Laporan Pemerhatian [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0 PROFIL KANAK-KANAK



Sepanjang menjalankan proses pemerhatian terhadap perkembangan sosioemosi individu A, saya telah menggunakan kaedah pengumpulan data, pemerhatian dan soal selidik bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan berkaitan dengan individu A yang ingin dikaji. Bagi melengkapkan tugasan ini, saya perlu memilih seorang kanak-kanak sahaja untuk dikaji dari segi perkembangan sosioemosi. Oleh itu, saya telah memilih seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 6 tahun iaitu yang merupakan adik kandung saya sendiri. Penilaian yang dibuat terhadap perkembangan sosioemosi adalah lebih berasaskan kepada proses temubual bersama guru prasekolah dan juga pemerhatian tingkah lakunya di sekolah dan di rumah. Saya mula menjalankan pemerhatian ini pada hari Sabtu iaitu bersamaan dengan 8 Ogos hingga 9 Ogos 2015 iaitu selama 2 hari. Bagi memudahkan saya mengenalpasti tahap perkembangan sosioemosi individu A, saya telah membuat senarai semak secara rambang dan menilai tahap perkembangan yang dilaluinya sama ada normal ataupun tidak. Selain itu, saya juga berjumpa dan berbual dengan guru prasekolah yang mengajar individu A dan menyoal serba sedikit tentang tingkah laku individu A sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bagi membuktikan bahawa saya benar-benar telah membuat kajian terhadap individu A, saya telah mengumpul dan meminta kepada ibu saya beberapa data sokongan yang mengandungi maklumat peribadi, rekod kesihatan dan juga rekod prestasi sebagai bukti kukuh. Berikut merupakan profil peribadi individu A :



NAMA



:



INDIVIDU A (BUKAN NAMA SEBENAR)



TARIKH LAHIR



:



3 OGOS 2015



TEMPAT LAHIR



:



HOSPITAL KEMAMAN, TERENGGANU



KETURUNAN



:



MELAYU / ISLAM



BIL. ADIK BERADIK :



KE 7 DARIPADA 7 BERADIK (BONGSU)



HOBI



:



MEMBACA BUKU



CITA-CITA



:



GURU



SEKOLAH



:



PRASEKOLAH AL-TARMIZI, SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA NERAM 01, KEMAMAN TERENGGANU 19



1.1 PROFIL SOSIAL Perkembangan sosial individu A di rumah dan di sekolah adalah berbeza. Apabila berada di sekolah, individu A hanya bercakap dengan rakan-rakan yang dikenalinya sahaja tetapi apabila berada di rumah, dia adalah seorang adik yang banyak bercakap. Ini bermakna, individu A masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri dan membina konsep kendiri apabila berada dalam kelompok kawan-kawan baharu di dalam kelas. Hal ini sejajar dengan Teori Kematangan Gesell iaitu kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun mula mengalami proses kematangan semasa transisi iaitu bergantung kepada keperluan sekolah, rakan sebaya dan juga pengubahsuaian kepada peraturan. Saya telah menjalankan pemerhatian terhadap perkembangan sosial individu A bersama rakannya di kelas apabila ingin mengambil individu A pulang dari sekolah. Oleh sebab saya mengambil tiket untuk pulang ke Melaka pada malam hari Ahad, maka saya menggunakan kesempatan yang ada ini untuk memerhati perkembangan dan juga kemahiran sosial individu A apabila bersama dengan rakan-rakan dan juga guru di sekolah. Pemerhatian mendapati bahawa individu A merupakan seorang yang pandai bersosial dengan orang di sekelilingnya. Ini ditunjukkan apabila individu A sangat ramah dan sentiasa bergurau senda dengan rakan-rakan yang lain. Dia juga pandai berkomunikasi dan menyesuaikan diri dengan keadaan. Oleh sebab itu, kawan-kawan yang lain senang bergaul dengannya. Susun atur meja dan kerusi di prasekolah Al-Tarmizi adalah berbentuk bulatan mengikut kumpulan dan dalam kumpulan meja tersebut terdapat dalam lingkungan 5 hingga 6 orang kanak-kanak. Pada ketika itu, mereka sedang melakukan aktiviti mewarna gambar bunga. Saya melihat individu A memberikan rakan di sebelahnya meminjam pensel warnanya dan mereka mewarna bersama-sama dengan gembira sambil berbual-bual. Hal ini bersesuaian dengan teori Vygotsky yang menyatakan bahawa kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Oleh itu, kanak-kanak perlu membina interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan adik beradik. Pemerhatian mendapati bahawa individu A berjaya membina hubungan sosial yang baik dengan rakan-rakan dan juga dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran. Dalam kesempatan itu juga, saya sempat melihat cara pengurusan diri individu A apabila berada di sekolah. Sebagai contoh, individu A mampu menguruskan diri sendiri ketika pergi ke tandas tanpa menyusahkan pembantu dan guru pra sekolah. Berdasarkan hasil perbualan dengan guru kelas prasekolah Al-Tarmizi menyatakan bahawa individu A merupakan seorang kanak-kanak yang pandai berdikari dan mampu menyelesaikan 20



masalah sendiri tanpa bantuan orang lain. Dalam teori Erik Erikson juga menekankan kepentingan hubungan sosial antara individu-individu yang berada dalam persekitaran kanak-kanak. Nah! Sudah jelas di sini bahawa personaliti dan tingkah laku kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh tingkah laku individu-individu di sekeliling mereka. Dari sinilah kanak-kanak mula belajar cara berkomunikasi dengan orang yang lebih tua, cara menguruskan diri, cara makan dan sebagainya. Mereka akan melihat dan memerhatikan perlakuan sosial orang sekeliling kemudian menjadikannya contoh ikutan dalam kehidupan seharian. Pada petang hari Sabtu, individu A bersama rakan-rakannya yang merupakan jiran sebelah rumah telah bermain basikal di hadapan rumah kami. Oleh sebab kami duduk di kampung maka suasana persekitaran lebih menyeronokkan apabila waktu petang. Sepanjang bermain, individu A kelihatan gembira dan mampu berinteraksi dengan baik antara satu sama lain. Hal ini dibuktikan apabila pada mulanya, mereka menunggang basikal bersama-sama, setelah itu, individu A mengajak rakan-rakannya untuk bermain masakmasak di hadapan rumah kami lalu mereka semua bersetuju. Pemerhatian mendapati bahawa individu A boleh menggunakan bahasa yang sesuai dan mudah ketika berkomunikasi dengan rakan-rakannya kerana mereka dapat memahami apa yang telah diperkatakan oleh individu A dengan baik. Oleh itu, saya berpendapat bahawa individu A mempunyai tahap sosial iaitu kemahiran berinteraksi, memahami dan sikap bertolak ansur yang baik dengan rakan-rakannya, Dalam teori pendidikan Friedrich Froebel telah menegaskan kepentingan bermain sebagai peranan penting dalam proses pendidikan. Melalui permainan yang dilakukan ini dapat membantu kanak-kanak berfikir mengenai interaksi antara kehidupan dan aktiviti sendiri, pemikiran dan tindakan, perwakilan serta kebolehan dan pemahaman masingmasing. Hal ini kerana, apabila kanak-kanak bermain, secara tidak langsung mereka akan menunjukkan emosi gembira dengan senyum dan menjerit keseronokan bersama rakanrakan yang lain. Selain itu, Vygotsky juga menyatakan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku kerana beberapa faktor antaranya adalah pengaruh persekitaran dan juga pengaruh semula jadi. Oleh sebab individu A lebih terdedah dengan persekitaran yang dikelilingi orang-orang dewasa iaitu kakak-kakak dan juga abang-abangnya yang banyak bercakap, maka dia mudah meniru dan mengikut dari segi perbuatan, tingkah laku, cara percakapan, dan juga bahasa pertuturan. Hal ini dibuktikan lagi dengan teori pembelajaran yang dikemukakan oleh Chomsky iaitu kanak-kanak lebih cepat dan mahir bertutur sekiranya ibu bapa mengambil berat serta memberikan galakan kepada mereka.



21



1.2 PROFIL EMOSI Dari segi perkembangan emosi, individu A melalui proses perkembangan yang stabil dan seimbang selaras dengan tingkah laku yang ditunjukkan. Ketika ingin mengambil individu A pulang dari sekolah baru-baru ini, saya sempat berbual dengan guru prasekolah tersebut. Menurut beliau, individu A seorang murid yang menurut kata, mendengar arahan, mudah menerima pandangan orang lain terutamanya kawan rapat dan tidak mementingkan diri sendiri ketika berada di dalam kelas. Malah, sebaik sahaja individu A melihat saya tiba di hadapan pintu prasekolah, dengan secara tidak langsung dia menunjukkan mimik muka gembira. Oleh itu, saya berpendapat bahawa individu A berasa dihargai dan disayangi apabila kakaknya sanggup mengambil dia pulang dari sekolah dengan menunjukkan emosi yang ceria. Selain itu, individu A juga tidak menangis apabila ditinggalkan oleh ibunya ketika dihantar ke sekolah, malah menurut temu bual dengan guru prasekolah tersebut memaklumkan bahawa individu A merupakan antara kanak-kanak yang tidak menangis sejak dihantar oleh ibunya pada awal sesi persekolahan bermula. Justeru, melalui maklumat yang diperolehi ini mendapati bahawa individu A berjaya membina emosi diri yang baik dan stabil walaupun terpaksa berpisah dengan ibunya. Oleh itu, saya berpendapat bahawa individu A suka datang ke sekolah dan berjumpa dengan rakan-rakannya dalam suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Hal ini bersesuaian dengan teori yang dikemukakan oleh Robert Owen iaitu persekitaran yang baik dapat mempengaruhi pencapaian dan tingkah laku kanak-kanak. Apabila berada di rumah, perkembangan emosi individu A agak berbeza berbanding ketika dia berada di sekolah. Sebagai contoh, ketika hendak makan dia akan meminta kepada kakak atau abangnya untuk mengisi nasi dan lauk ke dalam pinggan. Jika tidak, dia akan menangis dan menunjukkan emosi sedih kerana orang sekeliling tidak memberikan perhatian ke atas dirinya. Berdasarkan situasi ini, saya berpendapat disebabkan individu A merupakan anak bongsu maka emosi dirinya lebih manja apabila dikelilingi dengan ahli keluarga tetapi apabila berada di sekolah, individu A dapat mengawal emosi dengan baik dan pandai berdikari dengan sendiri tanpa bantuan ahli keluarga. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa tahap perkembangan emosi individu A telah dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang banyak mendorongnya dalam mengawal emosi dan tingkah laku diri. Namun begitu, individu A dapat membezakan yang mana baik dan yang mana tidak baik. Sepanjang menjalankan kajian terhadap perkembangan sosioemosi individu A, saya dapat melihat bahawa individu A dapat mengenal pasti dengan baik tingkah laku yang boleh 22



dilakukan dengan tingkah laku yang tidak boleh dilakukan. Sebagai contoh, sebelum makan dia akan membasuh tangan dan membaca doa terlebih dahulu. Apabila ditanya siapa yang mengajar membaca doa makan, individu A menjawab “Cikgu adik pesan sebelum makan, kena baca doa kalau tidak makan dengan syaitan”. Dalam konteks ini, individu A mengamalkan apa yang diajar oleh guru di sekolah dengan mempraktikkannya di rumah dengan baik. Oleh itu, sudah jelas lagi bersuluh menunjukkan bahawa individu A dapat membezakan yang mana baik dan tidak selaras dengan teori perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh Jean Piaget iaitu kanak-kanak semakin matang dan dapat membezakan, menyusun sesuatu benda mengikut susunan yang betul seperti dari kecil ke besar. Di samping itu, individu A adalah seorang yang minat dan sayang pada haiwan terutamanya kucing. Hal ini ditunjukkan ketika individu A melihat seekor kucing dalam perjalanan keluar dari kawasan sekolah, lalu individu A pergi ke arah kucing tersebut sambil membunyikan ‘meow’ beberapa kali. Saya juga dapat melihat dari ekspresi wajah individu A yang menunjukkan bahawa dirinya gembira berjumpa dengan kucing tersebut. Menurut Fox, Kimmerly & Schafer (1991), apabila bayi dan orang dewasa senyum, mereka berasa gembira yang disertai dengan suatu perubahan fisiologi. Secara kolektif, ekspresi wajah mencerminkan keadaan emosi kanak-kanak kecil. Pernah suatu ketika, individu A menangis ketika mendapat tahu bahawa kucing kesayangannya telah mati akibat dilanggar oleh kereta. Oleh sebab emosi sedih yang dialaminya apabila mengenangkan bahawa kucingnya telah tiada menyebabkan individu A menangis teresak-esak. Hal ini kerana kanak-kanak di seluruh dunia mengekspresi emosi asas dengan cara yang sama. Tidak kira daerah ataupun budaya, semua kanak-kanak mempunyai ekspresi wajah yang sama bagi menunjukkan marah, sedih, dan gembira. Dalam situasi ini jelas menunjukkan bahawa individu A merupakan seorang yang penyayang terhadap binatang dan mempunyai sifat empati yang tinggi apabila teringat akan kucing kesayangannya. Menurut Teori Perkembangan Personaliti Sigmund Freud menyatakan bahawa personaliti terdiri daripada id, ego dan juga superego. Antara ciri-ciri perkembangan emosifizikal manusia yang berumur 3 hingga 6 tahun salah satunya adalah kanak-kanak mula menggunakan helah bela diri untuk tujuan tertentu. Dalam konflik Elektra menyatakan bahawa anak perempuan lebih tertarik kepada bapa manakala dalam konflik Oedipus pula menyatakan anak lelaki lebih tertarik kepada ibunya. Pemerhatian mendapati individu A sering mengadu dan meminta sesuatu daripada bapanya dan jarang meminta daripada ibunya. Sebagai contoh, individu A menggunakan helah untuk mendapatkan basikal dengan mengugut bapanya jika tidak dia tidak akan mandi. 23



Saya lebih banyak menggunakan kaedah pemerhatian berbanding soal selidik dalam mengkaji perkembangan sosioemosi individu A. Hal ini kerana, saya tidak mahu mengganggu proses pembelajaran yang berlaku di dalam kelas dengan bertanya kepada guru kelas segala yang berkaitan dengan individu A. Tambahan pula, individu A juga merupakan adik saya sendiri dan ini lebih memudahkan saya untuk merumuskan tahap perkembangan sosioemosi dirinya. Hasil daripada pemerhatian yang menyeluruh terhadap individu A, saya mendapati bahawa individu A melalui proses perkembangan sosioemosi yang stabil sesuai dengan tahap perkembangan umur.



2.0 LAPAN PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI ERIK ERIKSON Berdasarkan teori Erik Erikson ini, beliau telah memperkenalkan lapan peringkat dalam perkembangan psikososial iaitu yang pertama ialah asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan. Pada peringkat ini berlaku kepada kanak-kanak yang baru lahir sehingga berumur satu tahun. Bayi yang baru lahir memerlukan kasih sayang dan perhatian yang utama daripada ibu bapa. Jika bayi gagal mendapat tumpuan yang sepatutnya daripada ibu bapa, perasaan ketidakpercayaan akan timbul. Peringkat yang kedua ialah autonomi lawan keraguan. Peringkat ini berlaku pada kanak-kanak yang berumur satu hingga tiga tahun. Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini lebih tertumpu kepada perkembangan fizikal. Sekiranya kanak-kanak berjaya dan mendapat sokongan daripada ahli keluarga maka secara automatik akan menimbulkan rasa percaya kepada tahap keupayaan diri tetapi sekiranya gagal melaksanakan berkemungkinan mereka akan hilang keyakinan dan mula ragu-ragu untuk mencuba. Seterusnya, peringkat yang ketiga ialah inisiatif lawan rasa bersalah. Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun pada masa ini mencuba untuk belajar berdikari, sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu yang baru dengan inisiatif sendiri dan lebih kreatif dalam melakukan sesuatu. Sekiranya mereka tidak berjaya melakukan apa yang mereka inginkan, akan timbul perasaan bersalah dalam diri kerana tidak mampu mencapai apa yang diingini. Kemudian, peringkat umur 6 hingga 11 tahun ialah peringkat kanak-kanak mengalami industri kerajinan lawan rasa rendah diri. Hal ini menjelaskan bahawa kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu ketika berada di alam persekolahan. Sebagai contohnya, kanak-kanak akan belajar kemahiran bermain sukan bola sepak atau hoki. bergantung kepada minat masing-masing. Tetapi jika mereka tidak berjaya dalam sesi latihan atau sebagainya, mereka akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan untuk memajukan diri. 24



Pada peringkat yang kelima melibatkan peringkat identiti lawan kekeliruan identiti. Apakah yang dimaksudkan dengan identiti lawan kekeliruan identiti? Pada waktu ini, kanakkanak mula mencari identiti diri yang sebenar bagi meneruskan kehidupan ke peringkat yang lebih besar. Bagi golongan remaja, mereka mula mencari arah tujuan dalam bidang pekerjaan, kemahiran yang layak bagi diri mereka, jantina dan peluang bersosial. Pada masa yang sama juga, mereka mula keliru dengan apa yang sesuai dan layak untuk diri mereka sendiri. Seterusnya, peringkat keintiman lawan keasingan berlaku pada tahap umur 18 hingga 35 tahun. Pada waktu ini, golongan dewasa sudah mula membentuk keintiman dalam hubungan masing-masing, lebih menjurus ke arah perkahwinan dan membina peluang kerjaya yang lebih luas. Apabila gagal berkahwin, tidak mendapat pekerjaan seperti yang diinginkan, akan membawa kepada keadaan terasing dan tersisih. Walaupun sudah dewasa, namun perasaan terasing dan tersisih tetap akan wujud dalam diri. Peringkat yang ketujuh ialah peringkat generativiti lawan kekakuan iaitu berlaku pada peringkat umur 35 hingga 65 tahun. Pada waktu ini, mereka telah berjaya membina sebuah keluaga yang bahagia dan mempunyai kerjaya yang baik. Namun begitu, apabila mereka gagal satu kali terhadap profesion masing-masing ataupun gagal dalam mencapai sesuatu, maka kegagalan itu akan membawa kepada perasaan pentingkan diri sendiri. Akhir sekali, peringkat kelapan ialah integriti lawan kekecewaan yang berlaku pada individu berumur 65 tahun ke atas sahaja. Pada peringkat ini, mereka akan mencapai kejayaan dalam kehidupan berkeluarga dan dalam bidang kerjaya. Kegagalan yang akan berlaku membawa kepada kesedihan dan kekecewaan yang melampau.



2.1 INDUSTRI RAJIN LAWAN RASA RENDAH DIRI (6-11 TAHUN) Saya telah mengambil seorang kanak-kanak yang berumur 6 tahun untuk djadikan bahan kajian daripada aspek perkembangan sosioemosi. Mengikut teori Erik Erikson, bagi kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 6 hingga 11 tahun, pada masa ini mereka akan mengalami peringkat industri lawan rasa rendah diri. Hal ini membawa maksud kanakkanak akan mencuba sedaya upaya untuk melakukan sesuatu yang mereka inginkan daripada gagal. Pemerhatian mendapati bahawa individu A seorang yang berusaha dalam melakukan sesuatu yang diingininya dengan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, ketika bermain masak-masak dengan rakannya, dia berusaha menjadi seorang ibu yang sedang menyiapkan makanan kepada anak-anaknya iaitu rakan-rakan yang lain.



25



Ciri-ciri perkembangan sosioemosi pada tahap umur 6 hingga 11 tahun ialah keinginan untuk menguasai sesuatu. Pada waktu ini, kanak-kanak mempunyai pelbagai keinginan untuk dikuasai seperti keinginan untuk memjadi guru suatu hari nanti. Contoh yang diberikan berkaitan dengan individu A kerana individu A menunjukkan sifat suka membaca dan kerap kali meminta saya membeli buku kepadanya. Apabila bertanya kepadanya, individu A menyatakan bahawa dia ingin menjadi seorang guru sepertimana kakaknya. Ini membuktikan bahawa tahap perkembangan individu A adalah seimbang mengikut apa yang diperkatakan dalam teori Erik Erikson. Individu A melawan rasa rendah diri dengan sentiasa membaca buku dan juga membaca apa-apa perkataan yang dilihat seperti menyebut no plat kereta atau motosikal yang lalu di hadapannya, membaca perkataan yang tertera pada televisyen dan sebagainya. Menurut teori Erik Erikson, pada peringkat ini kanak-kanak perlu menyalurkan tenaga mereka kepada perkara yang baik seperti meluangkan masa dengan membaca atau mengulangkaji pelajaran, beriadah dan sebagainya. Hal ini kerana, melalui ketekunan kanakkanak akan berkeupayaan untuk melakukan sesuatu. Contohnya, kanak-kanak yang rajin membaca akan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Peringkat ini adalah merupakan kunci kepada perkembangan sikap yang rajin dan keinginan melakukan aktiviti yang berfaedah sahaja. Kanak-kanak akan berasa rendah diri sekiranya tidak mendapat galakan dan sokongan daripada orang-orang yang rapat dengannya. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak berasa rendah diri. Justeru itu, aktiviti berfaedah yang dilakukannya hendaklah diberikan pujian agar kanak-kanak merasa seronok. Secara konklusinya, teori Erik Erikson jelas membuktikan bahawa pada tahap umur 6 hingga 11 tahun, kanak-kanak mengalami peringkat konflik ketekunan lawan rasa rendah diri. Berdasarkan pemerhatian mendapati bahawa individu A tergolong dalam golongan industri ketekunan. Ini kerana, saya mendapati bahawa individu A banyak berusaha dalam memperolehi sesuatu perkara yang diinginkan dan menunjukkan keinginan yang tinggi untuk berjaya walaupun diganggu dengan emosi diri yang tidak stabil. Pada pandangan saya, individu A menunjukkan perkembangan sosioemosi yang seimbang dan stabil sesuai dengan tahap perkembangan umur. Saya juga merasakan bahawa individu A dapat menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti berdasarkan tingkah laku positif yang ditunjukkan sepanjang tempoh pemerhatian dijalankan.



26



3.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Perkembangan seseorang amat dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Baka ialah gen-gen yang diperturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya. Ciri-ciri baka adalah seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata, jenis rambut dan lain-lain. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Selain itu, baka juga dapat menetapkan had keupayaan dan kemampuan mental sama ada pandai ataupun kurang pandai. R. Hilgard (1968) menyatakan bahawa baka dapat menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya dalam kalangan satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Menurut Norman L. Munn (1969), mentakrifkan persekitaran ialah kuasa luaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Faktor persekitaran meliputi aspek rakan sebaya, keluarga, ekonomi dan banyak lagi. Faktor persekitaran mempunyai dua kategori iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir. Merujuk teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), dalam Wong Kiet Wah et.al (2013), menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Setiap unsur-unsur ini adalah berbeza dan mempengaruhi tahap perkembangan seseorang individu. Oleh itu, proses perkembangan yang berlaku pada setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Walaupun kembar, tahap perkembangan yang dialamai tetap akan berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh ahli-ahli psikologi, tidak ada dua orang yang melalui proses perkembangan yang sama walaupun proses pertumbuhan yang dilalui adalah sama. Perbezaan ini dapat dilihat dari aspek kognitif, fizikal, emosi, sosial dan jasmani.



3.1 FAKTOR BAKA Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya. Setiap individu normal akan mempunyai 23 pasang kromosom. Apabila proses persenyawaan antara sperma dan ovum berlaku maka kromosom-kromosom ini akan terjalin dan mempengaruhi ciri-ciri yang bakal diwarisi oleh bayi itu kelak. Gen merupakan penentu utama dalam pewarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Hal ini kerana, pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal seperti saiz badan, warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian juga mendapati bahawa



27



ciri-ciri fizikal luaran seperti warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Selain itu, mengikut ahli-ahli psikologi menyatakan bahawa emosi seseorang individu juga dipengaruhi daripada baka ibu bapa. Misalnya, seorang ibu bapa yang mempunyai emosi yang tidak stabil dan bersifat pemarah akan menghasilkan anak yang kurang stabil dan bersifat agresif. Pemerhatian mendapati bahawa individu A seorang yang peramah dan sering tersenyum sewaktu bermain dengan rakan-rakannya. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa faktor baka ibu bapa individu A positif berdasarkan sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan. Dari segi kecerdasan intelek juga dipengaruhi oleh faktor baka daripada ibu bapa itu sendiri. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan seseorang individu dengan yang lain berdasarkan kepada keputusan prestasi dalam peperiksaan atau penilaian guru itu sendiri. Biasanya, ibu bapa yang pintar dan cerdik akan menghasilkan anak yang pintar. Perkara ini kebanyakannya terjadi kepada ibu bapa yang bekerja sebagai guru, anak tersebut akan mengikut genetik pintar ibu bapanya. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan terhadap individu A, saya dapat merasakan bahawa ibu bapa individu A merupakan seorang yang rajin kerana individu A rajin membasuh pinggan yang telah digunakan walaupun baru berumur 6 tahun. Selain itu, baka boleh menentukan struktur organ seseorang individu. Kebiasaanya, ibu bapa yang sihat tanpa sebarang penyakit akan melahirkan anak yang sihat dan cergas. Tetapi, jika ibu bapa sering mengalami masalah kesihatan, berkemungkinan besar anak akan mewarisi penyakit tersebut. Hal ini kerana gen-gen ibu bapa saling bergabung dalam menghasilkan satu gen yang dimiliki oleh anak tersebut. Contoh penyakit yang disebabkan oleh baka ialah diabetes dan haemofilia. Berdasarkan pemerhatian, individu A seorang yang aktif dan sihat. Guru kelas juga menyatakan bahawa individu A jarang tidak hadir ke sekolah kerana faktor kesihatan. Ini membuktikan individu A mempunyai genetik yang sihat. Genetik juga memainkan peranan dalam menentukan ciri-ciri fizikal seseorang individu seperti warna rambut, warna mata, ketinggian, paras rupa dan bentuk. Misalnya, seorang ibu bapa yang berambut hitam akan melahirkan anak yang berambut hitam. Bagi ibu bapa yang berambut kerinting, peratusan anak yang dilahirkan itu berambut kerinting adalah besar. Kajian mendapati bahawa individu A seorang yang kecil dan berambut lurus. Mungkin kedua-dua ibu bapa individu A mempunyai rambut yang lurus dan hitam pekat kerana warna rambut individu A adalah hitam.



28



Kesimpulannya, baka memainkan peranan penting dalam menentukan emosi, tingkah laku, tahap kecerdasan intelek, prestasi dan juga ciri-ciri fizikal seseorang. Baka yang bermutu akan menghasilkan benih yang bermutu dan begitulah juga ibu bapa yang mempunyai baka yang sihat akan melahirkan seorang anak yang sihat dan cergas. Faktor baka sangat mempengaruhi tahap perkembangan sosioemosi kanak-kanak kerana anakanak akan mengikut acuan yang dididik dan diamalkan oleh keluarganya bak kata pepatah “Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi”.



3.2 FAKTOR PERSEKITARAN Faktor kedua yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah dari segi persekitaran. Faktor persekitaran adalah menyeluruh meliputi faktor keluarga, rakan sebaya, kebudayaan dan kemasyarakatan, faktor sekolah dan guru, sumber teknologi dan lain-lain. Persekitaran juga memainkan peranan dalam menentukan tahap perkembangan sosioemosi



seseorang



individu kerana melalui



pengalaman dalam



persekitaran inilah, kanak-kanak akan mula belajar menyesuaikan diri dan mengadaptasi segala apa yang diinginkannya dalam kehidupan seharian.



3.2.1 FAKTOR KELUARGA Keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan kita. Oleh itu, faktor keluarga lebih memainkan peranan yang dominan dalam menentukan perkembangan seseorang individu. Hal ini kerana, mereka mempunyai hubungan pertalian darah yang sama dan lebih banyak meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga daripada rakan-rakan. Bagi seseorang individu yang hidup dalam suasana keluarga yang harmoni akan menunjukkan tingkah laku yang positif seperti mudah tersenyum, boleh berdikari sendiri, tidak bersifat panas baran dan sebagainya. Tetapi keadaan yang sebaliknya akan berlaku kepada kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang tidak harmoni. Mereka akan bersifat murung, pendiam dan agresif. Melalui didikan dan kasih sayang yang sempurna daripada ibu bapa akan melahirkan seorang individu yang bertanggungjawab pada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Individu A seorang yang sangat manja. Hal ini kerana dia merupakan anak bongsu daripada tujuh adik beradik. Pada waktu pagi sebelum pergi ke sekolah, individu A akan mencium tangan dan pipi ayah serta ibunya dahulu. Selain itu, guru juga ada menceritakan bahawa individu A seorang yang pandai bersosial kerana dia 29



mudah bertegur sapa dengan sesiapa sahaja yang dijumpainya dengan mengajak bermain bersama-sama. Dalam hal ini, saya berpendapat individu A hidup dalam suasana keluarga yang harmoni berdasarkan emosi dan tingkah laku yang ditunjukkan.



3.2.2 FAKTOR RAKAN SEBAYA Seterusnya, rakan sebaya juga mempengaruhi tahap perkembangan seseorang. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, mereka akan berkenalan dengan ramai rakan-rakan baru dan mula belajar sesuatu yang baru daripada mereka. Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Hal ini kerana, rakan sebaya boleh mempengaruhi seseorang dalam mencapai sesuatu yang diinginkan. Misalnya, kanak-kanak yang bergaul dengan rakan yang rajin akan menggalakkan rakannya untuk belajar bersama. Keadaan yang sebaliknya akan terjadi jika kanak-kanak bersosial dengan rakan yang bersikap negatif dan anti sosial. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh seorang rakan sangat mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Dalam hal ini, individu A berkawan dengan semua orang dalam kelasnya tetapi dia lebih rapat dengan rakan dalam kumpulan mejanya. Dari segi pergaulan dan komunikasi dengan rakan-rakan, saya mendapati bahawa individu A seorang yang bijak memilih kawan. Berdasarkan kepada pemerhatian, penulis mendapati bahawa perkembangan sosioemosi individu A lebih banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran berbanding faktor baka. Hal ini kerana individu A telah menunjukkan tingkah laku yang positif dan seimbang selaras dengan teori perkembangan psikososial yang dikemukakan oleh Erik Erikson pada tahap peringkat umur.



30