Nota Belajar Bahasa Arab Telegram [PDF]

  • Author / Uploaded
  • adham
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Ini adalah Pelajaran Pertama kita. Sila baca dan fahamkan. Mudah sajakan?



Mungkin ramai sudah tahu makna setiap perkataan di atas. Disyorkan berlatih menulis berulang-ulang kali sehingga mantap dan hafal ejaan setiap satunya.



Huruf ‫ أ‬yang terdapat didepan itu fungsinya adalah untuk menukarkan ayat penyataan (statement) kepada bentuk soalan.



Contohnya : Ini sebuah buku = ( ‫) هذا كتاب‬ Apakah ini sebuah buku? = ( ‫) أهذا كتاب؟‬



Perhatikan di dalam bahasa arab tidak perlukan kepada 'penjodoh bilangan' kerana setiap perkataan itu sudah termaktub maksud bilangan padanya. Pada pelajaran ini setiap perkataan yang diberi adalah tunggal yakni berbilangan satu.



Contohnya perkataan 'kitabun' ( ‫ ) كتاب‬itu bukan sekadar maknanya 'buku' tetapi maksudnya adalah 'sebuah buku' Mudah-mudahan semua faham akan pelajaran pertama ini. Senang sajakan? Mari lakukan sedikit latihan kefahaman.... �



Di dalam latihan di bawah ini terdapat perkataan-perkataan yang belum diberikan di dalam pelajaran di atas. Maka anda perlu mencari makna perkataan-perkataan tersebut samada dari buku/kamus/google (tetapi jangan percayakan google translate) ataupun tanyakan kepada sesiapa saja di luar group ini.



Cubalah sedayaupaya lakukan sendiri latihan ini sebelum melihat kepada jawapan rakan-rakan lain di sini.



Untuk post jawapan anda, anda boleh taip (mesti jelas dan lengkap dengan baris) ataupun tulis tangan dan snap foto. Hantarkan semua jawapan sekaligus dalam satu posting sahaja.



Waktu terakhir menghantar jawapan adalah 48 jam dari sekarang. Jawapan yang terbaik (paling tepat dan jelas) akan disiarkan di Channel ini permanently sebagai rujukan/semakan rakan-rakan lain. PENERANGAN untuk soalan No. 10 #0008 :



12/5/2016 Tidak semua perkataan dalam bahasa Arab boleh menerima tanwin dihujungnya, terutamanya sebahagian nama-nama khas. Perkataan-perkataan yang boleh ada tanwin lebih banyak daripada yang tidak boleh bertanwin. Atau dalam kata lain, yang tidak boleh bertanwin itu cuma sedikit sahaja.



Ciri-ciri terperinci mengenai ini akan kita bincangkan secara mendalam di dalam bab i'rab kemudian. Buat masa ini, cukuplah sekadar diketahui adanya perkara berkenaan.



Di bawah ini ada sedikit contoh nama-nama yang boleh bertanwin dan yang tidak boleh bertanwin.



Tetapi bagi sesiapa ingin tahu juga lebih lanjut lagi, bolehlah refer di fb saya di



https://www.facebook.com/photo.php? fbid=970190973048714&set=a.946277422106736.1073741835.100001734622364 &type=3&theater



(lihat bahagian komen, ada diperincikan ciri-ciri tersebut).



Ataupun boleh juga ikuti perbincangan di grup : @arabpraktisgroup.



Bagi kebanyakan pemula, saya sarankan cukuplah 'aware' dengan senarai di bawah ini dahulu kerana kita akan bincangkan kemudian bila tiba masanya nanti. InsyaAllah.



Halim Bede Nota nahu ringkas untuk memahami bahasa Arab Al_Quran._



ini set Pelajaran yang Kedua. Sila baca dan fahamkan.



Perhatikan bahawa perkataan ‫ وو‬itu ditulis rapat dengan perkataan selepasnya.



Seperti biasa, lengkapkan latihan-latihan yang diberi di bawah ini. Untuk post jawapan anda, anda boleh tulis tangan dan snap foto. Boleh juga ditaipkan. Jawapan mestilah jelas dan lengkap dengan baris. Hantarkan semua jawapan serentak.



Waktu terakhir menghantar jawapan adalah 24 jam dari sekarang. Jawapan yang terbaik (paling tepat, jelas dan kemas) akan disiarkan di Channel ini permanently sebagai rujukan/semakan rakan-rakan lain



Halim Bede, [07.05.16 11:51] Dalam pelajaran-pelajaran yang terdahulu kita telah mengenali perkataanperkataan yang berakhir dengan tanwin seperti ‫ قلم‬, ‫ كتاب‬dan sebagainya.



Semua perkataan-perkataan ini dipanggil katanama umum, ataupun katanama tidak spesifik. Di dalam bahasa arab, katanama begini dipanggil 'An-Nakirah'.



Apabila perkataan sebegini ditambah dengan awalan 'aliflam' di depannya, maka ia pun menjadi spesifik (yakni khusus dan dikenali). Bila spesifik, ia dipanggil 'AlMakrifah'.



'Aliflam' itu samalah lebihkurang fungsinya seperti 'the' di dalam Bahasa Inggeris. Cumanya, di dalam Bahasa Melayu tiada perkataan yang seumpama, maka apabila diterjemahkan kita tambahkan perkataan 'itu' ataupun 'tersebut' bagi menunjukkan pengkhususan berkenaan.



Contoh : kitaabun ( ‫ = ) ككوتابب‬sebuah buku / a book. alkitaabu ( ‫ = ) اللككوتابب‬buku itu / buku tersebut = the book.



PERHATIAN : Apabila sesuatu katanama itu diawali dengan aliflam maka tanwinnya gugur dan tinggallah satu baris sahaja. Ini adalah kerana "Aliflam tidak boleh bersama dengan tanwin".



Halim Bede, [07.05.16 11:53] [ Photo ] #0010 Isim Nakirah dan Isim Makrifah dengan Aliflam.



Halim Bede, [07.05.16 11:53] Di dalam pelajaran ini, kita telah diperkenalkan dengan dua jenis katasendi, iaitu ‫في‬ dan ‫ على‬. Perhatikan di dalam contoh-contoh bahawa semua perkataan selepas ‫في‬ dan ‫ على‬, hujungnya berbaris di bawah.



Katasendi atau harfu jarr ( ‫ ) حرف جر‬akan bincangkan dengan lebih lanjut lagi di dalam bab i'rab kemudian. Buat masa ini, ingatlah secara umum bahawa katanama yang datang selepas harfu jarr akan berbaris di bawah.



Halim Bede, [07.05.16 11:54] [ Photo ]



Halim Bede, [07.05.16 11:54] [ Photo ] #0011 Terjemahkan



Halim Bede, [07.05.16 11:55] [ Photo ] #0012 Terjemahkan



Halim Bede, [07.05.16 11:55] Di dalam set pelajaran kali ini terdapat banyak perkataan-perkataan baru. Seperti biasa, gunakan kamus untuk mencari makna perkataan-perkataan yang anda tidak tahu.



Masa terakhir untuk menghantar latihan-latihan ini adalah pada hari ahad 8/5/2016 jam 11.59pm.



Halim Bede, [09.05.16 00:25] Alhamdulillah. Semua latihan telah disemak. Sila rujuk sumbangan anda di @arabpemulagallery



Kebanyakan kesilapan kali ini ialah tersalah baris dihujung perkataan, huruf tidak bertitik atau kurang jelas, dan tersalah huruf.



Asas yang PENTING perlu diingat sungguh-sungguh : 1) Katanama yang bermula dengan 'aliflam' TIDAK boleh berakhir dengan tanwin 2) Katanama yang datang selepas katasendi MESTI berbaris di bawah (kasrah) (melainkan beberapa pengecualian seperti perkataan pada soalan no. 8)