Syair Cintai Alam Sekitar [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Syair Cintai Alam Sekitar



Aduhai adikku kakak berpesan, Kelak dirimu jadikan panduan, Cintailah keindahan jaga kebersihan, Persekitaran indah tiada pencemaran.



Kempen kebersihan bersama dihayati, Udara nyaman pasti dinikmati, Sihat badan wajah berseri, Negara aman hidup harmoni.



Jadilah warga bertimbang rasa, Kepada alam membuat jasa, Tanah dan tumbuhan dipelihara, Kerosakan tiada bumi sejahtera.



Air sungai mengalir damai, Ombak berlagu memukul pantai, Unggas bernyanyi suasana permai, Di hari minggu kita bersantai.



Jerebu berleluasa melanda negara, Kebakaran dan kilang punca angkara, Lapisan ozon semakin derita, Tanamkan kesedaran atasi segera.



Amalan meludah membuang sampah, Mengotorkan sekitar mesti ditegah, Menghisap rokok menagih dadah, Perbuatan yang buruk perlu ditegah.



(Rafe’ah A. Rahman, Langit di Tangan, 1995 DBP)



Maksud Setiap Rangkap



Rangkap 1



-Kakak berpesan kepada adiknya supaya mencintai alam sekitar dengan menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan alam sekitar.



Rangkap 2



-Kakak mengharapkan agar kempen kebersihan dihayati bersama-sama supaya dapat menikmati udara yang nyaman. Dengan itu badan bertambah sihat dan wajah berseri. Negara juga akan aman danharmoni.



Rangkap 3



-Kakak berpesan agar menjadi warga yang bertimbang rasa dan berjasa kepada alam sekitar dengan memelihaara tanah dan tumbuh-tumbuhan. Apabila tiada kerosakan maka bumi akan sejahtera.



Rangkap 4



-Air sungai akan mengalir dengan damai dan ombak memukul pantai dengan irama yang tenang. Nyanyian unggas dapat mendamaikan jiwa. Situasi ini akan mewujudkan situasi yang sesuai untuk berehat pada hari minggu.



Rangkap 5



-Masalah alam sekitar seperti jerebu berleluasa akibat kebakaran dan pembuangan sisa kilang. Hal ini telah menyebabkan lapisan ozon semakin nipis. Kakak berpesan supaya masyarakat sedar akan masalah ini lalu dapat mengatasi masalah ini dengan segera.



Rangkap 6



-Amalan buruk seperti meludah,membuang sampah, mengotorkan alam sekitar haruslah ditegah. Begitu juga dengan perbuatan merokok dan menghisap dadah harus dicegah daripada berleluasa.



Rangkap 7



-Kayu balak ditebang sesuka hati menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku di merata-rata tempat. Pembangunan harus dirancang dengan teliti agar kualiti alam sekitar dikekalkan bersih.



Rangkap 8



-Tanaman hiasan hendaklah dibanyakkan di sepanjang jalan supaya pemandangan menjadi indah. Dengan ini dapat menarik pelancong dan negara akan bertambah maju. Pendapatan negara juga akan meningkat.



Rangkap 9



-Muka bumi ini janganlah dirosakkan kerana anugerah Tuhan kepada kita. Jika dirosakkan juga maka bumi ini nescaya nyawa manusia akan terancam.



Rangkap 10



-Muka bumi ini Tuhan amanahkan kepada kita untuk menjaganya hingga akhir zaman. Jangan buat Tuhan murka, nanti kita akan hidup merana.



Rangkap 11



-Allah berikan tanah, air dan udara untuk pelbagai kegunaan. Kita harus bersyukur kerana telah dilimpahi pelbagai nikmat Allah.



Rangkap 12



-Manusia sampai hati merosakkan bumi dengan melakukan pencemaran terhadap tanah, sungai, parit dan lautan. Semua sisa kotoran dibuang sewenang-wenangnya



Rangkap 13



-Kakak berpesan supaya kita mempunyai semangat yang kuat dan jangan bertindakkejam terhadap alam sekitar. Dengan ini haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak aknterancam dan kehidupan akan menjadi aman dan tenteram.



Rangkap 14



-Kita dinasihatkan agar menggunakan akal fikiran dengan bijaksana dan kreatif untuk mengindahkan alam sekitar. Hidup akan bertambah harmoni dan indah dengan melihat pelbagai lukisan dan ukiran seni serta hiasan artifak



Tema:



Kepentingan menjaga keindahan alam sekitar daripada pencemaran. Pengarang memberi nasihat kepada generasi baru agar menjaga keindahan alam sekitar supaya hidup menjadi sempurna.



Persoalan: Cinta kepada alam sekitar Benci terhadap pencemaran Tanggungjawab dan kesedaran memelihara alam sekitar



Nilai dan pengajaran: 1. Cinta akan alam sekitar - Kita mestilah bersama-sama menjaga dan memelihara kebersihan alam sekitar 2. Bertanggungjawab - Adalah menjadi tanggungjawab setiap insan di dunia untuk tidak melakukan kerosakan alam sekitar tetapi memeliharanya dari pencemaran 3. Kesyukuran - Bumi dan segala hidupan di dalamnya merupakan anugerah Tuhan yang sangat berguna kepada manusia dan kita hendaklah mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan.



Gaya bahasa :



1) Personofikasi : Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, samaada daripada segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak. Contoh dalam syair:



a) Ombak berlagu memukul pantai



b) Unggas bernyanyi suasana permai



c) Lapisan ozon semakin derita



.2) Inversi :



Merupakan gaya bahasa yang menggunakan pembalikan susunan kata dalam kalimat.Biasanya diterapkan dengan matlamat untuk memberi penekanan pada bahagian awal ayat (bahagian yang penting). Contoh dalam sajak:



a) Kepada alam membuat jasa



b) Kerosakan tiada bumi sejahtera.