Pengaruh Batuan Terhadap Konfigurasi Bentuk Muka Bumi [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENGARUH BATUAN TERHADAP KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI • Terdapat pertalian yang rapat antara jenis-jenis batuan yang berbeza dengan konfigurasi(kepelbagaian) bentuk muka bumi yang wujud di kawasan. • Pertalian ini wujud kerana batuan merupakan pembentuk bumi. • Ciri-ciri bentuk muka bumi boleh menunjukkan sifat-sifat geologi di bawahnya. • Batuan yang menjadi asas pembentukan bentuk mika bumi sentiasa mengalami proses-proses geomorfik (gondolan) melalui luluhawa, hakisan sama ada oleh angin, air mengalir, ombak ataupun glasier serta proses-proses gerakan jisim



• Terdapat bentuk-bentuk muka bumi yang menonjol seperti : Banjaran gunung Bukit  Tebing tinggi Dataran tinggi



• Batuan tersebut adalah keras, stabil, dan amat tahan daripada operasi proses geomorfik di kawasan berkenaan.



• Terdapat juga bentuk-bentuk muka bumi yang melekuk seperti: lembah Lurah lembangan Tanah pamah



• Mencerminkan batuan dasarnya mudah digondol, dihakis ,diluluh,tidak teguh dan tidak stabil. • Keadaan ini membuktikan batuan yang keras tahan digondol manakala batuan yang lembut mudah digondolkan.



• Proses pengondolan batuan bukan sahaja bergantung kepada keberkesanan dan kepesatan proses-proses geomorfik tetapi juga bergantung kepada sifat-sifat ketahanan batuan itu sendiri seperti: Warna Mineral Pembentuk Komposisi kimia Kestabilan bahan perikat Darjah porositi Rekahan Ira Satah yang merupakan garis kelemahan batuan



• A.N Strahler dalam buku Physical Geography menunjukkan bahawa kumpulan batu metamorfik seperti batu marmar ,gneisis, syis dan batu igneus seperti riolit,andersit,gabbro serta batu mendak yang teguh seperti konglomerat serta batu pasir(kuartza) yang diikat oleh bahan perikat yang stabil merupakan batuan yang tahan digondol dan boleh berdiri sebagai bentuk-bentuk bumi yang menonjol seperti banjaran-banjaran gunung, bukit dan permatang.



• Kumpulan batu mendak seperti syal, batu kapur, gipsum, kaolin adalah batuan yang mudah digondol yang pastinya menghasilkan bentuk-bentuk muka bumi yang melekuk seperti lurah, lembah serta lekukan yang mendalam. • Strahler pertalian ini wujud kerana sifat-sifat mineralogi batuan itu sendiri yang berbezabeza yang akan menghasilkan darjah ketahanan kepada operasi geomorfik yang berbeza-beza.



• Pertalian antara jenis batuan yang berlainan dengan kepelbagaian bentuk muka bumi yang berlainan. Misalnya perbandingan antara jisim batu granit dengan batu kapur di kawasan tropika lembap. • Batu granit merupakan jisim batuan keras, teguh dan stabil. • Struktur dan teksturnya kasar dan tidak poros. • Amat tahan kepada proses geomorfologi tropika. • Bentuk-bentuk muka bumi yang berkaitan dengan jisim batu granit adalah bentuk-bentuk muka bumi yang menonjol seperti gunung dan bukit.



• Contohnya Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia terdiri daripada jisim batolit granit yang besar. • Gunung Kinabalu juga merupakan tonjolan jisim batolit granit kira-kira satu setengah juta tahun lampau. • Tonjolan-tonjolan lakolit granit telah menghasilkan gunung-gunung kubah Sanggiran di Jawa.



• Manakala tonjolan granit dait menghasilkan permatang-permatang yang teguh. • Kemunculan bentuk-bentuk muka bumi yang menonjol dari kumpulan jisim granit ini adalah disebabkan oleh keupayaan proses-proses geomorfologi topika seperti luluhawa dalaman,hakisan air,unduran cerun dan gerakan jisim adalah terbatas dan terhad akibat daripada ketahanan jisim batuan granit sendiri.



• Kemunculan tors di kawasan tropika lembap juga membuktikan keteguhan dan ketahanan jisim granit. • Tor merupakan batu tongkol atau bukit sisa yang teguh dan menonjol dari permukaan bumi. • Ketinggiannya berbeza antara 7 hingga 20 meter dari permukaan bumi. • Di kawasan tropika pembentukan tor berkait rapat dengan operasi luluhawa dalaman khususnya secara larutan dan hidrolisis . • Jisim batu granit yang keras menyebabkan luluhawa dalaman tidak mampu menguraikan atau mereputkannya.



• Sebaliknya batuan lembut mengalami perluluhawaan dan perendahan oleh luluhawa dalaman serta proses-proses hakisan dan pengangkutan permukaan. • Apabila muka bumi sekitar menjadi rendah(digondolkan) maka munculah tor sebagai jisim batu granit yang kukuh. • Contoh-contoh tor misalnya di kaki bukit Banjaran Titiwangsa, kaki banjaran gunung Kalimanjaro di Afrika dan kaki banjaran Shan di Burma.



• Batu kapur merupakan sejenis batu mendak,lembut dan tidak stabil. • Menghasilkan konfigurasi bentuk muka bumi yang amat berbeza ssama sekali dengan jisim batu granit di kawasan tropika lembap. • Komponen utama mineral batu kapur ialah kalsium karbonat. • Ia merupakan mineral yang tidak stabil dan mudah mengalami pelarutan, pengkarbonan, dan hidrolisis melalui luluhawa dalaman.



• Kesannya akan menghasilkan bentuk-bentuk lekukan yang besar, lurah dan tanah-tanah pamah. • Batu kapur dianggap sebagai batuan yang lemah kepada operasi luluhawa dalaman(luluhawa kimia) kerana mempunyai 2 sifat penting iaitu ; 1. 2.



Kadar kelarutannya yang tinggi Poros



• Ini membenarkan proses-proses larutan dan pengkarbonan bertindak dengan maksimum. • Di kawasan tropika lembap konfigurasi bentuk muka bumi yang dihasilkan di kawasan batu kapur lebih dikenali sebagai topografi karst.



• Topografi karst terdiri daripada jaluran lurah yang diselang-seli dengan grike dan clint. • Terdiri daripada lohong batu kapur, lekukan besar(dolina) serta lembanganlembangan(polje). • Gua-gua batu kapur di dalamnya mengandungi stalaktait dan stalakmit. • Kewujudan topografi ini berkait dengan 3 proses geomorfologi tropika yang amat berkesan ke atas batu kapur iaitu luluhawa kimia, sungai bawah tanah, dan gerakan jisim.



• Luluhawa kimia khususnya menerusi larutan dan pengkarbonan bertindak memperluas dan memperdalamkan rekahan-rekahan di permukaan batu kapur membentuk lubang layang-layang. • Proses pelarutan yang berterusan membolehkan diameter lubang layang-layang membesar sehingga mencapai 2-100 meter dan dikenali sebagai Dolina. • Apabila wujud lekukan yang besar,permukaan batu kapur tersebut menjadi tidak stabil. • Pada masa ini gerakan jisim bertindak meruntuhkannya secara besar-besaran membentuk lembangan yang dinamakan sebagai polje.



• Sungai-sungai bawah tanah bertanggungjawab membentuk gua-gua melalui hakisan dan larutan di sepanjang rekahan batu kapur dalam keadaan horizontal. • Topografi karst banyak terdapat di kepulauan Hawaii, Kepulauan Indonesia, Papua New Guinea dan di sekitar Langkawi. • kelemahan sifat-sifat mineralogi batu kapur seperti keporosan , darjah kelarutan yang tinggi, ketidakstabilan bahan perikat membolehkan proses-proses geomorfologi tropika beroperasi dengan maksimum.



• Terdapat perbezaan yang amat nyata antara bentuk muka bumi yang dihasilkan oleh jisim batu granit dengan batu kapur. • Perbezaan ini mencerminkan pertalian yang rapat antara sifat-sifat ketahanan geologi dengan prosesproses geomorfologi yang berlaku sehingga terhasil bentuk muka bumi yang pelbagai. • Walau bagaimanapun konsep ketahanan batuan adalah tidak mutlak. • Tidak semestinya batu granit akan tahan kepada semua keadaan iklim manakala batu kapur pula tidak tahan kepada semua iklim.



• Jika batu granit berada di kawasan gurun panas ia mudah pecah dan disepaikan oleh luluhawa fizikal manakala batu kapur di kawasan gurun panas pula boleh berdiri teguh sebagai gunung dan permatang. • Konsep ketahanan batuan dalam menghasilkan knfigurasi bentuk muka bumi yang berlainan juga bergantung kepada ciri-ciri iklim yang berada di sekitar batuan tersebut.