SKRIP DRAMA Aduhai Pak Pandir [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



SKRIP DRAMA TRADISIONAL (CERITA JENAKA)



ADUHAI... PAK PANDIR



KARYA DAN ARAHAN : HANIS WAHIDAH



1



ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



SINOPSIS Drama ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yang serba kekurangan. Si suami bernama Pak Pandir dan isterinya bernama Mak Andih. Pak Pandir seorang yang lurus dan malas bekerja. Maka Mak Andih terpaksa menyuruh Pak Pandir melakukan pelbagai kerja. Malangnya, Pak Pandir tidak tahu membuat kerja dan sentiasa melakukan kesilapan. Mereka dikurniakan seorang anak yang bernama Atan. Mereka amat menyayanginya. Pada suatu hari, Mak Andih ingin ke sawah lalu memesan kepada Pak Pandir untuk memandikan Atan. Mak Andih memesan untuk mandikan Atan dengan air suam. Malangnya, Pak Pandir tidak menengar pesanan Mak Andih itu lalu memandikan Atan dengan air yang mendidih. Atan menjerit kesakitan akibat badannya yang melecur itu. Setelah Mak Andih pulang ke rumah, dia berasa sangat tekejut dan amat sedih kerana badan Atan yang melecur dan terbaring. Mak Andih berasa sangat sedih lalu keluar dari rumah itu dan menangis di tempat Atan selalu bermain. Tiba-tiba, muncul seorang pawang dari suatu arah. Mak Andih menceritakan segalanya yang telah berlaku. Lantas pawang tersebut bergegas ke rumah Mak Andih untuk mengubati Atan. Atan kembali sihat seperti sediakala. Mak Andih berasa sangat gembira.



2



ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



SET DI ATAS PENTAS AKAN DIPAPARKAN SEBUAH PERKAMPUNGAN YANG TERDAPAT SEBUAH RUMAH IAITU RUMAH PAK PANDIR, SUASANA HUTAN DAN JUGA SUNGAI. TERDAPAT POKOK-POKOK DAN BURUNG YANG MEMPERLIHATKAN SEAKAN-AKAN HUTAN. PROPS SEBUAH RUMAH, SAMPAN, RUSA, POKOK DAN BURUNG SERTA PERALATAN YANG MENGIKUT KESESUAIAN KEHIDUPAN DI KAMPUNG. 1) RUMAH PAK PANDIR DAN MAK ANDIH 2) KAWASAN SUNGAI 3) TEMPAT ATAN BERMAIN (HUTAN) WATAK TERDAPAT BEBERAPA WATAK DALAM DRAMA INI. ANTARANYA IALAH: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8)



PAK PANDIR MAK ANDIH ATAN NEK SOM PAWANG BURUNG POKOK RUSA



3



ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



PERWATAKAN



1. PAK PANDIR Seorang lelaki yang berusia lingkungan 45 tahun – 50 tahun. Seorang yang lurus dan tidak pandai bekerja serta selalu menimbulkan masalah dan huru-hara. Banyak tindakannya tidak memikirkan implikasi buruk ataupun sebaliknya. 2. MAK ANDIH Berumur lingkungan 4Berumur lingkungan 45 tahun – 50 tahun. Dia merupakan seorang isteri yang sangat penyabar dan setia dengan suaminya meskipun banyak perkara sudah berlaku. 3. ATAN Anak kepada Pak Pandir dan Mak Andih. Atan merupakan seorang anak yang baik dan periang. Dia sangat suka bermain di hutan. 4. NEK SOM Nek Som merupakan seorang wanita tua yang berusia 60 tahun – 65 tahun. Nek Som merupakan bidan yang menyambut Atan ketika dia dilahirkan. 5. PAWANG Dia telah mengubati Atan sehingga pulih. 6. POKOK Mereka tinggal di hutan dan berkawan dengan si Atan. 7. BURUNG Tinggal di hutan dan berkawan dengan si Atan.



4



ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



ARAHAN :



PROLOG



5



ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



CUCU :



Atuk... boleh tak Atuk ceritakan satu cerita jenaka?



ATUK :



Pada zaman dahulu...



ARAHAN :



SET DI SEBUAH PERKAMPUNGAN. CAHAYA PENTAS SURAM MENAMPAKAN KESUNYIAN SEBUAH KAMPUNG. KEMUDIAN MUZIK MERESAP PERLAHANLAHAN DAN SETERUSNYA BERKUMANDANG SATU SUARA.



SUARA :



(ECHO) Dalam kehidupan ada suka ada duka. Setiap tawa pasti ada tangisan mengiringi. Di sebalik kegembiraan pasti ada sebabnya. Begitu juga dengan tangisan. Di sebalik tangisan, pasti ada sesuatu yang menimpa.



ARAHAN :



Muzik saspens dimainkan dan seterusnya muzik untuk nyanyian pembukaan dimainkan. Semua pelakon menyanyi dan menari dalam nyanyian pembukaan.



SEMUA PELAKON:



Tersebut al kisah satu cerita, Cerita di sebuah desa, Yang dulunya aman bahagia dan sentosa. Namun kini sudah huru hara, Disebabkan satu suami, Suami misteri tak tahu siapa dia. Orang itu buat huru-hara, Salah siapa? Salah Pak Pandir, Apa nak buat? Kita perlu bertindak, Tapi siapa? Hey! Tok ketua... Woo woo woo woo Memang nak kena ketuk, Sengaja cari maut, Ayuh semua kita menolong, Jangan bertindak melulu, Apa-apa fikir dulu, Si Mak Andih dah naik hantu. Memang nak kena ketuk, Sengaja cari maut, 6



ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



Ayuh semua kita menonton! ARAHAN:



LAMPU DIMATIKAN DAN DIHIDUPKAN SEMULA BESERTA BUNYI GONG. BUNYI LATAR HUTAN DIMAINKAN. MAK ANDIH BERDIRI DI TEPI POKOK MANGGA SAMBIL MENGUSAP PERUTNYA YANG SARAT MENGANDUNG.



MAK ANDIH :



Haih... sedapnya buah mangga ni.



ATAN :



(ECHO) Wah, sedapnya! Yum yum yum yum.



MAK ANDIH :



Tapi, belum masak lagi. Lapar pula rasa. Baik aku pulang ke rumah untuk isi perut.



ARAHAN :



PAK PANDIR MENUNGGANG BASIKAL DENGAN HATI YANG SENANG. PAK PANDIR : Lalalala... pok pok pok... bujang lapok, pakai songkok, basikal cabuk... (Sampai depan rumah) Andih..oww Andih. Andih. Mana si Andih ni pergi? SUARA LATAR : MAK ANDIH :



Andih..oww Andih. Iya yop. Andih di sini. Yop, bekalan makanan kita sudah habis. Andih lapar sangat. Kasihan anak kita ni bang. Apa kata yop pergi mengail ikan? Boleh kita buat alas perut untuk hari ini.



PAK PANDIR : Tapi Andih, bukan aku taknak mengail ikan. Aku tak pandai. MAK ANDIH :



Hmm.. Pak Pandir... Pak Pandir (sambil geleng kepala) Kalau nak mengail ikan, kena ada mata kail.



PAK PANDIR : Mata kail? Mata kail tu macam mata kita ya? MAK ANDIH :



Haah. Guna mata yop tu! (Mak Andih mengambil mata kail di dalam laci)



Ini lah namanya mata kail. Tapi yop kena cari umpan dulu. Yop cari belalang rusa untuk dibuat umpan ya. PAK PANDIR : Kalau begitu teman pergi sekarang lah. Lagi pun hari dah hampir senja. 7



ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



(Pak Pandir terus beransur pergi. Dia berjalan-jalan dalam hutan) ARAHAN :



MUZIK LATAR AYAM DIDIK DIMAINKAN.



PAK PANDIR : Belalang, rusa, belalang, rusa, belalang, rusa, belalang, rusa, belalang, rusa. Haa..rusa! (sambil mengira menggunakan jari) Rusa... rusa...mana kau rusa... mesti teman dapat banyak ikan nanti. Haa! Itu pun rusa. Uish... besor benor umpan teman ni ye. (Pak Pandir menangkap rusa tersebut lalu mencampakkannya ke dalam sungai. Rusa itu mengeluarkan bunyi seperti terseksa) ARAHAN :



MAK ANDIH TERDENGAR BUNYI AIR BERKOCAK DAN BUNYI BISING. MAK ANDIH TERUS BERGEGAS KE ARAH BUNYI TERSEBUT. MAK ANDIH SANGAT TERKEJUT MELIHAT KEJADIAN ITU.



MAK ANDIH :



Yop! Astaghfirullah...apa yop buat ni?



PAK PANDIR : Ni haa... teman mengail ikan ni. Mesti banyak ikan kita dapat Andih. Umpan teman ni pun besar. MAK ANDIH :



Astaghfirullahalazim... cepat keluarkan rusa tu!



ARAHAN :



PAK PANDIR MENGELUARKAN RUSA ITU DENGAN SEGERA.



PAK PANDIR : Tadi mike yang suruh teman cari umpan. Ini lah dia. Umpan rusa. MAK ANDIH :



Andih bukan cakap rusa. Andih cakap belalang rusa!



PAK PANDIR : Oh... hehe. (garu kepala) MAK ANDIH :



Abang ni kan... Andih geram sangat. (sambil hentak kaki)



PAK PANDIR : Andih ... MAK ANDIH :



Apa?



8



ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



PAK PANDIR : Andih, janganlah macam ni. ARAHAN :



MUZIK LAGU ‘TANYA SAMA HUD-HUD’ DIMAINKAN.



MAK ANDIH :



Satu kali Andih cakap Dua kali Andih pesan Yang dibuat hanya bukan-bukan



PAK PANDIR : Andeh... MAK ANDIH :



Lama-lama Andih tunggu Tunggu mike cari ikan Yang sampai hanya bencana Bencana!



SUARA Uuu... Pak Pandirku LATAR : PAK PANDIR : Uuu... Nanti dulu MAK ANDIH :



Andeh dan penat penat nat nat Sebab mike, Andih jadi penat nat nat



SUARA Uuu... Pak Pandirku LATAR : PAK PANDIR : Uuu... nanti dulu Tanya sama itu hud-hud MAK ANDIH :



Sudah lah. Tak usah nak tanya-tanya lagi. Andih nak balik. Penat! (jalan sambil hentak kaki)



PAK PANDIR : Haa.. hentak.. hentak kuat lagi. MAK ANDIH :



Aduh, yop! Perut Andih ni yop. Aduh, sakit! (pegang perut)



PAK PANDIR : Ngape ni Andih? Andih lapar sangat ke? MAK ANDIH :



Pak Pandir!!! Cepat panggil bidan!



ARAHAN :



LAMPU DIMATIKAN DAN DIHIDUPKAN SEMULA. KETUKAN GONG DIBUNYIKAN. PAK PANDIR BERGEGAS MENCARI MAK BIDAN, NEK SOM. PAK PANDIR BERLARILARI DI SEKITAR KAMPUNG DENGAN KEADAAN YANG 9



ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



SANGAT CEMAS. MUZIK SASPENS DIMAINKAN. PAK PANDIR : Mana rumah Nek Som ni? Yang ni kot! Assalamualaikum...Nek Som oh Nek Som. (sambil ketuk pintu) ORANG KAMPUNG :



No, no, no, no, no !



SUARA LATAR :



No, no, no, no, no !



PAK PANDIR : Nek Som oh Nek Som. NEK SOM :



Haa Pandir. Ada apa yang kelam kabut sangat ni cari Nek Som?



PAK PANDIR : Nek Som... Andih, Nek Som. NEK SOM :



Kenapa dengan Andih?



PAK PANDIR : Andih... (sambil tunjuk perut) NEK SOM :



Ape? Cakap cakap (ECHO) (loghat Perak) (sambil menggayakan bahasa isyarat)



PAK PANDIR : Andeh..dia..dia dah nak bersalin! NEK SOM :



Lah.. Lain kali kabo le awal-awal. Cepat-cepat! Moh ler kita pergi. Tunggu apa lagi? (loghat Perak) Boleh laju sikit tak?



ARAHAN :



ATAN BERMAIN DI HUTAN BERSAMA POKOK-POKOK DAN BURUNG YANG MERUPAKAN RAKAN-RAKANNYA. MEREKA MENYANYIKAN SEBUAH LAGU DAN MENARI.



ATAN DAN SUARA LATAR :



(LAGU DI SINI SENANG DI SANA SENANG) Di sini senang Di sana senang 10



ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



Di mana-mana hatiku senang La la la la la la la la la la la la la la la la la Di sini senang Di sana senang Di mana-mana hatiku senang La la la la la la la la la la la la la la la la la BURUNG :



Atan, hari sudah senja. Baik kau pulang dahulu.



ATAN :



Baik kawan-kawan. Aku pulang dahulu ya. Esok kita jumpa lagi.



ARAHAN :



LAMPU DIMATIKAN DAN DIHIDUPKAN SEMULA. SUASANA DI HUTAN DIPAPARKAN BESERTA MUZIK LATAR.



POKOK :



Kawan-kawan, mana si Atan ni ya? Selalunya pagi-pagi lagi dah ke sini. Tapi hari ini batang hidung pun tak nampak.



SUARA LATAR : ARAHAN :



Atan oh Atan! LAMPU DIMATIKAN DAN DIHIDUPKAN SEMULA. SUASANA DI RUMAH PAK PANDIR. PAK PANDIR SEDANG MENCANGKUL SAMBIL MENYANYI LAGU.



PAK PANDIR : Hidup mestilah rukun Sabar paling perlu Cinta setiap hari Senyum mesti selalu Oh..oh..oh... Selamat pagi dinda... MAK ANDIH :



Yop ... Andih nak ke sawah ni. Yop tolong mandikan Atan ya. Nanti yop mandikan Atan dengan air suam.



PAK PANDIR : Air suam? MAK ANDIH :



Iya. Air suam. Ambil air mendidih dan campur dengan air sejuk. Yop dengar tak? PAK PANDIR : Ya... teman dengar ler. Hati-hati ke sawah tu. Kalau ada apaapa panggil ja nama yop. Cer sebut. 11



ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



MAK ANDIH :



Pak pandir. (suara mendatar)



PAK PANDIR : Bukan... macam ni.. Pak Pandir (suara besar) MAK ANDIH :



Pak Pandir (suara besar) Sudahlah, saya pergi dulu.



PAK PANDIR : Haa.. macam tu barulah isteri teman. Hati-hati ke sawah tu! ARAHAN :



ATAN BARU BANGUN TIDUR DAN MENGELIAT.



PAK PANDIR : Haa... dah bangun dah anak bapak. “Tadi rasanya Andih cakap mandikan dengan air mendidih.” Datang sini, bapak mandikan kamu. ARAHAN :



ATAN BERGERAK KE ARAH BAPAKNYA DENGAN MATA YANG TERTUTUP KERANA SANGAT MENGANTUK. PAK PANDIR TERUS MANDIKAN ANAKNYA DENGAN AIR PANAS.



ATAN :



Aduh bapak. Panas! Aduh, panas bapak! (Atan menggelupur, meraung dan terus kaku)



PAK PANDIR : Kesian anak teman. Mengantuk sangat ya. Lepas mandi pun terus tidur. ARAHAN :



MAK ANDIH PULANG KE RUMAH DENGAN GEMBIRA.



MAK ANDIH :



Yop, Atan... Andih dah pulang... Ya Allah! Anak aku... yop! Yop! Kenapa dengan Atan ni yop?



PAK PANDIR : Hah? Jadi apa? Dia tengah nyenyak tidur tu. MAK ANDIH :



Yop buat apa kat dia?



PAK PANDIR : Teman buat seperti yang kamu suruh lah. Masak air dan mandikan Atan. Dia kan tak boleh sejuk-sejuk. MAK ANDIH :



Ya Allah. Yop! Anak kita.



ARAHAN :



LAMPU DIMATIKAN DAN DIHIDUPKAN SEMULA. ATAN MEMAKAI JUBAH PUTIH. SATU LAMPU DIFOKUSKAN KEPADA ATAN. ATAN MENYANYIKAN LAGU DI PONDOK 12



ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



KECIL. ATAN & SUARA LATAR :



Di pondok kecil di pantai ombak Berbuih putih beralun-alun Di pondok kecil di pantai ombak Berbuih putih beralun-alun Di pondok kecil di pantai ombak Berbuih putih beralun-alun.



ARAHAN :



MAK ANDIH TERUS KELUAR DARI RUMAH ITU DAN MENANGISI KEADAAN YANG BERLAKU. MAK ANDIH MENANGIS DI HUTAN TEMPAT ATAN BERMAIN.



PAWANG :



Kenapa ni Andih? Kenapa kau menangis? Kenapa kau berseorangan? Mana Atan?



MAK ANDIH :



Atan... Atan dah mati.



SUARA LATAR:



Hah? Atan dah mati? TIDAK!!!



PAWANG :



Atan berada di mana?



MAK ANDIH :



Di rumah...



ARAHAN :



PAWANG DAN RAKAN-RAKAN ATAN BERGEGAS KE RUMAHNYA. PAWANG MEMBACAKAN MANTERA PERUBATAN UNTUK MENGUBATI ATAN. MUZIK LATAR SEDIH DIMAINKAN.



PAWANG :



Tepuk bantal panggil semangat Semangat datang dalam mimpi Aku tak menepuk bantal Aku menepuk jasad dan roh si Atan Satu badan dua nyawa Dua jasad dua nyawa Rindu kasih sayang kasih Goncangkan jasad dan roh Wahai si Atan.



ARAHAN :



ATAN TERUS SEDAR DAN TERKEJUT DENGAN KEADAAN BADANNYA YANG SUDAH HILANG KESAN LECUR. DIA TERUS MENCARI IBUNYA. MAK ANDIH BERASA SANGAT GEMBIRA. 13



ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



ATAN :



Mak... mak.. Atan ni...



MAK ANDIH :



Atan... ya Allah... anakku... dah sembuh anak aku. Alhamdulillah.



ARAHAN :



PAK PANDIR BERJALAN BERSAMA MAK ANDIH.



DAN



TERNAMPAK



ATAN



PAK PANDIR : Eh, anak bapak dah bangun. Esok bolehlah bapak mandikan lagi ya. MAK ANDIH :



Pak Pandir!!!



ARAHAN :



SEMUA ORANG MENGELILINGI PAK PANDIR.



SUARA LATAR : ARAHAN :



Aduhai... Pak Pandir.



SEMUA :



Selesai sudah segala masalah dan huru hara Tiada lagi perkara yang bukan-bukan terjadi Mereka semua akhirnya bahagia bertiga Oh, yeah...



LAMPU DIMATIKAN DAN DIHIDUPKAN SEMULA. SEMUA PELAKON MENGAMBIL TEMPAT UNTUK MENYANYI LAGU PENUTUP.



Pak Pandir insaf Mak Andih rasa bahagia Si Atan pula kembali sihat sejahtera Mereka semua hidup bahagia... Ooo ooo ooo... Marilah menyanyi, menyanyi bersama Berakhirnya cerita Moga menghiburkan semua tetamu yang datang Mohon maaf segala kekurangan



ARAHAN :



Kita semua menuju ke puncak Bersiap siaga menghadapi cabaran dan juga gentar Kita bersama-sama Ini barisan kita Ooo ooo ooo EPILOG



CUCU :



Oh, begitu. Rupanya ada juga ye orang macam Pak Pandir 14



ADUHAI... PAK PANDIR Karya : Hanis Wahidah



ATUK :



ni... Tapi kan, di sebalik segala huru-hara yang berlaku, terdapat banyak sangat nilai yang boleh kita jadikan teladan. Pak Pandir amat menyayangi isteri dan anaknya. Mak Andih pula seorang yang sangat penyabar. Atan pula seorang yang baik sangat dengan alam.



CUCU :



Betul betul betul. Esok Atuk ceritakan lagi ya.



TAMAT



15