Logo Persatuan Pencinta Alam Sekitar [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

LOGO PERSATUAN PENCINTA ALAM SEKITAR Lingkaran Tapir



Bumi Daun



Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society) merupakan pengasas Kelab Pencinta Alam di sekolah-sekolah.Oleh kerana MNS menggunakan ‘Malayan Tapir’ sebagai logonya maka wajarlah sekiranya logo PPAS melambangkan gambar anak tapir. Malayan Tapir(Tapirus indicus) boleh dijumpai di kawasan hutan primer Asia Tenggara.Ia merupakan sejenis haiwan yang terancam dan terlindung. Kami dari Persatuan Pencinta Alam Sekitar rasa bertanggungjawab untuk memelihara haiwan-haiwan yang terancam dan memerlukan perlindungan daripada ancaman musuh. Daun melambangkan konsep kesedaran untuk mengekalkan alam persekitaran yang sihat dan hijau untuk keperluan generasi masa depan. Lingkaran berwarna hijau pula melambangkan pendekatan bersepadu (holistik) yang akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan persatuan dengan kerjasama pelbagai pihak untuk memastikan Persatuan Pencinta Alam Sekitar menjalankan tugas dengan baik. Pendekatan yang akan digunakan merangkumi aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan persatuan.



Akhirnya, warna hijau pada logo melambangkan kehijauan alam sekitar manakala bumi melambangkan dunia yang perlu dilindungi bersama.Persatuan Pencinta Alam Sekitar juga berfungsi untuk mendidik generasi muda mengenai alam semulajadi,usaha pemeliharaan serta pemuliharannya.