Nota Teori Semiotik Dan Analisis [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Teori Semiotik Dalam membincangkan teori semiotik ini terdapat beberapa prinsip yang perlu dikuasai terlebih dahulu oleh pengkaji. 1. Cara yang paling penting untuk menganalisis sesebuah karya melalui teori ini ialah dengan beranggapan adanya sistem dalam setiap buah karya yang ingin dikaji. 2. Semiotik akan menghubungkan sistem karya dengan sistem yang berada diluar karya. Sistem yang berada diluarlah sebenarnya yang melahirkan sesebuah karya. Sistem diluar itu ialah sistem kebudayaan seluruh masyarakat yang menjadi inspirasi penulis untuk menghasilkan karya. Misalnya sistem bahasa yang berada diluar karya akan mempengaruhi sistem bahasa kepengarangan penulis. Begitu juga watak d iluar juga akan mempengaruhi watak di dalam karya. 3. Dalam teori ini apa-apa sahaja yang ditulis oleh penulis boleh memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan sesebuah karya. Teori ini amat menghargai penulis kerana setiap kata-kata yang digunakan mempunyai pengertian tersendiri. 4. Teori ini melihat setiap genre sastera mempunyai nilai yang tersendiri dan unik.Teori ini akan melihat aspek-aspek yang berbeza-beza dalam setiap genre sastera. Ini kerana setiap genre mempunyai kekuatan dan keistimewaan pada aspek-aspek tertentu. Pendeknya semiotik menilai bahawa setiap karya mestilah dilihat dalam konteks dan bukannya dibandingkan dengan karya-karya lain.



Kaedah Analisis



Dalam membuat analisis semiotik amat mementingkan tanda, penanda dan petanda. Tanda ialah apa yang telah dihasilkan dalam budaya atau apa yang dituturkan oleh penutur. Manakala penanda ialah apa yang difikirkan oleh otak orang yang menerimanya. Manakala petanda ialah apa yang dihasilkan oleh penerima dan kemudiannya dituturkan olehnya. Hal ini dapat dipermudahkan seperti gambarajah di bawah;



Penanda (Proses Minda)



Tanda (Objek yang dituturkan)



Petanda (Hasil)



Sekadar contoh, jika penutur menyatakan ”bulan” ,ini bermakna bulan itu ialah objek yang dituturkan. Setiap yang dituturkan itu ialah bahasa yang bersifat perlambangan. Objek ini akan diproses oleh minda penerima. Tindakan ini dikenali sebagai penanda dalam teori semiotik. Setelah itu penerima akan bertutur kembali setelah memahami secara perlambangan objek yang dipertuturkan. Namun harus disedari bahawa tanda yang dipertuturkan itu bersifat arbitrari. Hasilnya petanda yang terbit itu tidak semestinya apa yang dimahukan oleh penutur tadi. Mungkin ”bulan” yang dituturkan oleh penutur bermaksud bulan dilangit tetapi yang difahami oleh penerima ialah ”bulan’ yang tercatat dalam kalendar. Oleh itu bagi C.S. Pierce (ahli semiotik Amerika),beliau menyatakan bahawa lambang itu sebagai



sesuatu yang dihadapkan kepada seseorang dalam sesuatu keadaan dan kemampuan tertentu dan kenapa diarah kepadanya. Secara umumnya lambang dalam teori ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu ikon, indeks dan simbol. Ikon ialah tanda yang merujuk terus kepada objek yang digambarkan. Ikon berasal daripada bahasa Latin icon yang bermakna bayang, bayangan, mirip, kemiripan, keserupaan, replika dan analogi. Misalnya apabila kita menyebut ’bunga’ maka memang bermaksud ’bunga’. Dalam karya sastera dapat ditemui seperti imej, citra, diagram, simile dan metafora. Indeks ialah tanda yang merujuk kepada sesuatu tanda yang mengumpulkan satu atau beberapa fenomena, sebab-musabab, simpton, isyarat dan ikatan. Tanda yang menunjukkan ia digunakan disebabkan wujudnya peristiwa atau kaitan dengan yang lain. Apabila kita melihat awan tebal dan gelap itu tanda hari akan hujan. Atau apabila melihat jalan raya basah tandanya ialah jalan telah ditimpa hujan. Penggunaan aforisme, alegori, personafikasi, dan hiperbola. Simbol ialah penjenisan lambang-lambang yang merujuk kepada objek asal dengan satu kawalan undang-undang yang khusus. Simbol merujuk kepada sebuah tanda yang dibawa oleh penanda dengan memberi petanda (erti, makna atau konsep) yang mewakili sesuatu. Perlambangan yang dibawa oleh simbol amat luas dan bersifat umum, arbitrari dan kadang kala simbol yang kabur (hanya penulis yang memahaminya). Dalam menjalankan analisis, pengkaji mestilah memulakannya dengan pembacaan teks. Pengkaji perlu sedar bahawa teks yang dibaca memang kaya dengan tanda. Oleh itu pengkaji perlulah melalui beberapa peringkat



sebelum menghasilkan sebuah kritikan teks yang menggunakan teori ini. Peringkat-peringkat tersebut ialah:1. Mengumpulkan sejumlah kata, ungkapan, konsep, alegori dan sebagainya yang boleh dianggap sebagai tanda. Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengenal tanda seperti kata yang sering diulang-ulang oleh penulis, kata yang menjadi teras teks, kata yang mengandungi makna yang berbeza, berlapis, dan bersifat polimakna. 2. Tanda yang dikumpul itu diklasifikasikan menurut jenisnya iaitu ikon, indeks atau simbol. Selanjutnya perlulah dicerakinkan kerana setiap kelompok itu ada yang boleh berdiri sendiri dan ada yang berkaitan. Di sini juga perlulah digugurkan mana-mana kata yang sama, kata yang terlalu banyak agar yang tinggal hanya beberapa tanda yang penting. 3. Setelah mengenal tanda, perlulah pula dikelompok penanda dan akhirnya memproses petandanya. Proses petanda amat berkaitan dengan kerja akal dalam menanggapi makna. Hal ini amat bergantung kepada pengalaman, intelektual dan kemahiran berfikir seorang pengkritik. Pengkritik juga seharusnya menguasai istilah-istilah khusus yang digunakan oleh teori ini. Setelah itu barulah pengkritik dapat melakukan kritikan dengan teori ini.



Kesimpulan Teori ini dilihat daripada aspek kebaikannya, terbukti dapat membantu pembaca menyelesaikan makna-makna tanda dalam karya khususnya teksteks yang bersifat kabur.