Laporan Amali Ladang [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS JABATAN KELUARGA DAN SAINS KONSUMER FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL



VEA 3023 - PERKEBUNAN DAN HORTIKULTUR KUMPULAN : AMALI SELASA ( 4-7 P.M) TUGASAN BERKUMPULAN ( LAPORAN AMALI DI LADANG )



ISI KANDUNGAN



PERKARA



PENGENALAN



MUKA SURAT



1



JENIS TANAMAN YANG DITANAM : -



Tanaman Sayur Berdaun (Bayam Merah)



3



-



Tanaman Sayur Berbuah (Timun)



4



LAPORAN MINGGGUAN : -



Tanaman Sayur Berbuah (Timun)



6



-



Tanaman Sayur Berdaun (Bayam Merah)



32



REFLEKSI INDIVIDU : -



Refleksi Mohammad Shafiq bin Sadri



56



-



Refleksi Wan Nor Amalina binti Wan Adenan



57



-



Refleksi Mawar Nabila binti Jasimin



58



-



Refleksi Ain Zuriatie binti Ibrahim



59



PENGENALAN Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber penting kepada manusia untuk menjalani kehidupan kerana ianya mengandungi sumber nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh badan manusia. Selain mengambil kira nutrien di dalam sayuran atau buah-buahan itu, kita perlu mengetahui cara penanaman yang digunakan serta jenis biji benih yang disemai bagi kelangsungan hidup manusia. Pada semester kali ini, kami berpeluang untuk mengambil subjek Perkebunan dan Hortikultur (VEA 3023) yang mana pembelajarannya memfokuskan kepada penanaman sayur – sayuran berdaun dan berbuah. Berdasarkan pemerhatian sepanjang pembelajaran subjek ini, terdapat pelbagai kaedah serta proses penanaman yang perlu dilakukan bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Ketika kelas amali subjek ini berlangsung, kami diberi pilihan untuk memilih jenis tanaman yang kami ingini oleh pengurus ladang iaitu Encik Syafiq dan kami telah memilih tanaman iaitu bayam merah dan timun. Dalam kelas amali pertama, kami telah diberi plot tanaman pelajar sebagai tapak penanaman kami. Encik Syafiq dan pembantu ladang yang lain telah menerangkan bagaimana untuk menyediakan batas yang cantik, kemas dan mengikut ukuran standard yang diperlukan untuk menanam tanaman kami pada amali seterusnya. Proses penggemburan tanah juga dilakukan bagi mendapatkan saliran tanah yang baik untuk tumbesaran tanaman nanti. Cara penanaman bagi kedua – dua tanaman adalah berbeza. Contohnya, tanaman berbuah seperti timun memerlukan batas yang disungkup oleh silver shine dan perlu menyediakan pacak bagi membenarkan tumbuhan tersebut menjalar. Namun, bagi sayur bayam pula, kami hanya perlu menyiapkan batas yang cantik dan alur yang sama lebar untuk meletakkan biji benih yang telah dicampur dengan pasir mengikut ratio yang ditetapkan bagi memastikan sayur tidak tumbuh terlalu rapat. Selain itu, kami turut diajar bagaimana untuk menjaga tanaman bagi memastikan ia tumbuh dengan subur. Kami berpeluang untuk belajar cara membaja dan meracun mengikut langkah yang betul. Antara baja dan racun yang digunakan ialah baja NPK green, baja urea, dan racun serangga. Proses penjarangan juga dilakukan iaitu penanaman semula pokok yang mati dengan benih yang telah disemai untuk mengelakkan batas kosong tanpa tanaman. Penyiraman pula perlu dilakukan setiap hari iaitu pada waktu pagi atau petang kecuali hari hujan untuk memberi tumbesaran yang baik kepada penanaman. Apabila rumput mula banyak, kami 1 | Laporan Amali VEA 3023



melakukan proses merumpai serta mencabut rumput untuk mengelakkan persaingan tanaman kami bagi mendapatkan keperluan asasnya. Bagi tanaman timun, junjung serta para mesti dibuat untuk memudahkan pokok menjalar dan menghasilkan buah timun yang elok. Sepanjang kelas amali diadakan, kami dibantu oleh pensyarah kami iaitu Encik Abu Bakar, pengurus ladang, Encik Syafiq dan pembantu, Encik Ali, Encik Azman dan Encik Saiful yang sangat sabar dan bersedia memberi tunjuk ajar yang baik kepada kami walaupun kami terpaksa bertanya banyak kali untuk mengetahui sesuatu proses atau kaedah penjagaan tanaman yang diterangkan. Alhamdulillah, segala titik peluh kami sepanjang penanaman dua jenis sayuran ini telah membuahkan hasil. Kami telah menuai bayam merah dan timun untuk dijual. Ternyata kami sangat berpuas hati dapat menghasilkan tanaman yang begitu berkualiti kerana kami menjaga tanaman kami dengan baik sekali. Tanpa tunjuk ajar dari guru –guru kami, pastinya kami tidak dapat menghasilkan hasil yang berkualiti. Kami berharap selepas ini, segala ilmu penanaman telah dipelajari dapat gunakan pada masa akan datang.



2 | Laporan Amali VEA 3023



JENIS TANAMAN YANG DITANAM i)



Tanaman Bayam Merah (Sayuran Berdaun) Bayam merah atau nama saintifiknya ialah Amaranthus gargeticus. Bayam merah adalah



sejenis tumbuhan berdaun yang berwarna ungu gelap. Bayam merah mampu tumbuh sehingga 2 hingga 3 kaki. Bentuk daunnya sangat unik iaitu bentuk jantung terbalik. Kami perlu menyiapkan batas yang elok untuk menanam sayuran ini. Biji benih bayam merah sangat halus dan kami perlu mencampurkan biji benih tersebut dengan pasir agar biji benih tersebut dapat tumbuh secara jarang atau berjarak. Penjagaan pokok bayam merah ini tidak terlalu sukar namun kami perlu memastikan bayam merah ini tidak terdedah kepada serangga perosak seperti white flies yang menyebabkan daunnya berlubang-lubang. Kami juga memastikan batas bayam merah tidak mempunyai rumput, jadi kami akan pergi merumput pada setiap minggu untuk memastikan bayam merah kami mendapat nutrien yang secukupnya tanpa sebarang persaingan nutrien dengan rumput. Seterusnya, baja diletakkan mengikut keperluannya. Pokok bayam merah yang kami tanam ini mengalami masalah tumbesaran yang kurang baik mungkin disebabkan tanah yang tidak subur atau kesilapan ketika proses penjagaannya. Namun begitu, sikap tidak berputus asa daripada kumpulan kami, kami terus berusaha untuk menghasilkan sayuran yang besar, subur dan sempurna. Proses mencantikkan batas juga sedikit demi sedikit kami lakukan agar ianya nampak lebih teratur. Alhamdulillah, pada minggu ke dua belas, kami dapat menjual hasil tanaman kami kepada orang lain dan kami berasa sangat gembira dan berpuas hati kerana segala usaha dan penat lelah dapat juga membuahkan hasil yang baik. Kami berharap, selepas ini kami tidak akan serik untuk bercucuk tanam lagi.



ii)



Timun (Sayuran berbuah) Timun atau mentimun berasal daripada keluarga cucurbitacaea. Nama saintifik bagi



timun adalah Cucumis santivus. Timun adalah sayuran yang berbuah dan mempunyai buah yang 3 | Laporan Amali VEA 3023



berbentuk silinder. Daunnya pula adalah tunggal dan berwarna hijau. Bunga jantannya berwarna putih kekuningan dan bunga betinanya berbentuk seperti terompet. Timun adalah sejenis tumbuhan yang menjalar. Oleh sabab itu, kami perlu menyediakan junjung atau pajak bagi membolehkan timun tersebut menjalar untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan. Semasa penanaman timun dilakukan, batas yang disediakan perlulah disungkup dengan silver shine agar tanah tersebut tidak terlalu kering dan sesuai untuk penanaman timun. Penanaman secara segi empat digunakan bagi mengelakkan pokok timun menjalar dengan dekat. Semasa proses penyemaiannya, kami perlu meletakkan cocopeat yang dicampur dengan baja organik iaitu baja tahi ayam terlebih dahulu dan kemudian satu biji benih agak ditanam ke dalam medium semaian itu. Penjagaan timun adalah lebih rumit berbanding sayur bayam merah. Hal ini kerana, faktor cuaca dan juga tanah mampu untuk membantutkan pertumbuhan timun. Namun begitu, penghasilan timun dapat terhasil lebih cepat daripada sayur bayam merah. Setiap lubang yang diletakkan biji benih ke dalamnya perlu disiram setiap hari dan dibaja menggunakan baja NPK green untuk memberikan nutrien kepada timun kami. Proses merumpai dan meracun juga dilakukan sebagai langkah penjagaannya. Pada minggu ke sepuluh, kami telah berjaya menjual hasil pertama 1.90 kg timun kepada penguasaha kafe kolej di tempat penginapan kami. Alhamdulillah sepanjang proses pertumbuhan timun ini, kami tidak mengalami sebarang masalah dan kami dapat menghasilkan timun dengan baik sekali. Segala keseluruhannya kami amat berpuas hati dengan hasil yang kami hasilkan.



4 | Laporan Amali VEA 3023



PENANAMAN TANAMAN ( Laporan Mingguan)



Sayuran Berbuah (Timun) AMALI 1



MINGGU : 4



TARIH : 29/09/2015



Aktiviti :



5 | Laporan Amali VEA 3023



MASA : 4.00 – 7.00 P.M



1) Pembahagian kumpulan 2) Membuat batas dan longkang 3) Membina sungkupan 4) Menanam benih timun



Pada kelas amali pertama pada minggu ke- 4 , kami telah diagihkan mengikut kumpulan masing – masing di mana setiap kumpulan akan mempunyai 3 atau 4 orang. Kumpulan kami terdiri daripada 3 orang perempuan dan seorang lelaki iaitu Ain, Amalina, Mawar dan Afiq. Selepas itu, Encik Syafiq iaitu pengurus ladang B memberikan penerangan berkaitan tugasan kami pada hari ini. Menurut Encik Syafiq, kami perlu membuat batas dan longkang pada minggu ini di plot tanaman pelajar untuk menanam tanaman kumpulan masing- masing. Sebelum membuat batas, kami diberikan sedikit ilmu tentang pemilihan tapak tanaman yang perlu diambil kira agar kawasan yang dipilih mempunyai potensi pertanian yang baik. Pemilihan tersebut merangkumi permukaan tanah mestilah rata supaya dapat memudahkan kerja-kerja penanaman sayuran, mestilah terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan tidak terlindung daripada tanaman lain, berdekatan dgn sumber air seperti perigi, kolam, sungai atau tali air, tanah yang mengandungi bahan organik dan bersaliran baik dan juga berdekatan dengan jalan yg dapat memudahkan kerja mengangkut peralatan yang diperlukan, benih, baja, racun perosak dan aktiviti memasarkan hasil. Selepas itu, Encik Syafiq mengajar kami cara untuk membuat batas. Kami telah membuat dua batas yang berukuran 30 kaki panjang dan 3 kaki lebar dengan menggunakan pita ukur. Batas dan longkang telah dibina bagi mengelakkan daripada air bertakung dan membaiki sistem pengudaraan tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram serta mengawal perosak dan penyakit tanaman. Kawasan batas juga telah dibersihkan daripada sisa akar, rumpai, batu dan sebagainya dengan menggunakan peralatan cangkul. Apabila kawasan batas telah bersih kami telah menggembur tanah bagi mengurangkan kepadatan tanah dan memecahkan tanah serta menghapuskan rumpai dan organisma perosak tanaman. 6 | Laporan Amali VEA 3023



Selain itu, kapur juga perlu ditaburkan untuk menurunkan keasidan tanah. Baja organik dan kaserat juga ditaburkan ke atas tanah. Tujuannya adalah untuk menstabilkan dan menambahkan kandungan nutrien di dalam tanah. Setelah selesai membaja, batas tersebut disiram bagi membolehkan baja yang ditabur meresap ke dalam tanah. Kami disuruh untuk membiarkan kawasan batas terdedah kepada cahaya matahari selama seminggu. Ini adalah untuk mematikan rumpai dan organisma tanah. Pada pukul 7.00 petang, tamatlah kelas amali dan aktiviti perkebunan kami pada minggu ini. Sebelum pulang, kami perlulah membasuh segala peralatan yang digunakan dan menyimpan di tempat yang sepatutnya. KAKI 23 KAKI



JALAN KAKI PARIT BATAS



30 KAKI



Contoh lakaran batas



Gambar menunjukkan pita pengukur digunakan untuk mengukur batas dan parit



7 | Laporan Amali VEA 3023



Gambar menunjukkan plot tanaman pelajar sebagai tapak penanaman kami.



Gambar menunjukkan aktiviti mencangkul dan menggembur tanah untuk membuat batas.



Gambar menunjukkan batas yang telah saiap ditabur kapur dan baja.



AMALI 2



MINGGU : 5



TARIH : 06/10/2015



MASA : 4.00-7.00 P.M



Aktiviti: 1) Menyambung pembuatan batas 2) Meletakkan silver shine 3) Membuat lubang semaian biji benih menggunakan cara penanaman segi empat 4) Menyemai biji benih



8 | Laporan Amali VEA 3023



Pada minggu ini kami menyambung pembuatan batas untuk mengikut standard ketinggian dan kelebaran yang diperlukan iaitu batas berukuran 1.2 meter lebar x 7.6 meter panjang. Kami membuat penggemburan tanah bagi memastikan medium tanah lembut dan sesuai untuk menanam sayur timun. Seterusnya kami membina sungkupan dengan menutupi keseluruhan batas tersebut. Kebaikan membina sungkupan ini ialah melindungi benih daripada kerosakan serangga perosak malah ianya mengurangkan kadar pengewapan air tanah serta mengekalkan kelembapan yang sempurna pada tanah. Jenis sungkupan yang kami gunakan pada tanaman timun kami ialah bukan organik iaitu menggunakan plastik silver shine. Silver shine lazimnya mempunyai warna hitam sebelah belakang dan warna perak disebelah hadapan. Bahagian berwarna perak menghadap matahari manakala berwarna hitam bahagian bawah menghadap ke tanah. Tujuan lapisan permukaan atas plastik berwarna perak adalah untuk menerima cahaya matahari dan menghasilkan haba malah memantulkan semula cahaya yang terang agar patogen perosak seperti apid dan hama tidak membiak di bahagian bawah daun. Lapisan permukaan hitam pula di bahagian bawah bertujuan untuk menyerap lebih banyak haba dan menghalang daripada pertumbuhan rumpai malah ianya akan memerangkap wap air yang terhasil akibat kepanasan haba yang mana ianya dapat mengekalkan kelembapan tanah dalam batas tanaman. Lubang untuk menanam biji benih timun dibuat pada plastik silver shine mengikut penanaman segi empat dengan jarak dianggarkan kira-kira 1 kaki setengah atau 2 kaki antara satu sama lain dan kedalamannya kira-kira 2 inci setengah. Kami telah membuat dua barisan lubang secara memanjang. Selepas itu, kami membuat proses semaian biji benih. Sebelum menyemai bijibenih, kami perlu membaja batas tersebut dengan meletakkan baja organik iaitu baja tahi ayam di setiap lubang tanaman bagi menambahkan lagi kesuburan tanah. Benih timun ditanam terus ke lubang dengan kadar 2-3 biji benih satu lubang dan menutupi biji benih dengan meletakkan cocopeat. Kemudian kami menyiram terlebih sekeliling tanaman kami. Percambahan akan berlaku kira-kira 3-4 hari.



9 | Laporan Amali VEA 3023



Rajah 1 : Cara susunan penanaman segi empat



Gambar menunjukkan medium tanah yang telah digembur



Gambar menunjukkan sungkupan dengan plastik silver shine



Gambar menunjukkan lubang dibuat Gambar menunjukkan proses pada plastik sungkupan mengikutmeletakkan biji benih dan baja penanaman segi empat.



10 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



AMALI 3



MINGGU : 6



TARIH : 13/10/2015



MASA : 4.00-7.00 P.M



Aktiviti: 1. Menggembur semula tanah 2. Mencabut rumput 3. Membaja



Pada minggu ini, kami mendapati bahawa beberapa lubang tanaman timun kami kelihatan anak benih yang bercambah dan rumpai seperti rumput turut tumbuh di tepi-tepi tanaman kami. Oleh sebab itu, kami mencabut rumput pada sekeliling batas yang telah ditumbuhi rumput yang akan menganggu tanaman kami untuk tumbuh segar dan besar. Rumput adalah salah satu tumbuhan yang tumbuh di kawasan tanaman dan tidak diperlukan. Merumput harus dilakukan supaya tidak ada persaingan untuk zat makanan antara rumput dengan pokok timun dan untuk mengelakkan pembiakan musuh dan penyakit. Kesannya, biji benih tidak akan tumbuh dengan sihat dan terbantut kerana rumpai akan berusaha mendapatkan nutrient daripada tanaman. Selain itu, kulat pada bahagian rumpai mungkin akan membiak pada tanaman dan akan merosakkan 11 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



tanaman malah ia menjadi tempat perlindungan perosak atau penyakit tumbuhan. Kami merumput dilakukan dengan tangan. Setelah siap merumput, kami meneruskan proses penggemburan. Penggemburan tanah adalah untuk memecahkan dan melonggarkan keadaan tanah yang padat. Ianya juga merupakan salah satu langkah untuk menghapuskan rumpai yang akan menganggu tanaman. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk menyediakan permukaan tanah yang sesuai di samping menghancurkan dan membalikkan tanah agar lapisan tanah yang keras akan pecah dan membolehkan saliran tanaman dalam keadaan yang baik. Selepas siap menggembur, kami meneruskan proses pembajaan. Sebelum membuat pembajaan, Encik Syafiq menerangkan beberapa jenis baja kimia yang digunakan dalam semua tanaman seperti baja tunggal, baja campuran dan baja sebatian. Unsur – unsur yang ada dalam baja ini mempunyai fungsi berbeza antara satu sama lain. Contohnya, baja Urea yang mempunyai 46% Nitrogen berfungsi memberi nutrient kepada daun manakala baja MOP mempuyai 60% Kalsium untuk tumbesaran buah. Bagi proses pembajaan tanaman timun, kami menggunakan NPK blue dalam kuantiti yang telah ditetapkan iaitu lebih kurang 10 gram untuk satu pokok. Pembajaan juga perlu dilakukan jauh daripada daun bagi mengelakkan pokok mati kerana baja tersebut sangat panas. Proses ini dilakukan untuk memberikan nutrient kepada tanaman timun.



Gambar menunjukkan proses Nnnn menggembur benih yang telah bercambah.



12 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Gambar menunjukkan baja yang ditabur di tepi pokok timun sebanyak 10 gram.



AMALI 4



MINGGU : 7



TARIH : 20/10/2015



MASA : 4.00-7.00 P.M



Aktiviti: 1. Proses Penjarangan. 2. Penyiraman pokok tanaman timun. Pada minggu ini, kami mendapati lapan lubang pokok timun mati. Menurut Encik Syafiq pokok timun kami terlebih baja ataupun baja diletak sangat dekat dengan daun atau batang pokok menyebabkan pokok panas. Oleh sebab itu, kami perlu melakukan proses penjarangan agar lubang yang ada mempunyai pokok timun. Bagi proses penjarangan, biji benih telah disemai di rumah semaian dan kami hanya perlu menggunakan benih timun yang telah matang yang menjadi anak pokok dan dipindahkan ke atas batas timun kami. Semaian benih di dalam rumah semaian adalah lebih mudah kerana benih dapat tumbuh dengan cepat dan sihat. Kadar pertumbuhan lebih cepat berbanding tanam di atas batas . Benih akan cepat matang dan boleh dipindahkan ke batas. Seterusnya, kami melakukan aktiviti menyiram pada tanaman di setiap lubang anak benih timun yang telah kami tanam. Jika tanaman kekurangan air maka akan mengganggu 13 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



pertumbuhan tanaman timun kami. Air merupakan sumber penting yang diperlukan oleh tanaman lebih-lebih lagi keadaan cuaca yang tidak menentu. Air membantu dalam proses fotosintesis tanaman, jadi jika sumber air tidak mencukupi akan mengakibatkan bahagian-bahagian akar tanaman tidak dapat menyerap air untuk disampaikan kepada bahagian-bahagian tumbuhan seperti daun yang menjalankan fotosintesis. Proses penyerapan dan translokasi nutrien juga akan mengganggu pengangkutan bahan-bahan keperluan pertumbuhan dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Selain itu, proses transpirasi air akan dilakukan oleh tanaman



dalam bentuk wap



dilepaskan daripada permukaan daun secara tidak langsung menyejukkan permukaan tanaman. Kesegahan sel pada tanaman juga tidak terganggu kerana menerima air yang mencukupi. Oleh kerana pokok timun memerlukan banyak air, ia perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari sehinggalah hasilnya dituai. Namun, semasa tempoh penanaman pokok timun kami, cuaca tidak menentu dan kerap hujan. Oleh itu, kami tidak perlu menyiram tanaman timun kami setiap hari.



Gambar menunjukkan aktiviti menyiram anak pokok timun.



14 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Langkah-langkah menanam semula biji benih ( Proses Penjarangan )



. 1. Jika terdapat benih



2. Keluarkan benih semaian



tumbuhan yang tumbuh dua



daripada bekas semaian dan tanam



pada setiap lubang, asingkan



ke dalam lubang batas yang telah



dan tanam pada lubang



disediakan



baharu



15 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



3.



Kemudian timbuskan benih semaian dengan tanah



dan



mengekalkan



juga



cocopeat



kelembapan



untuk



tanah



lebih



taburkan



sedikit baja nutrien.



AMALI 5



MINGGU : 8



TARIH : 27/10/2015



MASA : 4.00-7.00 P.M



Aktiviti: 1) Menyediakan sokongan



Pada minggu ini, kami perlu meyediakan sokongan iaitu pancang dan menanam biji benih tembikai. Encik Syafiq mengarahkan tiga orang mencari buluh di dalam hutan manakala seorang pelajar perlu menyemai biji benih tembikai. Setelah berjaya mencari buluh, kami memasang sokongan pada batas timun kerana sememangnya timun memerlukan sokongan kerana ianya tumbuh secara menjalar. Kaedah kayu junjung merupakan sokongan yang paling sesuai untuk tanaman seperti timun yang mempunyai batang yang lembut. Kami membina kayu junjung yang diperbuat daripada buluh. Bagi membuat sokongan, kami memotong buluh itu lebih kurang 2m (6.5kaki) dan pancang itu dipacak berhampiran dengan lubang benih tanaman. Kami juga mencondongkan pancake tersebut agar ianya bertemu di atas batas dan kami 16 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



meletakkan sebatang kayu melintang dan mengikat kayu tersebut dengan tali raffia. Kami juga memastikan bahawa kayu junjung itu kukuh dan tidak tumbang apabila timun menjalar kelak. Bagi pelajar yang tidak mencari buluh, kami perlu menyemai biji benih tembikai. Langkah penyemaian ini sama dengan cara menanam timun iaitu menggunakan cara penanaman segi empat. Kami telah membuat sungkupan menggunakan silver shine dan membuat lubang seperti proses sungkupan timun. Selepas itu, kami diminta menanam biji benih dan diletakkan coco peat diatasnya.



Gambar menunjukkkan kayu junjung yang dipasang pada batas timun



Gambar menunjukkan kayu junjung yang telah siap dibina



17 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Gambar menunjukkan batas tanaman tembikai yang telah diletakkan sungkupan menggunakan silver shine.



18 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



AMALI 6 MINGGU : 9



TARIKH : 3/11/2015



MASA : 4.00-7.00 P.M



Aktiviti : 1. Penyelenggaran batas 2. Merumput 3. Penilaian batas tanaman Proses penyelenggaraan batas ini merupakan aktiviti yang perlu dilakukan pada setiap minggu yang merangkumi pembersihan batas daripada rumput, aktiviti penyiraman tanaman dan juga menjaga tanaman yang telah menunjukkan tempoh kematangan. Setiap batas yang ditumbuhi rumput perlulah dibersihkan dan dibuang supaya ia tidak merebak dan mengganggu pembesaran tanaman. Secara tidak langsung sayuran mendapat nutrient yang diperlukan dengan secukupnya. Seterusnya, proses penyiraman pokok pula merupakan aktiviti rutin yang perlu dilakukan oleh ahli kumpulan kami pada setiap hari sebanyak 2 kali iaitu pada waktu pagi dan juga petang mengikut keadaan cuaca. Kelembapan tanah ini sangat penting untuk pembesaran pokok yang ditanam. Bagi batas yang ditanam timun telah menghasilkan buah. Buah timun yang tumbuh diberi penjagaan dari segi penyiraman pokok dan juga merumput. Di setiap sekeliling lubang pokok yang ditumbuhi dengan rumput dikategorikan sebagai rumpai. Bagi daun timun yang layu dan juga kekuningan akan dibuang bagi mengelakkan berlakunya gangguan tumbesaran tanaman. Pokok timun memerlukan air yang cukup untuk terus membesar. Pada keesokannya, Encik Syafiq mula mengambil markah pada batas setiap kumpulan.



19 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Peralatan untuk merumput :  Cangkul  Pangkis



Gambar menunjukkan ahli kumpulan sedang melakukan aktiviti merumput



20 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



AMALI 7 MINGGU : 10



TARIH : 17/11/2015



MASA : 4.00 – 7.00 P.M



Aktiviti: 1) Meracun Pada minggu ini, kami telah diajar bagaimana cara-cara untuk meracun tanaman yang telah diserang oleh serangga perosak. Bagi batas tanaman yang berbuah kebanyakannya akan diserang serangga perosak jenis kumbang hitam dan white fly. Sebelum aktiviti meracun dilakukan, kami telah diberikan penerangan secara lebih lanjut berkaitan dengan jenis-jenis serangan yang boleh merosakkan tanaman. Setelah serangga perosak dikenal pasti, barulah kita memilih racun serangga yang sesuai bagi menghalang dan mencegah tanaman tersebut daripada terus rosak. Setiap racun serangga mempunyai kuantiti sukatan yang telah ditetapkan untuk digunakan pada serangga perosak tersebut. Seterusnya, bancuh racun serangga tersebut di dalam penyembur racun. Sukatan yang digunakan ialah 1.65 mililiter untuk 3 liter air. Kemudian campurkan bersama-sama dengan air sehingga racun tersebut sebati. Akhir sekali, sembur racun tersebut pada tanaman yang di serang oleh serangga perosak. Sebelum aktiviti menyembur racun dilakukan, kita perlulah memakai pakaian yang sesuai. Hal ini bertujuan supaya diri kita tidak terdedah secara langsung dengan racun tersebut.Setiap penerangan yang diberikan oleh Encik Syafiq perlulah difahami dengan sebaik yang mungkin bagi mengelakkan tanaman tersebut mati.



Racun serangga perlulah disukat mengikut jenis serangga yang menyerang tanaman tersebut. Selain itu, jangan sembur racun serangga pada akar tanaman kerana boleh menyebabkan akar 21 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



tersebut mati dan menjejaskan pembesaran pokok timun



Gambar menunjukkan penerangan berkaitan dengan bancuhan racun serangga



Gambar menunjukkan proses menyukat racun mengikut kuantiti Jenis-Jenis Racun Serangga Perosak yang betul



22 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



AMALI 7



23 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



MINGGU : 10



TARIH : 21/11/2015 ( Bukan kelas amali selasa )



MASA : 9.00-11.00 A.M



Aktiviti: 1) Membuat sokongan para untuk menyokong buah



Pada minggu ini, kami datang untuk membuat sokongan para walaupun bukan kelas amali. Tanaman yang menjalar dan memerlukan alat sokongan untuk menampung buah dan juga melindungi daripada bunga timun rosak. Antara tanaman yang memerlukan sokongan para sebagai bantuan untuk membesar dan menjalar ke atas ialah tanaman kacang panjang, petola, timun, peria dan sebagainya. Hal ini bagi memastikan ranting timun dapat berbelit pada tali yang digunakan. Untuk membuat sokongan kepada setiap tanaman tersebut mestilah memerlukan tali raffia yang diikiat pada kayu ataupun buluh yang kukuh. Tujuannya supaya kayu ataupun buluh tersebut dapat menampung berat buah yang terdapat pada tanaman tersebut. Selain itu, dapat memastikan tanaman tersebut tidak tumbang. Tumbesaran tanaman tidak akan terjejas dan mengeluarkan hasil yang banyak.



Gambar menunjukkan tali raffia digunakan untuk membuat sokongan para pokok timun.



AMALI 8



MINGGU : 11



TARIH : 24/11/2015



24 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



MASA : 4.00 – 7.00 P.M



Aktiviti: 1) Pembiakan Tut Mengetut pokok adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tampang (vegetative propagation). Pembiakan tanaman ini dijalankan melalui pelbagai kaedah iaitu sexual atau asexual. Bagi kaedah sexual, ianya melibatkan biji benih manakala bagi asexual ia melibatkan bahagian pokok. Namun, kaedah yang digunakan ialah pembiakan asexual dimana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas pembiakan. Pada minggu ini kami telah melakukan proses tut, pemangkasan dan penanaman dahan yang dibuat melalui proses tut telah bercambah akarnya. Proses tut dilakukan bertujuan untuk mengelakkan pembaziran bagi bahan yang telah digunakan (baja dan air) yang terdapat di dalam pokok dipangkas melalui dahan. Antara peralatan yang diperlukan untuk melakukan proses tut ialah :



    



Peatmoss yang lembap. Plastik putih Pisau Hormon pengakaran Tali rafia



Antara langkah proses tut ialah : i. ii.



Pilih dahan yang sesuai untuk ditut. Buatkan kelaran di sekeliling dahan.



25 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



iii.



Kelaran pertama dibuat di atas mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang – kurangnya 1 inci dari kelaran pertama.



iv.



Membuat kelaran melintang dan kupas kulit kayu



v.



vi.



kulit



Kemudian, kikis permukaan kambium bagi mengelakkan luka pada tersebut.



Sapukan sebelah dibawah



hormon pengakaran di bawah kelaran atas atau mata tunas.



26 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



vii.



Peat moss lembap yang dikepal dibahagikan kepada dua bahagian dan lekapkan pada



viii. ix.



sekeliling kelaran tersebut. Balutkan dengan plastik putih. Ikatkan kedua-dua hujung gumpalan dengan kemas menggunakan tali rafia.



x.



Pokok yang telah siap ditutkan



27 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



AMALI 9 MINGGU : 11



TARIH : 1/12 /2015



MASA : 4.00 – 7.00 P.M



Aktiviti: 1) Menuai hasil timun 2) Menjual timun Pada minggu tersebut, kami dikehendaki menuai hasil tanaman timun kami yang sudah menjadi dan mengelakkan timun tersebut tua jika lambat dituai. Kami memperoleh lebih kurang 3.5 kilogram timun selepas ditimbang iaitu lebih kurang 9 batang timun yang diperoleh. Timun kami kelihatan elok dan besar dan ada juga timun yang bersaiz medium dan kecil. Terdapat juga beberapa batang timun yang masih muda dan rupanya masih kecil dan tidak sesuai untuk dituai. Sejurus selepas siap menuai, kami menjualnya untuk mendapatkan hasil modal timun kami. Mengikut harga pasaran, timun dijual pada harga RM 3.00 sekilo. Pelanggan akan memperoleh lebih kurang 2 batang timun pada berat 1 kilogram. Purata berat sebatang timun yang tumbuh sihat dan besar adalah lebih kurang 300- 400 gram.



28 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Gambar menunjukkan hasil tanaman timun batang



Gambar menunjukkan timun



Gambar menunjukkan hasil timun



yang masih muda dan tidak



kami dijual kepada pengusaha kafe



sesuai untuk dituai



di penginapan kami.



AMALI 1 29 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



MINGGU : 4



TARIH : 29/9/2015



MASA : 4.00 – 7.00 P.M



Aktiviti : 1. Membuat batas tanaman. Membuat batas tanaman (Raising plants bed) adalah satu keperluan didalam kerja-kerja awal proses penyediaan tanah sebelum kerja menanam. Membuat batas tanaman adalah aktiviti untuk menaikkan atau meninggikan tanah untuk ditanam di atas batas di mana ia adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada air bertakung, menambah kesuburan tanah dengan meningkatkan pengudaraan tanah. Aktiviti ini dapat memudahkan kawalan rumpai, aktiviti penyiraman dan juga bertujuan untuk memudahkan kawalan penyakit. Semasa kelas amali ini, kami membuat tanaman jangka pendek (cashcrop) yang mempunyai sistem pengakaran yang cetek dan mudah rosak jika ia terendam didalam air (waterlogged). Sebaiknya, tanaman ini perlu ditanam diatas batas yang mana membolehkan terdapat kawasan zon akar (root zones) yang sesuai untuk akar menyerap nutrien dan air serta udara bagi proses tumbesaran pokok. Kawasan tanah gambut dan tanah mineral amat sesuai untuk dibuat batas penanaman untuk pertumbuhan anak pokok yang lebih baik. Membuat batas tanaman memerlukan perancangan yang rapi sebelum kita mulakan pembuatannnya. Kita perlu membuat siasatan mengenai jenis tanah, topografi dan kecerunan tanah. Seterusnya periksa jenis tanaman yang akan ditanam, cara menyediakan batas, saiz dan ketinggian batas, sistem pengairan yang akan digunakan dan juga tujuan kenapa batas perlu disediakan Topografi dan kecerunan tanah perlu dilihat untuk menentukan bagaimana jalur batas disediakan sama ada dibuat sejajar mengikut kecerunan tanah atau menentang kecerunan tanah (melintang cerun). Jika dibuat sejajar dengan aliran air akan menyebabkan hakisan pada alur berlaku sebaliknya jika dibuat melintang ianya adalah lebih baik. Perlu juga kita diambil faktor arah dari mana matahari naik dan turun untuk mendapatkan purata sinaran matahari dalam batas yang hendak dibina. Jika boleh batas hendaklah disusun dari arah timur ke barat agar tanaman mendapat sinaran matahari dari pagi ke petang dengan sekata.



30 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Apa yang sering dipentingkan didalam penyediaan batas adalah saiz dan ketinggian batas. Keduanya akan ditentukan mengikut keperluan jenis tanaman, jenis tanah dan cara penyediaan batas. Lazimnya bagi menanam jenis sayuran berdaun yang renek, saiz batas yang sesuai adalah 100 cm lebar dan 15-25 cm tinggi dengan panjang batas mengikut kesesuaian tanah. Jarak diantara batas tanaman yang disyorkan adalah sekitar 45-5. Saiz batas boleh dibuat lebih lebar dengan cara mencantumkan dua batas menjadi satu dimana dibuat alor cetek pada tengah batas tersebut. Alur tengah ini boleh digunakan sebagai laluan atau kawasan penyelenggaraan tanaman. Batas lebar ini sering dibuat dikawasan bekas tanah sawah atau tanah yang rendah. Pembinaan batas sentiasa berubah mengikut keperluan jenis tanaman, bentuk tanah, bentuk topografi serta bagaiman ia disediakan. Kepadatan tanaman dalam satu kawasan juga bergantung kepada bagaimana batas tanaman disediakan. Perancangan rapi perlu di buat bagi mendapatkan kadar kiraan untuk menentukan kepadatan tanaman kerana jika batas amat jauh akan mengurangkan lagi intensiti pokok. Jika batas terlalu rapat juga kurang elok kerana tanaman akan berebut ruang, cahaya matahari dan juga nutrien serta menggalakkan serangan serangga perosak dan penyakit.



31 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Gambar menunjukkan tanah digemburkan terlebih dahulu dengan menggunakan cangkul sebelum dijadikan batas tanaman bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah.



AMALI 2 AMALI 2



MINGGU : 5



TARIH : 6/10/2015



Aktiviti : 1. Menyambung pembuatan batas tanaman. 2. Melebarkan batas tanaman. 3. Membuat alur pada batas tanaman.



32 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



MASA : 4.00 – 7.00 P.M



4. Menyemai biji benih.



Pada minggu ini, kami dikehendaki menyambung pembuatan batas tanaman bayam yang masih belum diselesaikan pada minggu yang lalu. Setelah tanah siap digembur menggunakan cangkul bagi membaiki saliran dan pengudaraan tanah, kami dikehendaki melebarkan batas tanaman mengikut saiz yang telah dimaklumkan oleh Encik Syafiq iaitu dengan ketinggian 1525cm dan kelebaran sebanyak tiga kaki. Encik Syafiq telah menunjukkan demostrasi bagaimana untuk melebarkan tanah menggunakan cara yang betul iaitu dengan menggunakan batang kayu yang panjang dan rata. Batas haruslah dibina dengan sepanjang 100 kaki dan lebar sebanyak tiga kaki dengan longkang yang mempunyai jarak sebanyak dua kaki di antara dua batas. Kemudian, kami melakukan sendiri proses tersebut sehingga berjaya menghasilkan batas tanaman seperti yang dikehendaki.



Gambar menunjukkan proses melebarkan tanah menggunakan batang kayu yang panjang dan rata supaya batas yang dibina sekata.



Seterusnya, Encik Syafiq menunjukkan cara untuk membuat alur bagi batas tanaman sayuran berdaun menggunakan batang kayu. Walaubagaimanapun, alur yang dibuat pada batas ini tidak mempunyai saiz khusus, tetapi bagi memudahkan kami membuat alu r tersebut, kami digalakkan untuk menggunakan batang kayu tersebut supaya memperolehi saiz dan kedalaman alur yang sama dan sekata bagi setiap batas. Bagi satu batas, kami telah membuat empat alur yang mempunyai saiz dan kedalaman yang sama dengan jarak lebih kurang dua kaki bagi setiap alur. Kemudian, kami meletakkan 33 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



sebatang kayu/buluh sebagai penanda bagi setiap alur yang dibuat bagi mengelakkan pertukaran alur.



Gambar menunjukkan proses pembuatan alur pada batas tanaman yang telah diratakan.



Seterusnya, setelah selesai proses pembuatan alur tersebut, kami dikehendaki menyediakan medium tanaman sebelum melakukan proses penyemaian biji benih. Walaupun penanaman menggunakan batas adalah mudah kerana menggunakan tanah yang telah sedia ada, tetapi bagi menjamin keberhasilan penanaman sayuran tersebut, kita boleh menambahkan tapak kepada medium penanaman seperti coco peat yang turut digunakan dalam penanaman sayuran bayam ini. Coco peat merupakan medium penanaman organik kerana ia dihasilkan melalui proses pereputan sabut kelapa dalam keadaan lembap dan berudara. Ia sangat baik untuk memperbaiki struktur tanah dan menyuburkan semula tanah. Ia juga pembekal nutrien yang baik kerana menyerap air seperti span tetapi ia tidak menyebabkan air bertakung dan membenarkan pengaliran air yang berlebihan.



34 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Gambar menunjukkan proses meletakkan coco peat di setiap alur pada batas sebelum melakukan proses penyemaian biji benih.



Gambar menunjukkan alur-alur yang telah selesai ditambah dengan medium coco peat.



Seterusnya, Encik Syafiq menunjukkan cara-cara untuk menyemai biji benih bayam dan beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum meneruskan proses penyemaian tersebut. Hal ini kerana biji benih bayam adalah sangat kecil dan tidak boleh ditaburkan terus kepada medium penanaman. Oleh itu, kami dikehendaki menggaulkan biji benih tersebut dengan pasir atau tanah peroi bagi mengelakkan biji benih itu tersebar di merata-rata tempat jika ditabur terus kepada batas. Nisbah biji benih kepada pasir yang digunakan adalah 1:10 iaitu satu bagi biji benih dan 10 bagi pasir. Setelah biji benih digaul rata, ianya ditabur sama rata ke dalam alur-alur di atas batas. Kemudian, coco peat ditambah lagi di setiap alur yang telah ditabur dengan biji benih bagi menutup biji benih dan bagi mengelakkan ia tersebar atau hilang dari alur tersebut.



35 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Gambar menunjukkan biji benih yang telah digaul bersama pasir di dalam plastik dan ditaburkan sama rata di setiap alur-alur batas itu.



Gambar menunjukkan alur yang telah ditabur dengan biji benih dan ditutup dengan coco peat.



Selepas proses penyemaian biji benih, kami dikehendaki melakukan proses sungkupan terhahap batas tanaman itu. Proses sungkupan merupakan satu proses penutupan batas dengan bahan-bahan yang bersesuaian seperti rumput yang dipotong, pelepah pisang, daun-daun kering, bahan-bahan kompos dan sebagainya. Kami menggunakan daun pisang untuk dijadikan sungkupan kepada batas kami kerana lapisan sungkupan tidak boleh terlalu tebal kerana ia akan mengelakkan anak benih daripada bercambah, menggalakkan haiwan perosak dan akan menyebabkan penyakit. Sungkupan juga harus dilakukan bagi memastikan suhu tanah sentiasa rendah kerana proses sejatan yang keterlaluan akan menyebabkan suhu tanah tinggi apabila tiada perlindungan yang diberikan kepada tanaman tersebut. Selain itu, sungkupan juga membantu tanah untuk sentiasa kekal lembap disebabkan air yang dipelihara (sedikit bertakung) dapat membantu 36 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



pertumbuhan anak benih dan hidupan tanah. Di samping itu, tanah di kawasan ladang B didapati agak keras dan kering, jadi sungkupan ini dilakukan bagi menggalakkan tanah yang lembap, membantu mengelakkan biji benih daripada hanyut dan bertindak sebagai baja organik apabila daun-daun itu telah reput.



Gambar menunjukkan proses sungkupan yang dilakukan menggunakan daun pisang bagi melindungi batas tanaman tersebut.



Akhir sekali, sebelum kelas amali pada minggu ini tamat, kami telah menyiram batas yang telah selesai disemai biji benih bagi membekalkan air yang mencukupi dan menggalakkkan pertumbuhan biji benih tersebut.



37 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Gambar menunjukkan proses penyiraman menggunakan watering can.



AMALI 3



MINGGU : 6



TARIH : 13/10/2015



38 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



MASA : 4.00 – 7.00 P.M



Aktiviti : 1. Mempelajari teori tentang jenis-jenis baja 2. Membaja tanaman



Pada minggu ini, kami telah mempelajari teori tentang jenis-jenis baja dan mengaplikasikan kepada tanaman bayam kami. Di dalam dunia pertanian, penggunaan baja sudah menjadi satu perkara wajib dan mestilah dikuasai oleh petani atau pengguna agar tidak tersalah penggunaanya. Terdapat beberapa fungsi baja kepada tanaman iaitu membekalkan nutrien kepada pokok, meningkatkan tahap kesuburan tanah, memperbaiki struktur tanah, meningkatkan hasil tanaman dan sebagainya. Teori tentang baja tersebut telah diterangkan oleh Encik Syafiq dengan jelas dan secara terperinci. Menurut beliau, baja dapat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu baja tunggal, baja campuran dan baja sebatian. Baja tunggal merupakan baja yang terdiri daripada satu unsur sahaja, seperti Urea (N), Triple super fostat (P2O5) dan Muriate of potash (K2O). Unsur seperti Nitrogen (N), Fosforus (P), Kalium (K) dan sebagainya. N, P, dan K merupakan tiga unsur utama yang diperlukan oleh pokok kerana setiap unsur tersebut mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Sebagai contoh, N berfungsi untuk menghijaukan daun, mempercepatkan tumbesaran, melebihkan hasil, daun, buah dan benih dan membentuk protein. Bagi P pula berfungsi untuk mempercepatkan



pengeluaran



akar,



mempercepatkan



pengeluaran



bunga



atau



buah,



mempercepatkan kematangan pokok, dan menguatkan tangkai tanaman, manakala K berfungsi menambah kekuatan pokok, menambahkan ketahanan kepada penyakit dan menambahkan pengeluaran benih.



Baja campuran pula merupakan baja tunggal yang dicampurkan mengikut sesuatu kadar atau nisbah untuk mengadakan zat-zat pemakanan yang diperlukan oleh sesuatu tanaman. Antara unsur yang sering dicampurkan bagi menghasilkan baja campuran ialah unsur N, P dan K dan beberapa unsur-unsur pemakanan makro lain seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan sebagainya. Unsur-unsur seperti N, P, K dan kadangkala Ca dan Mg perlu dibekalkan kerana 39 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



ianya diperlukan dengan kadar yang tinggi berbanding unsur-unsur mikro seperti Besi (Fe), Kuprum (Cu) dan lain-lain lagi yang kebiasaanya terdapat dalam tanah dan sudah mencukupi untuk pertumbuhan pokok. Akhir sekali, baja jenis sebatian merupakan baja yang terdiri daripada beberapa unsur tunggal yang dicampurkan secara proses kimia. Proses kimia tersebut dinamakan Haber process di mana baja diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur atau cecair. Setiap jenis baja tersebut mempunyai cara-cara penggunaannya yang tersendiri seperti baja jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman, manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan terlebih dahulu dengan air sebelum disembur kepada tanaman. Bagi tanaman bayam, baja sebatian digunakan untuk membaja kerana lebih memudahkan pelajar untuk proses pembajaan sebanyak dua atau tiga kali penggunaan baja, bergantung kepada keperluan tanaman tersebut. Baja sebatian yang digunakan ialah baja NPK Green



AMALI 4



MINGGU : 7



TARIH : 20/10/2015



Aktiviti : 40 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



MASA : 4.00 – 7.00 P.M



1) Mempelajari teori pengawalan rumpai (meracun rumput) 2) Mempelajari teori pengawalan serangga (meracun serangga) 3) Membuat penjarangan bagi pokok timun sahaja.



Pada minggu ini, kami telah mempelajari tiga perkara iaitu teori pengawalan rumpai, teori pengawalan serangga dan membuat penjarangan bagi pokok timun sahaja. Rumpai merupakan sejenis tumbuhan renek, rendah atau tinggi yang mudah tumbuh di atas tanah gambut terutamnya dan terdapat pelbagai jenis rumpai, seperti rumput, lalang dan sebagainya yang boleh dikategorikan kepada tiga iaitu rumpai perosak, rumpai yang mempunyai kegunaan ekonomi dan rumpai yang bersifat natural. Walaubagaimanapun, rumpai yang tumbuh pada batas tanaman kami jelas menimbulkan kesan yang negatif terhadap hasil pengeluaran bayam dan melambatkan proses tumbesarannya. Rumpai seperti rumput yang sering membiak pada batas kami telah menggalakkan persaingan dengan tanaman bayam terhadapa nutrien, air, cahaya matahari, baja dan pelbagai jenis keperluan yang menyebabkan pengeluaran tanaman bayam kami agak merosot, kualiti bayam terjejas dan meningkatkan kos pengeluaran kerana kami perlu merumput dan meracun dengan lebih kerap bagi pengawalan rumpai. Antara sebab-sebab yang menggalakkan pembiakan rumpai pada batas kami adalah daya pegangan air yang tinggi, keadaan tanah yang lembab dan basah dan kandungan organik yang tinggi serta pH yang rendah juga menyebabkan banyak spesis rumput membiak. Oleh sebab itu, kami telah mempelajari beberapa kaedah pengawalan rumpai iaitu pengawalan secara manual dan kimia. Pengawalan secara manual adalah dengan menggunakan tangan iaitu mencabut, memotong, menajak dan sungkupan di mana ia memerlukan tenaga dan masa kami untuk datang ke ladang sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi mencabut rumputrumput yang tumbuh di batas kami. Kaedah pengawalan secara kimia pula ialah menggunakan racun kimia untuk meracun kesemua rumpai yang tumbuh di ladang tersebut. Pada minggu ini, dua orang daripada ahli kumpulan kami iaitu Amalina dan Syafiq berpeluang untuk merumpai di kawasan ladang menggunakan racun kimia yang perlu dibancuh terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Sebelum melakukan proses meracun menggunakan bahan kimia, mereka dikehendaki melengkapkan diri dengan pakaian keselamatan diri seperti baju kalis racun, sarung tangan 41 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



getah, but getah, alat perlindung penafasan dan topi keselamatan bagi mengelakkan racun tersembur atau terkena kepada mereka. Antara cara pelaksanaan meracun rumput ialah: 1) 2) 3) 4) 5) 6)



Melengkapkan diri dengan pakaian dan alat keselamatan diri. Memasukkan air ke dalam tong racun sebanyak 20 liter air. Memasukkan racun sebanyak 10ml racun ke dalam tong racun yang telah diisi air. Memastikan tiada orang atau apa-apa aktiviti dijalankan di kawasan ladang. Memulakan meracun di kawasan yang hendak diracun. Memastikan muncung ‘nozle’ tong racun tidak dihalakan kepada pokok bunga, tetapi



dihalakan kepada rumput dan kawasan bawah daun pokok. 7) Setelah selesai meracun, basuh kesemua peralatan yang digunakan dengan bersih dan dikeringkan sebelum disimpan ke dalam stor.



Gambar menunjukkan pakaian yang dipakai oleh Amalina sebelum melaksanakan proses meracun rumpai yang terdiri daripada baju kalis racun, but getah , sarung tangan getah dan alat pelindung penafasan. Cara pelaksaan meracun rumpai adalah sama dengan meracun serangga di mana kita harus membaca panduan yang telah dikeluarkan oleh kilang atau pengeluar pada botol racun tersebut. Kebiasaaannya, ulat daun adalah hama yang sering menyerang hampir semua jenis sayuran organik terutamanya bayam. Pada siang hari, ulat daun akan bersembunyi di dalam tanah dan pada waktu malam ia akan keluar menyerang tanaman dengan memakan daun-daunnya. Daun sayur-sayuran yang diserang akan kelihatan berlubang-lubang, terkoyak dan terpotong42 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



potong. Serangan yang kronik akan menyebabkan hanya urat-urat daun yang akan kelihatan. Oleh itu, kami telah meracun serangga iaitu dengan menggunakan racun kulat sebanyak 10 ml bagi 20 liter air.



AMALI 5



MINGGU : 8



TARIH : 27/10/2015



MASA : 4.00 – 7.00 P.M



Aktiviti : 1. Teori jenis baja susulan iaitu baja organik susulan dan baja organik susulan buatan kilang. 2. Teori tentang baja organik susulan buatan kilang iaitu baja urea. 3. Pembajaan tanaman menggunakan baja urea.



Pada minggu kelima ini, kami telah mempelajari pembajaan susulan bagi tanaman bayam. Pembajaan susulan merupakan langkah bagi menambah atau mengganti kembali bahanbahan yang diperlukan oleh tanaman iaitu nitrogen, fosforus dan kalium kepada tanah. Baja yang digunakan untuk menanam sayur-sayuran organik mestilah dapat beradaptasi dengan lingkungan kawasan penanaman sama ada baja asas mahupun baja susulan. Penggunaan baja asas telah kami pelajari pada minggu-minggu yang lalu. (a) Mengenali baja organik susulan Terdapat dua jenis baja organik susulan yang telah diterangkan oleh Encik Syafiq, iaitu baja organik buatan kilang dan baja organik buatan sendiri. Bagi baja organik buatan kilang, ianya disediakan di kilang-kilang mengikut teknologi moden yang diproses secara besar-besaran, dibungkus dengan menarik dan dipasarkan secara professional sama seperti pemasaran baja kimia buatan kilang. Kelebihannya ialah ia amat praktikal dan mudah digunakan. Pengguna 43 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



(petani/peladang) hanya perlu membuka penutup dan mengaplikasikannya sesuai dengan aturan yang dipaparkan di bahagian label. Selain itu, baja organik keluaran kilang, terutamanya kilang besar dianggap bebas dari mikrob yang boleh merugikan petani. Baja organik buatan kilang disediakan dalam dua bentuk iaitu berbentuk pepejal yang padat dan juga berbentuk cecair. Baja organik buatan kilang berbentuk pepejal, ia dilengkapi dengan bahan mikrob berupa tanah gembut mentah, humus, kompos vegetasi, tepung tulang dan bahan-bahan organik yang lain. Baja organik buatan kilang berbentuk cecair pula biasanya menggunakan mikrob berupa bakteria anaerob atau hanya metabolit mikrob seperti enzim, peptida atau protien. Unsur-unsur yang dihasilkan dari inkubasi (pengeraman) bakteria tersebut akan disusun dan dijual sebagai baja organik cair. Peranan mikrob berguna (effective microorganism), EM dalam tanah dan tanaman terutamanya bakteria fungus seperti Rhyzo bacteria, Bacillus sp dan sebagainya telah mengubah konsep membaja dan memulihara tanah. Selain dari membeli baja daripada kilang atau pembekal bahan-bahan pertanian seperti MARDI, PELADANG dan sebagainya, kita juga boleh menyediakan baja organik yang akan digunakan semasa proses penanaman. Oleh hal itu, kita dapat menjimatkan kos disamping dapat mengelakkan daripada ditipu oleh pembekal baja yang menyediakan baja tanpa mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. (b) Baja susulan yang digunakan bagi tanaman bayam Pada minggu-minggu yang lalu, baja asas iaitu NPK green telah diletakkan pada batas pokok bayam tersebut. Kemudian, pada minggu ini Encik Syafiq telah memperkenalkan kepada kami baja susulan bagi pokok bayam iaitu baja urea. Baja urea merupakan sejenis baja yang mengandungi unsur N yang paling tinggi dalam pasaran iaitu sebanyak 46% dan juga baja yang paling murah berbanding baja-baja jenis lain. Hal ini kerana baja urea diperbuat daripada bahan Nafta (Crude naphtha) di mana pembuatannya sangat mudah. Di samping itu, baja urea selamat disimpan di dalam stor kerana bebas daripada sebarang risiko seperti letupan dan sebagainya. Selepas baja urea diambil dan diproses pada daun, tiada kesan sisabaki yang tinggal kecuali karbon dioksida yang seterusnya akan berinteraksi dengan bakteria dalam proses penguraian baja tersebut.



44 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



(c) Cara menggunakan baja susulan –baja urea bagi tanaman bayam Cara untuk menggunakan baja urea ini ialah pertama, baja haruslah disukat terlebih dahulu dengan menggunakan penimbang. Hal ini kerana setiap tanaman memerlukan kuantiti baja yang berbeza mengikut keperluannya yang tersendiri. Bagi tanaman bayam, ia memerlukan sebanyak 50gm baja urea bagi setiap batas. Kedua, setelah baja disukat, masukkan ke dalam watering can. Kemudian, larutkan baja tersebut bersama air yang penuh di dalam watering can tersebut. Akhir sekali, baja urea siap untuk disiram di batas tanaman pokok bayam. Selepas baja urea yang telah dilarutkan bersama air disiram, bilas tanaman tersebut dengan air supaya keadaan tanah bagi batas tanaman bayam tidak terlalu berasid dan memudahkan penyerapan baja urea oleh tanah. Baja urea juga tidak boleh dikendalikan menggunakan tangan kerana tangan mempunyai haba yang akan menyebabkan baja berubah struktur dan mencair. (d) Waktu dan jadual pembajaan tanaman Setiap tanaman memerlukan waktu dan jadual pembajaan yang berbeza bergantung kepada jenis tanaman, umur tanaman, keadaan tanih dan sebagainya. Bagi tanaman bayam, ia memerlukan pembajaan sekurang-kurangnya seminggu sekali dan pembajaan hanya boleh dilakukan pada waktu pagi atau petang. Hal ini kerana pada waktu tengahari, proses pengewapan yang tinggi dan proses plasmolysis (cecair di dalam tanaman mengalir keluar) boleh berlaku sehingga menyebabkan tanaman mengalami tekanan dan mati. Perkara ini juga adalah sama bagi waktu penyiraman tanaman di mana waktu yang paling sesuai untuk penyiraman adalah pada waktu pagi dan petang sahaja.



45 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Gambar menunjukkan baja urea yang digunakan sebagai baja susulan bagi tanaman bayam.



AMALI 6



MINGGU : 9



TARIH :3/11/2015



MASA : 4.00 – 7.00 P.M



Aktiviti : 1. Melakukan pembersihan batas dan kawasan persekitaran. 2. Melakukan penggemburan tanah.



Pada minggu ini, kami hanya melakukan pembersihan batas dan kawasan persekitaran kerana penilaian pertama akan dilakukan oleh Encik Syafiq pada 4/11/2014 iaitu pada hari Rabu. Pembersihan batas amat penting untuk dilakukan pada setiap minggu sekurang-kurangnya untuk memastikan tanaman tersebut bersih dan terhindar daripada serangan penyakit, menguning, kering atau kotor. Daun atau ranting yang menguning dan kering hendaklah segera dibuang sehingga kawasan batas menjadi bersih.



46 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Kami juga telah mencabut rumpai-rumpai yang membiak pada batas tanaman bayam tersebut dengan menggunakan kaedah manual sahaja iaitu menggunakan tangan. Hal ini kerana terdapat banyak rumpai iaitu rumput yang telah menghalang pertumbuhan bayam kami. Ianya telah menyebabkan persaingan dalam mendapatkan zat-zat keperluan dan seterusnya menyebabkan bayam kami mengalami kesukaran untuk membesar sehingga menjadikan bayam itu tetap kurus, pendek sedangkan rumput-rumput terus tumbuh dengan subur. Selain itu, kegiatan penyiraman yang dilakukan secara rutin telah mengakibatkan struktur tanah akan gembur semula dan menjadi padat. Tanah yang padat adalah tidak baik untuk pertumbuhan tanaman kerana akar tanaman sukar menembus tanah dalam usaha



untuk



mendapatkan makanan. Selain itu, tanah padat menyebabkan peredaran udara dalam tanah tidak lancar sehingga menyebabkan oksigen di dalam tanah semakin berkurangan. Akibatnya, tanah menjadi aenarob dan proses pengoksidaan yang berlaku menyebabkan sebahagian besar tanaman mengalami defisiensi iaitu gejala kekurangan nutrien. Keadaan seperti ini menyebabkan tanaman hampir mati akibat kekurangan nutrien dan keracunan. Oleh itu, kami mengatasi masalah ini dengan menggembur tanah secara berkala menggunakan serampang dua mata sebanyak dua minggu sekali atau berdasarkan keadaan tanah.



Gambar menunjukkan tanah yang telah padat dan menyebabkan bayam kami terbantut pertumbuhannya. Terdapat banyak juga 47 | L a p o r a rumpai n A m ayang li V E A 3pada 0 2 3batas tersebut. tumbuh



AMALI 8



MINGGU : 10



TARIH :17/11/2015



MASA : 4.00 – 7.00 P.M



Aktiviti : 1. Melakukan pembersihan batas dan kawasan persekitaran.



Pada minggu ini, kami dikehendaki membersihkan batas dan kawasan persekitaran kerana banyak rumpai yang telah membiak. Hal ini kerana pada minggu lepas iaitu bermula daripada 11/11/2015 sehingga 15/11/2015 merupakan cuti pertengahan semester. Oleh itu, kesemua ahli kumpulan pulang ke kampung halaman dan menyebabkan batas tanaman kami terbiar dan ditumbuhi dengan rumpai yang banyak. Menurut pemerhatian kami, bayam kami masih belum menunjukkan tanda-tanda akan membesar dengan sihat malahan semakin melayu. Hal ini mungkin disebabkan kekurangan baja dan terkena serangan serangga iaitu white flies dan kumbang.



48 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Kumbang atau dengan ma saintifiknya Epilachna sparsa adalah hama perosak yang sering menyerang tanaman dengan cara memakan daun-daunnya. Daun yang diserang hama ini akan kelihatan berlubang-lubang sehingga yang tertinggal adalah bahagian urat daun dan menyebabkan tanaman mula mengering.



Gambar menunjukkan bayam yang diserang oleh white flies dan kumbang.



AMALI 8



MINGGU : 11



TARIH :24/11/2015



MASA : 4.00 – 7.00 P.M



Aktiviti : 1) Mempelajari tentang pembiakan tumbuhan menggunakan kaedah tut.



Pada minggu ini, kami telah mempelajari tentang pembiakan tumbuhan menggunakan kaedah tut. Kaedah ini diterangkan secara terperinci dalam laporan mingguan di bahagian tanaman timun.



49 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



AMALI 9



MINGGU : 12



TARIH :1/12/2015



MASA : 4.00 – 7.00 P.M



Aktiviti : 1) Penuaian hasil tanaman. 2) Menjual hasil tanaman.



Pada minggu ini, kami telah berjaya menuai hasil tanaman kami iaitu sebanyak 1.2 kg. Hal ini kerana daun-daun bayam masih dalam keadaan muda kerana teksturnya masih renyah dengan warna daun yang menarik iaitu warna ungu pekat. Setelah kesemua bayam dipetik, ianya dicuci dengan segera dengan air yang bersih dan mengalir agar bebas dari tanah dan kotoran lain. Tanah atau kotoran yang melekat akan mempercepatkan proses pembusukan. Setelah dicuci, sayur-sayuran tersebut perlu dibilas di dalam bakul dan ditapis sehingga air tidak menitis lagi. Kemudian, sayur-sayuran tersebut dijual kepada rakan kami dengan harga RM3.00 sekilo.



50 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Gambar menunjukkan salah seorang daripada pembeli yang membeli hasil tanaman kami di ladang B.



AMALI 10



MINGGU : 13



TARIH :8/12/2015



MASA : 4.00 – 7.00 P.M



Aktiviti : 1) Mempelajari sistem fertigasi. 2) Mempelajari sistem fertigasi bagi tanaman rock melon. 3) Melakukan pembersihan batas dan kawasan persekitaran.



Pada minggu ini, kami telah mempelajari sistem fertigasi secara umum dan bagi tanaman rock melon. Encik Syafiq telah menerangkan secara terperinci tentang sistem fertigasi yang menjadi sistem penanaman utama di ladang B.



51 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Gambar ini menunjukkan sistem timer yang digunakan bagi pengawalan keluar masuk baja yang disalurkan kepada rumah fertigasi. Timer ini boleh disetkan mengikut keperluan tanaman dan ianya berfungsi secara automatik.



Gambar ini menunjukkan dua tong yang mengandungi baja A dan B dan satu tong yang mengandungi air kosong sebagai persediaan jikalau bekalan air tiada.



Gambar ini menunjukkan dengan lebih jelas setiap paip yang disambung daripada setiap tong dan disalurkan kepada rumah fertigasi. Setiap paip mempunyai stop cork yang berfungsi sebagai pengawalan keluar masuk baja dari tong kepada rumah fertigasi. Terdapat juga motor yang disambungkan kepada setiap paip yang berfungsi untuk mengalirkan baja tersebut melalui paip itu.



52 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Gambar menunjukkan dripper atau penitis lurus yang dicucuk ke dalam polybag bagi mengalirkan baja terus kepada akar tanaman.



53 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



REFLEKSI INDIVIDU Refleksi Mohammad Shafiq bin Sadri Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat dapat menghabiskan amali Perkebunan dan Hortikultur (VEA 3023) dengan jayanya dalam tempoh 13 minggu untuk Semester 3. Dengan amali perkebunan ini saya dapat belajar banyak perkara. Sebelum kelas amali bermula pada minggu yang ke-3 kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 4 atau 5 orang satu kumpulan. Minggu pertama kelas perkebunan kami telah diberikan 2 batas untuk di bersihkan dan untuk pengemburan tanah. Saya dan ahli kumpulan saya iaitu Ain, Mawar dan Amalina, kami telah diberikan 2 batas untuk menanan tumbuhan berdaun dan tumbuhan menjalar. Kami telah membahagikan tugas setiap satu batas bagi memudahkan proses menanam berjalan dengan lancar. Pada minggu pertama kami telah ditugaskan untuk membersihkan batas kami daripada bebas rumpai, rumput dan sebagainya. Minggu seterusnya, kami diarahkan untuk memasang silver shine pada batas kedua untuk menanam tumbuhan menjalar. Minggu yang seterusnya kami telah memulakan tanaman untuk anak benih iaitu anak benih bayam separa merah dan juga mentimun untuk kumpulan saya. Selepas menanam biji benih kami diarahkan untuk menyiram 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang mengikut kelembapan dan sentiasa memastikan batas kami bebas dari rumpai, serangga dan sebagainya. Kami menyiram dan merumput sehingga tanaman kami membesar dan boleh dimakan. Tanaman untuk bayam separa merah tidak memerlukan sokongan kerana bayam merupakan tanaman bersayur manakala untuk tanaman mentimun memerlukan sokongan. Ahli kumpulan saya telah mencari buluh untuk membuat sokongan pada batas mentimun. Pada minggu yang ke 11 kami telah menuai hasil tanaman kami untuk dijual. Kami telah berjaya menjual hasil tanaman kami kepada pembekal dengan jayanya. Semua bayam dan mentimun telah berjaya dijual oleh kami. Semangat kerjasama yang ditunjukkan semasa amali kebun ini amat saya hargai. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang banyak membantu dalam amali kebun ini tidak terlupa kepada En.Syafiq yang telah banyak memberi ilmu kepada kami semua. Ilmu yang diperoleh daripada En.Syafiq amat berguna kepada saya untuk dipraktikkan dan digunakan pada masa hadapan. 54 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Refleksi Wan Nor Amalina binti Wan Adenan Setelah berakhirnya kelas Perkebunan dan Hortikultur pada semester tiga ini, pelbagai ilmu pengetahuan yang telah saya perolehi sepanjang berlangsungnya kelas teori dan amali bagi subjek ini. Pertama sekali, saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bidang pertanian. Melalui subjek ini juga, saya dapat membuka minda saya bahawa sememangnya bidang pertanian bukan sahaja dapat memberi pelbagai kelebihan malahan ilmu dalam bidang ini dapat saya aplkasikan bagi mencari rezeki, contohnya seperti dengan pengusahaan tanaman sayursayuran dan dijual di pasar-pasar. Selain itu, saya juga dapat mempelajari bagaimana untuk memulakan penanaman dengan menggunakan kaedah tradisional yang kini kian dilupakan oleh



masyarakat dek kemajuan



teknologi yang memudahkan segala kerja seharian manusia. Saya telah mempelajari bagaimana untuk membina batas penanaman tanpa menggunakan sebarang peralatan canggih dan hal ini menjadikan saya lebih bersyukur kerana proses ini bukanlah satu proses yang mudah dan memerlukan kesabaran dan ilmu yang tinggi. Seterusnya, saya juga telah mempelajari tentang cara pembajaan dan meracun di mana ianya perlu dikuasai dengan baik kerana tidak semua baja dan racun mempunyai manual penggunaan yang sama. Kemudian, saya telah mengetahui bahawa tanaman juga memerlukan penjagaan yang rapi bermula dari hari pertama ianya disemai supaya dapat menghasilkan tanaman yang sihat, cantik dan segar. Kemudian, tidak dilupakan juga ilmu tentang sistem fertigasi yang telah saya pelajari di mana ianya adalah satu sistem teknologi yang paling efektif untuk menghasilkan tanaman yang baik. Di samping itu, saya juga dapat membuat perbandingan sistem fertigasi ini di kawasan tinggi iaitu melalui lawatan ke Cameron Highlands yang turut dijalankan pada pertengahan semester ini. Saya dapat mempelajari dengan lebih jelas tentang sistem ini melalui lawatan tersebut dan dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang tanaman-tanaman di tanah tinggi yang ternyata berbeza dengan tanaman di kawasan rendah.



55 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Kesimpulannya, saya bersyukur dan berterima kasih kepada tenaga pengajar, Encik Syafiq dan juga pensyarah saya, Encik Abu Bakar kerana telah bertungkus lumus mencurahkan ilmu kepada saya yang mungkin tidak akan saya perolehi dari sumber yang lain.



Refleksi Mawar Nabila binti Jasimin Sepanjang kelas amali VEA 3023 PERKEBUNAN & HOLTIKULTUR berlangsung pada semester ini, terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari berkenaan ilmu pertanian. Hal ini demikian kerana setiap minggu kami akan melakukan aktiviti berkenaan perkebunan yang berbeza. Pada kebiasaannya, Encik Shafiq akan memberi penerangan terhadap aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut dan memberi pendedahan secara ringkas sebelum meminta kami melakukan kerja-kerja di kebun. Selain itu, saya juga menerima tunjuk ajar daripada Encik Abu Bakar, terutamanya berkenaan teori cara pembiakan pokok yang bersesuaian. Saya turut berpendapat bahawa sesi kelas amali ini amat menyeronokkan kerana tidak hanya berfokus kepada tanaman bayam merah dan timun yang kami usahakan. Sebaliknya, kami juga mendapat pendedahan mengenai kaedah tanaman secara fertigasi, serta membantu bagi menjaga tanaman tembikai, rock melon, anggur dan buah tin. Cara penanaman, penjagaan dan jangka masa setiap pokok untuk matang dan mengeluarkan hasil yang boleh dituai juga adalah berbeza. Penglibatan pelajar sewaktu sesi kelas amali ini adalah secara menyeluruh kerana setiap ahli kumpulan mempunyai tugas masing-masing dalam memastikan tanaman yang diusahakan terjaga dengan baik. Misalnya, bagi menyediakan pancang pokok, setiap ahli kumpulan ditugaskan untuk bersama-sama mencari buluh di hutan berdekatan ladang. Seterusnya, ahli kumpulan saya juga meluangkan masa bersama-sama untuk datang ke kebun di luar waktu kelas amali bagi menyiram serta membuang rumput yang tumbuh. Selain daripada ilmu perkebunan yang berjaya saya pelajari, saya juga berpendapat bahawa saya dapat memupuk semangat berkerjasama dalam kumpulan. Hal ini kerana adalah mustahil bagi kami untuk berjaya melakukan proses penanaman, penjagaan, penuaian serta jualan sayur-sayuran tersebut secara individu disebabkan faktor kekangan masa dan tenaga. Di samping itu, pembantu di ladang, Encik Azman dan Encik Ali juga banyak membantu kami sewaktu melakukan kerja-kerja di ladang. 56 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



Refleksi Ain Zuriatie binti Ibrahim Pertama kali saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan juga laporan mingguan kebun yang telah diarahkan oleh Encik Abu Bakar selaku pensyarah bagi subjek perkebunan dan hortikultur. Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar sepanjang kelas amali bagi subjek ini termasuklah Encik Abu Bakar, Encik Syafiq, Encik Ali dan tenaga pengajar yang lain yang banyak memberikan tunjuk ajar daripada awal penanaman tanaman sayuran hingga proses penjualan hasil tanaman tersebut. Saya juga sangat bersyukur dan berpuas hati kerana semua ahli kumpulan saya memberikan komitmen yang diperlukan dan kerjasama bagi menyiapakan memastikan tanaman kami mengalami proses pertumbuhan yang baik dan sempurna dan juga dalam menyiapkan laporan mingguan selepas kelas amali berlangsung. Kami diminta untuk menanam dua jenis tanaman sayuran di kebun tersebut iaitu sayuran berdaun dan sayuran berbuah. Untuk sayuran berbuah, setiap kumpulan diberikan pilihan untuk memilih jenis sayuran untuk di tanam di atas batas yang disediakan. Kami memilih sayuran bayam merah sebagai sayuran berdaun kerana ingin mencuba menanam sayuran tersebut. Manakala pembahagian sayuran berbuah pula telah ditetapkan oleh Encik Syafiq iaitu kumpulan kami telah mendapat sayuran timun. Kami sekumpulan telah diberikan tunjuk ajar satu persatu mengenai cara-cara penanaman sayuran yang betul mengikut kaedah yang betul oleh tenaga pengajar bagi subjek ini. Pertama kali, kami dibahagikan batas yang mana setiap kumpulan dibahagikan dua batas tanaman. Satu batas untuk penanaman sayuran berdaun manakala satu batas lagi untuk penanaman sayuran berbuah. Kemudian, kami diminta membersihkan batas serta mengemburkan tanah untuk dijadikan batas. Seterusnya, kami diberikan biji benih untuk menanam bayam merah dan juga timun. Selain itu, aktiviti merumpai, membaiki batas, menyiram, sungkupan dilakukan bagi memberikan penjagaan yang secukupnya kepada tanaman yang ditanam. Kami bekerjasama menyiapkan kerja dan tugasan yang diberikan oleh tenaga pengajar. Tanaman yang kami tanam mengalami sedikit masalah. Sayuran bayam merah mengalami tumbesaran yang agak lambat dan anak benih yang tumbuh itu tidak sekata di atas batas. Apabila sudah besar, terdapat lubanglubang kecil pada daun sayuran bayam merah itu. Manakala sayuran timun pula dapat tumbuh 57 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3



dengan besar dan elok. Kami bersyukur kerana kedua jenis sayuran tersebut mengeluarkan hasil yang mana masih boleh dijual. Saya juga turut dapat belajar bagaimana cara mengendalikan tanaman dengan betul bermula dari proses membuat batas dan longkang sehingga kepada proses mengutip dan menjual hasil tanaman. Penggunaan jenis baja pada kuantiti yang betul adalah sangat penting bagi membantu tumbesaran pokok. Proses menggemburkan tanah bagi kedua-dua batas pula adalah sangat penting bagi mengurangkan kepadatan tanah dan memecahkan tanah serta menghapus rumpai dan organisma yang mampu merosakkan tanaman kami. Kami juga turut di ajar oleh Encik Shafiq cara-cara memindahkan biji benih ke atas batas bagi tanaman sayur berbuah iaitu timun. Memandangkan timun merupakan tumbuhan yang menjalar kami dikehendaki membuat penyokong tanaman tersebut dengan menggunakan pohon buluh. Sesungguhnya, dalam menghasilkan hasil tanaman yang baik kami juga telah diberi pendedahan mengenai penjagaan yang lebih rapi bagi kedua-dua batas. Antaranya ialah penggunaan racun rumpai dan seranggan yang cara yang betul. Cara berpakaian, membancuh racun serta pembelajaran berkaitan racun telah diterang seacra mendalam oleh Encik Syafiq. Walau pun, keletihan yang di alami adalah sangat berbaloi apabila melihat hasil tanaman tumbuh dan membesar dengan segar. Pengalaman baru yang dapat dipungut pada semester ini berkaitan dengan tanaman merupakan pengalaman yang sangat bermakna dan berharga bagi saya. Segala ilmu yang diperolehi akan diguna sebaik mungkin untuk kegunaan masa hadapan terutamanya ketika mengajar di sekolah pada suatu hari nanti.



58 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3