Model Kecerdasan Emosi Daniel Goleman [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Model Kecerdasan Emosi Daniel Goleman



Pada zaman ini, perkataan emosi digunakan bagi menggambarkan pengalaman subjekif seseorang seperti cinta, marah, takut, sedih dan lain-lain.



Kecerdasan pula didefinisikan sebagai kesempurnaan akal untuk berfikir, memahami, mengerti dan seumpamanya. Secara keseluruhannya, Kompetensi Kecerdasan Emosi ialah kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik-baiknya. Menurut Goleman pula, kecerdasan emosi merupakan keupayaan seseorang untuk mengenali perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta dapat menguruskan emosi dengan baik semasa berhubung dengan orang lain. Mengikut Daniel Goleman (1995), EQ (Kecerdasan Emosi) adalah prasyarat untuk keberkesanan IQ (Intelligence Quotient). Hal ini bermaksud IQ seseorang individu tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya bahagian otaknya rosak akibat daripada kecacatan emosi. Jadi, EQ memberi impak yang amat mendalam dalam kehidupan seseorang individu, termasuk aspek kesihatan dan sosial. Tambahan pula, Goleman telah menekankan kepentingannya kecerdasan emosi dalam dunia kerja yang dianggap lebih banyak menggunakan "cara berfikir secara analitikal" daripada melibatkan perasaan atau emosi. Oleh itu, beliau menyatakan sesiapa yang bekerja dalam pengurusan organisasi perlulah memiliki EQ yang tinggi. Selain itu, beliau berpendapat bahawa EQ boleh berubah sehingga dapat dibentuk dan dipelajari.



1



Goleman teleh memperkenalkan Model Kecerdasan Emosi yang terdiri daripada kompetensi personal dan kompetensi sosial. Gambar rajah di bawah telah menunjukkan aliran kompetensi dan hubungan antara satu dengan yang lain.



Kesedaran Kendiri • Kesedaran kendiri • Penilaian kendiri • Keyakinan diri



• • • • • • • •



Pengurusan Kendiri Kawalan kendiri Penyesuaian Rajin Amanah Optimis Inovatif Inisiatif Orientasi pencapaian



Kesedaran Sosial • Empati • Orientasi berkhidmat • Kesedaran organisasi



Pengurusan Perhubungan • Kepimpinan • Pengaruh • Memperkembang orang lain • Pemangkin perubahan • Komunikasi • Pengurusan konflik • Membina perhubungan • Kolaborasi dan kerja berpasukan



Dalam Model Goleman ini, kesedaran kendiri merupakan asasnya. Sebelum menguruskan perkara orang-orang lain, seseorang individu perlu menguruskan diri sendiri terlebih dahulu. Dia perlu mengenali diri sendirinya dan membuat penilaian. 2



Selepas dia mempunyai keyakinan diri bahawa dia boleh mengawal emosi dirinya dengan baik pada bila-bila masa, barulah dia boleh mula untuk mengambil berat terhadap perasaan, kemahuan dan perihal orang lain. Oleh sebab dia telah menguasai kemahiran untuk menguruskan diri sendiri dan sedar akan perasaan dan keperluan orang lain, jadi dia dapat mewujudkan hubungan sosial yang baik. Dalam kata lain, kecerdasan emosi yang wujud dalam diri seseorang mempunyai keupayaan untuk mengurus dan memahami situasi emosi orang lain dengan tepat, dan akhirnya membentuk perhubungan yang baik. Dalam Model Kecerdasan Emosi yang dibina oleh Goleman, beliau telah membahagikan kecerdasan emosi kepada lima komponen utama, iaitu • Mengenali emosi diri sendiri • Mengurus emosi kendiri dan keupayaan menangani cabaran dalam kehidupan • Memotivasikan diri sendiri • Empati • Membina hubungan dengan orang lain



Tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi personal manakala dua komponen yang lain berbentuk kompentensi sosial. Komponen yang pertama ialah mengenali emosi diri sendiri. Komponen ini membolehkan seseorang menyedari emosi yang sedang mempengaruhi mindanya akibat tekanan yang dihadapi. Kesedaran emosi diri ini tidak dapat menjamin penguasaan emosi, tetapi ia merupakan salah satu prasyarat yang penting untuk mengendalikan emosi sehingga seseorang boleh menguasai emosi dengan mudah. Dengan ini, dia dapat tahu keadaan emosinya pada bila-bila masa, kemudian membuat penilaian yang realistik dan seterusnya, mempunyai keyakinan diri untuk membuat keputusan yang rasional.



3



Terdapat tiga subkompetensi yang dikenalpasti, iaitu Subkompetensi



Huraian



1. Kesedaran emosi



o Mengetahui emosi sendiri pada bila-bila masa.



2. Penilaian kendiri



o Mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.



3. Keyakinan diri



o Kepercayaan yang tinggi terhadap keupayaan diri.



Komponen yang kedua ialah kebolehan untuk mengurus emosi kendiri dan keupayaan menangani cabaran dalam kehidupan. Pengurusan emosi kendiri merupakan kemampuan seseorang individu mengawal emosi yang menguasai diri. Menurut Goleman, individu yang cerdas emosinya berkeupayaan mengendalikan emosi ke arah yang positif apabila berhadapan dengan sesuatu rintangan. Hal ini membolehkan dia hidup dengan ceria dan bermatlamat, selain mengawal perasaan yang negatif seperti, kebimbangan dan kemarahan.



Komponen kedua ini



mempunyai subkompetensi yang berikut : Subkompetensi



Huraian



1. Kawalan kendiri



o Keupayaan untuk mengawal emosi.



2. Penyesuaian



o Keupayaan untuk menangani perubahan keadaan.



3. Amanah



o Boleh dipercayai.



4. Inovatif



o Selesa dengan idea, pendekatan dan maklumat baru.



Komponen ketiga, iaitu memotivasikan diri sendiri bermaksud keupayaan untuk mendorong diri sendiri supaya bertindak. Salah satu ciri kecerdasan emosi adalah menggunakan emosi sebagai alat pendorong untuk berfikir, merancang dan menyelesaikan masalah. Ini dapat meningkatkan diri ke arah yang lebih maju selain berupaya untuk bangkit dari kegagalan. Subkompetensi yang berkaitan dengan komponen ini adalah seperti :



4



Subkompetensi



Huraian



1. Rajin



o Kegigihan untuk memajukan diri.



2. Optimis



o Tekal dalam usaha mencapai objektif mengatasi halangan.



3. Insiatif



o Bersedia untuk bertindak selain merebut peluang.



4. Orientasi pencapaian



o Mendesak diri untuk membaiki prestasi diri supaya memenuhi



piawai



kecermerlangan



yang



telah



ditetapkan.



Seterusnya, empati yang merupakan komponen keempat bermaksud keupayaan untuk merasai dan memahami perasaan dan keperluan orang lain. Empati adalah berbeza daripada simpati. Simpati hanya setakat memahami masalah atau perlakuan seseorang manakala empati bukan sahaja memahami masalah tetapi juga merasai apa yang telah dirasai oleh orang itu. Selepas berempati, barulah seseorang dapat membantu dengan cara yang lebih rasional dan positif, dan kemudian membina hubungan yang baik dengan setiap lapisan masyarakat. Komponen yang terakhir ialah pembinaan hubungan dengan orang lain. Bagi memperoleh kesan yang positif dalam menjalinkan hubungan dengan pihak lain, seseorang itu mesti bijak mengendalikan emosinya dan faham akan emosi pihak lain. Misalnya, senyuman dapat merapatkan hubungan antara satu dengan yang lain. Komponen ini mengandungi subkompetensi seperti : Subkompetensi



Huraian



1. Kepimpinan



o Memandu dan mendorong desakan visi.



2. Pengaruh



o Menggunakan pelbagai cara untuk memujuk orang lain.



3. Memperkembang



o Memberi bantuan untuk memajukan orang lain.



orang lain



5



4. Pemangkin perubahan



o Memulakan hala tuju baru. o Mengurus dan memimpin perubahan.



5. Komunikasi



o Menyampaikan maklumat yang jelas secara yakin.



6. Pengurusan konflik



o Menyelesaikan masalah yang dihadapi.



7. Membina perhubungan



o Mendorong dan memupuk hubungan antara satu dengan yang lain.



8. Kolaborasi dan kerja berpasukan



o Membina visi yang dikongsi dan bekerja dengan orang lain untuk mencapai matlamat bersama.



6