Skrip Drama Kanak-Kanak KEDEKUT!!!!!!!!! [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1 Skrip Drama Kanak-kanak Tajuk: Taksub



Watak-watak Ahmad Saudagar Zamil Musafir tua Perompak Penjual



Tempat Di Rumah saudagar Zamil, di rumah Ahmad dan pasar Masa Pada waktu pagi, petang dan malam Pentas Kedudukan pentas adalah seperti di dalam rumah orang arab, pasar-pasar di arab. Sinopsis Skrip teater kanak-kanak ini menceritakan tentang kisah seorang pemuda yang bernama Ahmad. Ahmad merupakan seorang pemuda yang suka menolong orang. Dia merupakan seorang yang amanah dan bertanggungjawab. Akan tetapi kelemahannya terletak pada wang ringgit dan harta. Saudagar Zamil meminta pertolongan Ahmad untuk menjaga hartanya ketika dia hendak bermusafir. Saudagar Zamil meminta Ahmad untuk menganggap kesemua hartanya adalah milik Ahmad. Dia juga diberi beberapa wang emas sebagai tanda terima kasih atas kesudiannya menolong saudagar Zamil menjaga harta. Namun begitu, harta milik saudagar Zamil mengaburi mata Ahmad sehingga membinasakan dirinya sendiri. (Sebuah skrip drama yang diilhamkan daripada buku cerita kanak-kanak betajuk, sahabat Yang Kedekut).



2



Babak 1 Pada suatu pagi, saudagar Zamil bangun seperti biasa pada awal-awal pagi lagi. Dia menjalankan rutin hariannya iaitu mencuci muka dan memberus gigi lalu membancuh kopi sebagai sarapan. (Saudagar Zamil bangun tidur dan menggeliat lalu bangun dari katil dan menjalankan rutin hariannya. Selesai membancuh kopi, dia duduk di atas kerusi di ruangan makan lalu berceloteh sendirian) Saudagar Zamil :



Jemu sungguh aku melakukan rutin yang sama pada setiap hari. (menghirup kopi). Ingin juga aku merasa kehidupan di negeri orang. Alangkah bagusnya jika aku dapat bermusafir. (Menghirup kopi lagi).



(Saudagar Zamil bangun dan bermundar mandir sambal memegang cawan kopinya.)



Saudagar Zamil :



Tetapi bagaimana dengan harta-hartaku? Siapa yang aku boleh percaya untuk menjaga kesemuanya? (gaya berfikir)



(meletakkan cawan kopinya itu dan mundar mandir lagi sambal mengetuk-ngetuk dahinya seperti berfikir dengan kuat.)



Saudagar Zamil :



Oh ya, baik aku meminta pertolongan daripada Ahmad!



Saudagar Zamil kemudiannya bersiap-siap untuk berjumpa dengan sahabatnya Ahmad untuk meminta pertolongan menjaga kesemua hartanya. Ahmad merupakan seorang anak muda yang rapat dengan saudagar Zamil. Saudagar Zamil percaya bahawa Ahmad seorang yang amanah dan bertanggungjawab dan mampu untuk menjaga kesemua hartanya. (Tirai ditutup sambil Saudagar Zamil berjalan keluar tepi pentas) (Tirai dibuka semula dengan suasana di rumah Ahmad) Saudagar Zamil memberi salam di hadapan rumah Ahmad. Ahmad membuka pintu sambil menenyeh-nenyeh matanya tanda baru bangun tidur. Saudagar Zamil :



Salam Sejahtera sahabatku Ahmad. (menghulur tangan dan bersalam dengan Ahmad)



3 Ahmad



:



Ya sahabatku, ada apa hal datang ke mari pagi-pagi begini?



Saudagar Zamil :



Aku ingin meminta pertolongan kau wahai sahabat.



Ahmad



Pertolongan apa?



:



Saudagar Zamil :



Aku ingin bermusafir, jadi aku ingin meminta pertolongan kau untuk menjaga kesemua harta-harta aku semasa ketiadaan aku nanti.



Ahmad



:



Tidak menjadi masalah. Aku boleh lakukannya.



Saudagar Zamil :



Sebagai ganjaran, aku akan memberikan kau sedikit wang emas untuk perbelanjaan makan dan minum. Aku juga ada meninggalkan sedikit bekal makanan di rumah. Jika kesemua wang emas dan makanan sudah habis, aku izinkan kau untuk menggunakan harta simpanan aku dengan cermat.



Ahmad



: Baiklah Saudara zamil. Aku akan menggalas tangggungjawab ini dengan penuh amanah.



Saudagar Zamil :



Aku ingin berpesan, anggaplah harta-harta ini semua seperti milik kau sepanjang ketiadaan aku supaya kau akan menjaganya dengan baik.



Ahmad



:



Au menurut pesanmu wahai saudagar Zamil



Saudagar Zamil pun pulang semula ke rumahnya dan bersiap-siap untuk pergi bermusafir. Namun begitu, dia tetap merasakan seperti tidak sedap hati seperti aka nada sesuatu yang buruk bakal berlaku. (Saudagar Zamil memegang dagunya sambil memerhati sekeliling rumah, wajahnya berkerut-kerut sperti memikirkan hal yang amat berat. Kemudian dia mengangguknganggukkan kepala dan keluar sambil memikul beg untuk dia bermusafir.) Pentas digelapkan dan tirai ditutup.



4



Babak 2 Tirai dibuka semula dan latar tempat di rumah saudagar Zamil Ahmad :



Aku perlu ke rumah saudagar Zamil untuk menjaga harta-hartanya. Adakah aku boleh menganggap harta-harta itu semua milik aku?



(Ahmad berdiri di hadapan pintu rumah saudagar zamil sambil bercakap sendirian)



Ahmad :



Saudagar Zamil sudah berpesan bahawa aku perlu menganggap harta itu semua seperti milik aku. Wah, Aku kaya! Aku Kaya!



(Ahmad melompat-lompat kegirangan dan masuk ke dalam rumah saudagar zamil sambil mulutnya tak henti-henti menyebut “aku kaya! Aku kaya!”)



Di dalam rumah saudagar Ahmad, terdapat banyak perabot yang sangat mewah. Terdapat juga sebuah bilik yang berkunci. Ahmad cuba untuk membuka pintu tersebut menggunakan kunci pintu rumah yang diberi oleh saudagar Ahmad dan nampaknya kunci rumah adalah kunci kepada bilik itu juga.



Rupa-rupanya bilik itu mengandungi wang emas dan harta yang sangat banyak milik saudagar Zamil.



Ahmad :



Wah, banyaknya wang emas dan harta dalam ni! Bila agaknya saudagar Zamil akan pulang ya? Lebih baik jangan pulang terus. Harta ini akan menjadi milik aku dan aku akan menjadi sangat kaya.



(Ahmad memandang kesemua harta tersebut dan terleka sejenak. Dia cepat-cepat sahaja keluar dari bilik tersebut dan menguncinya kembali)



Ahmad :



Baik aku kunci sekarang. Bahaya jika aku terus membukanya. Risau perompak datang pula.



Ahmad mengunci semula pintu tersebut dan pergi ke ruangan makan untuk makan. Pentas digelapkan dan tirai ditutup



5



Babak 3 Tirai dibuka semula dan memaparkan latar tempat keadaan di Pasar. (Ahmad sedang berjalan-jalan di pasar dan kemudian dia telah disapa oleh seorang musafir negara luar) Musafir tua : Anak muda, berikanlah aku sedikit wang emas mu. Aku telah dirompak dan aku tidak boleh pulang ke negara asal ku kerana sudah tidak berharta lagi.



(Ahmad memandang musafir tersebut dengan pandangan yang menjengkelkan dan dia tidak mengendahkan sedikit pun musafir tua tersebut)



Musafir tua : Anak Muda, bantulah aku anak muda. (sambil melutut merayu kepada Ahmad) Ahmad



:



Itulah kau orang tua. Tidak tahu menjaga harta sendiri. Sekarang lihat, kau sudah dirompak. Selepas itu, mengemis pula.



Musafir tua : Sesungguhnya aku tidak hendakkan takdirku jadi begini. Aku tidak minta diriku ini untuk dirompak. Aku sudah sehabis baik menjaga hartaku namun apa daya aku tetap dirompak. (membuat muka kasihan) Ahmad



: Tidak tahu menjaga harta, sudah dirompak malahan bagi alasan pula. Sudah pergi sana. Aku mahu pulang. (berlalu pergi dengan gaya yang angkuh)



Musafir tua : Semoga kau tahu anak muda perassan yang aku lalui ini. (nada sedih). (Ahmad berjalan ke kanan pentas dan musafir tua berjalan ke kiri pentas. ) Pentas digelapkan dan tirai ditutup.



6



Babak 4 Tirai dibuka kembali dan memaparkan latar tempat di rumah saudagar Zamil Sebulam, dua bulan, tiga bulan, empat bulan hingga lima bulan berlalu. Saudagar Zamil masih tidak pulang-pulang. Bekalan makanan di rumah saudagar Zamil sudah lama habis. Ahmad menjadi sangat kurus kering kerana dia tidak mahu membelanjakan wang emasnya walau sedikitpun untuk membeli makanan. Dia menjadi terlalu taksub dengan menjaga harta sehingga menyebabkan dia berkurung berhari lamanya di dalam rumah. Ahmad :



Barangkali, saudagar zamil telah meninggal dunia. Hahaha. Aku kaya. Harta ini semua milik aku. (bercakap seperti orang sasau). Aku boleh berbelanja sesuka hati aku. Eh tak boleh. Kalau aku guna semua wang aku, barangkali aku akan menjadi pengemis. Ahahaha.



Ahmad berjalan mundar mandir di dalam rumah saudagar zamil. Kelihatan seperti orang gila. Dia kelihatan sudah tidak bermaya dan seperti mayat hidup. Sudah lima bulan dia terperap di dalam rumah itu. Sedang Ahmad asyik dalam dunianya, dia tidak sedar bahawa dirinya telah diperhatikan oleh perompak. Perompak :



Rumah ini Nampak seperti rumah orang kaya dan tidak berpenghuni. Ini peluang besar aku. (mengintai melalui tingkap di bahagian belakang rumah)



Ahmad masih mundar mandir, terkadang tersengeh. Pintu bilik harta terbuka luas dan Ahmad bermundar mandir di hadapan bilik tersebut. Terkadang dia tergelak sendiri.



Perompaki :



Adakah itu pemilik rumah ini? Seperti orang gila. Adakah dia sedar akan kehadiran aku? Wah, bilik harta! Bagaimana aku nak alihkan orang gila itu daripada berada di hadapan pintu tu ya? Oh, aku tahu! (memetik jarinya)



Perompak menggunakan taktik untuk mengalih perhatian dengan membaling tin dari luar tingkap ke bahagian ruang makan.



7 Ahmad yang terdengar terus pergi ke ruang makan. Pencuri bersembunyi di balik pintu. Ahmad datang dan kemudian pencuri memukul Ahmad dengan kayu sehingga dia jatuh.



Perompak:



Selesai yang ini, baiklah ini masanya untuk aku memulakan operasi. (tersengih besar).



(Perompak mengambil separuh daripada harta saudagar Zamil sambil bernyanyinyanyi kecil. “alangkah bahagianya dapat harta yang banyak”.)



Ahmad pula terbaring di ruang makan dan tidak sedarkan diri.



Tiga hari selepas itu, saudagar zamil pun pulang ke rumah. Terdapat kasut Ahmad di hadapan rumahnya. Dia menarik nafas lega kerana Ahmad menjalankan tanggungjawab menjaga hartanya dengan baik sekali. Saudagar Zamil :



Ahmad! Ahmad! Aku sudah pulang. Aku ada bawakan oleh oleh untuk kau Ahmad. (membawa pbeg baju dan plastik-plastik buah tangan.)



(Tiada suara yang menyahut)



Saudagar Zamil :



Tidur agaknya, baik aku masuk dan buat kejutan. (saudagar Zamil masuk ke dalam rumah). Ahmad! Ahmad! Ahmad! Ya Ampun! (terkejut)



Saudagar Zamil terkejut melihat Ahmad terbaring di atas lantai di ruang makan. Ahmad sudahpun meninggal dunia ketika itu.



Saudagar zamil juga terkejut melihat pintu bilik hartanya terbuka seluas alam. Saudagar Zamil berlari mendapatkan Ahmad dan memangkunya.



Saudagar Zamil :



Maafkan aku wahai sahabat ku Ahmad, rumahku telah dirompak dan kau menjadi mangsa. Semoga kau tenang. (memeluk Ahmad)



TAMAT