Novel Salina A [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

NOVEL SALINA A.SAMAD SAID Dalam masa 2 hari, akhirnya aku berjaya menghabiskan novel Salina ini. Best! Aku suka jalan cerita dia. Jujur. Cuma kadang kala ada pengulangan perkataan. Pening sikit nak faham. Tapi oklah. Sastera memang macam tu kan. Huhu.. Cerita Salina mempunyai 2 watak utama (pada aku) iaitu Siti Salina dan juga Nahidah. 1. Cerita Siti Salina. Salina bekerja sebagai pelacur (pekerjaan yang dipandang hina oleh masyarakat). Namun, walaupun pekerjaannya begitu, dia tetap memiliki hati yang sangat bersih dan baik. Salina selalu menolong penduduk Kampung Kamping dan bersifat pemurah (diberi nama kg kambing sebab tempat asal kampung tu adalah kandang kambing, tapi curi-curi buat rumah sewa). Salina juga merupakan jiran kepada Hilmy. Sejak awal perkenalan lagi, Salina telah menganggap Hilmy sebagai adiknya.



Salina berasal daripada keluarga yang kaya pada mulanya. Namun disebabkan oleh peperangan, keluarga dah hartanya telah diragut. Akhirnya dia menjadi miskin dan hidup di Kampung Kambing.



Salina hidup bersama dengan Abdul Fakar ( lelaki tak guna! *makan tanggung berak cangkung) sebagai lelaki simpanannya. Walaupun Salina menyayangi Abdul Fakar sepenuh hati, namun Abdul Fakar sering sahaja mencetuskan pergaduhan dan tidak puas hati. Hidup Salina jadi sengsara. Abdul Fakar bukan sahaja makan tanggung berak cangkung, malah seorang yang gatal (suka mencari perempuan lain padahal Salina dah berikan segala-galnya padanya).



Abdul Fakar telah tertarik kepada Nahidah (Idah * perempuan yang malang - watak utama juga ). Dia banyak kali cuba mengganggu Idah. Tetapi sikit pun tidak dipedulikan Idah.



Dalam masa yang sama, Abdul Fakar ini seringkali mengunjungi pelayan-pelayan lain. (dahlah guna duit Salina! Tak tahu malu).



Salina pernah sekali bergaduh dengan Abdul Fakar. Ketika itu, Katijah (emak Hilmy) menasihati Salina supaya meninggalkan Abdul Fakar ( buat apa nak hidup dengan orang yang macam tu?. Bukan dapat hasil pun).----------> Salina degil. Masa itu je dengar. Tapi masih lagi hidup bersama dengan Abdul Fakar.



Satu hari, Razman (kawan Abdul Fakar semasa jadi kelasi dulu) datang ke tempat kerja Salina. Dia tanya Salina tentang hidupnya dengan Abdul Fakar yang sering saja huru-hara kebelakangan ini. Kemudian, Razman menasihati Salina supaya tinggalkan Abdul Fakar.-----------> kali ini masuk dalam hati Salina. (bergaduh kebelakangan ini. Sering kali Abdul Fakar menyebut-nyebut tentang Madulara (eh?, tak ingat nama dia yang sebenar, nak rujuk balik tak ingat dah part mana.. hehe).



Abdul Fakar cakap yang rumah yang mereka duduki sekarang ini rumah Abdul Fakar dan dia mahu membawa Madulara masuk ke rumah tersebut. Sekaligus menghalau salina ( Hamboi!!!!!!! banyak cantik muka kau Abdul Fakar????) Masa ini, Salina dipukul ditendang kuat-kuat oleh Abdul Fakar kerana Salina mula menjawab balik *tensen baca part ni. Geram gila kat Abdul Fakar!! huh!.



Akhirnya Salina melarikan diri ke Kelantan mengikut kawannya Mek Kalsum (kerana mak Mek Kelsum sakit). Selepas beberapa ketika, Mek Kelsom ingin kembali ke Singapura (tempat kisah ini berlaku), sementara Salina pula bekerja di Kuala Lumpur.



-----> KENAPA SALINA SAYANG SANGAT ABDUL FAKAR?? : sebab Abdul Fakar mempunyai wajah yang hampir seiras dengan wajah Yusuf (kekasih lama Salina yang telah meninggal dunia kerana perang)



* dalam part akhir ada diceritakan bahawa Wak Karman (tok guru) dan juga Razman (kawan Abdul Fakar) telah meninggal dunia akibat kebakaran. Razman cuba selamatkan Wak Karma, namun akhirnya dia pun sama-sama terkorban. Abdul Fakar pula mula menyedari betapa benarnya cinta Salina dahulu namun telah terlambat (padan muka kau!). Dia menjadi pelayar semula.



2. Kisah Idah Idah merupakan seorang gadis remaja yang berusia dalam lingkungan umur 15 tahun. Idah tinggal bersama-sama dengan Zarina (mak tirinya), Mansur (abang kandungnya) dan Sunarto ( budak yang telah dipungut oleh ayah Idah sewaktu Narto merempat dahulu - dijadikan anak angkat).



Keluarga Idah tidak damai. Selalu Zarina marah-marah Narto kerana semakin hari semakin kurang Narto membawa duit kepadanya. Zarina menuduh Narto memberikan duit itu kepada perempuan lain. Padahal disebabkan penggunaan teksi ketika itu, orang sudah kurang berminat untuk naik beca. Bila orang sudah tidak mahu naik beca, Narto kuranglah mendapat hasilnya.



Zarina sering memalukan Narto di hadapan orang. Dikatanya Narto macam-macam. Geram. Idah dan juga Mansur sering membela Narto. Namun, selalu sahaja kalah bertikam lidah dengan ibu tirinya itu.



Mansur juga sering dihamun oleh ibunya kerana tidak berkerja. Akhirnya Mansur terasa hati dan pergi meninggalkan rumahnya untuk menjadi askar.



Di Kampung Kambing, Zarina telah jatuh hati dengan Abdul Fakar (lelaki simpanan Salina). Selalu sahaja Zarina bertemu dengan Abdul Fakar untuk berbual, mengumpat dan menfitnah. (Dalam masa yang sama Zarina ini kemaruk nak S_X dengan Abdul Fakar ini. *gatal)



Abdul Fakar pula berniat jahat dengan Idah (pernah cuba buat tak senonoh kepada Idah, namun Idah tidak ceriatakan pun pada ibunya). Abdul Fakar selalu menfitnah Narto. Katanya Narto berniat tidak baik kepada Idah. (padahal?)



Kemudian, rancangan Zarina nak S_X dengan Abdul Fakar berhasil.



Pada suatu hari, Zarina terserempak dengan kawan-kawannya (bekerja pelayan) di sebuah kedai. Zarina sangat cemburu dengan kemewahan mereka. Zarina mendapat akal untuk menyuruh Idah menjadi pelayan.



Idah awalnya tidak mahu. Namun setelah dipaksa, akhirnya Idah bersetuju. Idah bekerja sebagai pelayan yang tidak mesra. Cik Salim, pelanggannya sering mengganggu Idah. Namun Idah tidak pernah mengalah.



Dalam masa yang sama, Idah dan Hilmy saling jatuh cinta. Sewaktu camp Hilmy, mereka sering berutus surat.



Pada suatu malam, ketika Idah sudah habis membasuh baju, tiba-tiba Idah ditarik seseorang didalam semak. Idah telah dirogol!. Dirogol oleh Abdul Fakar (sial Abdul Fakar!!!)



Emosi Idah terganggu. Namun Idah tetap datang kerja. Melihat wajah Idah yang bermasalah, pelayan-pelayan lain menawarkan minuman keras kepadanya. Kata mereka minuman tersebut mampu menghilangkan masalah. Rupa-rupanya keadaan jadi semakin parah. Semasa Idah mabuk, Idah telah dibawa oleh Cik Salim ke Hotel!!! (sial betul pelayan-pelayan tu!)



Setelah berlaku peristiwa hitam itu, Idah balik ke rumahnya di Kampung Kambing dengan keadaan mabuk. Mulalah orang kampung menuduhnya sebagai perempuan kotor.



Mungkin kerana ingin meleraikan kekusutan yang timbul, Idah keluar daripada Kampung Kambing itu.



*di akhir cerita, Hilmy diberitahu bahawa Idah telah pergi ke Pulau Pinang dan telah berkahwin (mempunyai 2 orang anak).



3. Kisah Hilmy Hilmy tinggal bersama-sama dengan ibunya Kadijah di Kampung Kambing. Ketika itu, dia masih bersekolah lagi. Dia seorang yang kurang berkawan dan suka membaca buku. Dia rapat dengan Salina (sebagai kakaknya) dan Idah (sebagai buah hatinya). Sewaktu Salina mahu pergi melarikan diri ke Kelantan, dia menyuruh Hilmy untuk berhenti belajar dan mula bekerja. Hal ini kerana Kadijah sakit teruk dan memerlukan duit yang banyak. Hilmy berhenti sekolah dan bekerja. Sewaktu pilihanraya, ibunya meninggal dunia. Hilmy ke Kuala Lumpur untuk mencari Salina, namun tidak berjumpa. Ini adalah sipnosis yang aku buat selepas baca buku ini. Mungkin korang tak faham. Jadi silalah baca bukunya ya.. Tak banyak.574 ms je.



Novel A. Samad Said sudah keluar dan nampaknya di Facebook sebentar tadi beliau kelihatan membelek buku yg baru siap dicetak dan di sini kami copy sumber sebaran dari FB beliau untuk kemudahan semua. Selamat membeli dan membaca – MRM Novel kedua Sasterawan Negara terkenal ini membawa kisah orang-orang kecil pada penghujung pendudukan Jepun di Singapura, dalam kegelisahan menunggu dentuman bom dalam shelter dan mencari sesuap makanan mengalas perut kontang kering. Lumpur dan sungai yang menemukan watak-wataknya turut berkata-kata, melesu dan menunggu mangsa seterusnya. – KubuBuku E-mel [email protected] untuk dapatkannya. Tajuk: Lazy River (Sungai Mengalir Lesu) Oleh: A. Samad Said Terbitan: ITBN Tahun: 2010 Sinopsis: Novel kedua Sasterawan Negara terkenal ini membawa kisah orang-orang kecil pada penghujung pendudukan Jepun di Singapura, dalam kegelisahan menunggu dentuman bom dalam shelter dan mencari sesuap makanan mengalas perut kontang kering. Lumpur dan sungai yang menemukan watak-wataknya turut berkata-kata, melesu dan menunggu mangsa seterusnya.



Rasa: Naturalisme merupakan keunggulan pujangga Malaysia ini. Ramai daripada kawan yang kritikal membaca karyanya menyatakan kepada saya bahawa novel ini jauh lebih cemerlang daripada Salina. Setelah membaca novel ini (sudah lama), saya tetap mempunyai pendirian peribadi bahawa Salina tetap menjadi sesuatu yang klasik, yang mana pengalaman membacanya sendiri membawa rasa dan getir yang tidak akan dan tidak pernah bolah mana-mana novel Malaysia memberikannya. Titik. Namun saya memberi peluang kepada novel ini dan sesungguhnya, novel ini mempunyai sesuatu, khusus dalam “alam seram peperangan”. Sungai yang menghimpunkan anak-anak tanah air (yang pada masa itu sudah pun muhibah) dilambangkan sebagai watak terbesar novel ini, sang pemberi rezeki yang di”gelap”kan secara sinikal dan natural terhadap kewajaran peperangan yang menderitakan. Semua penduduk (selain ruang berlindung saat bom) tertumpu di situ, bukan sahaja “menunggu” rezeki atau memerikan penjelasan citra dunia gelap mereka, tetapi menjadi ruang mata dan telinga, saksi yang paling “dekat” kepada segala tangis dan tragedi mereka. Lumpur itu sendiri semacam “tidak mahu menjernih”, terus sahaja menyakiti hari demi hari dengan persoalan: adakah mereka boleh keluar daripada kesusahan amat mencengkam ini, lalu terus sahaja menampakkan gigi pesimisnya terhadap hidup dan masa depan. Tujuan ini tentu sahaja terkait dengan sikap Pak Samad waktu itu yang berkemungkinan humanis sosialis, tentang bagaimana manusia yang terpandu dengan kuku besi tanpa suara mereka didengari menjadi sisa-sisa “sungai”. Namun yang lebih terkesankan adalah bagaimana Pak Samad menyusun watak-watak hidup, yang terlakar sebagai mangsa yang jauh lebih malang daripada sungai yang “lesu”, yang hanya terpana terhadap ketinggian “harapan” juga “kezaliman” tinggi menara yang “tersimpan makanan”, juga simbolisme tetuan Jepun terhadap anak tempatan, yang secara mengejutkan, saya terbaca anasir dan kejahatan “materialisme” melakukan tunduk patuhnya kepada manusia (dan bagaimana ada manusia seperti Basir yang bertungkus-lumus berakal untuk “menguasainya”). Segala ini disusun dengan overture tragedi yang amat menyakitkan pada akhir naratif. Ya, Pak Samad menyusun watak dan cerita wataknya dengan susunan lirikal, sebuah garapan yang memasang perangkap tragedi yang mengikat dunia gelap yang tentu akan melahirkan perasaan “menghantui”. Saya mengaku terganggu membacanya pada akhir ayat, dengan suara fatalis yang tidak mahu memberi apa-apa lagi peluang untuk merasakan udara yang sedikit pun menyegarkan. Terdapat beberapa watak-babak didaktik yang sengaja dan seharusnya kritikal terhadap keadaan sosiorealiti masyarakat era itu, khusus dalam keturunan nana kaya terhadap isterinya. Saya paling tertarik dengan watak Tuminah yang cukup berselirat dan berwarna, wajar dengan sifat “survival” yang ditemakan dalam alur cerita, juga Tompang yang menjadi satu-satu watak optimis terhadap segalanya (yang dia tidak nampak), menguatkan lagi sikap pesimis novel ini melihat dunianya. Jika novel ini difilemkan, kedua-dua watak ini harus diberi justifikasi yang sewajarnya.



Terjemahan Harry Aveling membantu, memudahkan pembacaan pembaca tetapi saya akur ia tidak berjaya menangkap kekuatan prosa lirikal dalam bahasa Melayu yang ditulis Pak Samad. Ini mungkin membawa persoalan, kita memerlukan penterjemah fiksyen yang dapat, bukan sahaja menangkap makna utama sesebuah teks, tetapi alur gaya dan bentuknya agar estetika yang dicermati terhadap teks dapatlah dikekalkan sekurang-kurangnya dalam beberapa bahagian. Sesungguhnya sebuah novel antiperang yang penting dalam sejarah Singapura-Malaysia, dan antara yang memagut suara menakutkan tentang peperangan tanpa jalan keluar yang terang.



Novel Sungai Mengalir Lesu ini akhirnya akan siap cetak 3hb Mac 2014. Berhalaman 160 mukasurat / Kulit keras dan ditandatangani Pak Samad. Hanya dicetak 1000 naskhah dan kini tinggal sekitar 400 naskhah setelah dipesan awal oleh pelanggan. Anda boleh dapatkannya dengan e-mel: