Panduan Penulisan Skrip Drama Pentas [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PANDUAN PENULISAN SKRIP DRAMA Terdapat tiga jenis drama yang utama yang boleh anda tulis iaitu:



1. Tragedi – sebuah drama yang mengisahkan suka duka dan tragisnya kehidupan wira utamanya. Kisah wira ini selalunya berakhir dengan tragedi. Dalam drama ini perjalanan kisahnya menemui tragedi itulah yang utama. 2. Komedi – Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan menghiburkan. Ceritanya serius, tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh watak-wataknya. Drama ini selalunya digunakan untuk menyindir masyarakat. Plot drama komedi boleh berakhir dengan kegembiraan dan boleh juga berakhir dengan kedukaan .Drama begini dikenali juga sebagai tragik-komedi. 3. Melodrama – Drama ini bersifat sentimental dan ceritanya sering berpusat pada persoalan keluarga atau wanita. Drama ini selalunya akan menyentuh emosi



Format Skrip Drama Pentas Dalam format penulisan skrip, anda perlu memuatkan perkara-perkara yang berikut:



1. Muka surat judul yang mempunyai judul drama anda, nama penulis (nama anda)dan tahun. 2. Sinopsis. Anda perlu juga menulis sinopsis atau ringkasan drama anda (kira-kira 150 patah perkataan). Sinopsis ini perlu memberikan maklumat tentang watak, tema dan perjalanan cerita dan yang penting mampu menarik minat pembaca untuk membaca seterusnya skrip drama anda. 3. Watak dan senarai watak – Anda perlu memberikan senarai watak yang terlibat dalam drama anda serta deskripsi ringkas tentang perwatakannya seperti bentuk fizikal, usia dan sifat-sifat tertentu watak itu. 4. Pecahan adegan jika ada . Adegan atau babak sesebuah drama berlaku dalam satu ruang tempat, masa dan watak. Oleh itu, ruang tempat, masa dan watak perlu juga diberitahu sebelum sesuatu adegan itu bermula.



saya berikan satu contoh bagaimana sebuah skrip drama pentas ditulis, petikan babak 12 drama “Patah Sayap Terbang Jua” tulisan Othman Haji Zainuddin yang diadaptasi daripada novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail.



Deretan kedai di Singapura Waktu malam Wahab masuk ke kawasan itu. Seketika dia berdiri di jalanan yang diterangi oleh lampu elektrik yang muram. Kelihatan Inah mengekorinya. Seketika dia memerhatikan kelakuan wahab. Dari jauh kedengaran muzik mengalun dari antara beberapa buah rumah yang masih diterangi oleh lampu. Wahab bersiul-siul kecil dan mendendangkan lagu keroncong “Kemayuran”.



WAHAB (Menyanyi) Kiri jalan, kanan pun jalan Nona manis endung disayang Lateralala lala lala…. Di tengah-tengah pohon mengkudu Kirim jangan Pesan pun jangan Sama-sama Menanggung rindu. Ketika ini Inah ikut sama menyanyi INAH & WAHAB Kirim jangan Pesan pun jangan Sama-sama Menanggung rindu… Inah tepuk tangan. Wahab terkejut Inah di sisinya.



INAH



: Ada apa Hab, kau nak jumpa aku?( membetulkan selendang di kepala)



WAHAB



: Banyak perkara.(Risau)



INAH



: Apa yang boleh kutolong?



WAHAB



: Kau tolong aku seperti kau tolong Hashimoto



INAH



: Tolong Hashimoto?



Bila dialog yang memerlukan seseorang itu tergagap tidak perlu tuliS dialog dia gagap. Tulis dialog penuh tetapi dihujung dialog letakkan arahan aksi ( gagap). Dialog perlu menggunakan Bahasa standard dan bukan slanga atau Bahasa remaja seperti korang, wak lu dan sebagainya



Struktur dramatik ( Piramid Freytag)



KLIMAKS Situasi atau sesuatu perkara yang menjadikan ketegangan memuncak. Klimaks juga dikenali sebagai krisis. Klimaks ini boleh berlaku secra mental mahupun aksi fizikal



AKSI MENAIK /PERKEMBANGAN Bahagian ini menceritakan tentang ketegangan yang berlaku menyebabkan konflik yang dihadapi oleh watak protagonis



EKSPOSISI Bahagian ini menerangkan tentang tema cerita dan penceritaan tentang latar serta watak yang terlibat. Bahagian ekposisi juga menerangkan tentang matlamat watak



PELERAIAN Konflik diselesaikan. Bahagian peleraian boleh jadi matlamat watak tercapai dan boleh juga jadi matlamat tidak tercapai.



RANGKA CERITA



AWAL CERITA Bahagian ini menceritakan secara umum perihal jalan cerita ,watak dan matlamat yang hendak dicapai oleh watak PERTENGAHAN CERITA Bahagian ini akan menerangkan titik permulaan berlakunya permasalahan atau konflik yang terlibat antara watak protagonist dan antagonis sehingga mencapai klimaks.



AKHIR CERITA Pengakhiran cerita akan menjelaskan bagaimana konfliks itu diselesaikan dan samada matlamat watak berjaya di capai atau tidak



WATAK DAN PERWATAKAN.



Watak-watak utama mesti dikembangkan untuk menimbulkan konflik dan seterusnya membentuk klimaks. Untuk mengembangkan watak, latar belakangnya haruslah jelas dan memperlihatkan perwatakan yang istimewa. Struktur tulang watak tiga dimensi seharusnya dapat dibina berdasarkan tiga latar watak berikut :



CONTOH: Watak : Muthu A. Latar Fisiologi ( buat dalam bentuk ayat) Jantina ( seorang lelaki tua) Umur ( Berumur dalam lingkungan 55 ke 60 tahun) Saiz ( seorang yang tinggi) Bentuk badan( Bertubuh gempal dan berbulu) warna (kulit/Rambut) ( rambutnya kerinting dan berwarna putih) Kecacatan( tidak perlu jika tiada kecatatan) Keterampilan( seorang yang kemas berpakaian) Gaya( Seorang yang berpenampilan rapi)



B. Latar Fisiologi Bangsa Kelas Darjat Keluarga Pendidikan Pekerjaan Agama Pendirian Sosial Kedudukan dalam komuniti Hobi



C. Latar Psikologi Premis peribadi/ cita-citA Tahap moral Kegagalan/ kekecewaan sifat (lemah lembut, penyabar Sikap terhadap kehidupan (Agresif, Defensif, Militan) Kompleksiti (Obsesi, Fobia, Kepercayaan pada Tahyul) Kebolehan Semulajadi Nilai (imaginatif, kreatif, citarasa, apresif) IQ



TEMA



ANDA PELU MENULIS TEMA YANG ANDA PILIH DAN SEBAB PEMILIHAN TEMA TERSEBUT.



ISU NYATAKAN ISU YANG CUBA ANDA KETENGAHKAN DALAM CERITA ANDA. BOLEH KAITKAN DENGAN SUMBER KAJIAN DRAMA YANG TELAH DIKAJI ATAU CARI DARI SUMBERLAIN SEPERTI BERITA, GAMBAR, IKLAN DAN SEBAGAINYA.



MESEJ NYATAKAN MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH ANDA DALAM CERITA INI. NILAI DAN PENGAJARAN YANG CUBA DIKETENGAHKAN OLEH ANDA MELALUI CERITA INI.