Rencana Alam Sekitar [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar Oleh : Dian Noratika Bte Ommar



Masa bergerak pantas kerana pejam celik sahaja kita sudah meniti di samping menyusuri abad mendatang. Abad ke-21 telah menyaksikan pelbagai percubaan dan cetusan idea yang telah dilakukan oleh Negara Malaysia supaya dapat mendabik dada kerana berjaya duduk sebaris, standing dan setaraf dengan Negara atas angin ibarat duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Kita acap sekali tersentak dengan pelbagai masalah seperti pencemaran air, udara dan pencemaran yang mempunyai asosiasi yang kolaboratif dengan alam sekitar. Sekiranya perkara ini dipandang enteng, pastinya kita akan menyemai benih-benih kehancuran dan kemusnahan terhadap Negara ini. Oleh itu, cepu kepala dan minda terus bersimpul dengan tanda Tanya, apakah alpukah-alpukah yang konkrit dan pragmatik untuk membendung masalah ini ? Sebelum retak menanti, salah satu perkara yang dapat dilakukan secara proaktif untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar ini adalah melalui pihak individu. Individu tersebut sewajarnya perlu menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan untuk memastikan tidak berlakunya pencemaran sejajar dengan menjayakan serta memeriahkan aktiviti tersebut. Selain itu, individu tersebut juga harus menanamkan perasaan cinta dan sayang terhadap alam sekitar kerana banyak kemaslahatannya yang boleh kita perolehi. Sebagai analoginya, seseorang itu seharusnya membuang sampah ke dalam tong sampah dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Hal ini sedikit demi sedikit akan memberi kesedaran sivik kepada individu itu. Maka, individu seyogianya memulakan langkah pertama dengan membuat anjakan paradigma kepada diri tentang kepentingan alam sekitar. Jika ditinjau ke akar umbi, institusi kekeluargaan juga behena dalam menyimpulkan masalah ini, kata Alex Osborn ‘lampu ajaib tidak akan bersinar jika Aladdin tidak menggosoknya terlebihdahulu’. Begitu juga dengan ibu bapa yang seharusnya menjadi seperti Aladdin yang menggilap sinar iman dan akhlak yang mulia dalam diri anak-anak. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlu mentarbiah anak-anak mereka tentang vitalnya alam sekitar kepada diri mereka. Di samping itu, ibu bapa haruslah menjadi entity mithali kepada anak-anak kerana ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’. Ibu bapa perlu menunjukkan sifat-sifat mahmudah kepada anak-anak untuk menarik perhatian anak-anak untuk melakukan kebaikan serta menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya. Norman Vince Pale pernah berkata bahawa ‘masalah itu tanda kehidupan, semakin banyak masalah anda, semakin hidup jiwa anda’. Kata-kata ini sengaja dipetik untuk mempamerkan setiap kemelut pasti ada formula penyelesaiannya. Oleh itu, almeter berperanan besar dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Pihak sekolah sepatutnya menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar. Misalny, minggu alam sekitar dan karangan yang berkaitan dengan alam sekitar. Selain itu, pihak sekolah harus menerapkan unsure-unsur penjagaan alam sekitar dengan menyelitkan dalam bidang kurikulum seperti matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Sejajar dengan itu, hal ini dapat menyuburkan perasaan cinta alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Maka daripada itu, pihak sekolah harus menimplementasikan uslub ini dengan segera untuk menghalang daripada masalah ini semakin menular.



Smk



Page 1



“Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka, namun kadang-kadang kita sangat menyesali pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang terbuka”, memetik kata-kata Andelucia Longbotton, ahli falsafah matematik dan sains terkemuka di Eropah, masih banyak lagi inisiatif yang dapat digunakan tetapi kita sering terlupa dek kerana terlalu memikirkan inisiatif yang tidak berjaya sedangkan banyak lagi cara yang efektif boleh digunakan. Oleh hal yang demikian, media massa juga adalah salah satu langkah membasmi masalah ini. Seperti yang kita sedia maklum, media massa merupakan media yang paling kolaboratif dengan masyarakat pada zaman yang dilingkari dengan kemajuan teknologi ini. Media massa boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti internet, jurnal, surat khabar dan majalah. Oleh itu, media massa seharusnya menguar-uarkan kepada masyarakat di luar sana tentang kepentingan dan faedah-faedah menjaga alam sekitar supaya masyarakat sedar daripada alam fantasi ke dunai realiti. Tuntanya, media massa sangat berpangaruh kepada masyarakat dan seharusnya memainkan peranan yang penting dan menyelesaikan kemelut ini. Disingkap daripada perspektif yang lain, pihak govermen juga seharusnya mengambil peranan behena. Oleh itu, pihak kerajaan semestinya mengadakan kempen-kempen yang mempunyai asosiasi dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kempen ‘cintailah sungai kita’ dan ‘sayangilah alam sekitar kita’. Selain itu, pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada dam memberi hukuman yang setimpal kepada pesalah-pesalah yang mencemarkan alam sekitar. Madus operandi ini akan menunjukkan kepada masyarakat bahawa pihak kerajaan bukannyamenutup mata, memekakkan telinga dan membutakan hati, sebaliknya peka kepada isuisu semasa yang sedang berlaku di Negara ini. Induktifnya, semua pihak haruslah bersendeng bahu, memerah otak dan keringat serta berhempas pulas untuk mencari formula penyelesaian kepada masalah ini kerana di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Sejajar dengan itu, dapat juga merealisasikan visi kudsi wawasan 2020 iaitu memanifestasikan golongan intelgensia yang bebas daripada masalah pencemaran alam sekitar yang balal memimpin Negara ini pada masa hadapan. Biarlah pokok terus menghijau, biarlah sang suria terus menyinari bumi dengan cahayanya, dan biarlah Malaysia berdiri gah di persada dunia.



Smk



Page 2