiri daripada subjek lelaki dan subjek perempuan. Terdapat tiga jenis bola iaitu bola keranjang, bola baling dan bola tenis yang digunakan oleh subjek bagi membuat balingan jenis atas kepala, balingan atas bahu dan balingan menjunam ke bawah. Ketiga-tiga jenis bola ini dipilih kerana mempunyai saiz dan jisim yang berbeza agar dapat dijadikan analisis pergerakan projektil bola tersebut. Amali ini dibuat bertujuan untuk membandingbeza tiga jenis pergerakan bola menggunakan prinsip pergerakan projektil. Projektil boleh didefinisikan sebagai apa-apa objek yang berada diudara dalam tempoh waktu yang singkat. Oleh itu, analisis ini dijalankan dengan membuat pemerhatian pergerakan bola yang dibaling oleh dua orang subjek yang dilakukan secara manual dengan menggunakan bantuan alatan seperti pita ukur dan jam randik. Mereka yang telah ditugaskan sebagai penguji makmal akan mengambil data yang diperlukan bagi tujuan analisis. Ujikaji dijalankan di dalam dewan yang tertutup di mana bebas daripada sebarang unsur-unsur yang boleh mengurangkan kesahihan dan kebolehpercayaan ujikaji ini seperti bantuan angin dan lain-lain. Jadual dibawah menunjukan senarai alatan yang digunakan, demografi subjek dan penguji makmal serta prosedur analisis yang dilakukan. Alatan yang digunakan : Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.



Alatan Bola keranjang Bola baling Bola tenis Pita ukur Kon penanda Jam randik Tangga



Kuantiti 1 1 1 1 2 2 1



Hairul bin Sahib



PJMS 3183 : Biomekanik



Demografi Subjek : Subjek Lelaki Nama Umur Berat badan Tinggi badan Ketinggian dada Panjang lengan Tangan siku Pergelangan tangan



Mohd Saiful Bin Radhi 24 Tahun 78 Kg 170 cm 138 cm 75 cm 30 cm 57 cm Subjek Perempuan



Nama Umur Berat badan Tinggi badan Ketinggian dada Panjang lengan Tangan siku Pergelangan tangan



Jeswen Freshila Anak John 23 Tahun Kg 152 cm 126 cm 56 cm 31 cm 55 cm



Penguji makmal : Bil. 1. 2. 3. 4. 5.



Penguji Penjaga masa Pencatat maklumat Pengukur jarak Pemberi arahan mula Keselamatan Jumlah keseluruhan



Bilangan 1 orang 1 orang 1 orang 1 orang 1 orang 5 orang



Prosedur Analisis 1. Subjek akan bersedia di kawasan yang telah ditandai dengan kon 2. Apabila arahan diberikan, subjek akan membaling bola ke hadapan 3. Subjek akan membaling bola keranjang terlebih dahulu, diikuti dengan bola baling dan bola tenis. 4. Catatatan masa diambil ketika bola dilepaskan hingga mendarat ke lantai . 5. Ukuran jarak bola mendarat juga diambil.



Hairul bin Sahib



PJMS 3183 : Biomekanik



Keputusan amali A. Hantaran Atas Kepala Keputusan Jenis bola Bola Keranjang Bola Baling Bola Tenis



Subjek 1 (Saiful) Masa (saat) 1.76 s 1.60 s 1.70 s



Subjek 2 (Jesweny) Jarak (meter) 8.71 m 10.48 m 9.71 m



Masa (saat) 1.07 s 1.29 s 1.76 s



Jarak (meter) 4.70 m 7.57 m 7.00 m



B. Hantaran Atas Bahu Keputusan Jenis bola Bola Keranjang Bola Baling Bola Tenis



Subjek 1 (Saiful) Masa (saat) 0.49 s 0.69 s 0.26 s



Subjek 2 (Jesweny) Jarak (meter) 6.90 m 7.91 m 4.69 m



Masa (saat) 0.57 s 0.38 s 0.70 s



Jarak (meter) 4.15 m 4.53 m 11.29 m



C. Hantaran Tinggi Menjunam Ke Bawah Keputusan Jenis bola Bola Keranjang Bola Baling Bola Tenis



Subjek 1 (Saiful) Masa (saat) 0.94 s 0.98 s 0.91 s



Subjek 2 (Jesweny) Jarak (meter) 9.45 m 10.58 m 8.54 m



Masa (saat) 0.92 s 0.86 s 0.82 s



Jarak (meter) 6.58 m 7.86 m 6.35 m



Jadual di atas menunjukan keputusan analisis hantaran atas kepala bagi ketiga-tiga jenis bola yang digunakan. Untuk bola keranjang, subjek 1 telah membuat balingan dengan jarak 8.71 meter dalam tempoh 1.76 saat, manakala subjek 2 mempunyai catatan masa dan jarak yang lebih rendah iaitu jarak balingan adalah 4.70 meter manakala masa yang diambil adalah 1.07 saat. Bagi bola baling pula, masa yang diambil oleh subjek 1 adalah 1.60 saat bersamaan dengan 10.48 meter yang merupakan jarak paling jauh dilontar antara ketiga-tiga jenis bola tersebut. Manakala subjek 2 pula melontar pada jarak 7.57 meter bersamaan dengan catatan masa 1.29 saat yang juga merupakan jarak lontaran terjauh daripada ketiga-tiga jenis bola. Untuk bola tenis pula, jarak yang dicatat oleh subjek 1 ialah 9.71 meter bersamaan dengan 1.70 saat, manakala subjek 2 pula adalah 7.00 meter bersamaan dengan 1.76 saat.



Hairul bin Sahib



PJMS 3183 : Biomekanik



Rumusan akhir makmal : Dengan berpandukan keputusan amali yang telah dilakukan terhadap dua subjek tersebut, dapat dirumuskan bahawa semakin tinggi projektil bola, semakin lama masa yang diambil untuk bola mendarat ke lantai. Hal ini disebabkan oleh trajektori atau laluan bola yang berbentuk melengkung ke atas. Projektil merupakan pergerakan jasad yang tersesar ke udara dan jatuh semula ke bumi dan hanya dipengaruhi oleh daya semulajadi iaitu rintangan udara dan graviti. Selain itu, jenis bola juga mempengaruhi parabolik bola iaitu setiap bola mempunyai bentuk lengkungan yang berbeza apabila berada diudara. Hal ini disebabkan oleh pengaruh jisim bola dan juga tarikan daya graviti. Bola yang berat memerlukan daya yang lebih tinggi untuk digerakan. Manakala bola yang ringan pula memerlukan daya yang rendah untuk di gerakan. Melalui hantaran atas kepala bagi subjek 1 dan subjek 2, jenis trajektori untuk ketigatiga jenis bola tersebut adalah trajektori parabolik. Permulaan pelepasan bola adalah sama tinggi dengan pendaratan. Bola yang dibaling akan naik ke udara dan turun kembali menuju ke lantai. Bola keranjang mempunyai jarak balingan yang paling dekat berbanding dengan bola baling dan bola tenis bagi hantaran aras kepala. Jarak yang dekat ini dipengaruhi oleh rintangan udara yang lebih tinggi berbanding dengan bola baling dan bola tenis. Hal ini disebabkan oleh saiz bola keranjang lebih besar daripada bola baling dan bola tenis. Manakala bola baling pula merupakan hantaran yang paling jauh bagi kedua-dua subjek. Hal ini kerana saiz bola yang agak sesuai dan mempunyai daya rintangan yang kurang berbanding bola keranjang. Bola tenis pula mempunyai jarak yang kurang berbanding bola baling. Bola tenis mempunai had balingan kerana lebih ringan daripada bola baling dan bola keranjang.