Pbs BM Sem 3 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TAJUK KAJIAN : RAGAM BAHASA DALAM FILEM SENIMAN BUJANG LAPOK



SENARAI KANDUNGAN



Penghargaan 1.0



Pengenalan 1.1 Latar Belakang 1.2 Definisi Konsep



2.0



Objektif Kajian



3.0



Kepentingan Kajian



4.0



Skop Kajian



5.0



Batasan Kajian



6.0



Kaedah Kajian 6.1 Mendapatkan Kajian 6.2 Mengumpul Data 6.3 Menganalisis Data



7.0



Dapatan Kajian 7.1 7.2 7.3



8.0



Rumusan Kajian



9.0



Penutup Bibliografi Lampiran Lampiran I Lampiran II Lampiran III



PENGHARGAAN Penyelidik mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurnianya penyelidik telah dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna. Penyelidk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah, Tuan Pengetua Cemerlang Mejar Abdul Halim Bin Haji Hashim dan Penolong Kanan Tingkatan 6, En. Zambri bin Ahmad kerana memberi kerjasama dan kebenaran untuk menjalankan kajian ini dengan baik. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Pn. Juliana binti Kamis yang tidak pernah jemu membantu dan memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan. Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh kajian dijalankan tidak akan kami lupakan. Penyelidik juga tidak lupa kepada kedua- dua ibu bapa serta rakan-rakan yang banyak membantu serta memberi tunjuk ajar dalam menyiapakan tugasan ini.



Semoga usaha ini dapat memberikan sumbangan



kepada pertambahan dokumen kajian dalam Bahasa Melayu khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan kajian ragam bahasa.



Mohamad Suhaimi bin Ismail Muhammad Ikmal Hakim bin Khaliluddin Muhammad Aiman Najmi bin Md Nasir



September 2016



1.0 PENGENALAN Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan latar belakarang kajian, iaitu keterangan tentang ragam bahasa dalam filem Seniman Bujang Lapok, serta definisi konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian ini. 1.1 Latar Belakang Ragam bahasa adalah Bahasa Melayu perbualan yang berbunyi pelbagai bahasa. Dalam satu bahasa yang dikenali sebagai loghat atau dialek sesebuah tempat di semenanjung Malaysia. Ragam ini merangkumi pelbagai aspek antaranya ialah perbualan dengan seseorang yang lebih tua, lebih muda atau orang yang mempunyai pangkat kehormat dalam kerajaan. Sepeti manusia, bahasa juga mempunyai ragamnya yang tersendiri. Keadaan ini timbul kerana bahasa itu hak masyarakat dan masyarakat jugalah yang menentukan penggunaan sesuatu bahasa tersebut. Jadi dalam perhubungan harian, antara adik –beradik , keluarga , sahabat handal,rakan sebaya, guru dan murid dan atau kenalan rapat, tidak hairanlah sesuatu bahasa , loghat bahasa atau sesuatu bahasa digunakan. Penutur dan pendengar akan berbual apa sahaja tajuk yang difikirkan dan bersesuaian pula pada ketika itu. Dalam konteks komunikasi ada tiga faktor yang mempengaruhi pola penggunaan bahasa iaitu umur , perhubungan dan status. Maka , dalam sesuatu perbualan, proses interaksi mesti mengambil tentang umur seseorang sama ada tua atau muda, hubungan di antara penutur dengan si pendengar. Contohnya , anak dengan bapak, guru dengan murid dan kedudukan seseorang itu dalam masyaakat. Di dalam sesuatu masyarakat lazimnya, terdapat pemimpin dan orang yang dipimpin. Oleh itu, bahasa yang digunakan setaraf dengan orang yang hendak dihubungi. Sekiranya hubungan di antara kedua-dua penutur dan



pendengar telah dikenal pasti, proses komunikasi akan berjalan lancar. Dalam proses tersebut sudah pasti unsur-unsur seperti jenaka,sindiran, naif , tempelak, ejekan dan sebagainya jelas kelihatan. Inilah yang membezakan seseorang manusia dengan manusia yang lain. 1.2 Definisi Konsep Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,(2008) ragam bermaksud tingkah, cara, laku, jenis dan warna. Oleh itu, banyak ragam boleh bermaksud banyak cara, banyak jenis, banyak corak dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaanya. Menurut Djamalul Abidin Ass, (1955,m/s) menyatakan bahawa ragam bahasa merupakan tenaga yang terkandung dalam bahasa untuk mendapatkan ekspresi individu. Menurut Drs.M.S Hutagalung,(1967,m/s)



menjelaskan



salah satu alat untuk



menghidupkan penceritaan itu ialah gaya bahasa, iaitu segala gaya pengarang untuk melaksanakan kesan estetik. Oleh itu, dapat dijelaskan bahawa ragam bahasa menerangkan tingkah laku manusia dalam komunikasi seharian secara formal mahupun tidak formal. Nik Safiah Karim (1988,m/s), menjelaskan ragam bahasa sebagai satu gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj Omar (1987,m/s), menerangkan ragam bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Za’ba (1974,m/s) pula mentafsirkan ragam bahasa ialah bentuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang iaitu bahasa yang indah didengar dan



mudah difahami oleh orang lain, ayatnya, jalan bahasanya, cara susunan atau bentuk peribahasanya. Dapatlah dirumuskan bahawa ragam bahasa itu merupakan lambang-lambang bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia, bersistem atau mempunyai susunan tertentu.



2.0



OBJEKTIF KAJIAN



Objektif kajian ini adalah untuk: a) Mengenal pasti dan menyenaraikan ragam bahasa. b) Mengelaskan ragam bahasa dalam filem Seniman Bujang Lapok mengikut jenis. c) Mengelaskan fungsi ragam bahasa yang digunakan dalam filem Seniman Bujang Lapok.



3.0 KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian ini penting untuk :



a) Memperlihatkan kelainan ragam bahasa dalam filem Seniman Bujang Lapok b) Menambah dokumentasi ragam bahasa dalam pragmatik, c) Dijadikan panduan dalam pengajaran, khususnya dalam penggunaan dalam komunikasi harian dan penggunaan dalam tulisan



4.0 Skop Kajian



Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan ragam bahasa dalam filem Seniman Bujang Lapok. Aspek yang diberikan tumpuan ialah definisi, jenis-jenis ragam bahasa dan fungsi ragam bahasa dalam filem tersebut.



5.0 BATASAN KAJIAN



Kajian ini dibuat berdasarkan ragam bahasa yang digunakan dalam filem Seniman Bujang Lapok. Masa yang diambil hanyalah selama 40 minit. Oleh itu, kajian ini tidaklah menggambarkan secara keseluruhan penggunaan ragam bahasa secara keseluruhan .



6.0 Kaedah Kajian



Dalam bahagian kaedah kajian ini, pengkaji akan menjelaskan cara mendapatkan data sebagai bahan kajian, kaedah penganalisisan/pemprosesan data dan cara persembahan dapatan kajian. 6.1 Pengumpulan Data Cara pengumpulan data amat penting bagi pengkaji mengukuhkan kajian yang dijalankan. Data merupakan butir atau maklumat yang dikehendaki atau yang telah dikumpulkan tentang sesuatu dan dapat dijadikan asas untuk membuat kajian. Dalam kajian ini, pelbagai kaedah telah digunakan seperti dokumentasi, kepustakaan dan pemerhatian bagi mengumpul maklumat yang tepat berdasarkan objektif kajian. Penerangan mengenai cara pengumpulan data telah dijelaskan seperti yang berikut:



i.



Dokumentasi .Dokumentasi adalah himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen yang dapat digunakan sebagai asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan. Pengumpulan data kajian ini dimulakan dengan membuat kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan atau ditulis oleh mana-mana penulis bagi mendapat maklumat daripada bahan tersebut. Bahan bertulis yang dikumpulkan adalah seperti : 1. Sumber Internet



ii.



Kepustakaan Kepustakaan ialah senarai buku yang dipakai untuk mengarang dan lain-lain,bibliografi. (Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat, hlmn 1256). Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data mengenai isu yang dikaji. Pelbagai sumber atau bahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Antara lokasi yang menjadi kunjungan pengkaji bagi mendapatkan maklumat adalah seperti : 1. Perpustakaan Awam Negeri Kedah



iii.



Pemerhatian



Kaedah pemerhatian ialah satu cara mengumpul data tanpa melibatkan komunikasi. Dengan kata lain, kaedah ini melibatkan pengkaji untuk mendengar rakaman dan menulis semula skrip filem tersebut untuk mengenal pasti penggunaan ragam bahasa. pengkaji juga telah memuat naik filem Seniman Bujang Lapok untuk menonton ragam bahasa yang ditonjolkan. 6.2 Mengumpulkan Data Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik mencatatkan semula skrip filem tersebut yang mengandungi ragam bahasa dalam bentuk dialog untuk memudahkan kajian dilakukan.



7.0



Dapatan Kajian



Dalam bahagian ini diperlihatkan ragam bahasa yang menjadi data kajian mengikut jenis ragam yang digunakan dalam filem Seniman Bujang Lapok.



7.1



Jenis-Jenis Ragam Bahasa Dalam Seniman Bujang Lapok 7.1.1



Bahasa Sindiran -



Bahasa sindiran ialah ungkapan yang maksudnya tidak disebut dengan tepat tetapi dikiaskan kepada perkara yang lain.Jika orang yang ditunjukkan itu mengerti,maksud sindiran itu dapat dirasakannya. Contohnya:



-



“Buah langsat kuning mencelah,keduduk tidak berbunga lagi,sudah dapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi.”



7.1.2



Bahasa Menggiat -



Ragam bahasa yang seakan-akan bahasa sindiran tetapi tidak mengandungi kiasan.Tujuannya sekadar mengusik atau bergurau,tetapi boleh menjadi sungguh-sungguh sehingga boleh



-



menyebabkan orang berkenaan malu. Contohnya “Hai dah jadi orang Bandar,tak kan nak balik kampung semula.”



7.1.3 Bahasa mengejek



-



Ragam bahasa yang mengata atau yang ditujukan tepat kepada seseorang atau kumpulan dengan menggunakan perkataan yang tepat dengan gaya yang mengajukan keburukan mereka itu supaya



-



orang itu bodoh dan menjadi bahan tertawa orang. Contohnya: “Gelagat rambutan jantan,orang berbunga awak berbunga ,orang berbuah, awak haram.”



7.1.4



Bahasa Terbalik -



Ragam bahasa yang menggunakan perkataan yang maksudnya berlawanan daripada apa yang hendak diperkatakan tetapi orang



7.1.5



masih memahami maksud sebenar. Contohnya: “Ha,lain kali buatlah bising lagi.”



Bahasa Merajuk -



Ragam bahasa yang menunjukkan perasaan menarik diri atau kecil hati disebabkan sesuatu perbuatan yang dirasakan menghina dan



-



7.1.6



tidak patut dilakukan. Contoh: “Apalah yang ada pada saya,rupa buruk harta pun tiada.”



Bahasa Tempelak -



Ragam bahasa yang menunjukkan kesalahan seseorang setelah dia melakukannya supaya orang itu sedar akan perbuatan atau katakatanya yang salah pada masa sebelum dia melakukannya



dahulu.Tujuannya untuk menyedarkannya agar beringat-ingat pada



-



masa yang akan datang. Contohnya: “Muka macam engkau ni,nak jadi ketua pengawas,jangan haraplah.”



7.1.7



Bahasa Herdik -



Ragam bahasa ini seakan-akan sama dengan bahasa tempelak tetapi tujuannya untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu



-



juga,bukannya kesalahan yang lalu. Contohnya: “Muka macam engkau ni,nak jadi ketua pengawas,jangan haraplah.”



7.1.8



Bahasa Besar/Melampau -



Ragam bahasa yang mengatakan sesuatu secara berlebih-lebihan sehingga kadang-kadang sukar diterima akal.Ragam bahasa jenis



-



ini banyak digunakan dalam penulisan sastera dan lirik lagu. Perkataan atau ayat yang digunakan adalah melampau tetapi



-



maksudnya bukanlah sungguh-sungguh. Contohnya: “Sebulan dagang menggalas,jejak ditikam mati juga,setitik darah ke daratan,setahun padi tak jadi,setitik darah ke lautan,setahun ikan tak main.”



7.1.9



Bahasa Kecil -



Ragam bahasa yang berlawanan dengan bahasa besar.Bahasa ini menyifatkan sesuatu perkara itu kecil.Tujuannya untuk merendahkan diri. Contohnya:



-



“Terimalah sedikit hadiah yang tidak seberapa ini.”(Sebenarnya hadiahnya besar)



7.1.10 Bahasa Naik -



Ragam bahasa yang menguatkan tujuan ungkapan dengan memberikan gambaran fikiran yang beransur-ansur naik daripada dataran yang kendur kepada dataran yang semakin tegang.Ungkapan ini membawa pembaca selangkah demi selangkah sehingga sampai ke kemuncak,iaitu apa yang hendak



-



disebutnya. Contohnya: “penduduk kampung mengejar pencuri itu dan apabila dapat ditangkap pencuri itu dijatuhkan,diikat,dipijak dan dipukul bertalu talu hingga mati.



7.1.11 Bahasa Turun -



Ragam bahasa yang bermula dari dataran yang tegang kemudian selangkah demi selangkah menurun ke dataran yang



-



kendur.Lazimnya,ia mengandungi unsur yang menggelikan hati. Contohya: “kasihan guru itu,dahlah banyak tugas disekolah ,kena pulak laksana PBS, menanda kertas-kertas PBS sehingga pelajar menggelarnya cikgu PBS.



7.2



Ragam Bahasa Dalam Filem Seniman Bujang Lapok



7.2.1



Bahasa Mengejek -“Hei, Din.Apa daa kau ni dah jadi bodoh ke? Itu bukan bom daa....tayar meletup daa!” -“Ini kedai kopi engkau punya bapak ada kongsi dengan aku ke?”



7.2.2



Bahasa Merajuk -“Mana laku muka kita mahu berwayang?” -“Tak apalah sekarang tak suka, nanti lama-lamapun dia sama sukasuka, kan?”



7.2.3



Bahasa Sindiran -“Hai! Ramli, lekaslah pakai seluar. Takkan nak pakai kain itu nak mintak kerja?” -“Polis...! jangan report pada polis, report le pada Tok Kadi.” -“Hoi, Ramli, nak cari kerja ke, nak jual minyak?” -“Apa kau fikir ini duit bapak engkau...ya?” -“Nama saja orang Melayu, sikit adap pun tak tahu. Orang punya dekat panggil...hoi...hoi... saya ni apa? Batu ka, kayu ka?” -“Oh! awak fikir awak punya lubang hidung besar saya takut ke?”



7.2.4



Bahasa Menggiat -“Kenapa awak suka ganggu dengan kita? Asal kita balik kerja saja awak nak ganggu dengan kita.”



7.2.5



Bahasa Herdik



-“Cis, tak malu. Kita tak suka dengan awak, awak nak suka dengan kita pulak.” -“Diam...dahh.., itu aku punya pasal.” -“Ada Assistant Directorpun bodoh. Kau ni Assistant Director apa? Kau nak mampus..ya? Aku suruh cari orang yang gagah, bukan badan kurus macam ini. -“Ini macam punya muka mahu jadi filem star ka?” -“Hei, apa ssyuuuh!… engkau sememangnya manusia durjana!” -“Kau tiga ekor nampak itu pintu besar tidak?, Dengan perintah aku, get out! Get out”. -“Bodoh! Kecik-kecik tak nak mampus, sudah besar menyusahkan orang.” 7.2.6



Bahasa Keluhan -“Apalah punya orang. Kalau ada tiga orang lagi macam kau orang, terpaksa kami kena bikin union.”



7.2.7



Bahasa Berulang -“Keluar! Keluar kau dari sini! Perempuan yang tak kenang diuntung”. -“Ampun? Ah, aku tidak akan ampunkan dosamu dari dunia sampai akhirat.”



7.3



Mengelaskan Fungsi Ragam Bahasa Yang Digunakan Dalam Filem Seniman Bujang Lapok. 7.3.1



Bahasa Mengejek Ia bertujuan untuk menampakkan kebodohan orang itu, atau



mensia-sia hasrat orang itu supaya orang itu ditertawakan oleh orang lain



dengan kata lain, bahasa yang digunakan untuk tujuan mempersenda dan mengejek ini ialah bahasa yang berterus terang. Sebagai contoh, Ajis mengejek Sudin akibat kesalahannya tersilap mendengar bunyi tayar yang meletup. Ajis membuat sedemikian kerana ingin membuat Ramli tertawa. 7.3.2



Bahasa Herdik Tujuan digunakan adalah untuk menyatakan kesalahan pasa



masa sekarang bukannya pada masa yang telah silam. Perkataan yang digunakan agak keras dan kasar untuk memarahi atau menengking serta mengandungi sedikit perasaan mengejek. Sebagai contoh, situasi di mana Ahmad Nisfu mengherdik seorang pemuda yang mahu menjadi pelakon tetapi tidak menenpati ciri-ciri yang beliau kehendaki. Ditambah dengan mengejek bentuk fizikal badannya yang kurus. 7.3.3



Bahasa Berulang Tujuan bahasa berulang digunakan untuk menguatkan sesuatu



maksud yag hendak disampaikan. Sebagai contoh, situasi semasa set pergambaran di mana seorang pemuda yang memegang watak sebagai suami menghalau isterinya keluar dari rumah kerana tidak memasak lauk kegemarannya. 7.3.4



Bahasa Menggiat Bahasa ini digunakan bertujuan untuk mengusik, bergurau, atau serius sehingga menimbulkan kesan mendalam kepada yang berkenaan. Sebagai contoh, Sarip Dol mengusik Salamah ketika dia hendak pulang ke rumah.



7.3.5



Bahasa Sindiran Bahasa sindiran digunakan bertujuan untuk menytakan sesuatu maksud kepada seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat. Hanya disampaikan secara sinis dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan kepada perkara lain. Sindiran tidak dinyatakan atau disebutkan secara terus terang atau ditujukan tepat terhadap seseorang. Sebagai contoh, Sudin menyindir Ramli kerana Ramli hanya memakai kain ketika mereka hendak meminta kerja.



8.0 RUMUSAN KAJIAN Rumusannnya, dapat dibuktikan bahawa wujud penggunaan ragam bahasa dalam filem seniman bujang lapok. Hal ini dinyatakan dalam konteks penggunaan ketika di dalam filem. Penggunaan ragam yang betul dalam filem ini telah membuktikan penggunaan ayat yang betul dalam filem ini. Penggunaan ayat yang betul telah menyebabkan filem ini sesuai



dijadikan teladan untuk semua lapisan masyarakat . penggunaan ayat yang betul telah menjadikan filem sesuai dijadikan kajian ragam bahasa.



9.0 PENUTUP Telah jelas ragam bahasa digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian. Sebagai manusia yang hidup dalam satu komuniti, saling berinteraksi, hubungan, dan komunikasi, memang akan timbullah bahasa yang beragam-ragam. Walau bagaimanapun, telah jelas



keragaman ini mewujudkan kelompok masyarakat yang saling mengambil berat antara satu sama lain, demi kebaikan bersama.



BIBLIOGRAFI Datuk Dr Hassan Ahmad,’Ragam Bahasa Melayu’ dlm Utusan Melayu 7 Februari 2000 Kamus Dewan Edisi Keempat, 2008, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka



Seniman Bujang Lapok , 1961 ( Filem), P.Ramlee (pengarah), Kuala Lumpur : Priductions LTD A Rahman A. Hanafiah , 2006-2011 ‘ Seniman Bujang Lapok ‘, kertas data , Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, 1961 ( skrip) Rozali Rejab, 2012 . Ragam Bahasa Dalam Novel Lantera Mustika, Diakses pada 15 Julai 2016, daripada http://cikgu-rozali.blogspot.my/2012/07/ragam-bahasadalam-novel-lentera.html